Sunday, April 22, 2018

Apa Sebenarnya Pelancongan Kesihatan?


Pelancongan Kesihatan atau Pelancongan Perubatan (Medical Tourism) adalah salah satu daripada industri yang pantas membangun pada ketika ini, yang bertujuan untuk menarik pelancong berkunjung ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan di samping melancong.

Apa Sebenarnya Pelancongan Kesihatan?

Untuk menarik lebih ramai pelawat berkunjung, kebanyakan negara menawarkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada pengguna mereka.

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH).

Kesemua pusat perubatan di Malaysia perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.

Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan.

Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.

Perkhidmatan Ditawarkan Pelancongan Kesihatan

Perkhidmatan perubatan kritikal (contoh: penyakit berkaitan kardiovaskular – penyakit jantung).

Rawatan kosmetik dan pemulihan (contoh: rawatan muka dan pelangsingan badan).
Kelebihan

Caj perubatan dan kos penginapan hospital di Malaysia amat kompetitif berbanding negara maju lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai.

Perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di tempat rawatan.

Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempoh untuk sembuh.

Kesimpulan

Semua pihak termasuklah agensi kerajaan, agensi swasta, pusat-pusat kesihatan, spa dan pembekal produk kesihatan perlu bekerjasama untuk penambah baikkan kualiti perkhidmatan dalam memajukan industri pelancongan kesihatan ini.

Tidak mustahil industri pelancongan kesihatan akan menjadi sumber pendapatan utama negara di masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahidtravel

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon