Isnin, April 07, 2014

Eusebio, Lagenda Termahsyur Bola Sepak Portugal


Loading...

Eusebio da Silva Ferreira atau lebih dikenali Eusebio antara nama pa­ling ma­syhur dalam sejarah bola sepak Portugal.

Eusebio da Silva Ferreira [2]

Legenda yang dilahirkan Mozambique itu diletakkan dalam senarai penyerang kelas pertama pernah dilahirkan benua Afrika.

Dia meledak sembilan gol untuk Portugal pada Piala Dunia 1966 sumbangan yang melayakkannya memenangi anugerah Kasut Emas kejohanan paling berprestij itu.

Dia bersama rakannya dari Benfica dan Portugal, Mario Coluna juga berasal dari Mozambique - mengejutkan arena bola sepak Eropah selepas berhijrah dari tanah kelahirannya.

Eusebio da Silva Ferreira - Kasut Emas
Eusebio memulakan karier bola sepak bersama kelab tempatan, Sporting Club Lourenco Marques dan pada usia 18 tahun, bakat dimilikinya menarik perhatian beberapa kelab besar di Lisbon, Benfica dan Sporting berebut-rebut mahu mendapatkan khidmatnya.

Disebabkan saingan berkenaan yang sesekali mencetuskan insiden tumbuk-menumbuk dalam kala­ngan pegawai kedua-dua pasukan, Eusebio terpaksa melarikan diri meninggalkan Lisbon menuju ke sebuah perkampungan kecil, Algarve.

Apabila segala-galanya reda dan masa depan sudah disahkan, Eusebio kembali ke Lisbon, tetapi mengambil keputusan untuk menjadi pemain Benfica.

Eusebio memiliki pecutan cemerlang selain mempunyai gaya menggelecek tersendiri. Kemahiran itu diasah sewaktu bermain bola sepak di lorong-lorong berdekatan rumahnya ketika masih kanak-kanak.

Dia tidak mengambil masa lama untuk menyerlah di Benfica kerana namanya saja sudah digeruni lawan. Dalam satu perlawanan persahabatan di Paris, dia meledak hatrik untuk menewaskan skuad Santos yang menampilkan seorang lagi pemain hebat, Pele.

Sejak itu, Eusebio menjadi fenomena dan dia menjaringkan 320 gol sepanjang 313 perlawanan di Liga Portugal.

Eusebio da Silva Ferreira

Impak besar Eusebio dapat dilihat pada 1962 ketika ber­usia 20 tahun apabila dia membuktikan kemampuannya sebagai pencetus inspirasi Benfica yang menjulang Piala Eropah selepas mengatasi Real Madrid, 5-3.

Eusebio membuat penampilan sulung bersama Portugal pada Oktober 1961 ketika menentang Luxembourg pada perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun, ketajamannya menjaringkan gol hanya benar-benar terserlah ketika sesi kelayakan Piala Dunia England 1966 apabila menjaringkan tujuh gol untuk membantu Portugal layak ke pusingan akhir.

Pada perlawanan pertama Piala Dunia 1966, mereka membenam Hungary 3-1 dan satu gol dijaring­kan Eusebio. Sentuhannya semakin berbisa pada perlawanan kedua menentang Bulgaria yang menyaksikan dia menjaringkan satu daripada tiga gol Portugal.

Eusebio da Silva Ferreira [3]

Eusebio terus beraksi pada perlawanan ketiga yang juga perlawanan terakhir kumpulan menentang Brazil. Dia menjaring­kan dua gol ketika menying­kirkan juara dunia itu dengan kemenangan 3-1 dan kehebatan penyerang Benfica itu tidak terhenti setakat itu saja.

Dia terus membantu pasukannya bangkit daripada keting­galan 3-0 dalam tempoh 25 minit ketika aksi menentang Korea Utara dan pemain yang digelar Harimau Kumbang itu menjaring­kan empat gol bagi membolehkan pasukannya menang 5-3.

Kejayaan itu meletakkan Eusebio dalam kalangan pemain legenda antarabangsa dan perlawanan menentang Korea Utara masih kekal sebagai salah satu pertarungan paling diingati dalam sejarah Piala Dunia.

Laluan cemerlang Portugal akhirnya tersekat pada separuh akhir apabila kecundang 2-1 kepada England yang kemudiannya bergelar juara Piala Dunia. Begitupun, penalti yang disempurnakan Eusebio pada minit ke-82 memastikan perlawanan itu berlangsung sengit.

Ia jaringan kelapan Eusebio dalam lima perlawanan sebelum menjaringkan satu gol lagi ketika mengatasi Russia, 2-1 untuk mengesahkan kedudukan tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia 1966.

england-world-cup-win-1966

“Piala Dunia 1966 adalah kemuncak karier saya,” kata Eusebio. “Kami mung­kin tewas pada separuh akhir tetapi bola sepak Portugal mencipta kemenangan lebih besar iaitu kami berjaya mengangkat maruah serta imej negara.”

Dianggap antara pemain terhebat pernah dilahirkan Portugal, sebuah tugu gangsa de­ngan imej Eusebio berdiri megah di luar Estadio da Luz, Benfica.

Hanya selepas 40 tahun, kegemilangan seakan kembali ke Portugal apabila mereka memiliki pemain seperti Luis Figo dan Cristiano Ronaldo.

Apapun, nama Eusebio kekal terpahat kemas dalam sejarah bola sepak Portugal.

BACA INI JUGA: Pemain Malaysia Patut Belajar Gelecek Bola Dari Cameroon!

Sumber: Hmetro.com.my

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon