Sunday, April 29, 2018

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Kekeliruan untuk memahami konsep poligami yang sebenar telah menimbulkan perdebatan sengit sehingga terjadi penolakan terhadap hukum poligami dan antara kenyataan yang sering dimomokkan, poligami dianggap sebagai suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita.

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Ada pula sesetengahnya yang tanpa segan mengatakan tidak kepada poligami dan sebahagian pula menentang secara halus.

Punca salah faham terhadap hukum berpoligami itu adalah disebabkan kegagalan individu yang mengamalkan poligami tersebut.

Poligami mahupun monogami, kedua-duanya adalah syariat namun, apabila ada pihak yang mencemari kemuliaan itulah menyebabkan pelbagai tanggapan buruk berlaku.

ALLAH membolehkan seorang suami itu berkahwin lebih daripada satu, tetapi haruslah adil dan tidak berbuat aniaya terhadap isteri, terutamanya isteri yang pertama.

Poligami bukan sahaja dinilai dari segi pembahagian giliran dan nafkah sahaja, tetapi juga soal kasih sayang dan keprihatinan untuk kedua-duanya.

Meskipun suami mempunyai hak untuk beristeri lebih, namun ia diharuskan sekiranya terdapat beberapa kes-kes dengan syarat-syarat tertentu.

Misalnya, niat berkahwin itu untuk mengelakkan maksiat, menjaga balu atau janda, isteri gagal untuk hamil, berjauhan dengan isteri dan banyak lagi sebab yang membolehkan suami untuk berkahwin sekiranya mampu.

Isteri yang dikahwini tidak boleh dinilai dari rupa dan usia semata.

Sebaliknya carilah isteri yang sudah bersedia dan berilmu.

Menilai seseorang dari segi rupa itu hanya akan menyebabkan keseimbangan kasih sayang antara isteri pertama dan seterusnya akan menjadi berat sebelah.

Wajah yang cantik, dan usia yang muda bukan ukuran untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga, sebaliknya kematangan serta kesediaan untuk bermadu itulah utama.

Kesilapan besar pengamal poligami

Sikap tidak peka dengan perasaan isteri pertama adalah punca berlakunya kepincangan.

Lebih-lebih lagi apabila suami meninggalkan isteri dengan kadar yang lama tanpa berita, tidak mengambil berat kebajikan keluarga, dan tidak pandai menguruskan dua isteri.

Rumah tangga yang diharapkan bahagia, akhirnya porak peranda dan sukar untuk disatukan.

Perkahwinan yang hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu dan sifat-sifat fizikal pasangan, kebiasaannya perkahwinan seperti ini tidak akan dapat kekal lama.

Sebaliknya, jika pasangannya itu dibekalkan dengan ilmu serta mampu untuk berlaku adil, rumah tangga tersebut akan kekal bahagia dan mudah untuk dikemudi.

Bagaimanapun, naluri wanita untuk tidak mahu berkongsi kasih adalah normal, begitu juga lelaki yang mempunyai naluri untuk beristeri lebih dari satu.

Namun, setiap wanita itu harus bersedia dalam apa juga kemungkinan.

Apabila ALLAH timpakan ujian poligami, seseorang itu perlu sabar dan berdoa agar ia dipermudahkan dengan baik.

Jadi bila kita faham konsep ini, kita akan lebih berlapang dada dan reda dengan ujiannya.

Poligami boleh menjadi madu dan juga racun, namun ia bergantung kepada situasi.

Untuk mengubati hati dan menerimanya dengan baik, kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Islam itu adalah agama yang penuh keadilan, Islam juga adalah agama rahmat.

Jadi, bila kita faham Islam itu dengan baik, tak mungkin ALLAH mahu menyakiti hati kita, sedangkan ALLAH tahu isi hati setiap wanita.

Seseorang itu akan mula memahami kemanisan hidup berpoligami setelah berjaya melepasi fasa kecamuk, tsunami dan sebagainya.

Pasangan akan merasai kebahagiaan itu akan bertambah di kemudiannya.

Al-Quran memberikan kita kefahaman dan kesembuhan seperti mana firman ALLAH yang bermaksud, seandainya manusia menghabiskan seluruh kekayaan bumi, untuk menyatukan hati-hati manusia, manusia tidak akan mampu menyatukannya.

Sesungguhnya ALLAHlah yang menyatukannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang berpangkalan di Malaysia dan menawarkan harga langganan yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain.

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

Terkini, selain daripada hanya bergantung kepada langganan, iFlix akan memperkenalkan iFlix versi percuma kepada umum.

iFlix versi percuma ini akan diperkenalkan dibawah iFlix 3.0 kelak, dimana ia akan turut hadir dengan sokongan pengiklanan.

Disamping akses kepada pelbagai rancangan, ia juga akan menyertakan akses kepada siaran TV percuma terus melalui iFlix.

Apakah had sepenuhnya dan perbezaan berbanding pelan berbayar masih tidak diketahui, selain daripada pengiklanan.

Selain daripada itu, iFlix juga dijangka akan menambah kandungan bersaiz kompak pada perkhidmatan mereka melalui Studio 215.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan iFlix 3.0 ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz


Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Sebenarnya bukannya susah nak buat aiskrim homemade kerana yang seronoknya, kita boleh menambah apa-apa bahan tambahan yang kita suka dan olah mengikut perasa serta perisa yang di minati.

Kami kongsikan cara-cara membuat aiskrim komersil yang macam Baskin Robbin tu dan juga cara membuat aiskrim paling popular di Malaysia.

1. Aiskrim Komersil

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Cara-cara buat aiskrim ala-ala Baskin Robbin.

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
  • 1 biji telur
  • Sedikit Essence Vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett/Emulsifier
  • Perasa yang dikehendaki (Contoh: Milo, strawberry dll.)

Cara Membuatnya
  • Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalet dan essence vanilla ke dalam pengandun (mixer).
  • Adun selama 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi sebati dan menjadi pekat.
  • Masukkan perasa yang anda mahukan seperti Milo ataupun strawberry.
  • Adun sekali lagi sehingga sebati.
  • Masukkan adunan tadi kedalam bekas.
  • Masukkan kedalam freezer sehingga keras.
  • Siap!

Kalau dah beku tu bolehlah dihidangkan kedalam bekas-bekas kecil. Taburkan sedikit cip coklat untuk kemasan. Barulah macam Baskin Robbin.

2. Aiskrim Malaysia

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Sedap Dari Rumah

Sekarang kita cuba buat pula aiskrim paling evergreen di Malaysia, aiskrim Malaysia.

Bahan-Bahan
  • Air masak.
  • Gula.
  • Perasa yang dikehendaki: Sirap, Bandung, Milo, Asam Boi.
  • Plastik aiskrim king kong.

Cara Membuatnya
  • Bancuh perasa-perasa tadi bersama air yang telah dimasak. Langkahnya sama sahaja seperti anda ingin buat air untuk tetamu.
  • Kalau nak buat aiskrim asam boi, mungkin anda memerlukan asam untuk dimasukkan sekali.
  • Selepas selesai bancuhan tadi, masukkan kedalam plastik aiskrim. Simpul pada penghujung plastik, kemudian letakkan di dalam freezer.
  • Siap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: caracara

Pembunuh Dan Perogol Bersiri 'Golden State' Akhirnya Berjaya Ditangkap Selepas 40 Tahun!

Pembunuh Dan Perogol Bersiri 'Golden State' Akhirnya Berjaya Ditangkap Selepas 40 Tahun!

Seorang bekas anggota polis ditangkap dan didakwa terhadap empat tuduhan pembunuhan yang berkaitan dengan kes pembunuh bersiri 'Golden State', kata pihak berkuasa California dalam siri jenayah membabitkan puluhan kes rogol, pembunuhan di beberapa kawasan di California pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Pembunuh Dan Perogol Bersiri 'Golden State' Akhirnya Berjaya Ditangkap Selepas 40 Tahun!

Suspek itu dikenal pasti oleh pihak berkuasa di satu sidang media di Sacramento sebagai Joseph James DeAngelo, 72, dalam satu kes yang menurut polis, akhirnya dapat diselesaikan oleh bukti DNA dua bulan setelah ia dikisahkan dalam buku bestseller "I'll Be Gone in the Dark".

Sheriff County Sacramento Scott Jones berkata buku itu membantu mendedahkan maklumat baru tetapi menambahkan, "tidak ada maklumat yang diambil dari buku itu yang secara langsung membawa kepada penangkapan tersebut."

Biro Penyiasatan Persekutuan sebelum ini mengatakan bahawa lelaki yang diburu dalam kes 40 tahun lalu itu berkaitan dengan 12 pembunuhan, 45 kes rogol dan lebih daripada 120 kes samun di sekitar Sacramento, kawasan Teluk di timur San Francisco dan dua daerah di California Selatan.

Suspek yang juga digelar oleh penyiasat sebagai "East Area Rapist" dan "Original Night Stalker, dianggap sebagai salah satu siri pembunuh yang paling prolifik di negara itu, kata FBI.

"Akhirnya, selepas bertahun-tahun, persoalan mengenai siapa yang melakukan jenayah dahsyat ini telah terjawab," kata Peguam Daerah Orange County Tony Rackauckas kepada wartawan.

DeAngelo tinggal di pinggir bandar Sacramento di Citrus Heights apabila ditangkap.

Dia di bawah pengawasan selama beberapa hari dan kelihatan "terkejut" apabila ditahan ketika dia keluar dari rumahnya, kata Jones.

Jones berkata DeAngelo adalah seorang anggota polis yang bertugas di dua jabatan polis California Utara semasa tahun 1970-an - Exeter dan Auburn.

Menurut Jones, DeAngelo telah dipecat dari pasukan di Auburn pada tahun 1979 selepas dituduh mencuri tukul dan satu tin ubat penghalau anjing di sebuah kedai.

Pihak berkuasa telah lama membuat spekulasi bahawa pembunuh mempunyai latar belakang ketenteraan atau badan penguatkuasaan undang-undang kerana kecekapannya menggunakan senjata api dan keupayaannya mengelak daripada ditangkap untuk begitu lama.

Jones mengakui beberapa jenayah terdahulu telah dilakukan semasa DeAngelo masih anggota polis dan sedang menyiasatnya.

Usaha untuk menangkap pembunuh itu dilakukan semula pada bulan Jun 2016, apabila FBI menawarkan ganjaran $50,000 untuk menangkap suspek, yang merayap masuk ke rumah pasangan pada waktu malam, mengikat dan merogol wanita sebelum membunuh mangsa.

Antara tahun 1976 dan 1978, dia melakukan siri rogol dan pembunuhan di kawasan Sacramento dan kemudian memusatkan serangannya di Teluk Timur sebelum beralih ke Ventura dan daerah Orange di selatan, demikian menurut FBI.

Dia telah didakwa di Sacramento County dengan dua tuduhan membunuh Brian Maggiore dan isterinya, Katie, pada Februari 1978 ketika bersiar-siar bersama anjing di mana mereka diburu dan dibunuh dalam apa yang menjadikannya kes pembunuhan pertama yang dikaitkan dengan siri awal kes rogol di Bay Timur.

Dua lagi tuduhan membunuh telah difailkan di Ventura County.

Kes siri jenayah itu diterokai secara intensif dalam buku, “I’ll Be Gone in the Dark".

Pengarangnya Michelle McNamara meninggal dunia pada tahun 2016, dan buku itu, yang menduduki senarai bestseller New York Times, disiapkan oleh seorang penulis yang diupah oleh suaminya, pelakon-pelawak Patton Oswalt.

Patton Oswalt terkenal di kalangan penonton televisyen sitkom popular CBS, "King of Queens.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, April 28, 2018

'Ana Tak Faham Kenapa PAS Sanggup Mati Syahid Demi Najib'

'Ana Tak Faham Kenapa PAS Sanggup Mati Syahid Demi Najib'

PAS diserang kiri dan kanan setelah keluar Pakatan Rakyat dan sering tampil dengan pendekatan lunak terhadap musuh tradisinya Umno, bagaimanapun pemimpiñ PAS, konsisten menafikan semua serangan itu bagaimanapun, seorang pemimpin veteran PAS berpendapat sebaliknya.

PAS Syahid demi Najib

Bagi beliau, sukar difahami bagaimana parti Islam itu kini berani “bunuh diri” dan “mati syahid” demi menyelamatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam wawancara panjang baru-baru ini, bekas pemimpin PAS dari Pantai Timur itu tanpa berselindung menyatakan pandangan kerasnya.

Ustaz itu, yang juga anggota seumur hidup PAS, bagaimanapun mahu namanya dirahsiakan.

Berikut wawancara penuh dengan anggota PAS seumur hidup itu.

Hanya suntingan minimum dibuat terhadap teks di bawah, demi kejelasan dan kelancaran bahasa.

Kenapa ustaz tinggal dalam PAS, tetapi sokong Pakatan Harapan?

Ana (saya) dah lama dengan PAS. Mulai hujung tahun 1970-an, setelah PAS diketepikan di Kelantan, dan dunia luar bergolak, kita dalam harakah Islamiah menganggap PAS-lah yang merupakan satu-satunya hizbul Islamiah yang ada.

Pada tahun 1960-an, PAS telah bekerjasama dengan pembangkang Melayu lain, terutama sekali dari Partai Rakyat (Ahmad Boestamam), Parti Buruh (Ishak Haji Muhammad, atau Pak Sako) dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian Umno). Ketua PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy telah ditahan bersama mereka bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) zaman Tunku.

Bila PAS masuk BN, BN menang besar pada tahun 1974, tetapi ramai penyokong PAS pindah ke pembangkang lain. Misalnya, di Terengganu, Partai Sosialis Rakyat Malaysia pimpinan Kassim Ahmad mendapat lebih satu pertiga/hampir 40 peratus dari jumlah undi.

PAS keluar BN pada tahun 1978 setelah Mat Nasir (Datuk Muhamed Nasir) keluar PAS untuk memimpin BERJASA dan bekerja sama dengan Umno kerana tak puas hati dengan pimpinan Asri. Tapi beberapa anggota PAS ingin terus kerja sama dengan Umno.

Walaupun segelintir dari harakah Islamiah, terutamanya ABIM, masuk Umno pimpinan Mahathir bersama Anwar Ibrahim pada tahun 1982, jauh lebih ramai yang memihak kepada PAS.

Setelah Asri bersama beberapa orang MP lain keluar PAS setelah muktamar 1982, Tok Guru Nik Aziz menjadi satu-satunya MP PAS dalam Dewan Rakyat.

Yusuf Rawa menjadi ketua PAS. Fadzil Nor, Nakhaie Ahmad dan Hadi Awang antara pemimpin lain yang membina semula PAS.

Mereka disokong oleh ramai orang muda, termasuk yang mengaji di luar negeri, bukan hanya di pusat pengajian Islam Arab, India dan Indonesia, tetapi juga di Barat, di UK, Amerika, Australia.

Harakah Islamiah luar, terutamanya Ikhwanul Muslimin, ada pengaruh besar. Selain itu, fulus atau dana Saudi, yang dulu dianggap lebih ‘halal’ dibanding sumber lain, juga memberi kesan besar.

Bagaimana pula perkembangan dewasa ini?

Dalam tiga dasarwarsa yang lalu, PAS telah berjaya perluaskan pengaruhnya. Selain dari sokongan kuat ahlinya, ramai lagi penyokong PAS amat penting, terutama sekali dalam memperluaskan pengaruh PAS di kalangan umat.

Selain itu, prestasi dan kejayaan PAS dalam pilihan raya bergantung kuat kepada kerjasamanya dengan parti lain, pada mulanya dengan Parti Semangat 46 Tengku Razaleigh.

Setelah Anwar dipecat Umno, dengan kerjasama, bukan hanya dengan Parti Keadilan Rakyat, tetapi juga dengan DAP, PAS dapat memimpin kerajaan di tiga negeri selain Kelantan, iaitu Terengganu, Kedah dan Perak.

Pegangan kuat kepada iman dan etika menjadikan PAS rujukan bagi umat Islam. Walaupun kerajaan negeri Kelantan lemah dari beberapa segi, umat Islam yakin bahawa pemerintahan Tok Guru itu bersih dan amanah, walaupun kurang cekap dan berkesan mengatasi beberapa masalah.

Bagaimana pula derma kerabat diraja Saudi kepada Najib?

Malaysia antara negeri yang menyokong Arab Saudi membunuh ribuan orang Islam di Yaman. Bukan hanya Syiah malah, Bangsa-bangsa Bersatu menyifatkan pembunuhan zalim di Yaman sebagai yang paling kejam pada abad ini!

Fulus yang Najib terima daripada Saudi itu fulus darah rakyat, anak, bayi, orang tua, wanita, mereka yang uzur di Yaman yang tak berdosa, tetapi tak mahu tunduk kepada raja mudanya, Israel dan Amerika.

Najib mengaku terima jumlah AS$682 juta (RM2.7 bilion) daripada Saudi, tetapi siasatan DOJ Amerika jelas tunjukkan itu fulus 1MDB.

Tapi tak dapat dinafikan Saudi pernah dermakan fulus kepada orang suruhannya, Najib.

Fulus itu bukan hanya diterimanya, tetapi juga beberapa kerat pemimpin negara lain yang sanggup menyertai pasukan 40 negara, pimpinan Saudi, yang menyerang Yaman.

Fulus yang sampai kepada PAS itu hanya sebahagian kecil dari fulus Saudi dan 1MDB, tetapi nama baik PAS yang kita sayangi, digadai untuk mengesahkan pembunuhan kejam di Yaman dengan bom dan pesawat Saudi serta drone Amerika-Israel.

Tetapi kalaulah benar fulus Saudi itu telah dikembalikan sebahagiannya, seperti didakwa Najib dan peguam negara, fulus yang diterima beberapa pemimpin PAS serta penipuan lain, semuanya fulus haram.

Timbalan Perdana Menteri Mahyuddin Yassin, Peguam Negara Gani Patail, Gabenor Bank Negara Zeti Aziz, Timbalannya, Ketua Suruhanjaya Anti-Korupsi Malaysia (MACC) Abu Kassim dan beberapa orang pegawai tinggi lain semua dibuang atau berundur untuk menutup penipuan demi penipuan yang terlibat dalam penyelewengan 1MDB.

1MDB?

Kerajaan Indonesia, Singapura, Australia, Swiss, UK, Amerika dan lain-lain semua sudah siasat 1MDB malah, beberapa orang didakwa dan didapati bersalah dan dihukum.

Harta telah dirampas, termasuk harta milik syarikat perfileman anak tiri Najib, Red Granite. Baru-baru ini, kapal mewah Jho Low disita pemerintah Indonesia dan diserah kepada Amerika untuk dilelong.

Tapi kerajaan Najib teruskan sandiwara menafikan harta yang dirampas kerajaan Amerika ada kaitan dengan 1MDB.

Mengikut undang-undang Amerika, kerajaan AS dapat simpan 25 peratus dari nilai harta kleptokrasi yang dirampas dan bakinya patutnya dikembalikan kepada pihak yang mengaku telah ditipu.

Tetapi kerajaan Najib terus nafikan penipuan telah berlaku dan cuba selesaikan semua hutang 1MDB dengan fulus sumber lain.

Maka, segala harta yang dicuri dari 1MDB itu, hak rakyat Malaysia, yang dirampas Amerika akan diambil alihnya!

Macam ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) tak mahu tuntut wangnya di bank Australia! Masya-Allah.

Tetapi apakah Najib telah dipermainkan pihak lain?

Sejarah penipuannya dari dulu lagi, terutamanya semasa menjadi menteri pertahanan dulu.

Terdapat skandal demi skandal, termasuk yang melibatkan orangnya seperti Razak Baginda, yang pernah dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya, orang Mongolia yang mewakili syarikat senjata Rusia.

Razak juga didakwa di Perancis kerana rasuah pembelian kapal selam Scorpene juga.

Bekas menteri Rafidah Aziz telah membongkar semula kes 40,000 hektar tanah Kementerian Pertahanan yang dijual murah olehnya, yang sudah tentu akan menjejaskan keselamatan negara.

Tun Razak mula membangunkan Felda. Mulai tahun 1960-an sehingga 1980-an, lebih dari 100,000 keluarga peneroka mendapat tanah di Semenanjung, yang menjadi sumber mata pencarian mereka serta waris.

Tetapi Najib pula cuba kaut untung besar dari Felda yang menyebabkan nilai saham FGV rugi lebih dari separuh. Peneroka Felda yang membeli saham telah pun kehilangan 60 peratus dari nilai pelaburan mereka!

Apa pula peranan Tuan Guru Haji Hadi?

Walaupun lulusan Madinah, Hadi tak pernah ambil pendekatan Wahabi yang sempit, bukan seperti beberapa orang JAKIM. Hadi sentiasa membela perpaduan ummah, menolak mereka yang memusuhi kaum Syiah dan tasawuf.

Pada tahun 1980an, Hadi terkenal, bukan hanya kerana amanatnya, tapi sebab menolak fahaman assabiyah.

Assabiyah dikaitkannya dengan perkauman dan kepuakan sempit, iaitu Umno, lebih-lebih lagi sekarang. Inilah Hadi yang kita terima sebagai pemimpin.

Kuasa fulus dan media Najib digunakan untuk ‘pecah dan perintah’. Tak dapat dinafikan bahawa pemimpin parti pembangkang tak cukup tolak ansur, kurang berusaha mencari asas kerjasama dan perpaduan.

Hubungan karibnya dengan Anwar dari zaman ABIM dulu dipermainkan polis sehingga retak.

Permusuhannya dengan Mahathir pula tak pernah selesai tanpa ikhtiar ikhlas kedua-dua pihak, yang Najib bijak mainkan.

Tetapi bagaimana PAS terlibat?

Najib rajin menyerap PAS, pada mulanya melalui bekas timbalan presiden Nasaruddin dan kemudiannya, Mursyidul Am Harun Din, yang sudah lama mempunyai perniagaan usahasama dengan tokoh Umno dan ingin sambungkan kerjasama PAS dengan Umno sejak tahun 1970-an lagi.

Diketahui umum bahawa Najib cepat bertindak membantu Hadi ketika sakit jantung di Istanbul dulu.

Sejak Hadi mula uzur, hanya keluarganya serta beberapa pembantu rapat mengelilingi Tuan Guru dan menapis maklumat serta pelawat.

Lama kelamaan, kawan-kawan lama yang inginkan kerjasama, malah perpaduan pembangkang, yang berbeza pandangan diketepikan, mungkin tanpa disedarinya.

Malah, mereka dalam pucuk pimpinan PAS yang berbeza pandangan juga dipinggirkan, terutama sekali setelah ramai daripada mereka keluar menyertai AMANAH.

Apakah perkembangan di dunia Islam ada kesannya di sini?

Ramai pemerhati luar menyifatkan keretakan ini sebagai akibat percanggahan generasi ataupun antara mereka yang mengaji di Timur Tengah ataupun Pakistan.

Sesetengah lulusan pengajian Islam hendakkan pekerjaan baik dengan kerajaan pusat, misalnya dengan JAKIM dan lain-lain, atau pun dalam sektor awam, contohnya dalam urus niaga kewangan Islam atau industri makanan halal dan sebagainya.

Harakah Islamiah yang berlainan, termasuk yang bersenjata, juga mempunyai penyokong, malah ahlinya di Malaysia, termasuk dalam PAS.

Maka, dengan sendirinya, ramai yang mengaji di luar negeri mencerminkan pengaruh yang berlainan, sedangkan mereka yang berakar umbi di Malaysia lebih mengenal dan mewarisi sejarah perjuangan PAS.

Pimpinan PAS mengaku strategi pilihan rayanya akan membolehkannya menjadi penentu atau kingmaker.

Jelas bahawa mereka tak faham sistem pilihan raya Malaysia yang diwarisi British, iaitu sistem ‘first past the post’ atau undi terbanyak dalam kawasan pilihan raya tertentu yang sapu semua.

Umno pula telah ubahsuai sistem ini untuk memastikan kuasa BN akan berterusan walaupun lebih ramai pengundi menyokong pembangkang.

Misalnya, kawasan pilihan raya di Sabah dan Sarawak mempunyai kurang pengundi dibanding dengan Semenanjung.

Di Semenanjung pula, kawasan di negeri kubu BN di selatan ‘lebih bernilai’ dibanding dengan negeri kubu pembangkang, terutamanya PAS dan DAP.

Sempadan tak mengikut pentadbiran seperti diakui, tetapi bertujuan memastikan kemenangan lebih besar bagi lebih kurang 30 calon DAP dan dengan itu, meningkatkan peluang untuk calon BN lain.

Oleh demikian, kalaulah undi BN hanya bertumpu di kawasan parlimen yang terkecil, BN dapat tawan Dewan Rakyat dengan kurang daripada 17 peratus atau satu perenam, dari jumlah undi!

Di samping itu, tiada pengawasan rapi terhadap ‘undi pos’ oleh pihak polis, tentera dan kakitangan kerajaan lain, yang akan meningkat lebih dari dua kali ganda dibanding dengan PU14.

Kalau dulu, 80 peratus undi pos untuk BN, dewasa ini 99 peratus! Ramai yang terlibat mengaku tak pernah mengundi.

‘Pengundi awal’ serta ‘undi pos’ itu disalurkan kepada kawasan tertentu untuk memenangkan calon BN ‘pilihan’.

Maka, BN dapat menang tanpa PAS?

Pilihan raya kali ini berbeza kerana majoriti besar orang Melayu di Semenanjung marah dengan pemerintahan Najib.

Dari satu segi, pembolotan kuasa dan kekayaan seolah-olah tanpa batas. Dari segi lain, buat kali pertama sejak tahun 1970-an, kehidupan orang ramai makin melarat akibat dasar-dasarnya.

Dua contoh.

Pertama, sejak tahun 2014, setelah penyelewengan serta penipuan 1MDB mula terbongkar, nilai mata wang ringgit telah banyak jatuh dibanding mata wang asing, yang sudah tentu menaikkan harga barang import.

Kedua, pengenaan GST sejak tahun 2015 telah meningkatkan kos barang, terutama sekali bagi rakyat jelata yang dulu jarang bayar SST.

Tapi kerajaan Najib pula mengaku harga tak naik. Kononnya, rakyat Malaysia lebih kaya, makmur, tapi orang tak percaya.

Tidak boleh dinafikan ada lebih ramai ‘billionaire ’ – bukan hanya jutawan lagi – di Malaysia.

Ramai daripada mereka sembunyikan fulus mereka di luar negeri, di London, Sydney, Dubai, Panama, dan lain-lain. Tapi cara mereka jadi kaya membebankan, malah memeras orang ramai.

Akibat ramai pekerja asing, gaji pekerja Malaysia – terutama sekali, yang hidup melarat – kurang meningkat.

Orang muda sukar dapat kerja, apa lagi kerja baik kalau ada pekerja asing yang sanggup kerja lebih untuk upah kurang.

Apa pula kesan politiknya?

Yang rugi terdiri daripada umat Islam, orang Melayu. Kalau dulu, BN harap menang dengan majoriti undi Melayu kecuali di kubu PAS.

Zaman Mahathir dulu, kawasan berbilang kaum lebih membantu BN kerana sukar mengalahkan PAS di kubunya.

Tetapi kali ini, undi Melayu Semenanjung untuk Umno-BN dijangka banyak merosot. Najib tiada cara lain untuk selamatkan kuasanya selain dari memecahkan undi pembangkang dengan menggunakan helah ‘pecah dan perintah’. Nampaknya, dia telah berjaya menjadikan PAS penyelamatnya.

Bagi mereka, dia akan cuba memastikan undi Melayu yang membantahnya tak akan sampai kepada Pakatan Harapan pimpinan Mahathir-Anwar-Mahyuddin-AMANAH.

Seorang bekas PM, dua orang bekas TPM, orang Umno belaka. Pemimpin Amanah pula telah lama dulu bela Islam, bela PAS.

Apa pula peranan PAS?

Maka, Najib dan Zahid harap kemarahan ummt Islam, orang Melayu, terhadap pemerintahan Najib disalurkan kepada PAS, bukan kepada Mahathir serta sekutunya.

Caranya jelas. Tuduh DAP dalang Pakatan Harapan. DAP dikatakan lebih memusuhi Islam dan orang Melayu.

Memang tak boleh dinafikan bahawa DAP menentang RUU 355, dan lain-lain, seperti ditolak oleh Najib serta Umno-BN dari dulu lagi.

Malah, tak terdapat sebarang pemerintah di dunia yang laksanakan RUU 155 dengan sepenuhnya, termasuk Arab Saudi ataupun Iran.

Ini dah lama diketahui umum, tetapi sekarang DAP dijadikan momokan yang dilaung-laungkan untuk cuba menarik undi daripada Pakatan Harapan menjelang PU14.

Kalau PAS berjaya menarik undi Pakatan Harapan, undi anti-Najib pecah dua, dan Pakatan Harapan tak dapat kalahkan BN di Semenanjung walaupun majoriti undi Melayu menolaknya.

Maka, ‘pelaburan’ ratusan juta ringgit oleh Najib untuk beberapa pemimpin PAS akan menyelamatkan kuasa Najib-Rosmah serta kekayaan mereka yang seratus kali ganda lebih banyak, iaitu puluhan bilion, jumlah yang sukar diduga insan yang kerdil seperti kita.

Adakah alternatif kepada sistem sedia ada?

Sebahagian besar negeri lain telah menukar kepada sistem ‘proportional representation ’ (PR), di mana setiap undi diambil kira dan dikumpul.

Maka, dalam sistem PR, yang ada banyak ragamnya, setiap undi mempunyai nilai yang sama.

PAS pula dapat menjadi penentu atau ‘kingmaker’ dengan memberi sokongan kepada parti atau perikatan lain yang mempunyai cukup undi sendiri untuk membentuk kerajaan dengan majoriti undi.

Kalaulah terdapat PR di Malaysia, PAS memang dapat menjadi penentu siapa yang dapat memerintah kalaulah kedua-dua parti atau perikatan utama tak mempunyai majoriti undi dengan sendiri, seperti baru berlaku di Jerman.

Maka, dalam sistem PR, kalaulah BN dapat 43 peratus daripada jumlah undi, Pakatan Harapan dapat 48 peratus dan PAS dapat 9 peratus, dia dapat menentukan sama ada BN atau Pakatan Harapan yang dapat membentuk kerajaan.

Tetapi, dengan sistem yang sedia ada, pertandingan tiga-penjuru bermakna penyertaan PAS sebagai pilihan ketiga dalam semua kawasan parlimen hanya bertujuan menarik undi daripada Pakatan Harapan , yang cuma akan membantu BN.

Pimpinan BN cukup sedar bahawa kebanyakan umat Islam merasa jijik dan marah terhadap pemerintahan BN, terutamanya di bawah pimpinan Najib, yang telah meningkatkan sifat rakus, boros dan curang pemerintahannya ke tahap yang jauh melebihi tahap zaman Mahathir dan Pak Lah.

Korupsi dan kronisme bukan hal baru di Malaysia

Walaupun sudah lama wujud di Malaysia, kronisme, korupsi dan kerakusan pembolotan kekayaan dalam dekad lalu sudah mencapai tingkat yang tak pernah diduga.

Oleh itu, lebih ramai umat Islam di Malaysia, termasuk ahli serta penyokong Umno, apa lagi PAS, merasa jijik dan ingin gantikan, malah gulingkan kuasa Najib serta isterinya Rosmah.

Rosmah patut disebutkan kerana dia sedang main peranan lebih penting dibanding dengan semua isteri perdana menteri sebelumnya.

Anaknya, Reza Aziz gunakan fulus 1MDB dan lain-lain untuk membiayai pembikinan filem ‘separuh lucah’ seperti Wolf of Wall Street .

'Dalang' 1MDB, Jho Low pernah pasang iklan besar dalam surat khabar Inggeris terbesar di New York untuk menyambut ‘First lady of Malaysia ’ (FLoM) – sepatutnya Raja Permaisuri Agung – yang pernah ada pejabat dan peruntukan belanjawan Jabatan Perdana Menteri.

Bila Lee Kuan Yew melawat Malaysia, Rosmahlah yang dijumpanya. Ketika Najib uzur, Rosmahlah yang menyambut Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bukan Timbalan PM Mahyuddin! Mengamuk Hilary.

Menurut laporan kedua Jabatan Pendakwa Raya Amerika, wang 1MDB digunakan untuk membeli intan warna ros berharga ratusan juta serta banyak lagi permata serta barang mewah lain untuknya.

Apa pula kaitan korupsi dengan politik?

Menurut setengah pemerhati, 1MDB ditubuhkan untuk mengumpul dana besar yang dikuasai Najib menjelang PU13 pada tahun 2013. Dengan demikian, dia dapat menguasai Umno dan BN, serta semua menteri dan MP sekali.

Kali ini pula, menjelang PU14, ECRL (East Coast Rail Link) merupakan projek ‘di luar belanjawan’ untuk dapatkan jumlah wang pinjaman besar dari China.

‘Pinjaman ini’ jauh melebihi kos membina landasan kereta api laju ke Pantai Timur, kerana fulus itu perlu untuk membiayai perbelanjaan besar-besaran PU14 dan untuk menyelesai dan menutup kerugian akibat penipuan 1MDB.

Diketahui umum bahawa tender paling besar untuk pembinaan projek kereta api laju ke Singapura pula diberi kepada syarikat yang rapat dengan keluarga diraja Johor.

Maka, tak menghairankan bahawa sikap politiknya telah berubah dewasa ini.

Menurut pimpinan PAS, DAP merupakan musuh utama orang Melayu, umat Islam?

Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan PAS-DAP memang sulit dari dulu lagi.

Pada tahun 1990, PAS tak sanggup kerja sama dengan DAP, tetapi hanya dengan Ku Li serta Semangat 46-nya melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Ku Li pula bekerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyatnya.

Keadaan pula telah berubah setelah pergolakan politik 1998 selepas Anwar dibuang dari kerajaan dan Umno ekoran krisis kewangan.

Maka, dalam pilihan raya 1999, 2004, 2008 dan 2013, PAS bekerjasama dengan DAP, di mana wakil Anwar menjadi orang tengah.

Mereka setuju bahawa masing-masing berhak membela pegangan mereka sendiri. Setelah PU13, DAP yang mula keluar dari Pakatan Rakyat selepas Najib menjemput Hadi membentangkan RUU 355.

Malangnya, RUU 355 tidak pernah dibahaskan dalam sesi parlimen lepas, Hadi telah masuk jerat yang dipasang Najib.

Golongan PAS yang diilhamkan oleh Erdogan di Turki – dibanding Erbakan dulu – dan berjaya ‘memperluaskan’ sokongan PAS, tidak pernah minta tolong DAP.

Namun, DAP pula masuk campur hal ehwal PAS, yang menyebabkan reaksi kuat terhadap golongan Erdogani.

Mereka diusir keluar PAS dan menubuhkan Amanah bersama ramai lagi yang keluar PAS atas sebab-sebab berlainan.

Kemarahan Hadi terhadap DAP meningkat dan terus diperalatkan pimpinan Umno. Walaupun ana sendiri tidak pernah senang dengan DAP, propaganda anti-DAP kini banyak direka untuk menjahanamkan Pakatan Harapan.

Diketahui umum bahawa dalam pilihan raya negeri Sarawak 2016, PAS didakwa terima fulus untuk cuba jahanamkan DAP.

Bagaimana pula menjelang PU14?

Dalam PU14 ini, PAS kata akan tanding di seluruh Semenanjung kerana memusuhi DAP. Belanjanya cukup besar, tetapi ongkos telah disediakan.

Kalau nak hancurkan DAP, lawanlah di tempat DAP tanding saja, bukan di semua kawasan lain, terutamanya yang ditandingi parti Pakatan Harapan lain.

Sebenarnya, calon PAS yang lawan DAP hanya membantu DAP kalau berjaya mengurangkan undi Umno-BN, apa lagi dengan sempadan kawasan baru.

Maka, jelas PAS bertanding di kawasan lain itu untuk cuba menarik undi orang Melayu yang marah dengan Najib, Umno dan BN.

Fulus yang diterima PAS daripada punca yang didapat diduga, melalui beberapa saluran presiden UMNO serta timbalannya.

Fulus yang diterima PAS daripada Umno pada peringkat awal kononnya daripada Saudi, dikatakan demi perkembangan Islam di Malaysia, tetapi kemudian, sandiwara itu tidak berterusan kerana tidak dipercayai langsung.

Walaupun seluruh pimpinan sedar, tetapi tidak semestinya, semua terlibat atau dapat ‘rezeki’.

Haji Hadi juga marah dengan Mahathir

Kami di PAS memang lama marah dengan Mahathir – pernah kita gelarkan Mahafiraun. Kritikan kami terhadapnya diketahui umum.

Tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa, dengan Anwar sebelahnya zaman itu, dialah yang memajukan Islam dengan caranya sendiri: melalui Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya, antara lain dengan tujuan menghadkan pengembangan pengaruh PAS.

Masih ada tanda soal tentang Memali, di mana orang Nakhaie terlibat, tetapi Nakhaie menyertai Umno kemudiannya.

Sikap Mahathir terhadap polis juga sukar difahami; tiada siapa yang mengaku Mahathir yang suruh Rahim belasah Anwar.

Operasi Lalang 30 tahun dulu disyorkan Ketua Polis Hanif dengan Rahim, ketua Cawangan Khas waktu itu. Mat Sabu pula ditahan bersama dan mula kenal Lim Guan Eng ketika itu.

Tetapi itu cerita dulu belaka. Lah ni, soalnya lain. Mahathir, sanggup bakar jambatan Umnonya, sanggup berkorban dan terdedah kepada apa saja serangan Najib.

Bagi Mahathir, masa depan tanah air, warisannya dijahanamkan Najib, yang telah merosakkan watan kita dengan korupsi dan penipuan terbesar di dunia.

Bagi Mahathir, ini membantutkan perindustrian dan kemajuan Malaysia, menjadikan Malaysia negara yang akur kepada kuasa asing, sama ada Amerika, Saudi atau China.

Apakah PAS merupakan pilihan ketiga antara BN dan Pakatan Harapan?

Sebenarnya, tidak. Pimpinan PAS sekarang sudah lama bersubahat dengan Najib, bukan dengan Umno, apa lagi, keseluruhan BN.

Kalau umat Islam, rakyat jelata, celik mata dan sedar tentang apa yang sedang berlaku, mereka akan tolak PAS sekali dengan BN Najib dan PAS akan alami pukulan paling teruk sejak tahun 1980-an.

Segala yang tercapai sejak hujung tahun 1980-an sampai beberapa tahun lalu akan rosak. Buat apa?

Yang ana tak dapat sokong, PAS akan selamatkan perdana menteri Malaysia yang paling teruk, curang dan boros sejak Tanah Melayu merdeka.

Apa lagi yang dirahsiakan? Mungkin juga pembunuhan? Kes Altantuya? Kes Morais dan lain-lain?

Penyangak paling besar, bukan hanya dalam sejarah Malaysia, tapi mungkin di dunia. Melalui 1MDB? Felda?

Baru-baru ini, PAS telah menyokong Undang-undang Berita Tak Benar Najib.

Undang-undang baru itu bertujuan menutup berita tentang penipuan 1MDB yang sukar ditutup.

Undang-undang baru diluluskan menjelang musim kempen PU14 untuk menakutkan orang ramai dengan mengenakan hukuman jauh lebih berat terhadap pengedar berita benar yang tidak disahkan kerajaan.

Sebenarnya, sudah terdapat undang-undang yang membolehkan kes jenayah dan sivil terhadap mereka yang memfitnah. Pasal apa PAS sokong undang-undang zalim itu?

Apa pula kesan terhadap PAS yang ustaz jangka?

Ana kurang faham fikiran pucuk pimpinan, sehingga sanggup seolah-olah ‘bunuh diri’, mati syahid, demi menyelamatkan Najib.

Kalau strategi menjadi penentu berjaya, PAS hanya akan dapat lima hingga enam kerusi parlimen, ada yang ramalkan kurang daripada itu namun, setengah pemimpin sanggup menipu ahli serta penyokong.

Dengan majoriti BN yang lebih besar, akibat ‘jasa’ PAS, kuasa tawar menawar PAS akan merosot lagi walaupun mungkin beberapa pemimpin akan terus dapat dedak. Inilah nasib PAS akibat strategi kini.

PAS akan selamatkan, malah perkuatkan Najib-Rosmah-Jho Low dan Umno, walaupun kedudukan PAS sendiri akan merosot dan sukar dipulih pada masa depan.

Jumlah MP PAS jauh lebih kecil dibanding dengan jumlah jauh lebih besar sekarang dan jumlah lebih besar lagi kalau PAS kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan satu-lawan-satu menentang BN.

Kelantan akan hilang. Tok Pa akan jadi MB dan sukar sekali Kelantan ditawan balik pada masa depan, mungkin selama satu generasi.

Banyak kerusi PAS lain akan hilang juga pada peringkat negeri, mahu pun nasional. Yang sedih sekali, semuanya sia-sia, demi Najib, bukan demi Islam, bukan demi PAS.

Apakah perkembangan demikian masih dapat dielakkan?

Kalaulah umat Islam tak menyedari pilihan sebenar menjelang PU14, Najib-Jho Low akan diselamatkan, malah mungkin BN dapat tawan dua pertiga dari kerusi parlimen tanpa PAS.

Umno dan MCA, bukan DAP atau Pakatan Harapan, yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Parti Komunis China.

Pilihan bukan antara DAP dan MCA, yang bergantung kepada Umno. Tetapi antara DAP dengan Jho Low serta konco-konco bilionair Najib lain.

Siapa yang mendedahkan skandal BMF setelah Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong? Siapa pula yang mendedahkan penipuan 1MDB?

Malu kami orang PAS kerana MP PAS menyokong Akta Antiberita Tak Benar yang bertujuan menutup 1MDB serta kezaliman, penipuan dan penyelewengan rakus yang lain.

Di samping itu, kuasa Saudi dan China terhadap Malaysia akan terus meningkat walaupun Trump tidak menghiraukan tawaran ufti Najib untuk selamatkan ekonomi Amerika dengan meminjamkan wang simpanan KWSP dan menggunakan duit rakyat untuk selamatkan MAS.

Tiada siapa yang percaya bahawa Mahathir, Anwar atau Mat Sabu akan menggadaikan masa depan rakyat Malaysia, apa lagi rakyat Melayu dan ummat Islam, kepada kuasa asing ataupun DAP.

Walaupun ana berbeza pandangan dengan mereka dalam banyak hal, ana yakin mereka inilah yang boleh membawa perubahan yang watan kita perlukan.

Kalaulah mereka menolak BN serta PAS, dan memilih Pakatan Harapan, dasar serta undang-undang negara akan dipinda dan dikuatkuasakan untuk menghancurkan sistem ‘politik wang’ yang menjadi punca dan asas tumbuhan barah korupsi dan rasuah berleluasa yang merosakkan watan kita.

Najib membolehkan kuasa asing, kerajaan serta syarikat korporat, menguasai Malaysia bersama bilionair Bursa Saham, yang dapat membeli menteri dan pemimpin Umno.

Pembesar baru atau mustakbirin abad ke 21 berkuasa melalui Najib dan beberapa kerat orangnya.

Yang lain hulubalang upahan yang mempertahankan sistem untuk dedak yang diterima mereka.

Ini satu-satunya peluang yang ada pada kita semenjak lebih dari setengah abad kita merdeka.

Peluang seumpama ini bukan sentiasa ada, tak sepanjang hayat ana.

Insya-Allah, penyokong, ahli, malah pemimpin PAS lain akan menyedari keadaan sebenar dan bertindak untuk selamatkan watan dan PAS sendiri.

Ahli dan penyokong PAS sudah lama berkorban membela mereka yang dhaif, bukan untuk menjadi hamba hulubalang Najib.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Pelakon drama siri Smallville, Allison Mack ditahan pihak berkuasa atas dakwaan merekrut wanita sebagai hamba seks untuk NXIVM, suatu pergerakan dianggap kultus dan pernah didakwa cuba ‘memancing’ dua selebriti ternama Hollywood sebagai anggota kumpulan tersebut.

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Allison didakwa dalam komunikasinya di Twitter menyatakan minat terhadap Emma lalu menulis pesanan ringkas kepada selebriti berkenaan pada Januari 2016.

Penjelasan berkenaan diberikan kepada Emma kerana dia seorang sosok yang terkenal dengan melakukan kerja-kerja aktivis wanita dan gender berhaluan kanan.

“Saya menyertai pembangunan unik manusia dan gerakan wanita.

"Saya berminat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai hal ini.

"Saya juga boleh katakan perkara ini kerana saya juga seorang aktres,” katanya.

Walaupun Emma tidak memberi sebarang respon, Allison cuba menghubunginya sekali lagi pada Mac tahun sama dan sekali lagi, tiada sebarang balasan daripada Emma.

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Selain Emma, Allison turut meluahkan hasrat yang sama terhadap penyanyi Kelly Clarkson, juga menerusi Twitter.

“Saya dengar khabar bahawa anda ialah seorang peminat Smallville. Saya juga peminat kamu! Saya gembira jika dapat menghubungi kamu,” katanya.

Sama seperti Emma, Kelly juga tidak memberi maklum balas terhadap kenyataan diberikan di Twitter itu.

Terdahulu, selepas mengaku tidak bersalah mempunyai kaitan dengan ketua NXIVM Keith Raniere, Allison dibebaskan atas ikat jamin AS$5 juta (RM19 juta) sementara menantikan perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan manusia, konspirasi pemerdagangan manusia dan konspirasi buruh paksa.

Rahsia gelap NXIVM

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

NXIVM mendakwa mereka menjalankan aktiviti sebagai kumpulan bimbingan wanita tetapi sebenarnya terdapat rahsia gelap di sebalik organisasi terbabit.

Kultus berpangkalan di Albany itu menyaksikan wanita dipaksa melakukan hubungan seks dengan pengasasnya yang kini dituduh atas kesalahan melakukan pemerdagangan wanita.

Raniere ditahan pada Mac 2018 lalu di Mexico dan kini direman dalam tahanan persekutuan di New York.

Dia turut didakwa merogol kanak-kanak seawal usia 12 tahun, memenjarakan wanita kerana mempunyai perasaan terhadap orang lain dan memaksa seorang daripada pengikutnya untuk merempuh pokok dan minum air lumpur.

Sekurang-kurang 80 wanita yang didakwa terperangkap menjadi mangsa organisasi itu dieksploitasi secara seksual, dibasuh otak (brainwashed) bahkan tubuh mereka dicacah (branded) dengan nama Raniere, kata pendakwa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Tinggal di Perkampungan Jogi Dera merupakan satu mimpi ngeri buat mereka yang fobia dengan ular kerana penduduk di sini semunya sangat mesra dengan reptilia ini dan boleh dikatakan mereka seperti mempunyai hubungan yang akrab seperti sebuah keluarga.

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Jogi Dera adalah sebuah perkampungan yang terletak di daerah Baghpur, Uttar Pradesh di India.

Kampung ini juga sinonim digelar sebagai Perkampungan Pawang Ular oleh penduduk di sana.

Selain bentuk fizikal, faktor yang menakutkan tentang ular adalah bisanya yang boleh membunuh manusia dalam masa kurang dari 5 minit. Oh!

Namun, berbeza dengan penduduk di sini, ular langsung tidak membahayakan nyawa mereka.

Memang ajaib sungguh, adakah ini yang dikatakan dua dunia berbeza yang sedang bercinta.

Dari anak kecil hinggalah yang berusia, semuanya seperti sangat gembira bermain dengan ular.

Terdapat pelbagai spesies ular yang ada di perkampungan ini, baik dari ular kecil sehinggalah spesies ular yang paling ditakuti iaitu King Cobra.

Bukan sekadar bermain, penduduk di sini juga boleh mengawal ular mengikut rentak irama yang dimainkan.

Di bawah ini adalah rakaman suasana di perkampungan Ular, Jogi Dera.

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Perkampungan Jogi Dera Yang Menjadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Ini adalah bukti ular juga mampu menjadi kawan yang baik.

Kalau anda diberi peluang berkunjug ke sini, sanggup atau tidak?

Penuh ular beb , silap hari bulan masuk dalam seluar haru hidup nanti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

sumber: thevocket


Sejarah EMO, Aliran Muzik Punk Rock Yang Berasal Dari Amerika Syarikat

Sejarah EMO, Aliran Muzik Punk Rock Yang Berasal Dari Amerika Syarikat

Emo ialah singkatan daripada perkataan 'hardcore emosional' iaitu sejenis aliran muzik punk rock yang berasal dari Washington pada pertengahan tahun 1990an.

Sejarah EMO
Gambar hiasan.

Gaya Emo boleh dikenali dengan pemakaian serba hitam termasuklah warna cat kuku, gincu, eyeliner tebal dan rambut menutupi separuh wajah dengan sebahagiannya diwarnakan dengan pewarna merah jambu.

Dari segi pakaian pula, berseluar jeans ketat dan baju berlapis menjadi kegemaran pengikut Emo.

Mereka juga bergaya habis-habisan dengan aksesori seperti tali pinggang, bertindik dan perhiasan berjuntai.

Walaupun pengaruh muzik dan gaya Emo kelihatan sama dengan Gothik, namun kedua-dua gaya tersebut sebenarnya berbeza.

Emo mempunyai pengaruh budaya dan ekspresi. Ideologi Emo sering berkaitan dengan depresi, kegelapan, berwajah sendu, menyanyikan lagu-lagu sedih dan tidak menyukai banyak perkara dalam hidup mereka.

Selain itu, sikap mengasingkan diri dari bercampur dengan masyarakat, menyakitkan diri sendiri dan cenderung berakhir dengan menggantung diri menggunakan tali pinggang yang dipakai juga adalah identiti aliran Emo.

Larangan EMO

Walau bagaimanapun, ada negara yang melarang aliran Emo dari terus berkembang dengan alasan ideologi dan gaya Emo adalah wabak penyakit yang perlu dijauhi kerana boleh merosakkan generasi muda dan dianggap sebagai budaya negatif.

Emo dianggap membahayakan kerana boleh menjurus ke arah gaya hidup tidak sihat seperti membunuh diri dan perilaku anti sosial, selain menjadi ancaman sosial kepada negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, April 27, 2018

Sains Membuktikan Patah Hati Dan Kecewa Boleh Menyebabkan Kematian

Sains Membuktikan Patah Hati Dan Kecewa Boleh Menyebabkan Kematian

Jika anda peminat Star Wars, sudah tentu anda kenal dengan watak Princess Leia yang dibawakan oleh Carrie Fisher yang telah meninggal dunia pada 27 Disember 2017 lepas dan sehari selepas pemergian Carrie, ibunya, Debbie Reynolds turut meninggal dunia.

Sains Membuktikan Patah Hati Dan Kecewa Boleh Menyebabkan Kematian

Walaupun punca utama kematian Debbie akibat strok, tapi ramai yang percaya Debbie mati kerana patah hati.

Anak lelaki Debbie, Todd Fisher berkata, "ayat terakhir yang Debbie cakap pagi tadi ialah dia berasa sangat sedih dengan pemergian Carrie dan dia ingin bersama-sama dengan Carrie semula.

"15 minit kemudian dia diserang strok dan meninggal dunia di hospital."

Hal ini membuatkan kita terfikir, bolehkah kita mati kerana patah hati?

Mati kerana patah hati: Ini adalah sains disebalik sindrom patah hati

Apabila kita mendengar kisah tentang pasangan yang mati dalam jangka masa yang singkat di antara mereka, ia sangat sedih bukan?

Rasa seperti kedua-dua pasangan ingin bersama selamanya dan jika salah seorang pasangan pergi dulu, pasangan satu lagi pasti akan patah hati.

Pada tahun 2015, terdapat pasangan di Malaysia yang mati selang beberapa jam.

Pasangan ini telah hidup bersama selama 80 tahun dan telah membesarkan 10 anak mereka bersama-sama.

Mereka dikebumikan sebelah-menyebelah.

Tahun 2011 pula, satu pasangan di Iowa U.S.A mati berpegangan tangan setelah hidup bahagia selama 72 tahun.

Hal ini semakin membuktikan sindrom patah hati itu wujud dan ia mungkin boleh membawa maut.

Tapi, adakah bukti-bukti saintifik yang menunjukkan kita boleh mati kerana patah hati? Ya, ada!

British Medical Journal telah melakukan kajian untuk mendalami bagaimana kematian pasangan yang kita sayang boleh menambah risiko kadar jantung tidak teratur hanya dalam masa sebulan.

Patah hati, kecewa atau putus cinta boleh mengakibatkan penyakit mental dan emosional yang serius, tapi kajian juga menunjukkan patah hati dan rasa kekecewaan dan kemurungan mendalam ini boleh menjejaskan kesihatan fizikal kita!

Kehilangan orang tersayang boleh menyebabkan stres yang teruk.

Ada orang yang boleh menghadapinya dan ada juga yang bergelut untuk menerimanya.

Kajian turut mengesahkan, pasangan yang tidak bahagia juga boleh mati kerana patah hati!

Sindrom patah hati ini boleh juga dihidapi oleh individu yang sihat.

Walaupun kajian masih diteruskan, sindrom patah hati telah disahkan oleh pakar sebagai salah satu perubatan rasmi.

Individu yang mengalami sindrom patah hati akan mengalami lonjakan hormon yang akan membesarkan hati dan menghalangnya dari berfungsi secara normal.

Walaupun sindrom patah hati boleh mengakibatkan kegagalan jantung, ia selalunya boleh dirawat.

Malah, Persatuan Pakar Jantung Amerika mengesahkan pemulihan sindrom patah hati boleh mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk dirawat.

Tapi untuk beberapa orang, ia boleh membawa maut!

Apakah gejala-gejala 'sindrom patah hati'?

Jika anda mengalami gejala-gejala di bawah, sila rujuk pakar segera:
  • Sakit dada walaupun tak pernah mengalami apa-apa sakit jantung.
  • Nafas pendek.
  • Kadar degupan jantung tidak tetap.
  • Kejutan kardiogenik yang boleh membawa maut.

Walaupun gejala sindrom patah hati dan serangan jantung adalah sama, ini perbezaannya:
  • Bagi sindrom patah hati, ujian darah menunjukkan tiada sejarah kerosakan jantung.
  • Ujian EKG dapat membezakan kedua-dua sindrom.
  • Individu yang mengalami sindrom patah hati tidak ada koronori arteri yang tersumbat atau pergerakan tidak tetap pada jantung sebelah kiri.
  • Sindrom patah hati boleh pulih dalam masa beberapa hari atau minggu tetapi sakit jantung mengambil masa lebih sebulan.

Penyebab sindrom patah hati ini tidak selalunya negatif. Ada juga sindrom senang hati yang memainkan peranan sebanyak 1.1% terhadap kes sindrom patah hati.

Sindrom patah hati ini boleh dielakkan dengan mengamalkan senaman dan teknik relaksasi, seperti yoga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Misteri Bagaimana Burung Merpati Mencari Sarangnya?

Misteri Bagaimana Burung Merpati Mencari Sarangnya?

Seekor burung merpati mampu terbang hingga beberapa ribu kilometer dalam hidupnya tapi, satu perkara yang menjadi pelik dan terus menjadi misteri ialah, setiap kali terbang, ia mampu kembali ke sarangnya semula.

Misteri Bagaimana Burung Merpati Mencari Sarangnya?

Soalnya, bagaimana merpati ini mengingati sarangnya?

Satu kajian mengenai perkara ini mendapati burung merpati menggunakan magnet Bumi untuk menentukan haluannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tiada Wanita Yang Sempurna

Tiada Wanita Yang Sempurna

Seandainya suami memilih wanita yang bekerja dan mahu isteri kerja, suami perlu menerima isteri mungkin tidak mampu membersihkan rumah sebaiknya.

Tiada Wanita Yang Sempurna
Gambar hiasan.

Seandainya suami mahu isteri tidak bekerja, mahu dia duduk dan menjaga rumahtangga, maka suami harus menerima isteri mungkin tidak mampu menghasilkan wang.

Seandainya suami memilih wanita yang menurut apa sahaja kemahuannya, mendengar sahaja tanpa bantahan. Suami juga harus menerima yang isteri mungkin tidak pandai berdikari dan tak mampu hidup sendiri.

Seandainya suami memilih isteri yang BERANI & CEKAL, suami harus menerima dia apabila ada jawapan, berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri.

Seandainya lelaki memilih Wanita yang cantik dan sempurna, maka suami harus bersedia mengeluarkan wang untuk sentiasa mencantikkannya .

Seandainya lelaki memilih wanita yang HEBAT! Suami harus menerima dan tahu, dia tidak akan mudah menyerah kalah dan akan berkeras dengan pendapatnya.

Sedarlah wahai lelaki, TIDAK ADA WANITA YANG SEMPURNA.

Yang ada hanya dalam MIMPI sahaja!

Sedarlah wahai lelaki, jangan kamu mengeluh jika isteri tidak pandai MENCARI wang dan cuma tahu menghabiskan duitmu.

Lelaki semuanya mengharapkan wanita lemah lembut, cantik, berdikari dan pandai mencari duit sendiri, pandai menjaga rumah tangga, hormat orang tua, baik hati pada keluargamu.

Tapi, cuba tanya pada diri sendiri,

apa yang awak ada? Apa yang awak sanggup lakukan?

Awak HANDSOME ? SADO? Ada DUIT yang banyak?

ATAU awak juga seorang yang penuh kekurangan, yang mahukan perhatian dan kasih sayang dari seorang isteri?

Jika lelaki sendiri tidak sempurna, jangan pernah TUNTUT kesempurnaan daripada isteri.

BELAJARLAH BERSYUKUR!

Isteri itu baik buruknya bergantung kepada suami!

CANTIK, bila suami memberikan hak berhias.

AKHLAK BAIK, bila suami mengajarkan budi pekerti mulia.

PANDAI, bila suami mengajarkan ilmu yang baik.

SOLEHAH, bila suami membimbing dengan ajaran agama yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM