Sunday, April 22, 2018

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Cuaca panas sememangnya boleh memberikan tekanan fizikal dan bahaya kepada tubuh badan setiap manusia dan tahukah anda, suhu paling panas yang pernah di catatkan di Malaysia adalah 40.1 darjah celcius di Chuping, Perlis.

Namun, dalam kita merasakan negara kita sangat panas, ada lagi tempat yang mencatatkan rekod suhu lebih panas berbanding di Chuping.

Berikut adalah 10 lokasi tempat paling panas di muka bumi.

1. Aziziyah, Libya

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Aziziyah yang terletak 25 kilometer di selatan Tripoli pernah mendapat gelaran tempat paling panas di bumi.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1922 di mana suhu yang dicatatkan sebagai 58 darjah celcius.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 gelaran suhu terpanas telah ditarik balik apabila para ahli meteorologi menyatakan bahawa rekod itu tidak sah kerana terdapat beberapa percanggahan data termasuk juga orang yang mencatatkan suhu tersebut langsung tidak berpengalaman.

Sehingga sekarang bandar ini masih kerap mengalami suhu melebihi 48 darjah celcius dalam pertengahan musim panas.

2. Dasht-e Lut, Iran

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Dataran padang pasir ini mempunyai suhu tanah terpanas di muka bumi.

Pengukuran satelit yang diambil antara tahun 2003 dan 2009 mendapati bahawa kejutan suhu maksimum sebanyak 70.7 darjah.

Tidak perlu dikatakan apa-apa mengenainya kerana rantau ini tidak berpenghuni.

3. Death Valley, California, Amerika Syarikat

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Sehingga sekarang Death Valley memegang rekod untuk suhu terpanas di dunia yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Lembah padang pasir yang luas ini telah mencapai suhu 56.7 darjah celcius pada musim panas tahun 1913 yang tentunya akan menjejaskan kehidupan manusia di situ.

Suhu purata pada masa kini mencapai 47 darjah celcius pada musim panas dan ia merupakan kawasan paling kering di Amerika Syarikat.

4. Kebili, Tunisia

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Pekan gurun ini terkenal dengan buah kurma yang berkualiti dengan suhu purata sekitar 40 darjah celcius ke atas pada musim panas.

Suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah sebanyak 55 darjah celcius.

5. Ghadames, Libya

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Ghadames adalah lokasi oasis iaitu kawasan lapang di tengah-tengah padang pasir yang kini telah diisytiharkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco disebabkan terdapat pondok atau rumah yang mempunyai simbol ikonik kerana ia diperbuat daripada lumpur.

Walaupun dibuat dengan menggunakan lumpur tetapi ia telah membantu melindungi 7,000 penduduk dari cuaca panas yang terik.

Dikenali juga sebagai "mutiara padang pasir", ia mencapai purata tertinggi 40 darjah celcius dan suhu 55 darjah celcius pernah dicatatkan.

6. Tirat Zvi

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Tirat Zvi bandar haram yang mencatat rekod suhu terpanas di Asia pada bulan Jun 1942 iaitu dengan bacaan suhu sebanyak 54 darjah celcius.

Rekod itu telah dipersoalkan oleh Christopher C Burt iaitu salah seorang penyiasat ke atas rekod dunia Aziziyah yang tidak disahkan sekarang.

Dia mendakwa bahawa bacaan termometer itu tidak dibaca dengan tepat dan seharusnya ia dibaca pada suhu 53 darjah celcius.

Pada tahun yang sama juga suhu ia mencecah paras tertinggi pada tahap 37 darjah celcius sahaja.

7. Wadi Halfa, Sudan

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Sepanjang tahun hujan tidak kelihatan di Wadi Halfa iaitu bandar panas yang terletak di pinggir Tasik Nubia di Sudan.

Jun adalah bulan yang paling panas dengan purata suhu tertinggi iaitu sebanyak 41 darjah celcius.

Suhu paling panas yang pernah direkodkan ialah pada kadar 53 darjah celcius pada bulan April tahun 1967.

8. Bandar-e Mahshahr, Iran

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Bandar-e Mahshahr mencatatkan indeks haba setinggi 74 darjah celcius pada bulan Julai 2015.

Manakala suhu rekod terpanas yang pernah direkodkan di Bandar e-Mahshahr Iran adalah pada sekitar 51 darjah celcius.

9. Timbuktu, Mali

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Bandar ini terletak di pinggir selatan Sahara walaupun pada musim sejuk ia tetap mencatat suhu yang panas sehingga mencapai paras purata purata 30 darjah pada bulan Januari.

Suhu terpanas yang pernah direkodkan adalah di Timbuktu ini adalah 49 darjah celcius.

10. Dallol, Ethiopia

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Kawasan hidrotermal yang mempunyai lembah garam, air panas berasid dan gas geyser ini mempunyai suhu purata harian maksimum 41 darjah celius yang dicatat pada tahun 1960 hingga 1966.

Angka-angka suhu yang semakin meningkat itu bererti ia mempunyai purata suhu yang tertinggi di mana-mana tempat yang didiami di muka bumi ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?

Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?

e-Sukan semakin mendapat tempat di hati gamer tegar dan banyak syarikat-syarikat besar yang berminat untuk menjadi penaja dengan tawaran jutaan ringgit diperingkat dunia.

Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?

Hadiah lumayan dalam pertandingan melibatkan game Dota 2, FIFA dan Mobile Legend, antara yang membuatkan industri semakin meriah sekali gus meningkatkan jumlah pulangan pasukan juara.

Setakat tahun 2017 sahaja, KuroKy selaku pemain Dota 2 telah berjaya membolot hadiah kejuaraan bernilai $3.5 juta.

Secara keseluruhan, Dota 2 berjaya menjadi game dengan tawaran hadiah tertinggi dimana sebanyak $24 juta berjaya diagihkan sepanjang tahun 2017.

Untuk kategori kumpulan, Team Liquid berjaya menjadi pasukan yang memperoleh hadiah kejuaraan tertinggi dengan nilai sebanyak $10.8 juta.

Tidak hairanlah kini ramai para pemain berusaha lebih gigih untuk tampil di dalam peringkat yang lebih tinggi.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menjadi pasukan ketiga di Asia yang berjaya memenangi pendapatan tertinggi.

Berdasarkan jumlah pemain seramai 371 diseluruh dunia, berjaya menduduki di tempat ke-15 dunia berdasarkan jumlah pendapatan adalah sesuatu yang mengagumkan.

Bagi anda yang bercita-cita dan berhasrat untuk menjadi pemain e-sukan, kini lebih banyak jalan telah dibuka untuk anda berjaya dengan hanya bermain game.

Amirul ‘AmTuah’ Afandi berjaya menunjukkan bahawa dengan hasil kerja keras yang konsisten, dia telah berjaya dilamar pasukan Schalke 04 untuk menjadi pemain e-sukan pasukan Bundesliga tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya e-Sukan?

sumber: thevocket

Apa Sebenarnya Pelancongan Kesihatan?

Apa Sebenarnya Pelancongan Kesihatan?

Pelancongan Kesihatan atau Pelancongan Perubatan (Medical Tourism) adalah salah satu daripada industri yang pantas membangun pada ketika ini, yang bertujuan untuk menarik pelancong berkunjung ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan di samping melancong.

Apa Sebenarnya Pelancongan Kesihatan?

Untuk menarik lebih ramai pelawat berkunjung, kebanyakan negara menawarkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada pengguna mereka.

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH).

Kesemua pusat perubatan di Malaysia perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.

Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan.

Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.

Perkhidmatan Ditawarkan Pelancongan Kesihatan

Perkhidmatan perubatan kritikal (contoh: penyakit berkaitan kardiovaskular – penyakit jantung).

Rawatan kosmetik dan pemulihan (contoh: rawatan muka dan pelangsingan badan).
Kelebihan

Caj perubatan dan kos penginapan hospital di Malaysia amat kompetitif berbanding negara maju lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai.

Perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di tempat rawatan.

Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempoh untuk sembuh.

Kesimpulan

Semua pihak termasuklah agensi kerajaan, agensi swasta, pusat-pusat kesihatan, spa dan pembekal produk kesihatan perlu bekerjasama untuk penambah baikkan kualiti perkhidmatan dalam memajukan industri pelancongan kesihatan ini.

Tidak mustahil industri pelancongan kesihatan akan menjadi sumber pendapatan utama negara di masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahidtravel

Isteri Klimaks Sebelum Jimak Rahsia Bahagia Rumahtangga

Isteri Klimaks Sebelum Jimak Rahsia Bahagia Rumahtangga

18SX. Macamana nak percaya kalau sudah jimak dua tiga kali semalaman pun isteri masih terkapai dan lambat laun isteri anda akan menjadi batang pisang ketika dijimak. Bosan. Tak ada ‘thrill’.

Isteri Klimaks

Bila mana isteri sudah hilang minat untuk melayan suami di ranjang, maka suami pun mulalah lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi dan hubungan suami isteri terus dingin, sedingin salji di kutub utara.

Jika isteri sudah berani menaikkan suara terhadap suami kerana rasa sayang dan hormat sudah luntur, maka kelelakian suami pun turut kendur.

Apabila kedua-dua pasangan hilang minat, isteri akan cepat putus haid dan suami pula akan menghadapi masalah ‘prostate’.

Cuba bayangkan bagaimana sayangnya isteri terhadap suami kalau setiap kali dijimak, dia dapat merasakan nikmat sebenar hubungan kelamin.

Dan cuba bayangkan keadaan sebaliknya, betapa kuat jeritan batin isteri ketika ditinggal terkapai sendirian sedangkan suami terus berdengkur lena setelah ‘air gatalnya’ terpancut keluar.

Jangan biarkan isteri menderita.

Buanglah rasa ego dan jadilah seorang suami perkasa. Kalau masih sukar untuk mengklimakskan isteri dengan jimak, hadiahkan klimaks itu kepadanya sebelum jimak.

Bagaimana?

Setelah rutin cumbuan pra jimak selesai, alaskan punggung isteri dengan bantal supaya bahagian kemaluannya terangkat sedikit.

Keadaan ini akan memudahkan suami ’sujud’ di situ.

Jangan lupa mengalas bantal dengan kain untuk mengelak bantal basah.

Dengan keadaan terkangkang dan pangkal peha tersandar di bahu suami, mulakan ‘warm up’ dengan membelai kedua-dua tebing Sungai Nil menggunakan bibir dan lidah.

Setelah isteri mula kegelian, utik-utik lah suis ‘Pintu Syurga’ dengan hujung lidah.

Ketika ini isteri akan mula mengerang halus dan manja sementara bahagian sulitnya pula akan bergerak ke kiri ke kanan secara refleksi.

Mana boleh nak buat macam tu. Loya. Bacin. Busuk.

Alat kelamin perempuan yang sihat sebenarnya tidak berbau. Sama dengan zakar lelaki.

Aroma yang kurang menyenangkan itu adalah bau peluh terperap. Macam bau ketiak.

Tidak juga berbeza dengan bau ketika lelaki membuka seluar dalam setelah berjam-jam dipakai.

Kerana itulah, pasangan digalakkan mandi dan membersihkan diri sebelum masuk ke bilik tidur.

Kalau dibiarkan biji kelentit terus mengelak dari utikan lidah, isteri tidak akan mencapai klimaks. Dia cuma akan rasa ngilu.

Ketika inilah suami harus mengubah teknik supaya biji kelentit tidak dapat lari dari belaian berterusan.

Rangkul kedua-dua peha isteri dengan tangan untuk membatasi pergerakan punggungnya.

'Kunci’ serombong biji kelentitnya dengan kedua-dua bibir untuk memudahkan lidah suami menggentel biji kelentit yang sudah mula membengkak.

Kalau serombong kelentit tidak dicengkam dengan bibir nescaya terlepas ’suis’ dan terbantutlah proses mengklimakskannya.

Berapa lama lidah harus bekerja sebelum isteri klimaks?

Terpulang kepada kecekapan lidah menggesel biji tanpa henti. Ke atas ke bawah ke kiri ke kanan tanpa henti. Itu adalah pra syaratnya.

Antara dua hingga lima minit. Kalau tergendala atau terlepas, dia tidak akan mencapai kemuncak.

Untuk menambah kenikmatan isteri, sambil menggesel biji dengan lidah, tarik atau sedut sekeliling serombong kelentit yang kini sudah pun kukuh terkunci oleh kedud-dua bibir anda.

Ketika itu anda akan rasa puas mendengar decibel suara insan tersayang meninggi dalam kelazatan.

Macam mana nak tahu isteri dah klimaks?

Ketika lidah sedang rancak menjalankan kewajipan, peha dan punggungnya akan tersentak-sentak, menggeletar serta suara mengerang berpanjangan keluar secara otomatik dari kerongkongnya.

Teruskan sampai dia mengaku kalah dan meminta suami yang kini amat disayanginya berhenti.

Kalau anda yakin dia sudah benar-benar tewas, hentikanlah.

Jangan diseksa isteri kerana klimaks yang berlebihan akan mengakibatkan dia lesu berhari-hari. Dan farajnya pula akan terlopong. Tak ada grip langsung.

Kalau dijimak pun dia tak ada respon walaupun dia cuba untuk memberi layanan.

Kalau suami yang teliti, dia akan dapat melihat tebing Sungai Nil yang sebelum itu cuma kelihatan biasa tapi kini sudah montok dan tinggi berganda.

Sekiranya dipegang, ia akan terasa pejal disebabkan aliran darah yang aktif dikawasan berkaitan. Tak seronok ke tengok masa tu? Terasa keperkasaan sebagai lelaki. Ciri suami hebat.

Selesai jimak, isteri tidak lagi akan ‘menjerit tanpa suara’ walaupun suami terpancut awal macam ayam jantan kerana dia sudah puas.

Tapi kalau suami dapat mengklimakskan isteri dengan jimak, bererti dua jenis klimaks dapat dinikmati dalam satu sesi. Mungkinkah anda boleh melakukannya?

Kalau anda percaya bahawa ‘Empayar Rom’ tidak terbina dalam sehari, maka anda sudah mula dapat melakar keyakinan bahawa tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan.

Tanamkan motto dalam diri “jika orang lain boleh, kenapa aku tidak”.

Seorang maanusia tidak terus menjadi pakar dengan sekali cuba. Kemahiran itu terhasil dari kegigihan yang tidak mengenal erti kekalahan.

Kalau tidak atau kurang berjaya pada percubaan pertama, jangan jemu mencuba lagi. “Never give up”.

Tanggung jawab ‘batin’ suami bukan sekadar menabur benih ke dalam rahim isteri untuk disemai penyambung zuriat tapi memberi kepuasan sehingga dia akan meratap merintih sepanjang hayat andai ditakdir dia kehilangan ’lelaki’ yang tidak akan ada penggantinya.

Tidak tefikirkah bahawa anda juga boleh menjadi lelaki seperti itu?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rahsiakitaje

Saturday, April 21, 2018

Sejarah Ringkas Parti-parti Politik Di Malaysia

Sejarah Ringkas Parti-parti Politik Di Malaysia

Parti politik di Malaysia merupakan satu pertubuhan politik yang mempunyai ideologi dan agenda tersendiri dikalangan ahlinya. Setiap parti politik mempunyai matlamat utama iaitu untuk menjadi serta membentuk kerajaan supaya ideologi mereka boleh dijadikan sebagai dasar kerajaan yang akan diamalkan oleh setiap rakyat.

Untuk membentuk kerajaan, setiap ahli politik mesti mewakili parti politik tersebut bertanding di dalam pilihan raya umum.

Kebiasaannya, sebahagian dari parti yang lemah dan kurang berpengaruh ini akan memilih untuk bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih kuat untuk menjadi sebuah barisan dalam parti politik.

Disini kami ingin berkongsi mengenai sejarah ringkas pertubuhan parti politik yang berada di Malaysia.

Berikut adalah sebahagian daripada parti politik yang berdaftar di Malaysia.

1. United Malays National Organisation (UMNO)

Sejarah Ringkas Parti-parti Politik Di Malaysia

UMNO yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan pada tahun 1946. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 secara rasmi setelah perhimpunan Kongres Melayu Se-Malaya kali ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu di Johor Bahru.

Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden kedua UMNO dan membentuk Parti Perikatan bersama MIC dan MCA. Tunku Abdul Rahman mengetuai delegasi Rundingan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956.

Pada tahun 1973 Tun Abdul Razak telah menubuhkan Barisan Nasional (BN) bersama beberapa parti. UMNO pernah diharamkan pada tahun 1988 selepas berlakunya krisis kempimpinan UMNO pada tahun 1987.

Tun Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru iaitu dengan nama UMNO Baru dan Tengku Razaleigh Hamzah membentuk Semangat 46 pada tahun 1988.

2. Parti Islam Semalaysia (PAS)


PAS merupakan singkatan kepada Parti Islam Malaysia merupakan sebuah parti komponen yang ditubuhkan semenjak 23 Ogos 1951 sempena persidangan para ulamak di Kuala Lumpur bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya.

Pada 24 November 1951, nama persatuan ini telah diubah menjadi Parti Islam Se-Malaya di dalam satu persidangan membabitkan ulamak Malaya bertempat di Bagan Tuan Kecil iaitu Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Disitu permulaan sejarah pertubuhan PAS yang diasaskan oleh para ulama yang kemudiannya berkembang pesat menjadi sebuah pertubuhan politik dakwah yang amat penting dalam negara Malaysia.

Penglibatan dan sumbangan PAS di dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji yang mengatakan bahawa PAS mula menyertai politik menjelang pilihan raya tahun 1995.

3. Malaysia Chinese Association (MCA)


Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada tahun 1949 hasil daripada perjumpaan dengan sejumlah 300 orang perwakilan Cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Tan Cheng Lock telah dipilih sebagai Presiden Pertama dan terdapat seramai 100 orang ahli jawatankuasa Pusat dan wakil setiap negeri dipilih ketika persidangan tersebut.

Tujuan penubuhan MCA ialah sebagai sebuah badan perwakilan kaum Cina dan mengeratkan hubungan di antara masyarakat Cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu untuk menentang Komunis.

Pada peringkat awal penubuhannya, MCA lebih menjurus sebagai Pertubuhan Kebajikan tetapi pada tahun 1952 ia telah menjadi sebuah parti politik yang menyertai Perikatan.

4. Malaysian Indian Congress (MIC)


Kongres India Se-Malaysia atau dikenali sebagai MIC merupakan sebuah parti minoriti India yang diasaskan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan setelah satu persidangan berlangsung di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Presiden pertamanya ialah John A. Thivy yang merupakan seorang pengamal undang-undang.

Presiden paling lama yang berada di dalam MIC adalah Tun Sammy Vellu.

5. Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Sewaktu krisis dan kegawatan ekonomi 1997, Anwar Ibrahim telah melakukan beberapa perubahan dan langkah penjimatan bagi menyelamatkan negara dari krisis tersebut.

Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar telah memecat Anwar daripada semua jawatannya pada 2 September 1998.

Pemecatan beliau membawa kepada terbentuknya gerakan Reformasi yang turut mengakibatkan penangkapan beliau.

Rakyat bangkit menuntut pengunduran Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada 20 September 1998 akibat tuduhan-tuduhan fitnah yang dicipta terhadap Anwar Ibrahim.

Parti Keadilan Rakyat merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)


Parti Gerakan Rakyat Malaysia dikenali sebagai Gerakan telah ditubuhkan pada tahun 1968 daripada gabungan Parti Bersatu Demokratik dan Parti Buruh dan kesatuan sekerja.

Pengasas Gerakan ialah Prof. Dr. Syed Hussein al-Attas yang merupakan ahli sosiologi dan politik.

Gerakan wujud sebagai salah satu pembangkang pada waktu itu dan menang pada pilihanraya 1969 seterusnya mentadbir kerajaan Pulau Pinang.

Gerakan menyertai Perikatan bersama beberapa parti lain untuk membentuk Barisan Nasional pada tahun 1973.

7. Democratic Action Party (DAP)


DAP diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian iaitu pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial.

Parti DAP adalah serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakan parti politik Singapura.

Lee Kuan Yew adalah pengasas PAP tidak bersetuju atas sebab Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan dia telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia.

Disebabkan negeri Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 maka pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965.

8. Parti Bersatu Sabah (PBS)


Parti Bersatu Sabah merupakan sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 di Sabah.

PBS pernah menguasai Dewan Undangan Negeri negeri Sabah pada tahun 1985 sehingga 1994.

PBS juga pernah menguasai 14 kerusi Parlimen dalam PRU Malaysia 1990.

PBS menjadi anggota Barisan Nasional sejak dari penubuhannya sehingga pengundurannya pada 1990 dan kembali bergabung dengan Barisan Nasional pada tahun 2002.

9. Sarawak United People Party (SUPP)


Parti Rakyat Bersatu Sarawak merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum yang majoriti keahliannya adalah terdiri daripada kaum Cina.

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak.

SUPP berubah dari haluan kiri ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak.

SUPP adalah parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak.

10. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)


Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak adalah parti politik Malaysia tempatan di Sarawak.

PBB ditubuhkan pada 30 April 1973 daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).

Gabungan parti-parti ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai cabang termasuk ekonomi, politik dan sosial.

Temenggung Jugah merupakan presiden pertama PBB dan diwarisi oleh Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada tahun 1981.

11. Parti Sosialis Malaysia (PSM)


Pada tahun 1998, PSM telah ditubuhkan tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara".

Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain.

PSM telah berjaya berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) iaitu pada tahun 2008.

Lambang parti PSM adalah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan dan perjuangan untuk suatu masyarakat yang adil dan demokratik.

Ibu pejabat parti PSM terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.

12. Liberal Democratic Party (LDP)


Parti Liberal Demokratik Sabah adalah salah satu parti politik Malaysia yang merupakan sebahagian komponen Barisan Nasional di Sabah.

Majoriti keahlian parti ini didominasi oleh kaum Cina.

Parti politik ini tewas ke atas satu-satunya kerusi parlimen yang ditandingi di Sandakan pada PRU Malaysia 2004.

13. Parti Pribumi Bersatu (BERSATU)


Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi, Tun Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PPBM merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta pergantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016.

Borang permohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016.

PPBM telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018.

14. United Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organisation (UPKO)


Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan semula daripada Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (1964-1967) dengan perubahan pada nama iaitu sebagai Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Mei 1964-Disember 1967) tetapi tetap mengekalkan singkatan yang nama yang sama iaitu UPKO di Sabah, Malaysia pada 30 Oktober 1999 untuk membela hak-hak serta memperjuangkan pembangunan kaum Kadazan Dusun Murut.

15. Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)


Pada 9 November 2002, Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) telah ditubuhkan.

SPDP merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang disebabkan berpunca dari perbalahan pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang telah melahirkan parti yang dipimpin oleh Presiden SPDP iaitu Dato' Sri William Mawan Ikom atas nasihat ketua menteri Sarawak.

16. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)


BERJASA merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau disingkirkan dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pemecatan Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan sebahagiannya disebabkan oleh krisis dalam Barisan Nasional.

Ketika itu PAS adalah sebuah parti komponen dalam BN.

Apabila PAS menarik diri daripada Barisan Nasional serta hilang penguasaan negeri Kelantan, BERJASA yang baru ditubuhkan pula membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Dalam PRU Malaysia 13, BERJASA telah bertanding semula dengan sokongan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

BERJASA telah menyertai Gagasan Sejahtera pada 23 September 2016 bersama dengan PAS.

17. Parti Rakyat Malaysia (PRM)


Parti Rakyat Malaysia merupakan salah satu parti politik tertua di Malaysia yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Dr. Burhanuddin Al Helmy dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada 11 November 1955.

PRM diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh Sukarno.

PRM sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Malaysia/Indonesia.

Parti Rakyat Malaysia mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British.

18. Parti Cinta Malaysia (PCM)


Parti Cinta Malaysia ditubuhkan pada 6 Ogos 2009, berpangkalan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

PCM dikatakan sebuah parti pelbagai kaum yang mesra BN.

PCM ditubuhkan bagi tujuan alternatif kepada ahli-ahli politik pro BN yang tidak berpuas hati dengan pemimpin parti masing-masing seperti Chua Soi Lek daripada MCA, Tiong King Sing daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Huan Cheng Guan daripada Gerakan ketika itu.

Buat pertama kalinya, mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, dengan mengemukakan lima calon.

Parti Cinta Malaysia telah bergabung bersama Gagasan Sejahtera.

19. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)


Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang lebih dikenali sebagai Ikatan ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin nasional Malaysia.

Presiden sementaranya ialah bekas Menteri Penerangan iaitu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ikatan menyasarkan 500,000 ahli dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun 2012.

Tan Sri Abdul Kadir keluar dari UMNO pada Mac 2012 dan berucap di atas pentas PAS.

Ikatan turut bersama dengan Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum ke 14.

20. Parti Amanah Negara (AMANAH)


Parti Amanah Negara adalah sebuah parti politik di Malaysia, diasaskan oleh Mohamad Sabu yang telah keluar dari PAS.

Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) iaitu parti politik berhaluan kiri di Malaysia.

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Puan Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978.

Parti ini kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.

21. Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)


KIMMA sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1977 untuk menwakili kaum minoriti India Muslim.

KIMMA pernah dibatalkan pendaftarannya sebanyak dua kali pada tahun 1978 & 1998 sebelum didaftar balik semula.

KIMMA telah menyatakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional semenjak tahun 1984.

KIMMA merupakan satu pertubuhan yang khusus untuk India Muslim yang bersuara lantang memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim dalam bidang politik, agama, sosial, ekonomi dan pendidikan.

Sejak penubuhannya, KIMMA telah membuka banyak cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan terkini, KIMMA mempunyai 12 buah pejabat di 12 buah negeri di Malaysia.

22. Parti Progresif Penduduk (MyPPP)


MyPPP ditubuhkan pada tahun 1953 oleh adik-beradik Seenivasagam dan presiden pertamanya D.R. Seenivasagam.

Parti ini amat terkenal sebaik sahaja ditubuhkan atas sebab populariti adik-beradik ini yang bersuara tentang keadilan dan kesamaan untuk orang-orang biasa.

MyPPP pada masa sekarang dipimpin oleh Presiden, Dato' Seri M. Kayveas.

MyPPP juga merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan.

23. Parti Warisan Sabah (WARISAN)


Parti Warisan Sabah adalah sebuah parti yang telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh Dato' Seri Mohd Shafie Apdal bersama dengan YB Darell Leiking dan beberapa ahli politik Negeri Sabah yang lain.

Parti yang sebelumnya dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah (Sabah Heritage Development Party) merupakan salah satu parti di Malaysia yang berpangkalan dan beroperasi di negeri Sabah.

Parti ini telah menggariskan dasar perjuangannya di mana matlamat perjuangannya adalah untuk kepentingan masyarakat Sabah.

Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama dan suku kaum.

Parti ini berlandasakan konsep parti milik semua kaum.

24. Parti Reformasi Negeri atau State Reform Party (STAR)

Sejarah Ringkas Parti-parti Politik Di Malaysia

Parti STAR ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beliau secara rasminya dipilih sebagai Presiden parti pertama di dalam persidangan tahunan parti STAR pada 9 Mac 1997.

State Reform Party (STAR) Sabah telah dilancarkan secara rasminya pada 06 Januari 2012 (Jumaat) tepat jam 4 petang di Dewan KDCA, Penampang, Sabah.

STAR Sabah dipengerusikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Pemilihan STAR sebagai platform politik memperjuangkan AGENDA BORNEO bertepatan dengan slogan Unity is Duty yang dilaung-laungkan beliau untuk menyatu padukan Sabahan dan Sarawakian dalam usaha menuntut dikembalikan HAK kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sesuai dengan namanya, Parti Reformasi Negeri atau STAR, berhasrat untuk melakukan reformasi bukan sahaja kerajaan tetapi terlebih penting melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi | star-sabah | wikipedia

10 Alasan Kenapa Perlu Mencari Jodoh Di Usia Muda

10 Alasan Kenapa Perlu Mencari Jodoh Di Usia Muda

Fenomena berkahwin awal bukanlah sesuatu yang janggal di negara kita kerana ia berlaku sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka berkahwin pada usia muda dan kekal bahagian sehingga ke akhir hayat.

10 Alasan Kenapa Perlu Mencari Jodoh Di Usia Muda
Gambar hiasan.

Pasti ada hikmah dan kebaikan bagi mereka untuk berkahwin pada usia muda dan berikut kami kongsikan 10 alasan kenapa perlu mencari jodoh dan berkahwin di usia muda.

1. Mengikut sunah Nabi Saw (berkahwin pada usia 25 tahun dan berkeluarga)

Nabi Muhammad SAW telah berkahwin pada usia 25 tahun bersama Ummu Mukminin Siti Khadijah.

Semoga kita mendapat keberkatan dengan mencontohi apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad.

2. Dapat menikmati hidup dengan memenuhi fitrah manusia (berpasang-pasangan, bermanja-manja dan belaian kasih sayang)

Antara tujuan berkahwin adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang berakal dan bernafsu.

Mereka yang berkahwin awal akan dapat bermanja-manja, bermesra-mesra dan berkasih sayang sesama suami isteri menyebabkan jiwa akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Bagi yang belum berkahwin, mungkin ahli keluarga dan rakan-rakan menjadi peneman.

Tapi ingat, ahli keluarga dan rakan-rakan itu juga akan berkahwin kelak!

3. Lebih cepat melahirkan zuriat penyambung keturunan

Untuk melahirkan zuriat yang sah, seseorang itu perlulah berkahwin.

Jika berkahwin lewat, maka lewatlah untuk mendapat zuriat.

Mungkin bila kita sudah berusia (kita dah tua, pencen) tapi anak masih kecil dan bersekolah.

Masa tu perlu gigih mencari wang untuk pastikan persekolahan serta pendidikan anak lancar.

Sebaliknya, jika berkahwin di usia muda, kita tidak perlu terlalu gigih untuk bekerja di lewat usia kerana anak-anak sudah bekerja.

Sebaliknya, pada masa tu kita sudah boleh berbulan madu semula!

4. Elak dosa, zina, maksiat mata dan lain-lain

Bagi mereka yang berkahwin lambat, mereka lebih terdedah kepada dosa zina terutamanya zina mata dan hati.

Mereka mungkin lebih cenderung untuk melihat sesuatu yang boleh merangsang nafsu tetapi tidak dapat melunaskannya di tempat yang betul.

Jadi, Islam menyarankan mereka yang masih belum berkahwin agar berpuasa bagi menahan nafsu.

Maklum sahajalah, syaitankan telah berjanji untuk mengganggu anak Adam dari kiri, kanan, depan dan belakang.

Bagi yang berkahwin awal, nafsu dapat disalurkan ditempat yang paling betul!

Apa pun, sentiasalah tundukkan pandangan dan menjaga semua pancaindera kita kerana semuanya akan dipersoalkan kelak di akhirat.

5. Emosi lebih stabil

Bagi mereka yang berkahwin awal, emosi mungkin lebih stabil berbanding mereka yang belum berkahwin.

Hal ini kerana mereka yang berkahwin lewat tidak mendapat belaian kasih sayang dan perhatian seperti mereka yang sudah berkahwin yang boleh bermanja-manja dan berkasih sayang dengan cara halal.

Selain itu, suami atau isteri akan sentiasa menjadi peneman setia, penyejuk mata, penawar di hati dan perawat emosi.

Ya, masalah di antara suami isteri pasti akan timbul.

Tapi dengan ilmu dan tolak ansur, semuanya akan dapat diatasi dengan jayanya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

6. Pemikiran lebih matang

Bagi mereka yang berkahwin di usia muda, fikiran mereka menjadi lebih matang kerana wujudnya rasa tanggungjawab untuk menjaga dan memastikan pasangan serta anak-anak sentiasa mendapat keperluan yang sempurna.

Mereka yang berkahwin lebih berhati-hati dalam merancang dan membuat keputusan.

7. Hidup lebih berwawasan dan teratur

Berkahwin awal dapat membuatkan seseorang lebih berwawasan seperti ingin memajukan institusi kekeluargaan.

Mereka akan menjadi lebih bijak dalam menyusun ekonomi keluarga, pendidikan anak-anak, kesihatan ahli keluarga dan pelbagai lagi.

Aktiviti yang ingin dilakukan akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pasangan.

8. Hubungan seks yang lebih berkualiti

Anda pasti tahu dan yakin tenaga di usia muda lebih kuat berbanding di usia yang lewat.

Di usia mudalah ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Mengikut kajian perubatan juga, antara faktor kemandulan adalah lewat berkahwin.

Bagi wanita pula, selepas usia 40 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung atas faktor kesihatan serta komplikasi semasa hamil dan bersalin.

9. Titik perubahan dalam menambahbaik diri

Semasa bujang dulu, mungkin disaluti sifat malas dalam segala hal, bangun lewat dan panas baran.

Tetapi, selepas berkahwin, sikap negatif itu dapat dikikis sedikit demi sedikit.

Mungkin dulu kita malas nak mengemas rumah dan memasak, selepas berkahwin segalanya mungkin berubah.

Kalau tak percaya, cuba tanya mereka yang sudah berkahwin.

10. Dapat menjadi anak yang soleh

Mereka yang berkahwin awal biasanya akan menjadi lebih bersifat lembut hatinya. Mengapa jadi begitu?

Sebenarnya, bila dah berkahwin dan mempunyai anak, hati kita akan jadi lebih sensitif tentang isu kekeluargaan.

Kita akan rasa ibu, ayah dan adik-beradik tu penting sebab kita pun dah jadi suami, isteri.

Jadi, sebagaimana kita nak anak kita berlemah-lembut dan sentiasa mendoakan kita, seperti itulah kita akan berdoa yang terbaik untuk ibu ayah kita.

Kita akan melihat dan merasai sendiri betapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Semua ini akan memberikan keinsafan dan “wake up call” untuk kita menjadi anak yang baik kepada ibu bapa tercinta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ikatansah

Jepun Cipta Teknologi Kesan Kanser Melalui Air Kencing

Jepun Cipta Teknologi Kesan Kanser Melalui Air Kencing

Syarikat Jepun kini bersiap siaga untuk melaksanakan ujian pertama di dunia bagi mengesan kanser hanya menerusi sampel air kencing.

Hitachi cancer tech

Konglomerat kejuruteraan dan teknologi maklumat Hitachi telah membangunkan kaedah untuk mengesan kanser usus dan payudara melalui sampel air kencing tahun 2016 lalu.

Kaedah itu kini sedia untuk dikaji menerusi 250 sampel air kencing yang dikumpul untuk tujuan analisa, demikian menurut jurucakap Hitachi, Chiharu Odaira.

"Jika kaedah ini dapat dilaksanakan, ia akan lebih mudah untuk orang ramai menjalani ujian bagi mengesan kanser, di mana mereka tidak perlu lagi menjalani ujian darah untuk tujuan sama," katanya.

Kaedah yang dibangunkan ini juga bertujuan untuk mengesan kanser dalam kalangan kanak-kanak.

"Tentu sekali kaedah ini memudahkan ujian ke atas kanak-kanak," katanya.

Kajian itu akan bermula bulan April ini sehingga September 2018 dengan kerjasama Universiti Nagoya.

"Kami mensasarkan penggunaan teknologi ini menjelang 2020, walaupun ianya bergantung kepada beberapa aspek lain seperti kelulusan pihak berkuasa," kata Odaira.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

1001 Senarai Laman Web Membeli Belah Shopping Online Terbaik Di Malaysia 2023

1001 Senarai Laman Web Membeli Belah Shopping Online Terbaik Di Malaysia 2023

Tiada yang lebih menggembirakan selain daripada melihat tawaran-tawaran hebat ketika membeli-belah atau shopping secara online bagi mendapatkan harga yang sangat murah dan berpatutan bagi anda pada bila-bila sahaja.

1001 Laman Web Shopping Online Terbaik Di Malaysia 2018

Semuanya kini hanya dihujung jari dan paling penting adalah untuk mendapatkan tawaran terbaik apabila anda shopping online.

Berikut adalah senarai laman web membeli belah dan shopping online pilihan terbaik di Malaysia sepanjang tahun 2020 ini.

1. BABY, KIDS ONLINE STORE

Senarai laman web yang menjual barangan baby murah termasuk barangan kanak kanak kecil dan bayi pada kualiti dan harga murah dan terbaik.

2. HIJAB ONLINE

Menawarkan model pakaian moden muslim dan muslimah terbaharu dan murah secara online.

3. FESYEN, BEG, PAKAIAN, KASUT WANITA & PRODUK KECANTIKAN

Laman web e-dagang yang menawarkan penjualan pakaian terbaru, produk penjagaan kulit dan kecantikan pada harga yang sangat murah dengan tawaran diskaun setiap hari untuk anda.

4. MAKANAN, MINUMAN KESIHATAN

5. GAMES

6. PERKHIDMATAN PENGGUNA

Laman web yang menawarkan pelbagai jenis produk termasuklah peralatan rumah, barangan-barangan elektronik, barangan-barangan fesyen, makanan kesihatan tambahan, produk-produk kecantikan, permainan kanak-kanak, peralatan sukan, dan pelbagai lagi dengan potongan harga istimewa.

7. SMARTPHONE, KAMERA DAN GAJET

Laman web online yang khusus menjual pelbagai jenis smartphone, kamera dan gajet di Malaysia pada harga yang sangat berpatutan dengan kualiti tinggi.

8. PERCETAKAN, PERKHIDMATAN ONLINE

Anda boleh cetak apa sahaja, dari kad ucapan, kalendar, halaman mewarna, dan banyak lagi secara percuma.

Laman web ini juga boleh membantu ibu bapa dengan anak yang masih kecil kerana ia turut menyediakan aktiviti serta permainan yang boleh dicetak.

9. PERKAHWINAN

Laman web online tentang alam perkahwinan yang menawarkan produk dan perkhidmatan untuk majlis pertunangan, akad nikah, berinai dan bersanding.

10. TRAVEL, TIKET

Senarai laman web yang menawarkan info dan pakej-pakej pelancongan diseluruh dunia pada harga yang berpatutan.

11. KUPON, DISKAUN & TAWARAN

Dari baucer restoran serta diskaun untuk pemeriksaan kesihatan, laman web ini menawarkan potongan harga serta tawaran-tawaran hebat.

Diskaun dan tawaran yang diberikan dikemaskini setiap hari, jadi anda pasti akan menemui sesuatu yang menepati citarasa serta bajet anda.

12. PENGINAPAN

Laman web ini membantu anda untuk mencari kediaman ketika bercuti di seluruh dunia pada harga yang berpatutan. Ia seperti homestay, tetapi dengan lebih banyak pilihan kediaman menarik yang anda boleh pilih.

13. KEDAI BUKU ONLINE

Laman web untuk mereka yang suka membaca.

14. MENJUAL BARANGAN BARU & TERPAKAI

Laman web ini membantu anda untuk menjual dan membeli barangan baru atau terpakai dengan harga yang lebih rendah berbanding di kedai.

15. KESIHATAN

Pelbagai produk kesihatan yang ditawarkan secara online.

16. PLATFORM E-DAGANG

Senarai laman web yang menyediakan perkhidmatan platform e-Dagang untuk individu dan syarikat yang mahu menjalankan sendiri platform eCommerce.

17. HAIWAN, BINATANG PELIHARAAN

Laman web online untuk binatang kesayangan anda.

18. INTERNET, KOMUNIKASI, PREPAID, RELOAD

Laman web yang patut anda kunjungi selalu kerana menawarkan pelbagai pakej terutamanya bagi mereka yang sangat taksub dengan dunia online.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, April 20, 2018

Imam Syafie Dan Kata-kata Mutiara

Imam Syafie Dan Kata-kata Mutiara

Imam Syafie adalah ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada 4 mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut Islam.

Imam Syafie Dan Kata-kata Mutiara

Malaysia merupakan antara negara yang mengikuti aliran Mazhab Syafie dalam pegangan fikah, namun malangnya ramai dalam kalangan umat Islam masih tidak mengenali siapakah ulama terkemuka dunia itu.

Imam Syafie atau nama asalnya Muhammad bin Idris merupakan keturunan Nabi Muhammad menerusi salasilah datuk baginda yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Walaupun ibu dan bapanya merupakan warganegara Mekah, Arab Saudi, namun Imam Syafie dilahirkan di Ghizah, Palestin, pada tahun 767 ketika kedua-dua ibu bapanya berhijrah ke Palestin.

Namun, bapanya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan semasa beliau masih dalam kandungan.

Imam Syafie mendapat didikan agama sejak dari kecil dan kecergasannya dalam memahami ilmu diakui masyarakat termasuk guru yang mengajar beliau. Antara negara tempat beliau belajar adalah Madinah, Iraq, Parsi dan Yemen.

Ketaatan beliau dalam beribadah antaranya diceritakan bahawa setiap waktu malam beliau membahagi kepada tiga iaitu sepertiga malam menunaikan kewajipan sebagai individu berkeluarga biasa, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

MENJADI MANGSA FITNAH

Ketika Imam Syafie di Yemen, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa gabenor di negara itu, sekali gus menjadi guru besar di sana.

Oleh kerana bukan anak kelahiran negara itu dan mampu memangku jawatan tinggi secara tiba-tiba, maka ramai orang memfitnah beliau.

Sehinggakan beliau pernah ditangkap dan dirantai kerana dikatakan sebagai antara pemimpin Syiah yang cuba untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah serta berhasrat mendirikan kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib k.w. sewaktu pemerintahan sultan Harun Ar-Rasyid.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai pada kedua-dua belah tangan.

Dalam keadaan itu tahanan diarah berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yemen) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan.

Ketika hari pengadilan, seorang demi seorang tahanan dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan dipenggal leher.

TENANG HADAPI MUSIBAH

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT beliau menghadap sultan dalam keadaan melutut.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu ‘Warahmatullah’.

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh,” jawab sultan.

Kemudian sultan bertanya, “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin daripada saya?”

Imam Syafie menjawab, “Tidak saya ucapkan kata ‘Warahmatullah’ kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati tuan sendiri.”

Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah an-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya. Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat itu Imam Syafie berkata, “Demikianlah Allah telah menepati janji-Nya, kerana sekarang tuan telah menjadi khalifah, jawapan salam tuan tadi membuat hati saya menjadi aman.”

Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun Ar-Rashid bertanya kembali, “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

Lalu Imam Syafie berkata, “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baik dengan baik apabila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna.”

Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat Imam Syafie itu.

KEPENTINGAN TABAYYUN

Maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6 bermaksud, “Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada tuan itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan tuanlah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana tuan adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW, iaitu Abbas.

“Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah serta keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah,” demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun Ar-Rasyid pun menunduk, kemudian ia berkata kepada Imam Syafie, “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati ilmu pengetahuanmu.”

Ketekunan Imam Syafie dalam menuntut ilmu membuatkan beliau kurang rehat dan terkena penyakit yang amat berat.

Akhirnya, Imam Syafie wafat di Mesir pada malam Jumaat pada tahun 820 selepas melaksanakan solat maghrib.

Kata-Kata Hikmah Imam As-Syafie r.a.
"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekali gus cinta Allah, maka dia telah berdusta."

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

"Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun."

"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang."

"Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih suka jika dia berpendapat salah."

"Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu."

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia."

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama."

"Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, menjadi mati lalu membusuk.”

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”

"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan."

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu Ya Allah, ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit.”

"Letakkan akhirat di hatimu, dunia di genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu."

"Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri seseorang adalah orang yang asyik mencari dan mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirinya sendiri."

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yang jahil kerana dia tidak tahu akan landasan ilmu."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?

sumber: utusan | kertaspaper

4 Khasiat Sayur Terung Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

4 Khasiat Sayur Terung Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Terung mengandungi serat yang merupakan elemen penting bagi keseimbangan diet bahkan, ia sangat baik untuk kesihatan gastrousus sekali gus membuatkan aliran pembuangan najis lebih lancar dan apa yang menariknya, serat tersebut berupaya menyingkir lebihan kolesterol yang mampu menyumbat arteri dan urat darah.

Khasiat Sayur Terung

Berikut adalah 4 kebaikan utama sayur terung untuk kesihatan kepada tubuh manusia.

1. Berat badan

Terung mengandungi jumlah lemak dan kolesterol yang minimum.

Oleh sebab itu, ia sangat baik buat mereka yang mahu menurunkan berat badan atau sedang menentang masalah obesiti.

Malah, serat yang terkandung dalam terung membuatkan anda akan terasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

2. Tulang

Masalah degradasi dan osteoporosis tulang begitu lazim buat golongan berumur.

Usah bimbang, sebatian fenol yang terkandung di dalam terung mampu menguat dan meningkatkan kepadatan mineral tulang.

Selain itu, zat besi dan kalsium yang terkandung di dalam terung sedikit sebanyak membuatkan tulang menjadi lebih kuat.

3. Fungsi otak

Terung kaya dengan sumber phytonutrien yang berupaya meningkatkan kesihatan mental serta aktiviti kognitif.

Ia bukan sahaja menjadi benteng terhadap radikal bebas malah membuatkan tubuh dan otak selamat daripada ancaman toksin serta penyakit lain.

Aliran darah yang lancar ke bahagian otak mampu merangsang serta menggalakkan lagi keupayaan menyimpan memori.

Disebabkan itulah, terung diberi jolokan makanan otak kerana kemampuannya sebagai penggalak memori.

4. Kecacatan bayi

Terung kaya dengan sumber asid folik yang baik serta enak dijadikan snek tambahan bagi wanita mengandung.

Asid folik berkenaan merupakan benteng bagi menghalang bayi daripada mengalami kecacatan tiub saraf.

Oleh yang demikian, ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk mengambil asid folik untuk kebaikan bayi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 15 Jenis Ulam Awet Muda Yang Anda Patut Makan Selalu

sumber: kosmo

Hukumnya HARUS Membeli Dan Menyimpan Bitcoin

Hukumnya HARUS Membeli Dan Menyimpan Bitcoin

Pasti sudah ramai yang kenal dengan kriptowang Bitcoin yang berjaya mencipta fenomena pada akhir tahun 2017 lalu kerana peningkatannya yang mendadak pada ketika itu membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya.

Apa Hukum Bitcoin

Tidak kurang juga mereka yang menjadikan Bitcoin sebagai bahan MLM.

Berikutan peningkatan pengguna yang mula terlibat dalam kriptowang, perbincangan mengenai hukum kriptowang dikaji dengan lebih terperinci sebelum mengeluarkan fatwa buat orang ramai.

Berdasarkan kajian Muhammad Abu-Bakar selaku panel syariah institusi kewangan Indonesia, beliau berpendapat hukum bertransaksi menggunakan Bitcoin adalah halal.

Selain itu, panel syariah daripada Jerman juga turut bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Muhammad Abu-Bakar.

Berikutan pengesahan hukum syariah yang diumumkan, didapati harga Bitcoin turut meningkat lebih $1,000.

Jelas berita memainkan peranan yang penting dalam peningkatan dan penurunan sesebuah nilai kriptowang.

Dr Zaharuddin selaku panel syariah yang arif mengenai kewangan Islam turut mengeluarkan pendapat mengenai Bitcoin.

Menurut beliau, membeli Bitcoin untuk menyimpan nilai adalah harus hukumnya.

Dalam erti kata lain membeli Bitcoin untuk melawan kesan inflasi yang berlaku setiap tahun.

Begitu juga dengan pembelian dan penjualan yang melibatkan kriptowang.

Hukumnya adalah harus mengikut Dr Zaharuddin.

Dalam pada itu, adalah dinasihatkan buat para pengguna menyelidik dan memahami terlebih dahulu mengenai kriptowang untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa scam atau ejen e-wallet yang tidak bertanggungjawab.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2018

sumber: thevocket