Saturday, January 25, 2014

Pemain Malaysia Patut Belajar Gelecek Bola Dari Cameroon!


Tidak perlu lagi bercerita lagi soal bola sepak negara. Buang masa. Rakyat Malaysia sudah terlalu kecewa. Bosan. Hampa.

cameroon football

Mari kita berkisah pula tentang pasukan bolasepak Cameroon.

Tapi, mengapa Cameroon? Cameroon bukan negara maju. Republik Cameroon sebuah negara Komanwel seperti Malaysia. Negara itu bersempadan dengan Nigeria dan Chad.

Di sana tidak ada kemudahan kompleks sukan secanggih Bukit Jalil atau stadium di merata negeri atau gelanggang futsal di serata ceruk kampung dan desa macam kita. Apa yang ada di Malaysia tidak ada di Cameroon.

Tapi, apa yang membezakan Malaysia dan Cameroon? Pendudunya sedikit dari Malaysia, kira-kira 20 juta orang.

Tapi, kenapa pasukan bola sepak Cameroon sudah tujuh kali masuk ke Piala Dunia?

Mereka layak buat pertama kali sejak 1982. Hebat. Luar biasa!

Cameroon world cup

Terbaru, Cameroon layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil 2014. Mereka menang selesa 4-1 menewaskan Tunisia.

Cara mereka bermain bukan bertahan macam kita tetapi untuk menyumbat gol. Mereka bukan berkampung di barisan pertahanan tetapi bawa bola dan tendang ke pintu gol lawan.

Kita patut belajar dari Cameroon. Mereka sudah bergelar juara sebanyak empat kali Piala Afrika sejak 1984.

Negara itu juga pernah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 1990. Pernah memenangi pingat emas bola sepak Sukan Olimpik 2000. Macam-macam kejayaan sudah diraih.

Kita hanya menang Piala Suzuki 2010. Piala Asia? Piala Dunia? Haha..

Ranking FIFA? Tak usah cerita, memalukan! Cameroon ditangga ke-48. Malaysia??? 160!!!

Pasukan kita hanya setanding dengan Bermuda (161), Bangladesh (162), Nepal (165), Sri Lanka (166) dan Pakistan (168).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan sahaja patut mencontohi Cameroon tetapi belajar dari negara Afrika ini cara bermain bola sepak yang betul.

Malaysia Piala Suzuki

Kalau nak tahu, pemain mereka berlatih bukan hendak belajar cara-cara menyepak bola tetapi menggelecek bola dan berlatih menyumbat gol.

Itu dua perkara berbeza yang kita patut belajar dari Cameroon.

Malaysia bermain bercorak bertahan dan berkampung tetapi Cameroon bermain untuk menjaringkan gol ketika latihan. Itu kelebihan Cameroon.

"Kami memang berhak menang. Kami menumpukan kepada jaringan sejak kami memulakan latihan", kata pertahanan Cameroon, Danny Nounkeu selepas pasukannya membelasah Tunisia 4-1 untuk layak ke Piala Dunia di Brazil 2014.

Pemain-pemain Cameroon pandai menggelecek bola dan tidak ragu-ragu menyumbat gol berbanding kita yang suka membalun bola sekuat hati, membuang tenaga dan masa berharga di atas padang.

Hebat Cameroon!

BACA INI JUGA: Kisah Lagenda Tersohor Alex Ferguson Menjulang Manchester United

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon