Friday, April 27, 2018

Sains Membuktikan Patah Hati Dan Kecewa Boleh Menyebabkan Kematian


Jika anda peminat Star Wars, sudah tentu anda kenal dengan watak Princess Leia yang dibawakan oleh Carrie Fisher yang telah meninggal dunia pada 27 Disember 2017 lepas dan sehari selepas pemergian Carrie, ibunya, Debbie Reynolds turut meninggal dunia.

Sains Membuktikan Patah Hati Dan Kecewa Boleh Menyebabkan Kematian

Walaupun punca utama kematian Debbie akibat strok, tapi ramai yang percaya Debbie mati kerana patah hati.

Anak lelaki Debbie, Todd Fisher berkata, "ayat terakhir yang Debbie cakap pagi tadi ialah dia berasa sangat sedih dengan pemergian Carrie dan dia ingin bersama-sama dengan Carrie semula.

"15 minit kemudian dia diserang strok dan meninggal dunia di hospital."

Hal ini membuatkan kita terfikir, bolehkah kita mati kerana patah hati?

Mati kerana patah hati: Ini adalah sains disebalik sindrom patah hati

Apabila kita mendengar kisah tentang pasangan yang mati dalam jangka masa yang singkat di antara mereka, ia sangat sedih bukan?

Rasa seperti kedua-dua pasangan ingin bersama selamanya dan jika salah seorang pasangan pergi dulu, pasangan satu lagi pasti akan patah hati.

Pada tahun 2015, terdapat pasangan di Malaysia yang mati selang beberapa jam.

Pasangan ini telah hidup bersama selama 80 tahun dan telah membesarkan 10 anak mereka bersama-sama.

Mereka dikebumikan sebelah-menyebelah.

Tahun 2011 pula, satu pasangan di Iowa U.S.A mati berpegangan tangan setelah hidup bahagia selama 72 tahun.

Hal ini semakin membuktikan sindrom patah hati itu wujud dan ia mungkin boleh membawa maut.

Tapi, adakah bukti-bukti saintifik yang menunjukkan kita boleh mati kerana patah hati? Ya, ada!

British Medical Journal telah melakukan kajian untuk mendalami bagaimana kematian pasangan yang kita sayang boleh menambah risiko kadar jantung tidak teratur hanya dalam masa sebulan.

Patah hati, kecewa atau putus cinta boleh mengakibatkan penyakit mental dan emosional yang serius, tapi kajian juga menunjukkan patah hati dan rasa kekecewaan dan kemurungan mendalam ini boleh menjejaskan kesihatan fizikal kita!

Kehilangan orang tersayang boleh menyebabkan stres yang teruk.

Ada orang yang boleh menghadapinya dan ada juga yang bergelut untuk menerimanya.

Kajian turut mengesahkan, pasangan yang tidak bahagia juga boleh mati kerana patah hati!

Sindrom patah hati ini boleh juga dihidapi oleh individu yang sihat.

Walaupun kajian masih diteruskan, sindrom patah hati telah disahkan oleh pakar sebagai salah satu perubatan rasmi.

Individu yang mengalami sindrom patah hati akan mengalami lonjakan hormon yang akan membesarkan hati dan menghalangnya dari berfungsi secara normal.

Walaupun sindrom patah hati boleh mengakibatkan kegagalan jantung, ia selalunya boleh dirawat.

Malah, Persatuan Pakar Jantung Amerika mengesahkan pemulihan sindrom patah hati boleh mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk dirawat.

Tapi untuk beberapa orang, ia boleh membawa maut!

Apakah gejala-gejala 'sindrom patah hati'?

Jika anda mengalami gejala-gejala di bawah, sila rujuk pakar segera:
  • Sakit dada walaupun tak pernah mengalami apa-apa sakit jantung.
  • Nafas pendek.
  • Kadar degupan jantung tidak tetap.
  • Kejutan kardiogenik yang boleh membawa maut.

Walaupun gejala sindrom patah hati dan serangan jantung adalah sama, ini perbezaannya:
  • Bagi sindrom patah hati, ujian darah menunjukkan tiada sejarah kerosakan jantung.
  • Ujian EKG dapat membezakan kedua-dua sindrom.
  • Individu yang mengalami sindrom patah hati tidak ada koronori arteri yang tersumbat atau pergerakan tidak tetap pada jantung sebelah kiri.
  • Sindrom patah hati boleh pulih dalam masa beberapa hari atau minggu tetapi sakit jantung mengambil masa lebih sebulan.

Penyebab sindrom patah hati ini tidak selalunya negatif. Ada juga sindrom senang hati yang memainkan peranan sebanyak 1.1% terhadap kes sindrom patah hati.

Sindrom patah hati ini boleh dielakkan dengan mengamalkan senaman dan teknik relaksasi, seperti yoga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon