Thursday, July 05, 2018

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?


Pada zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang berani melafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya.

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?

Malah, sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak menumpukan pada pelajaran dahulu.

Lebih menyedihkan, ada yang mengandung di usia muda iaitu 16 tahun.

Tidak hairanlah kes anak luar nikah mencatat lebih setengah juta dalam tempoh beberapa tahun ini yang menjadi satu angka yang sangat menakutkan pada zaman ini.

Berikut adalah enam alasan utama mengapa couple nak kahwin pada usia muda.
  1. Pasangan suka sama suka.
  2. Sukar untuk dielakkan lagi perkahwinan kerana pasangan terlalu rapat.
  3. Pasangan telah pun bersekedudukan.
  4. Pasangan lari dari rumah.
  5. Pasangan perempuan telah pun mengandung.
  6. Telah mendapat persetujuan kedua ibu bapa atau keluarga kedua pihak.

Bukan mahu menggalakkan budaya kahwin muda tetapi jika itu tindakan akhir, ini prosedur yang harus difahami.

Untuk makluman, jika remaja perempuan berusia di bawah 16 tahun, keluarga perlu mendapatkan persetujuan dari mahkamah syariah sebelum sesuatu perkahwinan itu dapat dilaksanakan.

Begitu juga bagi remaja lelaki yang di bawah usia 18 tahun, mereka perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum boleh mengahwini pasangan.

Apa yang dimaksudkan perkahwinan bawah umur?

Sebelum kebenaran nikah diberi, Mahkamah Syariah akan mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan membabitkan pengantin lelaki dan perempuan bawah umur.

Adakah selepas berlangsungnya perkahwinan itu, jadi lebih baik atau buruk, sebabnya kahwin bukan untuk seksual semata-mata, tapi kesediaan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Prosedur permohonan nikah bawah umur di Mahkamah Syariah

Merujuk kepada kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Seksyen 8 memperuntukkan:
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Berdasarkan seksyen di atas, umur minimum bagi seorang lelaki Islam ialah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan Islam ialah 16 tahun.

Kalau bawah dari umur itu, perlu ada membuat permohonan kebenaran nikah bawah umur di mana-mana mahkamah Syariah di Malaysia yang berbidangkuasa.

Tempoh Masa Dan Syarat Kelulusan Permohonan:
  • Biasanya selepas permohonan dihantar, dalam tempoh 21 hari akan dipanggil.
  • Permohonan ini akan didengar di dalam kamar secara tertutup.
  • Alasan-alasan yang kukuh mengapa pasangan bawah umur hendak berkahwin hendaklah dikemukan di hadapan Hakim Syarie.
  • Selain ibu bapa atau penjaga, pasangan bawah umur juga dikehendaki hadir di hadapan Hakim.
  • Alasan yang kukuh untuk berkahwin lazimnya akan mendapat kebenaran dari Hakim Syarie.
  • Mahkamah boleh menolak permohonan atau menangguhkan kebenaran perkahwinan tersebut sehingga ke satu masa yang sesuai menurut pertimbangan Mahkamah.

Apapun alasan atau sebab yang dikemukakan, ianya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Makhamah Syariah untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

Kahwin untuk satu tanggungjawab, bukan untuk menutup malu.

Tanggungjawab jadi isteri ini bukan kecil, semua kena buat. Banyak juga pasangan muda bercerai tetapi ada juga yang bahagia.

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?

Pendek kata, betulkan niat kenapa mahu berkahwin muda. Adakah mengikut Sunah Rasulullah atau sebab nak tutup aib pasangan sudah mengandung.

Ada juga memberi alasan cinta mendalam tapi ingat bukan semua perkahwinan itu mampu dihadapi dengan sabar. Hanya kematangan yang membezakan semasa membina mahligai impian.

Tapi kalau pasangan memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon