Friday, April 20, 2018

4 Khasiat Sayur Terung Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu


Terung mengandungi serat yang merupakan elemen penting bagi keseimbangan diet bahkan, ia sangat baik untuk kesihatan gastrousus sekali gus membuatkan aliran pembuangan najis lebih lancar dan apa yang menariknya, serat tersebut berupaya menyingkir lebihan kolesterol yang mampu menyumbat arteri dan urat darah.

Khasiat Sayur Terung

Berikut adalah 4 kebaikan utama sayur terung untuk kesihatan kepada tubuh manusia.

1. Berat badan

Terung mengandungi jumlah lemak dan kolesterol yang minimum.

Oleh sebab itu, ia sangat baik buat mereka yang mahu menurunkan berat badan atau sedang menentang masalah obesiti.

Malah, serat yang terkandung dalam terung membuatkan anda akan terasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

2. Tulang

Masalah degradasi dan osteoporosis tulang begitu lazim buat golongan berumur.

Usah bimbang, sebatian fenol yang terkandung di dalam terung mampu menguat dan meningkatkan kepadatan mineral tulang.

Selain itu, zat besi dan kalsium yang terkandung di dalam terung sedikit sebanyak membuatkan tulang menjadi lebih kuat.

3. Fungsi otak

Terung kaya dengan sumber phytonutrien yang berupaya meningkatkan kesihatan mental serta aktiviti kognitif.

Ia bukan sahaja menjadi benteng terhadap radikal bebas malah membuatkan tubuh dan otak selamat daripada ancaman toksin serta penyakit lain.

Aliran darah yang lancar ke bahagian otak mampu merangsang serta menggalakkan lagi keupayaan menyimpan memori.

Disebabkan itulah, terung diberi jolokan makanan otak kerana kemampuannya sebagai penggalak memori.

4. Kecacatan bayi

Terung kaya dengan sumber asid folik yang baik serta enak dijadikan snek tambahan bagi wanita mengandung.

Asid folik berkenaan merupakan benteng bagi menghalang bayi daripada mengalami kecacatan tiub saraf.

Oleh yang demikian, ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk mengambil asid folik untuk kebaikan bayi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 15 Jenis Ulam Awet Muda Yang Anda Patut Makan Selalu

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon