Tuesday, December 19, 2017

Misteri John Nolan Mati Terbakar Secara Tiba-tiba Di London!

Misteri John Nolan Mati Terbakar Secara Tiba-tiba Di London!

Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan misteri apabila dia tiba-tiba terbakar di tengah jalan di Tottenham, north London pada pukul 1 petang pada 17 September 2017 lalu.

Misteri John Nolan Mati Terbakar Secara Tiba-tiba Di London!

Orang ramai dan bomba berjaya memadamkan api di badan John Nolan, 70, dan dia kemudian dibawa ke hospital pakar dengan helikopter namun meninggal dunia.

Bedah siasat 27 September kemudiannya mendapati terdapat luka kebakaran yang teruk dan inkues mengenai kejadian itu akan diadakan pada bulan Mac 2018.

Sementara jabatan bomba pula cuba mencari punca kenapa api tiba-tiba tercetus namun gagal.

Kematiannya kini dianggap sebagai sukar dijelaskan.

“Kami ada bercakap dengan saksi yang melihat Nolan terbakar, tetapi kami tidak tahu dari mana punca kebakaran itu.

"Malah saksi juga memberitahu mereka tidak melihat dia bersentuh atau berbual dengan sesiapa pun ketika kejadian tersebut berlaku,’’ kata jurucakap bomba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri 5 Beradik 'Ghaib' Dalam Kebakaran!

sumber: mynewshub

Cikgu Azizan 'Menang' Perbicaraan Mahkamah Tampar Murid Jahat!

Cikgu Azizan 'Menang' Perbicaraan Mahkamah Tampar Murid Jahat!

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Azizan Manap, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban.

Kemenangan Berpihak Pada Cikgu Azizan

Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang dikenali sebagai ‘Cikgu Azizan’ itu sepatutnya memulakan perbicaraan sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman mengumumkan keputusan tersebut.

Menurut laporan BH Online, Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes tersebut ditarik balik.

Di samping itu, duit jaminan sebanyak RM500 turut dikembalikan kepada Azizan.

Pada 31 Oktober 2017 lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja.

Menurut dakwaan, Azizan telah menampar seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Jika sabit kesalahan, Azizan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Kes tersebut mendapat perhatian meluas masyarakat di negara ini termasuklah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang turut menghantar wakilya untuk hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: KBAT: Kementerian Pendidikan 'Kambing Hitamkan' Guru Dan Pelajar

sumber: mynewshub

3 Penjara 'Neraka' Paling Menakutkan Di Asia

3 Penjara 'Neraka' Paling Menakutkan Di Asia

Sebut pasal penjara tentunya anda membayangkan keadaan lorong-lorong gelap, berjeriji besi, keadaan simen dan bau yang hapak.

Penjara ni boleh jadi tempat yang baik atau buruk, adanya institusi ini untuk mengasingkan penjenayah dari orang ramai namun dalam masa yang sama mereka juga boleh dijadikan tempat buat 'orang baik' dan menjadi musuh negara.

Selalunya penjara adalah tempat di mana para sistem keadilan dan menguatkuasakan undang-undang dengan menghukum penjenayah.

Bagaimanapun, terdapat penjara yang menjadi neraka dunia apabila kebebasan dihadkan dan hak asasi manusia seolah-olah tidak wujud di situ. Terdapat tiga 'neraka dunia' terdapat di Asia.

1. Kem 22, Korea Utara

3 Penjara Paling Menakutkan Di Asia

Kem Konsenstrasi Hoeryong yang juga dikenali sebagai Kem 22 terletak di kawasan terpencil di situ dan dikatakan tempat paling dahsyat di dunia.

Diuruskan oleh pemerintahan diktator komunis, sebahagian besar banduan di sana adalah tahanan politik (selalunya tidak bersalah) yang dilabelkan sebagai musuh politik.

Mengikut peraturan Korea Utara, seluruh anggota keluarga akan dipenjarakan termasuklah kanak-kanak, ada juga yang dijatuhkan hukuman hingga tiga generasi, ada di antara mereka diseksa, menjadi buruh paksa dan juga bahan eksperimen perubatan.

2. Pusat Transplan Tentera China (Pengamal Falun Gong)

3 Penjara Paling Menakutkan Di Asia

Secara teknikalnya, pusat ini bukanlah penjara namun di sinilah ribuan banduan menemui maut secara rahsia.

Sekitar tahun 2000, individu-individu yang dianggap Parti Komunis China sebagai ancaman adalah pengamal Falun Gong yang hanyalah orang biasa yang mengamalkan meditasi dan nilai-nilai tradisional.

Mereka ini sering kali ditangkap dan dihantar ke pusat-pusat tahanan sebelum menjadi 'bank organ hidup' kepada hospital ketenteraan. Berdasarkan bukti, seramai 1.5 juta tahanan telah dibunuh di pusat tersebut.

3. Kem Buruh Masanjia, China

3 Penjara Paling Menakutkan Di Asia

Terletak berhampiran Shenyang, Wiliyah Liaoning di China, kem ini mungkin adalah penjara paling mengerikan di dunia dengan kaedah penyeksaan yang brutal, buruh hamba dan juga keadaan kehidupan neraka.

Sejak tahun 1999, banyak tahanan agama, pengamal falun gong sering ditahan tanpa sebarang perbicaraan.

Kaedah penyeksaan kejam digunakan kepada tahanan memaksa mereka melepaskan kepercayaan dengan cara seperti baton kejutan elektrik, tergantung dari siling, seksaan bangku dan katil, ubat-ubatan merosakkan saraf, pengasingan, pemerkosaan dan lain-lain lagi.

tidak cukup itu, pengamal falun gong juga secara sistematik diuji darah dan dijadikan bank penderma hidup sebelum dihantar ke pusat transplan untuk dibunuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penjara Paling Mesra Dan Mewah Di Dunia

sumber: sinarharian

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

Jika di Malaysia, adat merisik, bersanding dan berinai atau adat di mana pengantin lelaki perlu memberi ‘duit tol’ sebelum bertemu pengantin perempuan semasa perkahwinan adalah suatu yang biasa diamalkan.

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

Mungkin ramai yang menganggap adat seperti itu sesuatu yang pelik, namun sebenarnya terdapat adat pelik perkahwinan yang diamalkan di seluruh pelosok dunia.

Antara adat pelik perkahwinan di dunia yang disenaraikan laman web Lifebuzz adalah;

1. Tradisi memberi gigi ikan paus

Di Fiji, seorang lelaki perlu memberi hadiah luar biasa kepada keluarga bakal isterinya sebelum ibu bapa wanita membenarkan anak mereka berkahwin, antaranya seperti memberi gigi ikan paus kepada bapa pengantin perempuan.

2. Bakal pengantin dibaling sisa makanan

Di Scotland, terdapat tradisi sebelum perkahwinan iaitu bakal pengantin lelaki dan perempuan dibaling sampah termasuk sisa makanan, ikan ataupun telur busuk.

Adalah dipercayai, jika pasangan itu dapat bertahan, perkahwinan itu akan berkekalan dan mampu menghadapi segala cabaran.

3. Cinta dan Hati ayam

Di China pula, tradisi pelik yang diamalkan sebelum berkahwin adalah, setiap pasangan perlu mengambil ayam dan kemudian memeriksa sama ada hati ayam tersebut sihat atau tidak.

Jika hati ayam tersebut sihat, barulah pasangan itu boleh menetapkan tarikh perkahwinan namun jika sebaliknya, pasangan itu perlu mencari ayam yang mempunyai hati sihat sehingga ditemui.

4. Lagi gemuk lagi cantik

Di Mauritania, pengantin perempuan yang mempunyai badan besar digambarkan sebagai bernasib baik dan melambangkan kemewahan dalam perkahwinan.

Wanita dipaksa makan untuk menjadi gemuk menjelang perkahwinan, namun budaya ini dilihat memberi masalah kesihatan yang tidak berkesudahan kepada wanita itu.

5. Culik pengantin

Sementara itu, di Krygyzstan, pengantin lelaki akan menculik wanita yang ingin dikahwininya.

Pepatah lama mendakwa bahawa air mata pada hari perkahwinan akan membuat perkahwinan itu bahagia.

Sehingga tahun 1991 (apabila ia akhirnya diharamkan) ramai ibu bapa akan bersetuju dengan perkahwinan seorang gadis muda yang diculik, terutamanya jika dia menangis.

6. Berkahwin dengan pokok

Di beberapa kawasan di India, masyarakat percaya kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam tempoh astrologi yang tertentu akan dicemuh dan jika dia berkahwin akan menyebabkan kematian suaminya lebih awal.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghilangkan sumpahan itu adalah wanita tersebut perlu dikahwinkan dengan pokok terlebih dahulu kemudian menebang pokok berkenaan.

7. Hadiah sudu

Di Wales, ia adalah perkara biasa untuk seorang lelaki menghadiahkan kekasih baharunya dengan sudu yang diukir kerana ia melambangkan lelaki itu tidak akan membenarkan pasangannya lapar.

8. Dilarang keluar

Satu suku kaum di Borneo tidak membenarkan pasangan pengantin untuk meninggalkan rumah mereka selama beberapa hari semasa majlis perkahwinan walaupun untuk ke tandas. Ia dipercayai membawa tuah kepada pasangan itu.

9. Dipaksa menangis

Bagi masyarakat Tujian di China pula, bakal pengantin dikehendaki menangis selama satu jam setiap hari selama sebulan sebelum majlis perkahwinan, malah keluarga wanita itu turut digalakkan untuk menangis.

10. Minum dalam replika mangkuk tandas

Di Perancis, tradisi lama yang meminta pasangan pengantin minum minuman lebihan daripada majlis perkahwinan mereka dalam replika mangkuk tandas.

Namun tradisi itu kini tidak lagi diamalkan pasangan di Perancis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

sumber: tv14

Kebanggaan Vegeta Sebagai Putera Saiya

Kebanggaan Vegeta Sebagai Putera Saiya

Bagi peminat siri Dragon Ball Z, nama Vegeta dianggap sebagai satu watak penting yang mengembangkan keseluruhan cerita. Perkara utama yang kita tahu mengenai Vegeta adalah, dia mentakrifkan dirinya sebagai seorang pahlawan yang penuh dengan kebanggaan serta bermegah dengan kedudukan hierakinya sebagai seorang putera bagi bangsa Saiya.

Vegeta Putera Saiya

Oleh kerana itu, Vegeta sering dilihat sebagai orang yang mementingkan diri sendiri, angkuh dan tidak bersifat belas kasihan terhadap orang lain.

Hal ini ditunjukkan semasa awal pengenalan watak Vegeta. Dia menolak cadangan Nappa untuk menghidupkan semula Raditz dengan menggunakan Dragon Ball kerana menganggap kegagalan Raditz melaksanakan tugasannya dan tewas dengan pahlawan kelas bawahan (Goku) sebagai sesuatu yang memalukan).

Kepercayaannya terhadap hierarki dan lagenda Super Saiya membuatkan Vegeta percaya bahawa dialah satu-satunya dalam bangsanya sendiri yang berpotensi dan layak untuk membangkitkan semula maruah bangsanya yang sering dihina dan diperlekeh oleh Emperor Frieza dengan cara mengalahkannya.

Tetapi, apabila Vegeta tewas di tangan Goku semasa pertarungan di bumi, dia tidak dapat menanggung rasa penghinaan apatah lagi Goku dianggapnya sebagai pahlawan kelas bawahan dalam kedudukan hierarki bangsanya.

Walaupun pada masa itu Vegeta memegang posisi sebagai Putera Saiya, namun dia tetap berkhidmat di bawah pemerintahan Frieza.

Turut menjadi sebab dirinya berasa terhina kerana mempercayai bangsa mereka sebagai bangsa terkuat di dunia dengan lagenda Super Saiya.

Hatinya sentiasa mendendami Frieza yang gemar memperlekeh dan menyamakan bangsa mereka seperti monyet liar yang mempunyai nilai kehidupan yang rendah.

Kematian Vegeta (dihidupkan semula dengan Dragon Ball) di Planet Namek adalah cara yang terbaik untuk mencambahkan persaingan di antara dirinya dengan Goku.

Faktanya, dia tidak sekadar ditewaskan oleh pahlawan kelas bawahan, malah individu yang sering dilabelnya sebagai kelas bawahan itu jugalah yang berjaya bertukar menjadi Super Saiya seperti yang diperkatakan dalam legenda bangsa mereka.

Vegeta juga menundukkan maruahnya dengan merayu kepada Goku supaya mengalahkan Frieza, demi maruah bangsa Saiya!

Dan berasa terhina apabila Goku berjaya mengalahkan Frieza walaupun dia tetap berasa bangga kerana akhirnya bangsa Saiya juga yang berjaya mengalahkan Frieza.

Di akhir saga Namek, Vegeta menjadi obsess untuk mengalahkan Goku berbanding menguasai alam semesta.

Peristiwa di Planet Namek mengubah sepenuh perhatian Vegeta daripada menjadi manusia yang kebal dan menakluki dunia kepada bagaimana hendak mengatasi Goku.

Goku menjadi rival yang terhebat dalam sejarah hidup Vegeta dan untuk meraih semula kebanggaannya selaku Putera Saiya, maka Vegeta berpendapat syaratnya adalah dengan mengalahkan Goku.

Perbezaan besar di antara Goku dan Frieza dari segi keinginan Vegeta untuk membunuh tidak hanya bagaimana Goku menghancurkan kebanggaannya lebih daripada apa yang dilakukan oleh Frieza.

Tetapi disebabkan fakta bahawa Goku dianggap sebagai pahlawan kelas bawahan dalam bangsa yang sama sedangkan Frieza berada di puncak rantaian antara galaksi dengan seluruh bangsa Saiya berada di bawah pemerintahannya, yang menjadikan lebih mudah bagi Vegeta untuk menerima kenyataan bahawa Frieza mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripadanya.

Sebaliknya, fakta seorang pahlawan kelas bawahan menjadi Super Saiya amat payah diterima akal Vegeta kerana kekuatan dalam bangsa Saiya ditentukan menerusi hierarki dalam sosial masyarakat mereka.

Menyaksikan Trunks (masa depan) dan Goku bertukar menjadi Super Saiya di depan matanya sendiri telah membuakkan perasaan untuk mengatasi Goku dengan lebih mendalam lagi.

Dia tidak sanggup melihat dua orang Saiya mencapai sesuatu yang dia sendiri selaku golongan teratas dalam hierarki masyarakat Saiya tidak mampu untuk mencapainya. Terutamanya Goku.

Kerana Goku, Vegeta berlatih dengan berpusatkan kepada kebencian dan kehendaknya untuk mengalahkan Goku dan mendakwa semula dirinya sebagai Putera Saiya yang hebat.

Daripada itu, setiap kali dia berlatih dia akan fokus pada cara latihan Goku dan tidak pada villain-villain dalam siri Dragon Ball Z.

Ini ditunjukkan melalui keputusannya untuk berlatih di dalam bilik graviti pada tahap kuasa 300x graviti sebagai tindak balas latihan Goku dalam graviti bumi 100x.

Walaupun kebanggaan Vegeta mendorongnya untuk maju ke hadapan, namun kebanggaannya sebagai Putera Saiya juga menjadi kelemahannya berbanding dengan sifat merendah diri yang dimiliki oleh Goku.

Vegeta berjaya bertukar menjadi Super Saiya dalam tempoh tiga tahun latihan yang memeritkan.

Tekanan mental dan fizikal memaksa tubuhnya bertukar menjadi Super Saiya dan menjadi Super Saiya mengakibatkan mentalitinya terjejas dengan lebih teruk.

Dia menjadi lebih sombong dan dibenci tetapi itu merupakan signifikan dalam perkembangan wataknya sebagai anti hero dalam siri Dragon Ball Z ini.

Kesombongan Vegeta bukanlah sesuatu yang aneh kerana individu seperti ini, yang selalu bekerja keras untuk berjaya akan mempunyai rasa bangga diri yang terlebih terhadap diri sendiri.

Vegeta turut menyangkal ramalan Trunks masa depan yang menyatakan Vegeta akan mati dibunuh android.

Vegeta percaya bahawa dialah manusia terkuat di alam semesta apatah lagi selepas dia berjaya membunuh Android 19, membuktikan bahawa amaran Trunks tentang kedahsyatan android selama ini hanyalah khayalan semata-mata.

Namun, sekali lagi Vegeta berasa terhina apabila Android 18 mengalahkannya dengan mudah. Sekaligus membuatkannya percaya bahawa Super Saiya tidaklah kebal.

Satu lagi contoh bahawa maruah dan kebanggaannya tercemar adalah apabila Vegeta percaya selagi dia berada di tahap yang sama dengan Goku, dia akan menjadi makhluk berkuasa dan akan mampu membunuh Goku.

Ini adalah sebab mengapa Vegeta begitu terdesak untuk menjadi Super Saiya. Dia sering melihat seseorang yang mengatasinya sebagai simbol kekalahannya.

Elemen yang menarik mengenai persaingan Vegeta dan Goku ini adalah bila Vegeta berfikir mengapa Goku tidak pernah berasa jelek mengenai seseorang yang mengatasi kekuatannya setelah melakukan banyak latihan yang keras.

Ini menonjolkan perbezaan mengenai mentaliti mereka. Yang menjadikan Goku lebih baik daripada Vegeta. Vegeta berlatih keras kerana keinginannya untuk membunuh Goku dan menjadi yang terkuat memandangkan dia tidak dapat menerima hakikat pendekar kelas bawahan lebih baik daripadanya.

Sedangkan Goku berusaha keras kerana dia sukakan cabaran dan mahu meningkatkan potensi dirinya demi kebaikan orang lain.

Ini juga menjadi sebab mengapa Goku suka apabila bertemu seseorang yang lebih kuat daripadanya kerana Goku tahu, di situ terdapat batas yang perlu ditempuhi untuk menyerlahkan lagi bakatnya.

Ini juga mencerminkan sikap mereka tentang menerima bantuan daripada orang lain. Goku dengan hati yang merendah diri tidak kisah untuk menerima bantuan daripada sesiapa dalam usaha untuk menjadi pahlawan yang terkuat.

Tapi Vegeta, mempunyai mentaliti untuk tidak mempedulikan orang lain dan berpendapat orang lain akan memperlahankan dirinya.

Ini berlaku kepada Trunks. Sepatutnya Trunks boleh mempunyai potensi yang sama hebat seperti Gohan, namun sikap Vegeta yang tidak prihatin membuatkan Trunks ketinggalan jauh berbanding Gohan.

Sementara Goku begitu sabar melayani Gohan dan memberikan tunjuk ajar dalam proses latihan mereka bersama.

Menariknya, perkara utama yang menambahkan keistimewaan watak Vegeta adalah apabila dia berputus asa untuk menjadi yang terhebat di alam semesta selepas kematian Goku (dalam saga Cell).

Ini menunjukkan bahawa Goku benar-benar menjadi teras dalam membangkitkan kebanggaan Vegeta. Goku menjadi subjek yang mentafsirkan keinginan Vegeta untuk bertarung kerana Goku yang telah mencabut kebanggaan dalam dirinya.

Vegeta tidak dapat hidup dengan hakikat bahawa dia tidak akan dapat membunuh Goku dengan tangannya sendiri dan menuntut semula maruahnya. Barangkali Vegeta akan membunuh diri jikalau dia tiada anak yang perlu dijaga.

Dialah satu-satunya Saiya yang maruahnya dirobek sebegitu teruk. Vegeta yang mendendami Frieza mungkin tidak peduli jika Frieza mati, tetapi kematian Goku amat melukakan hatinya kerana beranggapan Goku pergi bersama dengan maruahnya.

Vegeta mendapat semula peluangnya untuk mengalahkan Goku (dalam saga Majin Buu, Goku kembali ke dunia untuk masa sehari) apabila dia menyerahkan jiwanya kepada Babidi.

Walaupun sihir Babidi tidak berkesan ke atas Vegeta, kerana menurutnya, kebanggaan adalah sesuatu yang tidak boleh diambil daripada seorang Saiya. Kebanggaan yang serupa yang melindungi pemikirannya untuk berasa tertewas.

Dalam point ini, itu bukan lagi mengenai kepercayaannya untuk menjadi pahlawan yang lebih hebat daripada Goku, sebaliknya meraih semula kebanggaan yang telah ditinggalkan semasa Goku mengambilnya daripadanya.

Kerana Goku, Vegeta menjadi lelaki yang tertekan dan terpaksa mengikat hubungan dengan keluarganya. Sesuatu yang Vegeta percaya, hanya orang yang lemah saja akan melakukannya.

Tetapi selepas melakukan refleksi, dia sedar bahawa dia telah menjadi lelaki yang lebih baik berbanding sebelumnya. Dia berjaya mencapai tahap yang mengatasi kebanyakan orang Saiya dalam sejarah bangsanya.

Dia berasa bertuah kerana mempunyai Goku yang menaikkan semula maruah orang Saiya dengan mengalahkan Frieza.

Dan walaupun perkara itu menyakitkan hatinya, namun Gokulah yang membuatkan dirinya menjadi pahlawan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Dan jikalau bukan kerana Goku yang memilih untuk mati semasa arc Cell, dia tidak akan mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarganya dan mempunyai sesuatu untuk dilindunginya. Vegeta menyedarinya, dan mulai bersyukur kerana mengenali Goku.

Menjadi sebab besar mengapa dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk Goku dan juga keluarganya. Kerana Goku telah menjadi sahabat yang paling penting bagi Vegeta.

Tujuan utama Vegeta menyarankan Goku menggunakan Bebola Jiwa untuk membunuh Kid Buu adalah demi kebanggaannya.

Dia sedang mencuba untuk menaruh kebanggaan terhadap orang-orang di sekelilingnya. Ini adalah satu-satunya cara untuk meraih semula kebanggaannya dengan menyumbang kepada kekalahan Kid Buu tanpa perlu mengalahkan Goku.

Yang membuatkan Vegeta menerima hakikat bahawa dia tidak boleh menjadi lebih hebat berbanding Goku. Dia sedar dalam point ini, Goku adalah inspirasi utamanya.

Satu tahap kemurniaan yang Vegeta mengakui tidak akan mampu untuk mencapainya. Di mana inilah perbezaan di antara Goku dengan Vegeta dan mengapa Goku sentiasa menjadi “Nombor Satu” dalam hatinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Putera Raja Paling Kacak Di Dunia!

sumber: thepatriots

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Disember)

Tanggal 19 Disember merupakan hari ke 353 (hari ke 354 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 12 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Disember)
Filem Titanic.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini dalam sejarah.

Peristiwa

1154 - Selepas kemangkatan Raja Stephen, Henry II ditabalkan sebagai Raja England di Westminster Abbey London.

1843 - A Christmas Carol, sebuah novel cereka yang pendek mengenai watak Ebenezer Scrooge, diterbitkan buat pertama kali oleh Charles Dickens.

1920 - Konstantínos I kembali menjadi Raja Yunani selepas kematian anakandanya Aléxandros I dan satu plebisit.

1932 - BBC World Service mula dilancarkan, sebagai BBC Empire Service.

1972 - Program Apollo: Angkasawan Eugene Cernan, Ronald Ellwin Evans dan [[Harrison Hagan Schmitt] menaiki Apollo 17 untuk kembali ke Bumi dari Bulan. Tidak ada manusia yang pernah melawat Bulan sejak itu.

1974 - Komputer peribadi awal Altair 8800 mula dijual.

1984 - Republik Rakyat China dan United Kingdom memeterai Pengisytiharan Bersama China-British yang mengembalikan kedaulatan Hong Kong kepada China pada 1 Julai 1997.

1997 - Titanic dikeluarkan, kemudian menjadi filem pecah panggung terbaik dalam sejarah perfileman dengan meraih lebih AS$1.8 bilion.

1998 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengambil tindakan untuk mendakwa Presiden Bill Clinton kerana skandal Lewinsky.

2007 - Lee Myung-bak dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.

2011 - Korea Utara mengumumkan kematian Pemimpin Agungnya Kim Jong-il.

2012 - Park Geun-hye terpilih sebagai Presiden Korea Selatan, menjadi wanita pertama menggalas jawatan itu.

Kelahiran

1941 - Lee Myung-bak, Presiden Korea Selatan ke-17.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Disember)

sumber: wikipedia

Monday, December 18, 2017

'Aku Anak Dara Second Hand'

'Aku Anak Dara Second Hand'

COX'S BAZAR - BANGLADESH. Ini kisah aku. Bukan kisah kau. Tetapi kisah kami. Sakit. Tetapi, sakit ini bukan aku sahaja pernah rasa. Ribuan lagi senasib dengan ku. Tapi apa yang boleh aku dan kami buat?

'Aku Anak Dara Second Hand'
Gambar hiasan.

Aku? Aku hanya ada 2 pilihan. Mula mereput di rumah usang ini atau menjadi kupu-kupu malam. Mewah, sedap namun hanya sementara. Demi ibu aku tak sanggup.

Tertanya aku sendirian, masih ada lagi ke Si Uda yang mahu ambil aku, Si Dara ‘2nd hand’?

Sesekali aku lap air mata yang entah bagaimana ia tumpah ke pipi.

Tak mengapa aku anak Shunami dan arwah Husin Mahmud bersumpah akan terus jaga mak dan Abdul Halim adik bongsuku berusia 7 tahun.

27 Ogos 2017, 12 tengah malam

Rathedaung, Wilayah Rakhine, Myanmar

Pintu rumah beratap lalang kering dan buluh nyaris rebah selepas ditendang Arakan Army. Aku terbangun dari lena. Rumah kami tiada bilik. Aku, ibu dan si Abdul Halim tidur bergelimpangan.

Ibu dan Abdul Halim juga terjaga. Aku peluk erat lengan ibu takut telerai ikatan. Si Halim hanya memandang kosong ke arah empat Arakan Army yang berbau tengit. Entah berapa hari tak mandi agaknya.

Si kurus tinggi dan si hitam badang sedang-sedang berumur 20-an, yang misai dan muka tak boleh blah macam umur 30-an.

“Ini lauk kita malam ni,” kata mat misai.

“Jangan! Jangan!” rayu ibu.

Aku menggigil. Takut kalau-kalau apa diceritakan anak hilang dara di kampung Rathedaung ini berlaku pada diriku.

Tiba-tiba tangan ku disentap. Kurtisku direntap koyak bahagian dadanya. Pipiku dicengkam dengan tangan kasar, rambutku ditarik. Ibu meraung minta aku dilepaskan.

Dalam kesamaran, aku nampak si kurus cekak leher ibu, si Abdul Halim menangis dalam sendu. Kepalanya menjadi alas kaki salah seorang daripada empat jahanam itu.

Di depan mereka, aku diratah rakus. Belum sempat aku menjerit mulutku disumbat kain selimut. Aku dipukul, diramas atas dan bawah. Dan akhirnya aku tewas. Aku dirogol empat Arkan Army selama sejam.

Aku Fatimah Begum, umur 15 tahun jadi mangsa rogol empat Arakan Army dalam masa sejam bergilir-gilir. Itu faktar.

Ikut kata ibu, malam tu aku pengsan, tubuhku lebam, bibirku berdarah. Nak kencing dan berak amatlah sakit. Aku menangis dua hari. Aku trauma.

30 Ogos 2017, 2 pagi

Rathedaung, Wilayah Rakhine, Myanmar

Aku, ibu dan adik nekad meninggalkan kampung sama seperti jiran-jiran lain. Dengar cerita ada orang kampung sebelah dibakar. Ada yang dikelar lehernya. Dah ramai mati. Kami kena tinggalkan Rathedung dengan segera.

Tapi siapa yang bunuh? Junta tentera kerajaan atau Arakan Army atau sami Buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu.

Pada tarikh itu, perjalanan kami ke Bangladesh bersama ribuan orang kampung bermula. Kami meredah hutan selama 10 hari. Kami kongsi biskut kering.

Selama perjalanan itu, aku ‘puasa’ selang sehari. Aku kelaparan, terlalu lapar. Sakit yang lama belum sembuh kini diuji lagi. Sampai di Sungai Naf kami menaiki rakit. Rakit buatan berpelampungkan tong kosong. Bersesak dan hampir karam. Ditengah laut si Junta tentera merampas pendayung. Rakit kami hanyut mengikut arus.

Bila hujan kami berpelukan. Siangnya, kami lena sebagai ubat kelaparan.

Anak kecil menangis, si tua berdoa minta nyawanya diambil. Wanita sembilan bulan sudah reda jika melahirkan anak ketika itu. Ibu pula terus berdoa agar kami dipermudahkan.

Sesekali aku, mengejutkan ibu kerana takut dia terus lena tanpa jaga sampi bila-bila.

31 Ogos 2017

Shah Parir Dip, Teknaf, Bangladesh

Perjalanan mengambil masa dua hari sebelum tiba di Shah Parir Dip. Bau muntah, kahak, najis sudah serasi.

Akhirnya kami sampai ke Shah Parir Dip! Aku memijak bumi Bangladesh dengan selamat. Ini satu kemenangan dan kebebasan buatku, ibu dan Halim.

Halim berebut makanan dari orang luar. Mungkin dari Malaysia. Ibu pula sudah terlantar sakit dek kerana kelaparan. Aku mendukung ibu. Ketika aku sedang berjalan, aku disapa jantan dari Malaysia. Dia menyuapkan roti dan air ke bibirku dan mulut ibu.

Matanya ku renung lemah. Matanya bergenangan melihat kepenatan dan kelaparan kami yang tidak makan hampir 5 hari.

1hb September 2017

Kem Transit Pelarian, Teknaf, Bangladesh

Kami segerombolan berbondong-bondong naik lori ke kawasan transit untuk dapat status pelarian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Aku, ibu, Halim kemudiannya dikalungkan rantai. Bukan rantai emas tetapi rantai keramat iaitu kad pengenalan bagi memudahkan kami bergerak.

Ketika itu juga, air mata kami bertiga gugur! Kami berpelukan. Indah! bebas! Ku lupakan episod hitam. Aku berazam untuk bangkit dan ubah hidup kami sekeluarga.

3hb September, 2017

Kem Pelarian Balukhali, Cox’s Bazar, Ukhiya, Bangladesh

Jam 6 pagi, kami sekali lagi menaiki lori dan aku pasang angan-angan. Diam tak diam, kami sudah dua jam dalam perjalanan ke Kem Pelarian Balukhali.

Di kem ini ada ratusan bukit. Bukit yang mana akan jadi rumahku? Kami sekali lagi berkumpul di Bukit Balukhali 2. Kami beratur untuk mendapatkan kupon makanan dari tentera Bangladesh untuk ditebus keesokkannya.

Sekarang ini, apa yang lebih penting ialah rumah kami. Langkahku bagaikan ditentukan Allah SWT apabila Asean Village milik NGO dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menghalalkan kedatangan kami.

Kini, kami bertiga dah ada rumah. Syukur. Dara yang hilang takkan kembali. Aku masih trauma, hanya sesekali sahaja aku buka jendela. Menjelang malam aku takut.

Catatanku,
Fatimah Begum, Pelarian
Balukhali, Cox’s Bazar, Bangladesh.

Info: Pihak yang sedang membunuh, mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya termasuk Rathedung, ialah Junta tentera kerajaan, Arakan Army iaitu sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami Buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Misteri Ribut Greg Keningau 1996

Misteri Ribut Greg Keningau 1996

Lapan tahun sebelum tragedi tsunami yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004, negara pernah dikejutkan dengan satu malapetaka besar. Berkongsi tarikh sama iaitu 26 Disember, ia berlaku pada tahun 1996.

Ribut Greg Keningau

Dalam kejadian itu, beberapa daerah di Sabah dilanda bencana ribut tropika Greg mengorbankan lebih 200 nyawa. Seramai 100 orang lagi tidak ditemui. Kerugian mencecah RM150 juta.

Antara daerah terjejas ialah Keningau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar. Sebahagian mangsa terkorban dalam banjir dan terperangkap di dalam lumpur yang tebal.

Di kalangan penduduk Keningau yang paling teruk terjejas, tragedi itu masih menjadi tanda tanya. Bencana itu berlaku kira-kira empat jam sahaja dari pukul 5 pagi dan air surut sepenuhnya 9 pagi.

Beberapa hari sebelum kejadian, tiada petanda awal namun hujan lebat menyebabkan air bertakung di puncak Bukit Kimanis yang menjadi latar perkampungan mereka di Kampung Agudon, Kampung Masak, Kampung Contoh, penempatan Tator (Tana Toraja, Indonesia), Kampung Masjid dan Kampung Limbawan.

Malangnya, penduduk tidak tahu tentang kewujudan takungan air itu.

Malah, Sungai Pampang yang mengalir dari bukit itu dan melalui perkampungan mereka juga sempit seperti parit kecil dan cetek. Dalamnya tidak sampai satu meter.

Gambaran penduduk mengenai tragedi itu amat dramatik. Ia seperti air ditakung penuh dalam baldi besar, sebelum dicurah kesemuanya sekaligus!

Pada peringkat awal, air naik mengejut dan surut secara tiba-tiba, sebelum datang arus deras kali kedua bersama batu besar dan kayu balak.

Ia tidak memusnahkan rumah mereka serta-merta, sebaliknya hanyut sebuah-sebuah seperti bahtera besar belayar, sehinggalah sampai ke Jambatan Sungai Pampang iaitu pemisah antara Kampung Masjid dan Limbawan.

Pada masa inilah berlaku perkara pelik. Rumah-rumah yang dihanyutkan itu tidak melepasi jambatan dan jalan yang ditenggelami air.

Sebaliknya ia disedut ke arah bawah jambatan, kemudian dikisar sehingga hancur sebelum memuntahkan serpihan rumah, mangsa, batu dan balak bersama arus deras ke arah Kampung Limbawan. [U]

Operasi Menyelamat

Keadaan kampung-kampung di Keningau, Sabah yang terjejas akibat ribut yang melanda kira-kira pukul 2 pagi hingga 6 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang lena diulit mimpi itu amat mengejutkan.

Usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa memang sukar ekoran jambatan yang menghubungkan kawasan itu dengan laluan utama roboh dihanyutkan arus deras.

Operasi menyelamat dijalankan selama lebih dua minggu sebelum dihentikan pada 12 Januari 1997 dengan angka korban dicatatkan melebihi 200 orang, manakala 102 lagi diklasifikasikan hilang sehingga kini.

Ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat, pasukannya tidak menemui mangsa yang masih hidup tetapi hanya jasad tidak bernyawa.

Pasukan lain juga hanya menemui mayat-mayat mangsa di sepanjang tebing sungai di sekitar kawasan berkenaan selepas dihanyutkan arus deras.

Keadaan kawasan perkampungan yang dilanda ribut yang dahsyat itu amat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Boleh dikatakan semua yang pernah ada di tanah tersebut dihanyutkan arus ke kawasan sungai dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok tumbang dan tapak rumah. [U]

Misteri Ribut Greg

Misteri Ribut Greg Keningau 1996
Sungai Pampang.

Melihat keadaannya hari ini dengan air jernih mengalir perlahan di celah-celah batu, sukar dipercayai ia pernah meragut kira-kira 300 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam akibat limpahan air dan arus deras.

Tragedi hitam awal pagi pada 26 Disember 1996 itu tidak sempat dielak penghuni rumah berhampiran tebing Sungai Pampang, dengan kebanyakan mereka masih tidur. Tiada siapa yang dapat menduga, rumah yang dianggap kukuh, hanyut sekelip mata.

Hari ini, hanya saiz yang membezakan keadaan Sungai Pampang, dengan lebar 10 meter hingga 20 meter berbanding hanya satu meter hingga lima meter sebelum Ribut Tropika Greg.

Tiada lagi penempatan di tebing sungai itu, kecuali beberapa rumah atau pondok dibina pekebun yang mengusahakan kebun sayur di kawasan rizab sungai.

Semak-samun dengan rumput panjang dan rumpun buluh memenuhi tebing Sungai Pampang, selain sampah-sarap dan sisa kumbahan di bahagian hilirnya.

Hanya jambatan Sungai Pampang berhampiran Kampung Limbawan, yang menghubungkan pekan ini dengan Tenom tidak terjejas dan masih kukuh hingga hari ini.

Paras Sungai Pampang ketika tragedi itu dianggarkan lebih empat meter kerana hampir menenggelamkan rumah dua tingkat sebelum ia dihanyutkan arus.

Sebelum Ribut Tropika Greg melanda, Sungai Pampang hanyalah sebuah anak sungai dan tiada siapa menyangka ia boleh membawa aliran air yang amat deras dan menghanyutkan rumah serta apa saja berhampiran tebing sungai.

Ketika itu, kebanyakan penduduk tempatan yang mendirikan rumah berhampiran Sungai Pampang tiada di rumah kerana balik kampung merayakan Krismas dan yang tinggal ketika itu hanyalah warga Indonesia yang bekerja di sini.

Persoalan dari mana air yang terlalu banyak hingga melimpahi tebing Sungai Pampang, seperti ditimpa empangan pecah, masih menjadi misteri.

Orang Tua Misteri

Ada cerita tersebar ketika itu, kononnya beberapa hari sebelum kejadian, ada orang tua datang ke sebuah rumah berhampiran Sungai Pampang yang sedang mengadakan keramaian untuk meminta air, namun penghuninya tidak mengendahkannya, malah mengejeknya pula.

Orang tua itu kemudian menjawab akan memberikan air yang banyak jika benar penghuni di rumah itu tiada air maka, terjadilah limpahan air yang sangat banyak di Sungai Pampang hingga menyebabkan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa.

Berdasarkan pemantauan di hulu Sungai Pampang di Banjaran Crocker selepas kejadian, ada kesan takungan air di tanah tinggi itu akibat hujan berterusan berikutan pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan, kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg.

Hujan berterusan beberapa hari sebelum kejadian menyebabkan jumlah air bertakung di kawasan terbabit bertambah sebelum `pecah' dan melimpahi Sungai Pampang pada 26 Disember 1996 dan surut kira-kira empat jam kemudian.

Banyak nyawa terkorban dalam tragedi ini dan ratusan penduduk juga dikatakan masih tidak ditemui sehingga kini. Penduduk percaya, perkampungan yang terbabit juga menjadi kubur yang tidak bertanda. [BH]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Khasiat Badam Menghalang Osteoporosis Dan Risiko Pelbagai Penyakit

Khasiat Badam Menghalang Osteoporosis Dan Risiko Pelbagai Penyakit

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Khasiat Badam Menghalang Osteoporosis

Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Badam untuk Wanita Hamil

AlmondnutsKandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Pelbagai Penyakit

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyuk (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’.

Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini.

Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Pelbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat.

Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semoga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ilham4u

20 Cara Terbaik Penjagaan Tenaga Batin Lelaki

20 Cara Terbaik Penjagaan Tenaga Batin Lelaki

Pelbagai petua dan pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua terdahulu bagaimana untuk menjaga kesihatan tenaga batin lelaki. Hanya dari sikap seorang lelaki sahaja sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.

22 Cara Terbaik Penjagaan Tenaga Batin Lelaki
Gambar hiasan.

Dalam penjagaan kesihatan lelaki, terutama tenaga batin, masih terdapat segelintir lelaki yang tidak mengambil berat dan memandang remeh perkara ini.

Mungkin ramai lelaki yang tidak mengetahui bahawa tabiat biasa seperti dibawah ini yang sering dilakukan memberi kesan terhadap keupayaan seksual mereka:

1. Air sejuk

Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas!

Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

2. Minum air selepas makan

Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

3. Menghembus nafas pada minuman

Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

4. Nasi sejuk

Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

5. Makan bersulam air

Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

6. Minum air ketika berpeluh

Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

7. Kepak ayam

Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar

8. Kurangkan jimak

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

9. Buang air kecil

Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

10. Isteri datang bulan

Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

11. Pisang embun

Kurangkan dari memakan pisang Embun.

12. Melancap

Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

13. Kuah berlinang

Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

14. Seks dalam air

Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

15. Rehat selepas seks

Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.

16. Jaga pinggang

Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

17. Zakar terendam

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

18. Tindih zakar

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran.
19. Minum malam

Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

20. Bunga lalang

Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kitablelaki