Friday, August 05, 2016

Muhammad Hakim, Warga Malaysia Viral Selepas Berkahwin Dengan Artis Popular Thailand!

Muhammad Hakim, Warga Malaysia Viral Selepas Berkahwin Dengan Artis Popular Thailand!

Muhammad Hakim Azhar, lelaki warga Malaysia tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [4]

Semuanya selepas kisahnya berjaya menambat hati sekaligus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.

Dia pada mulanya hanya meminta untuk bergambar bersama apabila melihat wanita cantik dari Thailand ketika menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu, ketika itu Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya, 39, atau nama Islamnya Aisya bersama rakan yang turut menyertai pertandingan itu mewakili Thailand.

Sudah jodohnya, wanita itu yang sebenarnya pelakon popular Thailand menjadi isterinya apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.

“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida

“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.

“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.

Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [2]

"Keluarga angkat saya Datuk Abdul Fatah yang banyak membantu dalam pengurusan perkahwinan saya yang mempunyai pertalian saudara dengan kerabat Perlis," katanya.

Mengenai perbezaan usia 14 tahun dengan isterinya, ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, Muhammad Hakim berkata semua itu tiada masalah kerana mereka berkomunikasi dengan baik dalam semua perkara.

"Perbezaan usia tiada masalah bagi kami sebab tiada rasa jurang usia dan kami berkomunikasi dengan baik dalam semua benda.

"Anak-anak juga boleh menerima saya dengan baik kerana saya boleh melayan kerenah budak kecil. Mungkin juga mereka perlukan perhatian daripada seorang ayah.

"Dari segi budaya dan adat perkahwinan juga ada persamaan seperti merenjis dan saling berbalas hantaran. Cara hidupnya, saya dan keluarga boleh terima dengan hati terbuka selagi tidak lari daripada ajaran Islam.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [3]

"Memandangkan saya baru berpindah ke Bangkok sejak tiga minggu lalu, saya masih belajar mengenai budaya Thai," katanya yang tidak menghalang isterinya meneruskan karier lakonan.

Dia juga akan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok.

Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.

BACA INI JUGA: Tips Untuk Membezakan Wanita Korea atau Jepun

Sumber: Hmetro

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling besar di sisi Allah SWT, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Kerana diantara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab untuk berdoa.

Hari Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dan sebaik-baiknya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah SWT.

Mengenai keutamaan hari Jumaat ada disebutkan di dalam sebuah hadis dimana Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik hari yang pada saat itu terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula dia dikeluarkan dari syurga dan tidak akan terjadi kiamat kecuali pada hari Jumaat." HR Ahmad, Muslim dan At-Tirmizi

Pada malam Jumaat, kita digalakkan untuk melakukan banyak amal ibadat dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Antaranya ialah membaca Al-Qur'an, qiamullail, memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Namun demikian, janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.

Galakan Malam Jumaat

Bagi pasangan suami isteri, malam Jumaat dianggap malam keramat dan malam yang sering dinanti-nantikan.

Ini adalah disebabkan adanya anjuran supaya melakukan hubungan suami isteri pada malam tersebut ada dinyatakan dalam sebuah hadis.

"Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Jumaat kemudian dia pun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkenderaan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyuk tanpa senda gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya." HR At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad

Namun perlu diingat, Islam tidak menetapkan hari dan waktu yang khusus untuk melakukan jimak.

Suami boleh mendatangi isterinya pada bila-bila masa yang dikehendakinya kecuali waktu yang diharamkan iaitu, sewaktu berihram dan sewaktu isteri di datangi haid.

Adapun pandangan yang mengatakan 'sunat dilakukan pada malam Jumaat' hanyalah berdasarkan keluasan masa rehat dan kelebihan yang ada pada hari keesokkannya (Jumaat).

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Salah Faham Cuma ‘Main’ Pada Malam Jumaat

-SENTIASAPANAS.COM

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Samsung akhirnya secara rasmi memperkenalkan Samsung Galaxy Note 7, phablet terhebat masa kini setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi Galaxy Note, dan kini sudahpun sampai ke generasi ketujuhnya.

Samsung Galaxy Note 7

Seperti yang dikhabarkan, Samsung Galaxy Note 7 mempunyai sensor Iris dalam kalangan 11 sensor yang dimasukkan Samsung pada papan induknya.

Pengimbas Iris yang didatangkan bersama peranti ini tidak mengecewakan. Ia mampu mengimbas mata anda walaupun berada dalam keadaan gelap dengan bantuan cahaya inframerah yang dipancarkan terus ke mata anda.

Seperti yang dijangka, paparannya memang akan memuaskan penagih kandungan multimedia. Paparan QHD Super AMOLED sebesar 5.7 inci akan memberikan citra yang menakjubkan untuk penggunanya.

Jika Galaxy Note Edge memiliki paparan lengkung pada satu bahagiannya sahaja, Samsung Galaxy Note 7 memiliki pada kedua-dua bahagiannya seperti Galaxy S7 edge.

Jika kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf “T”, kekuatan Galaxy Note terletak pada “S Pen”. Apalah Note tanpa pena? S Pen pada Samsung Galaxy Note 7 juga menerima penambahbaikkan ketara.

Bukan sahaja ia kalis air dengan piawaian IP68 seperti perumahnya, input yang diberikan juga lebih berkesan dan jitu.

Fungsi Air Commnad pula telah diperlbagaikan. Misalnya, “Glance” membolehkan pengguna melihat paparan mini aplikasi yang sedang berjalan pada latar, “Magnify” pula akan memperbesar bahagian yang ditunjuk mengguna S Pen seperti kata pembesar.

Jika ingin menterjemah sesuatu ayat daripada bahasa lain, lukiskan rantau disekeliling ayat tersebut dan ia akan terus diterjemah.

Peranti demi peranti, Samsung terus melapiskan seni bina premium pada Galaxy Note7 pada setiap lekuk dan permukaan yang ada pada badannya. Ia memastikan cengkaman sempurna dalam tangan pengguna.

Sebanyak tiga warna Galaxy Note7 ditawarkan iaitu emas, perak, dan hitam. Mungkin warna merah jambu akan diperkenalkan kemudian bagi menyerlahkan ciri feminin pada wanita.

Tujuh sebab mengapa anda perlu pertimbangkan untuk beralih kepada Samsung Note 7:
  1. Skrin dwi-lengkung pertama dalam siri Galaxy Note dan menggunakan Corning Gorilla Glass 5, pertama dalam mana-mana peranti Samsung.
  2. Hanya ada satu varian iaitu 64GB storan dalaman, tidak perlu ragu-ragu memilih.
  3. Kembalinya slot mikro-SD yang mampu tampung kad sebesar 256GB
  4. Pengimbas Iris yang pertama dalam peranti Samsung
  5. Kalis air pada piawaian IP68 termasuklah pada S Pen
  6. Fungsi S Pen yang dipertingkat
  7. Bateri gergasi, 3500mAh, yang boleh dicas penuh dalam masa hanya 100 minit.

Spesifkasi Samsung Galaxy Note 7

Samsung Galaxy Note 7 [2]

Samsung Galaxy Note 7 sememangnya peranti terhebat dalam pasaran kini. Ia memperbaiki kelemahan di dalam Galaxy Note 5, dan memperguna kehebatan yang ada di dalam Galaxy S7 edge.

mikroSD

Samsung Galaxy Note 7 yang baru ini mengembalikan semula slot kad mikroSD yang hilang semasa Galaxy Note5. Ia juga ditambah fungsi kalis air yang menepati piawaian IP68, walaupun semasa S-Pen ditarik keluar dari slotnya.

Skrin

Skrin Samsung Galaxy Note 7 masih kekal sebesar 5.7-inci dengan resolusi Quad HD, tetapi ia kini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5, generasi kelima yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

Kaca ini dikatakan mampu menahan jatuh dari setinggi 1.6 meter, 80% sepanjang masa.

Cpu/RAM

Kuasa dalamannya sama seperti Galaxy S7 edge, menggunakan CPU Exynos 8890 8-teras bersama 4GB RAM LPDDR4.

Sekeping pemproses Exynos 8890 lapan teras digunakan untuk mendukung segala kerja berat yang dihumbankan pengguna padanya.

Ia dibantu oleh RAM sebesar 4GB dan ruang penyimpanan seluas 64GB, lebih besar berbanding Note5. Jika tidak mencukupi, korbankan saja satu slot sim untuk memasukkan kad mikro-SD sebesar 256GB.

Storan

Mungkin ada yang kecewa kerana RAM bukan 6GB, tetapi Samsung memberi storan dalaman lebih besar 64GB.

Storan lebih besar macam lebih berguna dari RAM lebih besar. Kenapa tak jadikan keduanya lebih besar Samsung?

Untuk S-Pen, ia kini ditambah 4 fungsi baru iaitu Glance, kanta pembesar, penterjemahan teks dan gambar serta mencipta animasi GIF.

Kamera

Kamera Samsung Galaxy Note 7 adalah yang terbaik, kerana ia menggunakan modul yang sama seperti Galaxy S7 edge.

Kamera belakang dilengkapi sensor dwi-piksel 12MP f/1.7, dan kamera depan pula 5MP f/1.7.

Pada bahagian optikal, ia mewarisi kamera yang sama daripada Samsung Galaxy S7.

Hal ini bermakna, pengguna akan menerima kamera terbaik dalam pasaran telefon pintar hari ini dan menerima perakuan DxOMark selaku kemara telefon paling baik setakat ini.

Sensor sebesar 12MP beserta teknologi Dual Pixel beserta OIS dan apertur F1.7 adalah ciri-ciri kamera belakangnya manakala kamera hadapannya pula sekuasa 5MP, juga dengan apertur F1.7.

Bateri

Bateri Galaxy Note7 lebih besar, dengan kapasiti 3,500mAh. Kali ini, Samsung menggunakan sambungan USB jenis-C untuk pengecasan, yang boleh mengecas penuh 100% dalam masa 100 minit. Ia juga menyokong pengecasan wayarles pantas.

Peranti ini dikuaskan oleh bateri sebesar 3,500mAh. Untuk mengisi ruang tenaga yang besar, Samsung memberikan fungsi pengecasan pantas padanya.

Tenaga boleh diisi daripada kosong ke penuh dalam masa 100 minit sahaja.

USB Type-C yang ada pada Note kali ini adalah yang pertama dalam kalangan peranti Samsung.

Lebih menarik, ia juga boleh dicas secara wayarles dan menyokong piawaian pengecasan daripada WPC dan PMA.

Tempahan Dan Harga Samsung Galaxy Note 7

Salah satu laman e-dagang terkemuka Malaysia, 11street mulai 3 Ogos, telah membuka tempahan Samsung Note 7, jauh mendahului tarikh 8 Ogos yang ditetapkan Samsung Malaysia.

Harga jualan Samsung Galaxy Note 7, RM3,199 sahaja termasuk GST.

Malah, 11street menawarkan hadiah misteri untuk 100 tempahan pertama. Apa agaknya hadiah misteri ni. Tetapi tarikh penghantaran ditetapkan pada 19 Ogos.

Bolehlah lawati laman 11Street Malaysia dan membuat tempahan Galaxy Note7 di sana.

BACA INI JUGA: Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Sumber: Theskop

Thursday, August 04, 2016

Dompet Isteri PM Singapura Hanya Berharga RM45 Semasa Lawatan Ke White House!

Dompet Isteri PM Singapura Hanya Berharga RM45 Semasa Lawatan Ke White House!

Isteri perdana menteri Singapura dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House menerima pujian ramai.

Puan Lee

Dompet yang dikepit isteri Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.

Di bawah program tersebut, pelajar boleh menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.

Puan Lee [2]

Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.

“Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi,” kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.

Puan Lee [3]

Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik lapor FMT.

BACA INI JUGA: 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014

Misteri Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air!

Misteri Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air!

Sebut sahaja gerangan empunya nama Freddy Budiman, pastinya warga Indonesia mengenalinya.

Freddy Budiman Raja Dadah Indonesia

Berita hukuman mati ‘Raja Dadah’ yang telah pun dilaksanakan pada 29 Julai lalu turut mendapat perhatian ramai.

Jenazah allahyarham juga telah pun dibawa ke Surabaya, wilayah Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Apa yang mengejutkan ramai, liang lahad yang sepatutnya menjadi tempat istirahat terakhir Freddy dilaporkan terus mengelurkan air.

Lubang kubur yang berukuran kira-kira sepanjang 2.5 meter, lebar 1.5 meter, dan setinggi 2 meter itu dikatakan mengeluarkan air setinggi 20 hingga 30 sentimeter.

Dek kerana itu juga, petugas yang menguruskan pengebumian itu terpaksa sibuk mengeluarkan air yang berada dalam liang lahad tersebut.

Freddy Budiman Raja Dadah Indonesia [2]

Menurut portal merdeka.com, seorang petugas tanah pekuburan yang dikenali sebagai Sudimun memjelaskan, keadaan tanah perkuburan itu lembab ekoran beberapa hari hujan lebat di kawasan itu.

“Ya kalau hujan tanah di sini (makam) jadi lembab dan waktu digali mesti keluar air. Makanya, kita tadi mengurusnya saat jenazah dimasukkan dalam makam,” terang Sadimun.

Difahamkan, sepanjang berada di dalam penjara, Freddy banyak mempelajari ajaran Islam sehingga mengambil keputusan memeluk Islam. Dia juga dikatakan sangat rajin mengaji.

Siapa tau mungkin ini balasan untuknya di dunia?

BACA INI JUGA: Misteri Manusia Diburu Petir Hingga Ke Kubur Sekalipun!

Sumber: mynewshub

Wednesday, August 03, 2016

Cerpen: Lari! Demi Nyawamu!

Cerpen: Lari! Demi Nyawamu!

Patung perempuan tembaga yang diukir separuh itu dikatakan berpuaka. Salah langkah boleh mengundang maut kepada pemiliknya. Kononnya usia patung itu sudah menjangkau 100 tahun.

Dikejar hantu patung antik
Gambar hiasan.

John tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Baginya, patung itu sama sahaja seperti patung-patung lain koleksi bapanya.

Ketika bapanya membawa pulang patung itu yang dibeli dari sebuah acara lelongan harta, John memandang penuh minat. Bapanya tidak akan membeli sembarangan patung sekiranya tiada nilai.

Bahkan, bapanya tentu tidak percaya kepada cerita-cerita karut itu dan sebab itulah dia sanggup membelinya dengan harga mahal.

Bagi bapanya, walaupun patung itu dalam bentuk material tembaga tetapi ukirannya sangat halus dan teliti. Berada dalam posisi sedang membelai rambut sendiri yang berjuntaian di dada.

Sekali pandang macam manusia sebenar. Tinggal lagi badannya cuma separuh, diletakkan diatas tiang bulat berukir.

Namun, cerita-cerita yang beredar dikalangan rakan-rakan kolejnya membuatkan John mula musykil.

"Aku dengar dari nenek aku, patung tu berhantu! Kalau kau pandang lama-lama, silap-silap mata patung bergerak dan pandang kau balik.

"Kalau kau tak percaya, cuba kau tenung patung tu.." salah seorang rakan John mencabar setelah tahu bapa John tegar membeli patung berpuaka itu.

"Kau nak bertaruh dengan aku apa? Takkan kosong je?" cabar John kembali. Setiap cabaran haruslah ada habuan.

"100 ringgit! Amacam? Sanggup? Tapi aku takut kau dah tak datang kolej esok, sebab kena pangkah dengan patung tu! Hahahaha!"

Ejekan dan cabaran tersebut menguatkan lagi semangat John untuk mencuba.

Kalau tak terjadi apa-apa kepadanya, memang terbukti cerita-cerita yang beredar dari mulut ke mulut itu tidak ubah hanya sekadar urband legend yang tidak sahih!

Pulang dari kolej, John curi-curi masuk ke bilik galeri bapanya. Bapanya paling pantang sekiranya ada yang masuk ke dalam galeri itu tanpa kebenaran kerana ia hanya bagi tatapan tetamu, sebagai alat bermegah-megah dengan koleksi yang dia ada.

Patung perempuan itu berada ditengah ruang. Tanpa sedikit pun rasa ragu, John John mendekati patung tersebut. Dia mencari mata patung itu lalu merenungnya dalam-dalam.

Sedetik.. dua deik.. tiga detik.. hinga berpuluh detik, tiada apa-apa yang berlaku.

Beberapa kali mencuba, patung itu tetap tidak menunjukkan sebarang perubahan. Sudahnya mata John yang kepenatan. Dia kembali menegakkan tubuh sambil mengeluh kesal.

"Bodoh betul aku ni! Yang aku percaya sangat dengan cakap diorang kenapa? Dah sah-sah patung ni cuma patung, mana boleh bergerak! Cis! Bodoh betul!" John memaki diri sendiri lalu segera berpaling.

Saat dia berpaling itu, tanpa disedarinya, tiba-tiba sahaja kepala patung itu berpusing.

Bola matanya bergerak perlahan-lahan sambil merenung tajam ke arah John yang sedang berjalan keluar dari galeri.

Esoknya, John membuktikan kepada rakan-rakannya dia masih hidup dan bernyawa. Wang taruhan 100 ringgit menjadi miliknya.

Tetapi beberapa orang rakannya masih tidak berpuas hati.

"Aku tak percayalah! Jangan-jangan kau tipu! Kau tak renung pun mata patung tu kan!"

"Eh! Jangan main tuduh-tuduh! Aku memang renung mata patung tu sampai biji mata aku rasa nak terkeluar, tapi tak ada apa-apa pun yang berlaku. Rasa bodoh ada la!"

"Bohong!"

John benar-benar bengang dituduh berbohong. Dia merasakan perlu berbuat sesuatu bagi membuktikan kebenaran kata-katanya.

"Laa.. patung tu memang tak ada apa-apa! Karut semua cerita yang korang dengar tu. Kalau tak percaya, datang rumah aku dan tengok sendiri! Kali ni aku cabar korang pulak! 200 ringgit!"

Mendengar nilai 200 ringgit yang ditawarkan oleh John, mata masing-masing mulai membulat dengan sinar 'duit' terbayang dimata. Cepat saja mereka bersetuju dengan canaran John.

Ketiadaan bapa John yang ke luar negeri memudahkan lagi aktiviti John dan rakan-rakannya. Mereka menyusup masuk ke dalam galeri.

Mulut masing-masing melopong apabila melihat koleksi patung-patung yang ada di dalamnya.

Apabila mereka melihat patung perempuan yang dimaksudkan, bukaan mulut mereka semakin melebar.

"Wah..macam orang betul-betul!"

"Pergh.. dada dia!"

"Sumpah, kalau dia ni manusia, mahu aku mengorat dia!"

John tergelak mendengar komen-komen mengarut rakan-rakannya itu.

"Ha..korang tengoklah patung perempuan tu puas-puas. Kejap lagi aku datang balik bawa makanan dan minuman.." John berkata sebelum meninggalkan tiga orang rakannya itu mengelilingi patung perempuan tersebut dengan rasa kagum.

Di dapur, John mengeluarkan semua makanan dan minuman yang enak-enak dari simpanan. Semua makanan dan minuman itu ditatangnya dengan dulang besar.

Ketika menghampiri galeri, John berasa hairan kerana tidak mendengar apa-apa suara. John masih tidak mengesyaki apa-apa.

"Hey, korang buat apa kat dalam tu? Kenapa senyap je? Takkan dah kena sumpah kot?" John berkelakar, namun suasana masih sepi. John mula pelik.

"Hei, bukalah pintu ni! Janganlah main-main! Aku tak bagi makan kang!"

Namun, tiada siapa pun yang menyahut. John semakin hairan.

"Haih! Takkan asyik benar tatap patung sampai tak dengar aku panggil? Hoi korang!"

Apabila masih tiada sahutan, John meletakkan dulang dilantai. Dia membuka pintu tetapi belum sempat mulutnya mengeluarkan suara, John terpana melihat rakan-rakannya bergelimpangan diatas lantai dengan mata masing-masing romping, berdarah! Patung itu pula lagi ditengah ruang.

"Mustahil! Hei! Apa dah jadi dengan korang ni? Mana patung tu?" teriak John ingin mendapatkan Peter yang paling hampir dengannya.

"Lari John! Selamatkan diri kau!" Peter mengerang.

Tidak sempat bertanya lanjut, tiba-tiba John merasakan ada tangan memegang kakinya.

Dia melihat ke bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat patung perempuan itu kini hidup dalam keadaan separuh badannya tembaga. Hanya tiang bulat yang bercantum dipinggangnya sahaja yang keras.

Dikejar hantu patung antik [2]
Gambar hiasan.

John berteriak ketakutan. Akibat pegangan kuat itu, John jatuh terduduk diatas lantai.

"Jangan pandang matanya.. lari John! Lari selamatkan nyawa kau!" Peter masih berusaha berkata-kata.

Patung itu tiba-tiba menoleh ke arah Peter. Kepalanya terangkat tinggi dari lantai. Dihantukkan kepalanya ke kepala Peter! Darah terpercik akibat retakan yang terhasil pada kepala Peter.

Tangan patung itu mencengkam kaki John pula. Apabila patung itu menoleh ke arahnya, John segera memejamkan mata sambil tangannya berusaha meleraikan pegangan patung itu pada kakinya.

Tiba-tiba John merasakan kesakitan yang amat sangat pada pergelangan tangannya. Akhirnya dia terpaksa membuka mata.

"Arghhhh!" John berteriak kesakitan kerana patung itu kini sedang membaham tangannya. John menggelupar.

Dia menarik tangannya sekuat hati. Tuss! Bercerai tangan dari pergelangannya. John meraung kesakitan sambil memegang tangannya yang sudah putus itu.

Menyedari itulah peluangnya menyelamatkan diri, John berusaha bangun. Dia berlari sekuat hati dengan tenaga yang masih ada.

Patung itu mengejar John dalam keadaan menyeret badannya dilantai. Bunyi tembaga bergesel, mengilukan gigi.

John terus berlari dan berlari sehingga akhirnya dia menemui orang ramai. Dia rebah tidak berdaya.

Orang ramai mula memberikan bantuan kepadanya. Dan apabila John menoleh ke belakang, patung tadi tidak lagi kelihatan.

Apabila ditanya, tiada siapa yang mengaku ada melihat patung itu mengejar John.

Dan hanya setelah beberapa tahun kemudian, patung itu muncul semula disebuah tempat, lelongan harta...!

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Penunggu Rumah Pusaka

-SENTIASAPANAS.COM

Jourdan Toh, Jaguh Matematik Yang Di Gelar 'Manusia Kalkulator' Dari Malaysia!

Jourdan Toh, Jaguh Matematik Yang Di Gelar 'Manusia Kalkulator' Dari Malaysia!

Kira dengan pantas! Hanya menggunakan kuasa minda, tanpa bantuan kalkulator atau pen, apakah jawapan kepada 7098 x 879?

Jourdan Toh

Jaguh Matematik, Jourdan Toh dapat memberikan jawapan yang tepat dengan pantas, sebaik sahaja anda siap memberikan soalan! Jawapannya, 6,239,142!

Pelajar berkaca mata berusia 17 tahun ini adalah juara Pertandingan Matematik, Abakus dan Mental Arithmetic, Piala World City tahun 2015, sebuah pertandingan yang didominasi olehnya sejak berusia lapan tahun.

Pada Ahad (31/7/2016) yang lalu, beliau sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan edisi tahun ini bersama 700 ahli matematik muda terbaik dari lapan negara.

Mereka diberi 100 soalan matematik yang perlu diselesaikan dengan penaakulan minda atau menggunakan sempoa dalam masa di bawah tiga minit.

Bagi pelajar Sekolah Tinggi Han Chiang ini, semua jawapan akan terus berada di kepalanya, sepantas matanya membaca soalan-soalan yang diberikan.

Katanya, satu-satunya perkara yang membuatkan beliau lambat adalah masa yang diambil oleh tangannya untuk menulis jawapan.

"Apabila saya melihat soalan, saya sudah tahu jawapannya. Saya hanya perlu menulis dengan cepat.

"Bagi saya, pertandingan ini lebih kepada pertandingan menulis. Kawan-kawan saya biasanya akan berlumba dengan saya menggunakan kalkulator mereka.

"Mereka memanggil saya 'manusia kalkulator'," kata Toh.

Pada tahun 2007, Toh mendapat skor penuh dalam pertandingan Mental Arithmetic kebangsaan dan kemudiannya memenangi kejohanan di bawah kategorinya di Tokyo, Jepun.

Beliau turut mewakili Malaysia di San Francisco pada tahun 2008, di Taiwan pada tahun 2011 dan 2014, di Jepun pada tahun yang sama dan di Los Angeles pada tahun lalu.

Minatnya dalam bidang matematik bermula seawal usia tiga tahun apabila beliau menghadiri kelas tuisyen di Pulau Pinang di mana beliau telah diajar tentang pengiraan abakus. Selepas itu, beliau mula 'ketagih' dalam bidang ini.

"Setiap hari, saya akan menjawab soalan-soalan untuk dua hingga tiga jam. Saya boleh menghabiskan dakwat dua batang pen setiap hari untuk mencari jawapan," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Toh berkata beliau menjadikan matematik sebagai 'pembunuh tekanan'.

"Saya menyelesaikan soalan dalam 30 keping kertas dalam masa satu jam. Saya menonton YouTube semasa melakukannya. Dan kemudian semua tekanan hilang," katanya.

Toh memegang jawatan ketua pengawas sekolah dan bermain skuasy dan bola keranjang. Beliau berharap untuk meneruskan kerjaya dalam bidang statistik gunaan atau sains aktuari.

