Tuesday, January 02, 2018

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati


Kerana cinta ku turutkan, kerana cinta ku korbankan, tetapi kerana cinta juga akhirnya nyawa melayang. Ini adalah 6 kisah cinta agung antara dua insan yang saling mencintai dan tersakiti sehingga akhirnya nyawa menjadi galang-gantinya.

1. Lokesh dan Amreen

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati

Phaphunda, sebuah perkampungan kecil di wilayah Uttar Pradesh, India, yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai petani dan penternak.

Pada Jun 2009, bandar kecil itu dikejutkan dengan kematian sepasang kekasih bernama Lokesh dan Amreen.

Lokesh, seorang teruna yang sering datang ke rumah Amreen untuk membeli susu. Dari situ, cinta mereka berputik.

Hanya satu kesalahan mereka, pegangan agama yang berbeza!

Lokesh, seorang pemuda Hindu yang mencintai Amreen, seorang gadis beragama Islam.

Namun, kerana cinta pasangan itu tetap berkahwin dan akibatnya, mereka diberi kata dua. Putuskan hubungan atau kedua-duanya dijatuhkan hukuman bunuh.

Apa pilihan Lokesh dan Amreen?

Jika berpisah, mereka merana di dunia dan jika dibunuh, ia cara yang kejam untuk memisahkan mereka.

Pasangan ini kemudiannya sepakat, biarlah mereka mati bersama-sama daripada dibunuh oleh mereka yang mahu memusnahkan cinta agung mereka.

Lokesh dan Amreen mengakhiri riwayat mereka dengan meneguk racun bersama-sama, seperti pengakhiran Romeo dan Juliet.

2. Bosco dan Admira

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati

Di Sarajevo, ibu negara Bosnia yang pernah menjadi lambang kekejaman tentera Serbia, tercatat kisah percintaan Bosco Brkic, seorang pemuda Serbia yang mencintai Admira Ismic, gadis Islam Bosnia.

Jambatan Vrbanja menjadi saksi yang memahat kisah cinta tragis pasangan ini yang penuh konflik kerana perbezaan agama.

Tambahan pula ketika itu puak Serb dan Bosnia sedang bermusuhan antara satu sama lain.

Demi cinta, pasangan ini melewati jambatan Vrbanja menuju ke daerah Grbavica, untuk menghindar konflik peperangan dan hidup bahagia merencana masa depan.

Malangnya, rancangan mereka tidak kesampaian. Diatas jambatan itu mereka ditembak oleh penembak hendap.

Brkic mati serta-merta manakala Ismic yang cedera parah dan berlumuran darah mendekati Brkic, diberi peluang memeluk erat kekasihnya sebelum ditembak bertalu-talu.

3. Mahmoud dan Kataun

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati

Ini pula kisah di Amerika Syarikat, Mahmoud Ayazi, 31, seorang pemuda Iran, sudah lapan tahun tinggal dan bekerja di California.

Dia pulang ke Iran untuk bernikah dengan Kataun Safaie, gadis berusia 20 tahun.

Tiga minggu selepas berkahwin, pada Januari 1985, Mahmoud membawa isterinya meninggalkan Iran untuk memulakan hidup baru di Amerika, namun ia tidak semudah yang disangka.

Ketika dia transit di Jerman, hanya Mahmoud seorang yang mendapat pelepasan untuk terbang ke Amerika kerana dia sudah mempunyai 'green card'.

Manakala isterinya tidak mendapat pelepasan dan perlu menunggu satu tahun sebelum boleh diberi visa untuk ke Amerika.

Berpisah setahun? Kedua-duanya tidak sanggup. Mahmoud buntu sebelum akhirnya melakukan kerja gila. Dia membeli satu tiket ke Amerika, hanya untuk dirinya.

Kataun? Percaya atau tidak, isterinya diseludup masuk melalui bagasi Mahmoud kerana tubuh yang kecil mudah disembunyikan dalam bagasinya.

Malangnya, perjalanan selama 11 jam telah meragut nyawa Kataun. Wanita itu mati kerana sesak nafas, ditambah begnya yang terhimpit dengan beg berat bertimpa-timpa.

Apabila mendapati isterinya sudah tidak bernyawa, Mahmoud meninggalkan beg berisi mayat isterinya di Lapangan Terbang California.

Tiga hari kemudian, mayat Mahmoud ditemui dalam sebuah kenderaan dengan kesan luka tembakan pada kepalanya.

Dia membunuh diri kerana kesal dengan apa yang berlaku sehingga menyebabkan kematian isterinya.

4. Dave dan Patti Stevens

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati

Ini pula kisah Dave dan Patti Stevens. Percintaan mereka bermula selepas hari graduasi, melalui fasa perkahwinan yang membahagiakan selama 25 tahun.

Cinta mereka terus utuh sehinggalah pada tarikh 12 Oktober 2015, mayat Dave ditemui dalam keadaan mengerikan setelah dibunuh semasa dia sedang berjoging.

Kematian suaminya membuat dunia Patti terasa hancur. Dia tidak dapat menerima hakikat seorang diri tanpa Dave disisinya.

Kerana tertekan, Patti mengasingkan diri. Tidak mahu makan dan tidur.

Dua minggu kemudian, polis datang ke rumahnya di Dallas, Amerika Syarikat setelah menerima aduan kenalan Patti yang mengatakan wanita itu tidak dapat dihubungi.

Polis menemui mayat Patti, terbaring dilantai garaj rumahnya, dipercayai mati membunuh diri dengan mengurung dirinya di dalam ruang yang dipenuhi gas karbon monoksida.

5. Earl Myatt dan Mary

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati

Earl Myatt dan Mary bertemu seawal usia 17 tahun dan melayari bahtera perkahwinan selama 42 tahun.

Kesedihan bermula apabila Mary disahkan menghidap aneurisme otak dan memerlukan beberapa siri pembedahan.

Sejak sakit, Mary sukar menguruskan diri sendiri dan tidak mampu bergerak tanpa bantuan.

Keadaan itu bukan hanya membuatkan Mary menjadi murung, bahkan Earl juga terasa seperti hilang separuh jiwa melihat isteri yang dicintainya menderita begitu.

Penghujung April 2014, Earl membawa Mary ke sebuah landasan kereta api. Dia sempat menelefon salah seorang anak lelakinya dan memberitahu, dia meminta maaf serta menyayangi mereka, sebelum memutuskan panggilan.

Dilandasan itulah, Earl mengorbankan dirinya dan Mary untuk dilanggar kereta api, dengan mereka berdua berpeluk erat sebelum menemui ajal.

Mungkin Earl tidak sanggup lagi melihat penderitaan isterinya itu.

6. Arianne Willinger dan Bunty Sharma

6 Kisah Cinta Paling Menyayat Hati

Pada bulan Julai 2013, Arianne Willinger, 34, wanita Amerika yang mengikuti rombongan rakan senegaranya melawat Agra di India.

Agra yang dikenali sebagai bandar simbol cinta dengan monumen Taj Mahal, telah mengikat hati Arianne terhadap pemuda tempatan bernama Bunty Sharma, berusia 32 tahun.

Selepas kumpulannya pulang ke negara asal, hanya Arianne yang terus tinggal di bandar itu.

Mereka jatuh cinta dan dalam masa yang singkat, pada Oktober, mereka berkahwin dengan berlatarbelakangkan Taj Mahal sebagai saksi cinta mereka.

Ternyata cinta anatara dua benua bukan semudah yang disangka. Perbezaan agama dan budaya menyebabkan kedua-duanya sering bertengkar. Pada bulan Disember, pasangan ini hidup berasingan.

Dalam tempoh itu, kedua-dua mereka selalu terserampak sehinggalah pada suatu petang dalam bulan Februari 2014, Bunty mengajak Arianne keluar. Dan itulah kali terakhir kelibat wanita Amerika itu dilihat.

Bunty menikam isterinya sehingga mati dan mayatnya dicampak ke dalam belukar.

Selepas membunuh isterinya, Bunty pulang ke rumah dan mengurung dirinya di dalam bilik sebelum tidak lama kemudian, kawasan itu dikejutkan dengan bunyi letupan.

Bunty membunuh diri dengan meletupkan tong gas kerana terlalu kecewa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tradisi Pesta Cinta Untuk Bertemu Bekas Kekasih

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon