Thursday, January 19, 2017

Cara Daftar Mengundi Dan Semakan Lokasi Pengundian Online

Loading...

Bagi anda yang mahu mengetahui cara menyemak dan mengetahui lokasi tempat mengundi dalam pilihan raya PRU14 yang akan dijalankan tidak lama lagi, semakan tempat mengundi boleh dilakukan melalui SMS dan juga secara online.

Semakan Lokasi Mengundi

Untuk makluman SEMUA PENGUNDI BERDAFTAR, semakan maklumat terkini oleh isi rumah dimana lokasi pusat mengundian bagi tujuan PRU ke-14 hanya akan bermula secara RASMI pada 16 April 2018.

Wajib Semak lokasi Mengundi

Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan bagi menghadapi PRU14, pemilih sebaik-baiknya membuat semakan maklumat daftar pemilih bagi memudahkan perancangan pada hari pengundian.

Menurut SPR, sekiranya semakan sudah dibuat dan pemilih sudah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi, maka semakan tidak perlu lagi dibuat di kaunter SPR di Pusat Mengundi pada hari mengundi.

Berikut adalah kaedah dan cara mengetahui dimana lokasi terkini pusat mengundi anda.

Cara Semakan Tempat Mengundi Melalui SMS

Cara yang paling mudah untuk membuat semakan tempat mengundi adalah melalui kaedah SMS dan boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:-

1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 85012102018) dan hantar ke 15888
2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 85012102018) dan hantar ke 15888

Cara Semakan Lokasi Pemilih Mengundi Secara Online

Anda juga boleh menyemak lokasi tempat pengundian secara online melalui laman web spr.

Caranya sangat mudah;
  • Klik pautan website spr di pengundi.spr.gov.my
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, contoh; 800808495629
  • Masukkan aksara captcha
  • Klik Semak
  • Maklumat anda akan dipaparkan
  • Selesai

Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web sistem aplikasi semakan lokasi tempat mengundi kerana terlalu ramai pengguna lain sedang mengakses laman web SPR.

Semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma.

Aplikasi MySPR Semak menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya.

Selain itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan dengan menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

PANDUAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

Bagi anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.

Daftar

Syarat Daftar Sebagai Pemilih
  • Warganegara Malaysia
  • Sudah mencapai umur 21 tahun
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
  • Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
  • Daftar mengikut alamat terkini di JPN
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul

Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
  • Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
  • Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR

Nota:
  • Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
  • Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan.
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

BORANG A

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

MUAT TURUN: DOWNLOAD BORANG A

Borang A: Individu

Bagi permohonan pendaftaran oleh individu menggunakan Borang A –Siri IW, Bahagian IV akan diisi oleh Penolong Pendaftar Pemilih yang menerima borang tersebut daripada pemohon berkenaan.
Cara mendaftar melalui pejabat pos

Caranya:
  • Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap, "Saya nak daftar sebagai pengundi".
  • Hulurkan kad pengenalan anda.
  • Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam komputer oleh staf yang bertugas di kaunter.
  • Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
  • Siap. 
Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!

Cara Mendaftar Selain Pejabat Pos
  • Pergi sendiri ke pusat-pusat pendaftaran.
  • Bawa bersama Kad Pengenalan.
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang.
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
Pusat-pusat PendaftaranMengundi
  • Ibu Pejabat SPR Malaysia ,Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. No. Telefon: 03-88856686
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri – Senarai Cawangan Spr
  • Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri – Kln.gov.my
  • Senarai Penolong Pendaftar

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Manisfesto PPBM (BERSATU) Dan Ikrar Selamatkan Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

16 comments

Hi. Pendaftaran pengundi baru. Sy tinggal di KL dan nak mengundi di Kuala Lumpur tapi alamat ic Selangor. Mana lebih mudah : Tukar alamat ic di JPN dan daftar mengundi atau daftar mengundi dulu(alamat Selangor)kemudian tukar pusat mengundi. Tq.

Sebaik-baiknya tuan tanyakan di kaunter, takut nanti ada masalah dengan kedua-dua pilihan :)

macamana nak daftar..buka yang semakan tu bila masuk aksara x masuk2 pun bahagian daftar...ic betul dah

Pendaftaran secara manual di pejabat. Untuk semakan lokasi pengundian sepatutnya tiada masalah. Selepas masukkan aksara sila skroll ke bawah. :)

selamat Tegahari,
Saya kerja di singapore, saya tinggal di singapore juga, cara macam mana saya boleh daftar? sebab saya kerja. boleh buat melalui online ke?

Tuan/puan kena mendaftar di malaysia juga. Daftar di pejabat pos je lebih mudah :)

Salam.masih boleh daftar ka skrg atau dh ttup ? Tq

Wsalam. Rasanya masih boleh mendaftar. Paling senang daftar di pejabat pos. :)

Skrg masih boleh mendaftar ke

Pergi pejabat pos kena bawa IC je ke untuk daftar?

Klau sy da pindah ke kampung darat sungai ular,perlu ke sye kmas kini?

Sbb lokasi sy mengundi kt kuantn,tpi sy tgl kt kg darat sg ular skarang.

Klu perlu kmas kini,mcmn crenye?

Bila last day saya boleh daftar

Bila-bila masa tapi untuk mengundi PRU14 dah terlambat.

Ubah di pejabat pos tapi untuk PRU14 dah terlambat.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon