Monday, December 18, 2017

Bagaimana Mengukur Kebijaksanaan?

Bagaimana Mengukur Kebijaksanaan?

Bila kita mendengar kata-kata watak lakonan Tom Hanks “Stupid is as stupid does” (Forrest Gump), wujud satu ironi tentang kebijaksanaan, nampak mudah tapi ia sebenarnya mengingatkan kita bahawa kebijaksanaan itu tidak terletak pada penampilan atau kata-kata tetapi dalam bentuk tindakan yang dibuat.

Bagaimana Mengukur Kebijaksanaan?

Ini kerana tindakan sebenarnya memperlihatkan visi seseorang individu dan kebijaksanaannya dalam mengakali masalah yang dihadapi.

Kita suka mengukur kebijaksanaan seseorang dari segi analisis tetapi lupa mengukur kebijaksanaan tersebut dari segi kreativiti dan amali.

Analisis melibatkan keupayaan untuk melihat corak dan menyelesaikan masalah bersifat analisis. Sementara kreativiti pula melihat kepada cara kita mengatasi sesuatu masalah di depan mata.

Manakala amali ialah keupayaan kita dalam melaksanakan solusi pada permasalahan yang dihadapi. Oleh sebab manusia terlalu mengangkat nilai kebijaksanaan dari segi analisis, orang yang ada kelebihan sebegini sentiasa mendapat pujian dan anugerah daripada ramai pihak.

Namun pada masa sama, bila timbul soalan-soalan yang bersifat mencakar minda, kita tertanya-tanya mengapa mereka nampak lesu dan tidak kreatif dalam menyediakan solusi mereka.

Kenapa situasi di atas ini timbul?

Menurut seorang pakar, Andre Spicer, ini berlaku disebabkan sikap bias dalam diri kita sendiri. Tak perlu malu, ada masa mesti akan timbul perasaan ‘aku lebih pandai daripada dia, semua orang’ dalam sesuatu perkara.

Tak perlu lihat jauh, jika anda seorang guru dan bertanya siapa orang pandai dalam kelas, pasti majoriti akan mengangkat tangan dan ini termasuk pelajar yang kurang bijak dalam sesetengah aspek pembelajaran.

Menurut Spicer, tak semua orang adalah bijak tapi kita sentiasa dihidangkan ilusi akan kebijaksanaan kita.

Dan kita akan tetap bergantung kepada ilusi tersebut walaupun ada ketikanya, kita melakukan kesilapan.

Kita akan kumpul semua maklumat atau statistik untuk buktikan kebijaksanaan kita dan tidak mengendahkan maklumat yang menyatakan kita salah. Contoh sebegini ada dalam kehidupan kita tapi lihat saja tingkah laku politikus.

Ada ketikanya, mereka melaksanakan tindakan atau mengucapkan kata-kata yang membuat kita menggaru kepala.

Bila kita menegur atau menunjukkan bukti akan kesan tindakan yang dilakukan, maka politikus-politikus ini akan melakukan apa saja untuk menegakkan benang yang basah walaupun apa yang kita nyatakan itu benar-benar sahih.

Contoh, tindakan beberapa politikus yang berterusan mengatakan negara ini akan muflis walaupun statistik ekonomi dan kenyataan agensi-agensi antarabangsa menunjukkan fakta sebaliknya.

Juga, ada ahli politikus yang berkeras menyatakan bahawa ekonomi berkembang dilandasan yang betul walhal segala subsidi dan bantuan ditarik sekaligus dan harga barangan serta perkhidmatan sedang mencekik leher rakyat sendiri.

Selain itu, keengganan sesetengah daripada kita yang benar-benar pintar dilabel ‘tunjuk pandai’ dan berfikir turut menyumbang kepada kegagalan kita menghargai kebijaksanaan dari segi amali dan kreativiti.

Satu kaji selidik dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan responden lebih gemar menerima kejutan elektrik daripada memilih satu sudut dan berfikir sejenak. Mengejutkan tetapi ada sebab.

Berfikir, membuat kajian dan menanyakan soalan-soalan sukar mengambil masa yang lama dan walaupun ia membawa kepada keputusan yang baik pada akhirnya, ianya amat sukar dan orang tidak akan menyukai anda.

Orang sebegini yang perasan akan diam dan mengikut kehendak orang ramai walaupun naluri dan akalnya mengatakan sebaliknya.

Mungkin pada awalnya, ini akan memberi keuntungan. Yalah, siapa tak nak kerja selesai tepat pada masa, hidup semua orang jadi mudah dan semua orang gembira.

Tetapi sekiranya dibiarkan untuk jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan keupayaan seseorang membuat keputusan dengan baik dan menyemai benih kehancuran pada diri atau organisasi.

Contohnya, situasi inflasi melampau di Venezuela. Semasa pemerintahan mendiang Hugo Chavez, Chavez melaksanakan pelbagai jenis subsidi kepada rakyat dengan tujuan meraih sokongan rakyat.

Memanglah apa yang dilakukan itu bagus tetapi perlu diingat, subsidi yang dikeluarkan bersamaan dengan perbelanjaan duit yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung subsidi tersebut.

Dan sekiranya perkara ini berterusan, ia sebenarnya menyemai benih kehancuran dalam sistem ekonomi sesebuah negara.

Lihatlah apa yang berlaku kepada Venezuela hari ini. Venezuela tidak ada duit untuk mengimport gandum masuk ke dalam negara. Harga makanan yang dijual terlalu mahal sehingga sukar untuk dibeli.

Jika kita nak mengetahui seseorang itu bijak atau tidak, lihat dari segi analisis, kreativiti dan amali. Dan sebut pasal ini, ada beberapa ciri yang membantu anda mengenali mereka ini.

Bijak membuat keputusan

Orang bijak sedar apa saja keputusan yang dibuat akan ada kesan sama ada pro atau kontra.

Dan setiap keputusan yang dibuat boleh mempengaruhi perjalanan atau hala tuju sesebuah organisasi, masyarakat, keluarga atau diri sendiri dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Orang bijak sentiasa membuat keputusan yang bagus secara konsisten, fokus dan berdisiplin walaupun ada keputusan bersifat tidak popular.

Belajar dari kesilapan

Hari ini, satu tabiat orang kita ialah terlalu mencari kesempurnaan dan segera menyerang sekiranya ada sesetengah daripada kita melakukan kesilapan.

Percayalah, semua orang tak mahu melakukannya tetapi dari kesilapan itu juga, manusia belajar untuk memperbaiki diri dan mengelak daripada melakukan perkara sama pada masa akan datang. Dan ini ciri orang bijak yang kita harus contohi.

Tidak tahu semua perkara

Orang bijak tidak perlu melakukan apa-apa tindakan atau mengatakan seolah-olah mereka tahu semua perkara.

Mereka amat bijak dalam mengetahui hakikat mereka tidak tahu semua perkara dalam hidup ini.

Sentiasa dikelilingi oleh orang-orang bijak

Tidak kiralah siapa anda, Elon Musk atau Sherlock Holmes, kebijaksanaan secara berseorangan tidak akan membawa anda ke puncak kejayaan. Tetapi ia boleh berlaku sekiranya anda dikelilingi oleh orang-orang yang pintar sebagai satu pasukan.

Kita tahu mendiang Steve Jobs bersikap suka mengawal semua perkara tetapi beliau memastikan kepimpinan dalam Apple diterajui oleh lapan atau sembilan individu pintar yang boleh diajar dan mengajar kepada anak buah mereka pula.

Panjang akal

Orang pintar bijak beradaptasi dengan persekitaran mereka dan kreatif dalam memanfaatkan sumber di tangan mereka. Ini sekaligus membantu mereka menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi dengan mudah.

Contohnya, watak fiksyen Angus MacGyver (Richard Dean Anderson/Lucas Till) sentiasa berfikir di luar kotak dan memanfaatkan sumber dimiliki dalam menyelesaikan masalah walaupun solusi yang diambil bersifat luar jangkaan.

Tidak ego dan boleh menerima fakta

Ini satu ciri yang agak sukar ditemui hari ini. Ini kerana sesetengah orang bijak sukar menerima fakta yang dibentangkan walaupun ianya bersifat sahih dan menafikan dakwaan mereka.

Orang bijak pasti menganalisis semua fakta dan dakwaan yang dibuat dan sekiranya dakwaan yang dibuat itu salah dan disokong dengan fakta, tidak salah bagi mereka menelan ego dan menerimanya.

Sentiasa ukur baju di badan sendiri

Orang sebegini tidak suka membazirkan sumber mereka untuk perkara yang bersifat sia-sia. Bagi mereka, apa saja perkara yang mereka dapat merupakan satu anugerah yang patut disyukuri dan dihargai sepanjang masa.

Kebijaksanaan ini sebenarnya satu anugerah Tuhan kepada manusia yang harus disyukuri dan dimanfaatkan pada jalan yang baik.

Dan ianya dimiliki oleh semua orang walaupun ianya berbeza mengikut bidang yang diceburi. Orang yang disangka bodoh dalam sesuatu perkara boleh saja berkebolehan dalam bidang-bidang lain.

Hayati kenyataan Albert Einstein ini, “Everybody is a genius but if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing it is stupid.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh!

sumber: thepatriots

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Disember)

Tarikh 18 Disember merupakan hari ke 352 (hari ke 353 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 13 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Qatar (1878) dan Hari Republik di Niger (1958).

Peristiwa

218 SM - Angkatan Carthage Hannibal menewaskan Republik Rom dalam Pertempuran Trebia, pertempuran utama pertama Perang Punic Kedua.

1271 - Pemerintah Mongol Kublai Khan mengasaskan Dinasti Yuan di China dan Mongolia kini.

1961 - Indonesia menyerang New Guinea, Belanda untuk mengilhak Papua Barat di New Guinea.

1966 - Bulan Zuhal Epimetheus ditemui, tetapi salah dianggap sebagai Janus. Kesilapan itu mengambil masa 12 tahun untuk mendapati bahawa terdapat dua objek yang berkongsi orbit yang sama.

1987 - Versi pertama bahasa pengaturcaraan Perl diterbitkan oleh Larry Wall melalui kumpulan berita comp.sources.misc.

2008 - Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menyerahkan memorandum yang mengandungi enam tuntutan kepada Kerajaan Malaysia dan pembangkang di Parlimen.

1990 - Konvensyen Pekerja MigranMigran ditandatangani di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mempertingkat perlindungan untuk pekerja migran.

2006 - Siri pertama banjir besar melanda Semenanjung Malaysia dan Singapura, mengorbankan 118 orang dan menyebabkan lebih 400,000 lagi terpaksa berpindah.

2009 - Sukan Asia Tenggara 2009 berakhir dengan Thailand mendapat pingat emas terbanyak.

2010 - Revolusi Tunisia 2010–2011 bermula.

2011 - FC Barcelona menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2011 selepas menewaskan Santos FC.

Kelahiran

1878 - Joseph Stalin, seorang diktator Kesatuan Soviet.

1946 - Steven Spielberg, pengarah dan penerbit filem berbangsa Amerika Syarikat.

1963 - Brad Pitt, pelakon Amerika Syarikat.

1938 - Hendro Soebroto, adalah wartawan perang senior TVRI yang dikenali pernah meliput pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Indonesia dan Asia Tenggara saat TVRI adalah satu-satunya stesen tv di Indonesia (Kematian 2010).

1963 - Pierre Nkurunziza, seorang Presiden Burundi.

Kematian

1988 - R. Arumugam, pemain bola sepak Selangor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Disember)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day disambut pada 18 Disember setiap tahun bersempena pemilihan bahasa itu oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu daripada bahasa rasmi pertubuhan dunia itu.

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia, World Arabic Language Day

Hari Bahasa Arab Sedunia biasanya akan disambut meriah dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita, persembahan teater dan pertandingan deklamasi syair dalam bahasa Arab.

Sambutan ini diharap dapat menjadi platform bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab terutamanya di kalangan pelajar jurusan bahasa Arab seluruh Malaysia.

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia ini sememangnya sangat menarik dan mampu memberi semangat serta motivasi kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.

Disamping itu juga, bahasa Arab sendiri mempunyai kedudukan yang hebat, bukan hanya sekadar bahasa sampingan tetapi ia merupakan bahasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi agama, selain merupakan bahasa al-Quran dan bahasa pertuturan Rasullah SAW.

Bahasa Arab bukan hanya boleh dipelajari oleh orang Islam sahaja tetapi juga boleh dipelajari oleh bukan Muslim, kerana ia adalah bahasa komunikasi antarabangsa yang juga boleh digunakan bagi tujuan perniagaan atau pelancongan. [aa]

Bahasa rasmi PBB

Bahasa Rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah enam bahasa yang digunakan pada pelbagai perjumpaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan yang ditulis dalam kesemua dokumen rasmi PBB.

Bahasa-bahasa tersebut adalah:
  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Cina (Mandarin)
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Perancis
  5. Bahasa Rusia
  6. Bahasa Sepanyol

Bahasa-bahasa ini digunakan pada perjumpaan dalam pelbagai organ PBB, khususnya pada Perhimpunan Agung (Perkara 51 dalam Peraturan Prosedurnya) dan Majlis Keselamatan (Perkara 41 dalam Peraturan Prosedurnya).

Setiap perwakilan sesebuah negara boleh bertutur dalam mana-mana satu daripada enam bahasa ini atau mungkin bertutur dalam sebarang bahasa dengan menyediakan terjemahan kepada satu daripada enam bahasa-bahasa rasmi ini.

PBB menyediakan pengalihan bahasa serentak dari satu bahasa rasmi kepada lima bahasa rasmi yang lain.

Keenam-enam bahasa-bahasa ini juga digunakan untuk penyebaran dokumen-dokumen rasmi PBB. Sebelum dokumen tersedia dalam kesemua enam bahasa, ia tidak akan dicetakan.

Umumnya, teks dalam setiap dari enam bahasa adalah sama taraf penggunaannya. [w]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 17, 2017

Orang Yang Suka Selfie Sebenarnya Kesunyian Dan Inginkan Perhatian!

Orang Yang Suka Selfie Sebenarnya Kesunyian Dan Inginkan Perhatian!

Selfie nak bagi tahu apa kita buat, kita kat mana, dengan siapa. Semualah kalau boleh nak selfie. Nampak macam normal je kan sebab ramai buat tapi sebenarnya orang yang suka selfie ni ada masalah psikologi.

Orang Yang Suka Selfie Sebenarnya Kesunyian Dan Inginkan Perhatian!

Ada satu kajian yang dilakukan olehNational Institue of Development Administration, Bangkok orang yang suka selfie ni adalah mereka yang dalam kesunyian.

Dr. Peerayuth Charoensukmongkol telah pun melakukan beberapa penelitian dan mewawancara beratus pelajarnya.

Ternyata kaum perempuan lebih suka mengambil gambar selfie dan memuat naik di sosial media untuk dapatkan perhatian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

sumber: taikotai

Kebaikan Dan Manfaat Berkhatan Untuk Kesihatan

Kebaikan Dan Manfaat Berkhatan Untuk Kesihatan

Berkhatan adalah memotong kulup iaitu kulit pada hujung kemaluan lelaki dan daripada sudut sejarah, sesetengah ulama berpendapat bahawa berkhatan bermula dengan Nabi Adam dan ada juga yang berpendapat manusia pertama yang berkhatan ialah Nabi Ibrahim.

Kebaikan Dan Manfaat Berkhatan Untuk Kesihatan

Yang pasti, berkhatan telah diamalkan sejak ribuan tahun lalu kerana wujud ukiran pada piramid di Mesir.

Berkhatan ialah amalan yang disyariatkan dan amat dituntut dalam Islam dan ia menjadi amalan para nabi.

Dalam Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib, bagi lelaki dan juga perempuan manakala bagi Mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya sunat bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.

Dalam Mazhab Hambali pula, Imam Ahmad berpandangan ia hanya wajib bagi lelaki dan sunat ke atas perempuan.

Wajib bermaksud jika dilakukan mendapat pahala dan sekiranya tidak dilakukan, mendapat dosa. Sunat pula bermaksud bila dilakukan mendapat pahala tetapi tidaklah berdosa sekiranya ditinggalkan.

Dalam budaya masyarakat Arab dan Yahudi, berkhatan dilakukan ketika bayi lagi. Bagi masyarakat Melayu pula, ia biasanya dilakukan sewaktu kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

Kebanyakan ulama berpendapat khatan wajar dilakukan ketika budak lelaki meningkat umur baligh agar mereka bersih daripada najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat lima waktu.

Daripada segi kesihatan, berkhatan dapat menjamin kebersihan dan kesucian. Apabila tidak berkhatan, kotoran akan terkumpul di antara kulup dan kepala zakar.

Kotoran yang dipanggil ‘smegma’ ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kajian sains yang telah dijalankan membuktikan amalan berkhatan mempunyai banyak faedah untuk kesihatan.

Mencegah Penyakit Berbahaya

Antaranya, kadar kanser prostat didapati jauh lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser serviks (pangkal rahim) kepada wanita.

Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara pencetus kanser serviks.

Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan.

Kajian terbaharu juga menunjukkan kadar penyakit kelamin, khususnya sifilis, adalah rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan.

Berdasarkan kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencadangkan galakan amalan berkhatan sebagai salah satu cara atau program mencegah HIV.

Hasil kajian tersebut menunjukkan berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki yang aktif secara seksual dari 38 hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Kajian lain membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai risiko jangkitan kuman pada salur kencing 10 kali lebih rendah berbanding bayi yang tidak berkhatan.

Jangkitan kuman salur kencing adalah serius. Tanpa rawatan segera, ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.

Kesimpulannya, berkhatan amat digalakkan kerana terdapat pelbagai kebaikan yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.

Jelas sekali hikmah berkhatan sangat luas dan besar, tidak terhad kepada aspek fizikal individu semata-mata. Maka, ia seharusnya dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia

sumber: sinarharian

10 Makanan Terbaik Menjadi Lelaki Perkasa Diranjang!

10 Makanan Terbaik Menjadi Lelaki Perkasa Diranjang!

Apa yang anda makan seharian sememangnya ada berkait rapat dengan tahap kesihatan, kecergasan dan prestasi seksual sewaktu melakukan hubungan badan bersama isteri. Ini kerana telah diakui makanan tertentu mampu merangsang kekuatan batin seorang lelaki menjadi lebih perkasa.

10 Makanan Terbaik Menjadi Lelaki Perkasa Diranjang!

Mari kita jengah apakah 10 jenis-jenis makanan tersebut.

1. Ikan

Makanan dari sumber laut seperti ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain berupaya mempertingkatkan fungsi otak, sumber Vitamin B ini juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan.

2. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari atau lebih mudah dikenali sebagai kuaci ini diperkaya dengan sumber Vitamin B1 yang dapat membantu meningkatkan tenaga lelaki ketika beraksi di ranjang.

Walau bagaimanapun, kuaci yang mudah terdapat di kedai-kedai runcit masih boleh diragui khasiatnya kerana mengandungi bahan pengawet.

3. Kekacang

Kekacang misalnya badam amat disyorkan kerana ianya mengandungi asid lemak dan Vitamin B3 yang berupaya untuk menggalakkan rembesan hormon testosterone yang penting dalam meningkatkan nafsu syahwat lelaki.

4. Buah Oren

Umum mengetahui khasiat buah oren kaya dengan khasiat Vitamin C yang baik untuk sistem imunisasi badan kita.

Pengambilan buah oren sebiji sehari adalah baik untuk melancarkan sistem peredaran darah sekaligus darah dapat dibekalkan secukupnya ke bahagian zakar bagi memudahkan ereksi berlaku.

5. Daun Saderi

Daun saderi mengandungi hormon ‘androsterone’ yang baik untuk stimulasi seks. Hormon ini dirembes lelaki sewaktu berpeluh dikatakan baik dan mampu untuk merangsang naluri seksual wanita.

Itu yang kadang-kadang kita dengar ada isteri yang suka tidur bawah ketiak suami padahal pada pandangan orang lain ianya busuk. Cuba cium ketiak suami anda. Sedap? Wangi?

6. Biji Labu

Biji labu merupakan sumber serat yang mengandungi elemen zink penting dalam pengeluaran hormon testosterone untuk kaum lelaki. Bagi wanita pula biji labu juga berperanan dalam mengekalkan ghairah seksual.

Antara manfaat-manfaat yang lainya ialah dapat menambahkan kekuatan, keinginan dan kesuburan dalam sistem pembiakan tubuh manusia.

7. Jeruk Kobis

Menerusi carian maklumat di internet, ada yang mengatakan tahap libido atau naluri seks lelaki akan meningkat selepas makan jeruk kobis ini.

8. Pisang

Selain enak dimakan, buah pisang sebenarnya merupakan sumber makanan yang bagus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia.

Pada kebiasaannya kita dapat melihat para atlit seperti pelumba basikal akan mengambil pisang dalam kuantiti banyak sebelum memasuki sesuatu pertandingan yang memerlukan tenaga tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa pisang kaya dengan khasiat Vitamin B (riboflavin dan potassium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan makanan pemberi tenaga.

9. Avokado

Avokado diperkayakan dengan tahap asid folik yang tinggi dimana ia berfungsi untuk membantu memproses protein secara metabolisme bagi menjadikan anda lebih bertenaga.

Selain dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki, avokado yang mengandungi Vitamin B6 dan potassium ini juga baik untuk meningkatkan libido seks wanita.

10. Asparagus

Asparagus adalah sejenis sayuran berbatang kecil dari daerah timur Mediterranean mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, niasin, vitamin A dan C.

Asparagus juga kaya dengan serat dan protein yang berupaya untuk memberikan lelaki kekuatan luar biasa semasa mengadakan aktiviti seksual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: petuabahagia

Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kinabatangan

Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kinabatangan

Kinabatangan sangat terkenal di kalangan penduduk di Malaysia dan pelancong luar negara dengan sungainya terpanjang di negeri Sabah dan juga merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia.

Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kinabatangan

Kinabatanga adalah sebuah daerah kecil yang terletak dalam bahagian Sandakan dan mempunyai beberapa pekan kecil seperti Bukit Garam dan Sukau. Kinabatangan dikatakan telah wujud sekitar tahun 1881 dimana penduduknya pada masa itu mula membuat penempatan di sepanjang Sungai Kinabatangan.

Kebanyakan penduduk Kinabatangan terdiri daripada suku kaum Sungai dan jumlah keseluruhan bilangan penduduk di daerah Kinabatangan adalah kira-kira 100 ribu orang dengan keluasan kawasan kira-kira 800 ribu hektar.

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik di sekitar daerah Kinabatangan yang menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini.

HUTAN

Kitaran banjir yang berubah-ubah di daerah ini mempunyai pengaruh yang nyata terhadap tumbuh-tumbuhan di dataran banjir.

Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh daya ketahanannya menghadapi pelbagai aras takungan air, kemasinan dan kekerapan terjadinya banjir.

Namun begitu, bencana telah mengubah keadaan hutan di daerah ini seperti diakibatkan oleh aktiviti pembalakan, dan kebiasaannya diakibatkan oleh kemarau yang panjang menyebabkan banyak kawasan yang terbakar seperti pada tahun 1983.

Jenis-jenis hutan di Kinabatangan

1. Hutan paya bakau

Merupakan tumbuhan utama di bahagian muara dan kawasan paya air payau yang menganjur dari muara Sg.Kinabatangan hingga ke kawasan selepas Kg. Abai.

2. Hutan tebing sungai

Tumbuh-tumbuhan di tebing sungai menguasai kawasan yang tidak dipengaruhi oleh pasang surut dan air payau.

Hutan ini terutamanya terdapat di sepanjang alur sungai utama dan terbentuk di atas tetambak-tetambak besar sungai.

Hutan ini didominasikan oleh pokok-pokok yang memerlukan cahaya matahari seperti Bayur (Pterospermum javanicum), Balik Angin (Colona serratifolia), Pokok Ara (Ficus spesies),
Binuang (Octomeles sumatrana) dan Bungur (Lagerstroemia speciosa).

Spesis belukar lain seperti Laran (Neolamarckia cadamba), Sedaman (Macaranga tanarius) dan Bangkal (Neonauclea gigantean) yang boleh juga ditemui di zon hakisan dan mendapan yang tidak stabil di tebing sungai.

Hutan ini juga diliputi oleh tumbuh-tumbuhan pemanjat seperti pemanjat kekacang Entada rheei.

3. Hutan paya air tawar

Boleh didapati di atas kawasan tanah yang sentiasa atau kadang kala ditenggelami air, atau di kawasan paya di mana saliran permukaannya kurang baik.

Biasanya pokok-pokok di kawasan air bertakung adalah rendah tetapi di bahagian-bahagian paya yang lebih kering, pokok-pokok adalah lebih tinggi.

Pokok-pokok yang sering dijumpai di hutan-hutan paya air tawar di hilir Kinabatangan termasuk Salungapit (Mallotus muticus), Simpoh (Dillenia indica dan Dillenia excelsa), Resak (Vatica rassak), Apid-Apid (Sapium indicum), Bayur (Pterospermum macrocarpum) dan Polod Paya (Arenga
retroflorescens).

4. Hutan tanah kering

Boleh didapati di kawasan yang lebih kering dan jauh dari sungai. Kebanyakan pokok dari jenis
hutan ini adalah dari famili Dipterocarpaceae.

Spesies yang sering dijumpai termasuk pokok Dipterokarpa seperti Urat Mata Daun Licin (Parashorea malaanonan), Urat Mata Beludu (Parashorea tomentella), Seraya Tembaga (Shorea leprosula), Seraya Kelabu (Shorea waltonii), Keruing Putih (Dipterocarpus caudiferus), Kapur Paji (Dryobalanops lanceolata) dan Selangan Jangkang (Hopea nervosa).

Bagi spesies bukan dipterokarpa pula, spesies-spesies berikut selalu dijumpai iaitu Belian (Eusideroxylon zwageri), Sepetir (Sindora irpicina), Kasai (Pometia pinnata), Mengaris (Koompassia excelsa), Ranggu (Koordersiodendron pinnatum), Nyatoh King (Ganua kingiana) dan Jelutong (Dyera costulata).

Kecuali di beberapa kawasan Hutan Simpan seperti Hutan Simpan Bod Tai, Pangi dan Keruak semua hutan jenis ini telah, sedang atau akan ditukar kepada kawasan kelapa sawit.

Selepas diganggu oleh pembalakan, kebakaran dan kegiatan drastik lain maka hutan sekunder terbentuk. Hutan sekunder ini didominasikan oleh pokok-pokok belukar seperti Telinga Gajah (Macaranga gigantean), Sedaman (Macaranga hypoleuca), Magas (Duabanga moluccana), Laran (Neolamarckia cadamba), Kulimpapa (Vitex pinnata), Sengkuang (Dracontomelon dao) dan Bayur (Pterospermum javanicum).

FAUNA

Hilir Kinabatangan kaya dengan kepelbagaian spesies ikan, burung, mamalia, reptilia dan amfibia adalah sangat tinggi.

Kawasan ini merupakan tempat kediaman dan habitat kepada beberapa spesies yang terancam dan jarang ditemui.

Di hilir Kinabatangan, terdapat 10 spesies primat, 4 daripadanya adalah endemik kepada Borneo.

Rangkaian tasik dan paya air tawar di kawasan ini adalah sangat penting untuk pemuliharaan hidupan akuatik, burung-burung air dan amfibia.

1. Mamalia: Primat

a) Monyet bangkatan (Nasalis larvatus)

Spesies yang endemik di Borneo. Walau bagaimanapun, spesies ini terhad kepada kawasan-kawasan tebing sungai, paya gambut dan hutan paya bakau di kawasan tanah pamah pinggir laut.

Spesies ini semakin terancam kerana kehilangan habitat.

b) Lotong Merah (Presbytis rubicunda), Lotong Kelabu (Presbytis cristata) dan Lotong Kikok
(Presbytis hosei) Monyet-monyet ini bersaiz kecil.

c) Orang Utan (Pongo pygmaeus)

Orang Utan adalah haiwan yang endemik kepada Borneo dan Sumatra kebanyakannya tertumpu di
hutan-hutan pamah di bawah 150 m dari paras laut.

d) Kera (Macaca fascicularis) dan Beruk (Macaca nemestrina)

Kera yang mempunyai ekor yang lebih panjang daripada beruk. Kera adalah spesies primat yang
terbanyak di Hilir Kinabatangan.

e) Kelawat (Hylobates muelleri)

Spesies ini juga endemik di Borneo. Haiwan ini memakan serangga kecil dan buah-buahan yang masak.

Spesies ini bergerak dari pokok ke pokok yang lain dengan cara berayun dengan lengan yang panjang. Sebagai binatang arboreal, spesies ini sangat terancam disebabkan oleh kemusnahan hutan.

f) Kera Hantu (Tarsius bancanus)

Sejenis spesies yang aktif bergerak di waktu malam (nocturnal) ini boleh memburu dengan cara menerkam tiba-tiba menggunakan kaki belakangnya yang panjang.

g) Kongkang (Nycticebus coucang)

Sejenis spesies nocturnal yang memakan serangga dan buah-buahan.

2. Mamalia Lain

a) Gajah Asia (Elephas maximus)

Dianggarkan terdapat lebih kurang 150 ekor gajah di kawasan Hilir Kinabatangan mengikut rekod WWF.

Seekor gajah dewasa memerlukan lebih kurang 150 kg makanan sehari terdiri daripada bahagian-bahagian pokok palma, rumput dan batang pisang. Haiwan ini memerlukan kawasan makanan yang luas untuk terus suvival.

b) Badak Sumbu Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)

Spesies ini kini hampir pupus akibat pemburuan untuk mendapatkan sumbunya dan kemusnahan habitat.

Di anggarkan hanya terdapat 3 ekor badak sumbu di kawasan Hilir Kinabatangan.

c) Beruang (Helarcatos malayanus)

Haiwan ini makan buah-buahan, haiwan-haiwan kecil, anai-anai dan sarang lebah. Beruang ini jarang dijumpai dan dipercayai bilangannya semakin berkurangan.

d) Lain-Lain Mamalia

Kelawar, rusa, napuh, kijang, pelanduk, tembadau, babi hutan, kucing liar, tupai, musang, tikus ambang bulan dan memerang antara mamalia lain yang boleh ditemui di Hilir Kinabatangan.

Walau bagaimanapun, spesies-spesies mamalia ini juga dipercayai semakin berkurangan dan terancam akibat gangguan ekosistem dan kawasan habitat mereka terancam oleh kebakaran, pembalakan dan
pemburuan.

3. Spesies burung

Terdapat 198 spesies burung yang tinggal di Hilir Kinabatangan. Bangau dan Pependang Timur sering dijumpai di kawasan tasik-tasik ladam.

Enggang dan Helang adalah burung besar lain yang terdapat di kawasan hilir ini. Burung layang-layang bersarang putih (Collocalia fuciphagus) dan layang-layang bersarang hitam (Collocalia maximus) menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan di Hilir Kinabatangan.

Sehingga 70 spesies burung mungkin ditemui dalam masa satu hari dengan berpandukan sebuah buku burung yang lengkap seperti ‘A Photographic Guide To The Birds Of Borneo’ (Davison & Chew, 1996).

4. Reptilia dan Amfibia

Crocodylus porosus yang terdapat di Hilir Kinabatangan adalah spesies buaya yang terbesar di dunia. Ular, kura-kura, tuntung air tawar, biawak dan pelbagai spesies amfibia menghuni kawasan Hilir Kinabatangan.

5. Hidupan air

Tasik dan sungai di dataran banjir Kinabatangan kaya dengan hidupan akuatik. Sehingga sekarang, lebih kurang 90 spesies ikan telah direkod dari kawasan ini.

Antara spesies akuatiknya ialah ikan pari, ikan ‘sawmill’ air tawar dan ikan lumba-lumba Irrawaddy yang terancam masih terdapat di Hilir Kinabatangan.

Udang air tawar juga banyak ditemui di Sungai Kinabatangan.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

sumber: Facebook/RazidiClo

Asal-usul Bangsa Rungus Di Sabah

Asal-usul Bangsa Rungus Di Sabah

Kepelbagaian kaum, budaya dan tradisi malah juga bahasa mahupun dialek adalah antara sumber kekayaan Borneo yang tiada tandingnya sehingga ke saat ini dan berbicara soal ini, Sabah iaitu jiran dan saudara se-Borneo Sarawak juga tidak kurang dengan cerita yang unik apabila berkata mengenai suku kaum mereka.

Asal-usul Bangsa Rungus Di Sabah

Populasi etnik Rungus ramai tertumpu di kawasan seperti Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Pitas di Sabah.

Dari segi bahasa pula, bahasa etnik Rungus dikategorikan dibawah kelas bahasa Astronesia, Malayo-Polinesia, North Borneo, Sabahan, Dusunic, Dusun.

Dan selain daripada itu ianya juga kaya dengan dialek-dialeknya berdasarkan kepada tempat kediaman mereka seperti Gandahon, Gonsomon, Nuluw, Pilapazan (Central Rungus, Rungus Tanga).

Adalah difahamkan bahawa dialek Gonsomon dan Nuluw adalah antara yang paling popular dipertuturkan dikalangan etnik Rungus di Sabah sekarang.

Di dalam kita cuba menggodek cerita sebenar asal muasal etnik Rungus dikatakan sehingga ke hari ini para sejarahwan dan antropologi masih belum menemui titik sebenar asal keturunan mereka.

Pakar dari barat dan juga orang Rungus sendiri masing-masing mempunyai pendirian tersendiri apabila berkata mengenai soal keturunan mereka.

Ini kerana kajian dari Barat dikatakan telah menidakkan cerita legenda asal keturunan etnik Rungus yang sememangnya antara nilai sejarah yang paling sentimental dan berharga mengikut kepercayaan etnik Rungus.

Teori Orang Rungus Asal Mongolia (Barat)

“North Borneo was blessed with waterways and channels teeming with marine and human life introduced by early land bridges which had carried migrants in from areas now called Vietnam and Southern China. Some anthropologists believe these people began pouring into Borneo about 20,000 years ago. Then, as global climate warmed, polar ice caps melted. Sea levels rose, washing over the once useful tendrils. This trapped the early explorers on the fertile island of Borneo. Their descendants settled the land to become the island’s first known indigenous peoples.

That’s one version of the story. Another more prevalent theory is that a group from the Mongolian region migrated to Borneo some 5,000 years ago. Naturally enough, these people settled the coastal areas first. Today, these people are defined by modern anthropologists and linguists as the Borneo superstock. Later, as the primarily Muslim Malay, Bajau and Suluk races settled the same areas, the Borneo superstock migrated deeper and deeper into the heartland of North Borneo.” (Granville-Edge, P.J. 1999)

Melihat kepada penyataan petikan dari Granville-Edge ini dapatlah disimpulkan bahawa menurut beliau, kesemua penduduk asal Sabah dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia.

Teori pertama menyatakan segala mengkhusus bahawa tanah kelahiran mereka dicatitkan sebagai Vietnam dan Southern China lebih kurang 20,000 tahun yang lalu.

Teori kedua pula menyatakan bahawa penduduk asal Borneo itu berasal dari sekumpulan orang Mongolia yang kemudiannya berhijrah ke Pulau Borneo kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

Dan kerana itulah ramai yang menerima pernyataan ini memandangkan jika ditinjau dari warna kulit masyarakat Rungus yang bermata sepet dan berkulit kuning langsat serta fizikal yang “pendek-pendek tagap” ada mempunyai persamaan dengan orang Mongolia itu sendiri.

Teori Tamadun Nunuk Ragang (Legenda dan Sejarah Orang Rungus)

Cerita legenda yang menjadi sejarah oral masyarakat di Borneo adalah antara yang menjadi sandaran apabila berbicara soal asal muasal mereka.

Bagi etnik Rungus pula tidak akan boleh lari daripada kepercayaan mereka terhadap wujudnya satu ketamadunan yang telah diasaskan oleh nenek moyang mereka di Borneo suatu waktu dahulu iaitu Tamadun Nunuk Ragang.

Oleh kerana ianya cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain menjadikan sejarahwan mahupun ahli antropologi Barat tidak mahu menerimanya namun untuk etnik Rungus inilah yang sebenarnya mampu memperjelaskan secara terperinci tentang agama mahupun pemerintah mereka dahulukala.

Menurut legendanya suatu waktu dahulu pernah berdiri satu ketamadunan bagi orang-orang Rungus iaitu yang bernama Nunuk Ragang.

Diasaskan oleh seorang “Usan-Usan” (maksudnya seorang yang tiada mempunyai keluarga).

Diceritakan beliau telah dianiayai oleh keluarganya sehingga menyebabkan beliau dan isteri berserta dengan pengikutnya yang setia dihukum buang negeri dengan menaiki kapal sehingga terdampar ke Borneo iaitu di satu kawasan bernama Pampang Nabalu.

Berada lama di Pampang Nabalu tanpa ada masyarakat lain pada waktu itu menyebabkan mereka dibangkitkan dengan semangat keagamaan iaitu dekatnya mereka kepada penyembahan kepada Lumaag Nabalu.

Hari demi hari bentuk penyembahan itu semakin mendapat sambutan sehinggalah mereka terfikir untuk menjadikannya satu hukum adat istiadat.

Dikala inilah seorang yang paling kanan dengan Usan-usan iaitu Aki Bobolizan Gomburon dipilih kerana kefahamannya tentang Lumaag Nabalu lalu diwartakan menjadi satu peraturan hidup bagi Usan-usan dan masyarakatnya.

Antara hukum adat istiadat ini adalah yang dinamakan Hukum Gomburon yang mana sekiranya ada yang melakukan perzinaan maka akan dihanyutkan di dalam air dengan memasukkannya di dalam bubu atau ‘popok’ bersama-sama dengan batu besar.

Batu itu pula harus dipilih sendiri oleh si pesalah tersebut. Dan dikatakan hukum ini juga masih lagi mempunyai belas iaitu sekiranya jika ada yang sengaja mahu membunuh pasangan tersebut sewaktu di dalam menjalani hukuman maka orang tersebut juga akan turut dihukum bunuh sama.

Apabila Aki Bobolizan Guraumanok menjadi ketua keagamaan, dia telah menghapuskan Hukum Gomburon ala Aki Bobolizan Gomburon.

Berdasarkan kepada wahyu dari Lumaag Nabalu hukum itu diperhalusi iaitu dengan menyatakan bahawa segala dosa yang dibuat boleh dibayar dendanya dengan memberi “mangaraha” iaitu korban penebus bercorak sembelihan khinzir.

Dari sinilah “bobolizan” ini akan menjadi “orang tengah” untuk memohon pengampunan dosa dari “Kinoringan”.

Tamadun Nunuk Ragang akhirnya semakin maju dan makmur lagi-lagi dibawah ketuanya iaitu Aki Nunuk Ragang.

Dengan kepercayaan agama labus (Pagan) yang dianuti mereka menyebabkan rakyat di Nunuk Ragang semakin berkembang.

Dari mereka hanya membuat penempatan di sekitar Nunuk Ragang akhirnya mereka mula menebar populasi mereka ke tempat-tempat yang lain di Borneo.

Ini sejajar dengan wahyu yang diturunkan oleh Lumaag Nabalu menerusi Aki Bobolizan Guraumanok yang menyatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu sehingga ke lautan lepas adalah milik bangsa mereka.

Sejak itu warisan legasi Aki Nunuk Ragang iaitu tiga orang anak lelakinya telah diperintahkan untuk mula berhijrah ke seluruh kawasan di Borneo.

Dua orang anak lelaki iaitu yang sulung dan kedua yang bernama Aki Rungsud dan Aki Longuvai telah dihantar ke kawasan pesisir pantai Pompod Tana.

Pompod Tana yang dimaksudkan adalah Kudat, Kota Marudu dan Pitas sekarang. Ianya dilakukan agar Pompod Tana tidak akan diceroboh oleh orang-orang Mizonvaig atau Orang Laut.

Hendak dijadikan cerita sewaktu keluar daripada kawasan penempatan asal mereka dikatakan hanya Aki Rungsud yang sampai dahulu di Pompod Tana sedangkan Aki Longuvai pula memulakan perjalanannya agak lewat kerana isterinya sedang sarat mengandung untuk melahirkan anak mereka.

Oleh kerana Aki Rungsud yang memulakan perjalanan kerana beliau tidak mahu adiknya tersesat maka ditandakannya perjalanannya dengan setiap puncak bukit diadakan upacara menyembelih ayam.

Ini sebagai satu tanda pemberitahuan kepada semangat Lumaag bahawa itu merupakan wilayah mereka disamping untuk Aki Longivui mengesan jejak mereka.

Namun apakan daya walau sudah ditandai dengan cara penyembelihan ayam di setiap puncak bukit, Aki Longuvai tetap tersesat jalan dan ianya bermula ketika memilih dua persimpangan yang menuju arah yang berlainan.

Sejak itulah Aki Longuvai telah tersesat sehinggalah beliau sampai ke kawasan yang dinamakan Pinampang atau Penampang sekarang.

Ada satu ketika, Aki Longuvai dan pengikutnya telah kehabisan bekalan makanan maka mereka pun mula bercucuk tanam dan akhirnya di Pinampang itu juga boleh dijadikan penempatan mereka kerana subur makmur.

Aki Rungsud mendengar cerita mengenai adik keduanya lalu menghantar wakilnya meminta adiknya kembali ke Pompod Tana namun Aki Rungsud lebih senang untuk berada di Pinampang. Hanya 17 tahun selepas itu barulah dihantarnya putera sulung yang bernama Aki Bulun untuk ke Pompod Tana.

Dikatakan tujuan ketibaannya adalah untuk membahagikan wilayah Pompod Tana pada masa itu.

Pada hari yang sesuai akhirnya Aki Bulun dan ayah saudaranya Aki Rungsud telah membuat pembahagian wilayah kekuasaan dengan syaratnya adalah sejauh mana bunyi paluan gong Aki Rungsud boleh didengar.

Handalan-handalan dari Aki Bulun telah mula berkampung di puncak bukit sekitar Pompod Tana dan mana-mana yang tidak mendengar paluan gong Aki Rungsud diminta untuk memacakkan sejenis lembing yang bersaiz pengaruh kapal layar dinamakan Binorudan.

Untuk anak lelaki bongsu yang bernama Aki Terumpok diminta untuk menjadi penjaga kepada ayahandanya iaitu Aki Nunuk Ragang.

Beliau bersama ayahandanya sehinggalah beliau meninggal dunia dan dikebumikan di satu danau yang lokasinya dikenali sebagai Kampung Tampias, Lubuk Sugut, Sandakan sekarang.

Menurut legenda setelah 40 hari, Aki Nunuk Ragang dikebumikan, pada hari upacara “Mongupus” tumbuhlah sejenis pokok ara di tengah-tengah kubur Aki Nunuk Ragang.

Pokok ara tersebut agak berlainan kerana ia berwarna merah dan jika daunnya tercalar pokok itu akan mengeluarkan darah manusia.

Lalu pengikut Aki Nunuk Ragang menyembah pokok tersebut dan menamakannya Nunuk Ragang kerana mereka percaya pokok itu merupakan jelmaan Aki Nunuk Ragang.

Dibawah pemerintahan Aki Turumpok diceritakan bahawa Nunuk Ragang menjadi huru-hara kerana beliau tidak begitu tertarik kepada penyembahan agama palasnya, sebaliknya lebih kepada ilmu kebatinan dan dek kerana itulah Nunuk Ragang mendapat bala.

Dari satu penempatan yang aman makmur akhirnya ianya menjadi berpecah belah dan tiada satu aktiviti ekonomi untuk survival hidup mampu dilakukan.

Setiap tanaman tidak akan menjadi, turun ke sungai tiada penghidupan sungai yang mampu ditangkap dan boleh dikatakan segalanya tiada. Ini mengakibatkan kawasan Nunuk Ragang menjadi padang jarak padang terkukur kerana tiada mana-mana masyarakat yang mahu mendiaminya.

Begitulah cerita legenda dan sejarah oral yang dipercayai oleh masyarakat Rungus di dalam mengatakan asal usul keturunan mereka di Borneo atau lebih mengkhusus di Sabah sekarang.

Nenek moyang asal keturunan orang Rungus adalah dipercayai daripada keturunan Aki Nunuk Ragang iaitu Aki Rungsud.

Putera kedua pula iaitu Aki Longuvai adalah nenek moyang kepada orang Kadazan di Penampang sekarang manakala Aki Terumpok pula merupakan nenek moyang semua suku kaum Dusun.

Bagi masyarakat Rungus Gonsumon yang menguasai pantai timur Kudat pula adalah berasal daripada keturunan Aki Bulun yang datang ke Pompod Tana suatu waktu dahulu untuk membahagikan wilayahnya.

Jika dahulu kebanyakan masyarakat Rungus di Sabah masih mempercayai agama pagan namun sejajar dengan waktu ramai antara mereka telah memilih agama Kristian dan Islam sebagai pegangan agama mereka.

Mereka juga sudah terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat di Sabah dan ramai yang sudah menjadi tenaga professional penyumbang kepada ekonomi Sabah sekarang.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Jangkitan Akibat Sakit Gigi Boleh Membunuh!

Jangkitan Akibat Sakit Gigi Boleh Membunuh!

Seorang pemandu lori jarak jauh meninggal dunia pada Januari tahun 2017. Jangkitan yang bermula dari ‘sakit gigi’ merebak masuk ke dalam paru-paru dan seterusnya menyebabkan kematian ayah berusia 26 tahun ini. Vladim Kondratyuk Anatoliyevich, mengadu sakit gigi selama beberapa minggu.

Jangkitan Akibat Sakit Gigi Boleh Membunuh!

Pada 24 Januari 2017, ketika dalam perjalanan ke New York dari California, beliau sempat menerima rawatan pembersihan gigi dan antibiotik.

Pada mulanya, kesakitan beliau beransur kurang, tetapi tidak lama selepas itu, isteri beliau, Nataliya, 22 menerima panggilan telefon mengatakan mulut Vladim semakin bengkak.

Abang Vadim terbang ke New York untuk menemankan beliau pulang ke California, tetapi dalam perjalanan pulang, beliau mula mengalami kesukaran bernafas dan semakin pucat. Melihat situasi itu, abang Vadim mengambil keputusan untuk menghantar beliau ke hospital.

Keadaan beliau semakin tenat, diberi rawatan dialisis sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin, 6 hari selepas menerima rawatan gigi yang pertama.

Apa yang terjadi?

Menurut Nataliya, hospital mendapati bahawa suaminya menghidap diabetes. Jangkitan gigi beliau juga telah merebak ke dalam darah dan paru-paru.

Dan ini bukan kali pertama seorang pesakit meninggal dunia disebabkan sakit gigi.

Seorang lelaki bernama Kyle Willis, 24 tahun meninggal dunia apabila jangkitan gigi beliau merebak ke dalam otak malangnya, beliau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak mampu.

Pada awal 1600-an, jangkitan dan masalah-masalah gigi disenaraikan sebagai pembunuh utama nombor lima atau enam di London.

Pada tahun 2007, di Deamonte Driver, seorang budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia apabila bakteria dari nanah telah merebak ke dalam otak.

Beliau menjalani 2 pembedahan otak berjumlah USD$250,000 sebelum kematiannya, yang mana sebenarnya boleh diselamatkan melalui ekstrasi gigi pada kos USD $80 sahaja.

Dr Thomas Porter, seorang ahli fakulti di University of Florida College of Dentistry memberitahu, “Ya, memang terdapat kemungkinan kematian daripada jangkitan gigi.”

“Pada setiap tahun, terdapat kes-kes di mana pesakit tidak mendapatkan rawatan gigi yang sepatutnya pada masa yang tepat. Dalam kebanyakan kes, ianya bermula pada satu tempat, sakit dan mengalami jangkitan.”

“Apabila tidak dirawat, masalah menjadi semakin teruk. Pesakit menjadi septik yang boleh mengundang maut,” kata Dr Porter lagi.

Menurut Dr. Richar Niederman, pengerusi Badan Promosi Epidemiologi dan Kesihatan Kolej Pergigian NYU, berkata, “Terdapat banyak kajian mengatakan pesakit kencing manis berisiko tinggi mengalami kaviti dan kerosakan gigi, penyakit periodontal, penyakit kardiovaskular, dan lain-lain lagi.”

Apabila ditanya adakah kematian akibat jangkitan gigi boleh dielakkan, Dr. Niederman menjawab, “Ya.”

“Mana-mana jangkitan di mana-mana bahagian dalam badan boleh menyebabkan kematian jika ia tidak dikawal,” katanya lagi.

“Jadi, jika anda mengalami jangkitan gigi, bakteria itu akan ‘memakan’ gigi. Oleh kerana ia adalah jangkitan bakteria, ia akan melepaskan asid, dan asid akan melekat di gigi seperti mana asid yang boleh melekat di kaca.

"Lama-kelamaan ‘lekatan’ ini boleh menjadi lubang. Lubang itu pula terhubung ke pulpa, saraf dan saluran darah dan sekarang bakteria boleh memasuki badan.”

Apa yang perlu dibuat?

Walaupun kes-kes sebegini tidak pernah didengari di Malaysia, amatlah penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Jangan takut, jumpalah doktor gigi apabila mengalami kesakitan, dan jangan ambil rendah masalah gigi yang anda alami.

Bakteria dari jangkitan gigi di peringkat akhir bukan sahaja boleh merebak ke dalam otak, tetapi juga melalui darah ke organ-organ yang lain – yang akhirnya menyebabkan kematian.

Jadikan juga amalan penjagaan gigi yang baik seperti menggosok gigi 2 kali sehari, flos setiap hari dan berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan keutamaan anda sekeluarga.

Dan jangan sekali-kali berkata, “Alah, aku sakit gigi aje.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mati Selepas Kena Tumbuk Sakit Gigi!

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Disember)

Tanggal 17 Disember merupakan hari ke 351 (hari ke 352 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 14 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Disember)
Wright Flyer.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Bhutan (1907).

Peristiwa

920 - Romanos I Lekapenos menjadi Maharaja Byzantine bersama dengan Constantine VII yang bawah umur.

1819 - Republik Gran Colombia di Amerika Selatan diasaskan, dengan Simón Bolívar sebagai presiden pertama.

1862 - Perang Saudara Amerika: Jeneral Ulysses S. Grant mengeluarkan Perintah Am No. 11 yang mengusir orang-orang Yahudi dari Tennessee, Mississippi dan Kentucky.

1903 - Di Kitty Hawk, North Carolina, dengan Wright Flyer, Orville dan Wilbur Wright berjaya terbang buat pertama kali menggunakan sebuah pesawat kepak kaku berenjin.

1935 - Penerbangan pertama pesawat pengangkut Douglas DC-3.

1944 - Tentera Jerman Nazi di bawah Joachim Peiper menembak mati kira-kira 150 orang tawanan perang Pertempuran Bulge dengan mesingan dekat Malmedy, Belgium.

1989 - Siri kartun waktu perdana paling lama A.S., The Simpsons disiarkan buat pertama kali di rangkaian televisyen Fox.

2009 - Penemuan planet luar suria GJ 1214 b yang jisim dan jejarinya selaras dengan ciri planet lautan diumumkan.

2010 - Penjual jalanan Tunisia Mohamed Bouazizi membakar dirinya demi membantah gangguan polis, mencetuskan Revolusi Tunisia.

2011 - Ribut Tropika Washi melanda Filipina, menyebabkan lebih 1,200 kematian.

Kelahiran

1874 - William Lyon Mackenzie King, Perdana Menteri Kanada Ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Disember)

sumber: wikipedia