Pertandingan Piala World City pada Ahad telah diadakan di Wisma MCA dan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Anak Boleh Diasuh Menjadi Seorang Genius?

Sumber: mStar

Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

Lelaki separuh abad berkaca mata itu tersenyum, lantas mengeluarkan beberapa bungkusan plastik dari dalam beg sandangnya. Bungkusan berisi gugusan daun hijau itu diberi kepada Mastika.

Herba Rerama

Daun itu kecil saja saiznya. Agak ganjil bentuk daun itu. la mempunyai dua kelopak di kiri kanan seperti rama-rama. Ini kali pertama Mastika lihat daun seperti ini.

Lantas, soalan pertama diajukan kepada lelaki bernama Khamarul Rezan Lim Abdullah itu, daun apakah ini?

“Saya sendiri tidak tau nama yang tepat untuk daun ini. Ada orang panggil ‘daun rerama’!” beritahunya.

Pernah Khamarul bawa daun ini untuk kajian makmal bagi mengenal pasti jenisnya. Tapi tiada jawapan tepat. Para penyelidik hanya mengatakan ia daun spesies ‘red butterfly wing’.

“Mereka sendiri tidak pernah jumpa daun ini. Dalam internet pun yang ada cuma red butterfly berwarna merah, bukan jenis hijau ini,” jawab lelaki berusia 55 tahun ini.

Yang menariknya, Khamarul menggelar daun ini sebagai ‘daun magik’. Sebab apa? Tunggu! Kita baca dulu kisah daun ajaib yang hendak disampaikan lelaki ini buat pembaca Mastika.

Pada tahun 2006, Khamarul berkunjung ke sebuah negara jiran untuk bertemu seorang rakannya. Ketika itu, rakan menunjukkan kepadanya sebatang pokok di dalam pasu. Pokok itu kecil, hanya setinggi paras lutut.

Yang membuat Khamarul tertarik hati bila melihat bentuk daunnya. Tak ubah seperti rama-rama. Jelas temannya itu, pokok itu sejenis herba yang amat mujarab merawat pelbagai penyakit, terutama kanser. Tetapi, ramai tidak tahu kerana pokok itu amat sukar ditemui.

Pakcik Khamarul - Rerama Merah

Kerana suka melihat bentuk daunnya, Khamarul bawa sedikit biji benih pokok itu pulang ke rumah untuk ditanam.

Ketika itu, dia tidak percaya kata-kata rakannya. Dia sekadar menanam pokok itu sebagai salah satu tambahan koleksi tumbuhan di sekitar rumahnya.

“Suatu hari saya bertemu seorang rakan. Wajahnya murung kerana baru dapat tahu isterinya disahkan menghidap kanser payu dara,” cerita Khamarul.

Lantas dia teringat kata-kata temannya yang memberi benih tersebut. Lalu dia hubungi rakan itu bertanyakan kaedah rawatan menggunakan daun itu.

Rupanya mudah saja. Beberapa helai daun pokok itu dipetik dan direbus dengan air hingga mendidih. Air rebusan itulah terkandung penawarnya.

Khamarul berikan daun itu untuk dicuba oleh isteri rakannya tadi. Dia sendiri tidak percaya khasiatnya. Sekadar salah satu ikhtiar yang boleh dicuba selain berdoa kepada yang Esa.

Tak sampai dua bulan amalkan minum air daun ini, isteri rakan saya itu disahkan doktor bebas dari kanser. Saya sendiri terkejut sewaktu dikhabarkan berita itu. Dan saya masih sukar percaya! tambah Khamarul lagi.

Kemudian, Khamarul cubakan lagi khasiat daun itu pada anak seorang lagi rakannya yang juga menghidap penyakit sama.

Payu daranya sudah bengkak, merah bagai udang kena bakar. Hasilnya, dalam masa dua minggu, bengkak mulai surut. Beberapa bulan kemudian, anak rakannya itu disahkan bebas daripada kanser.

Tapi, Khamarul masih belum berpuas hati. Dia berikan daun itu untuk dicuba oleh beberapa orang pesakit kanser lain. Kebanyakannya golongan wanita yang berperang dengan kanser payu dara.

Alhamdulillah, kesemuanya menunjukkan perubahan positif dan ramai yang sudah bebas daripada kanser pembunuh itu.

“Ada seorang wanita minta tolong saya rawat anaknya berusia empat tahun yang ada ketumbuhan dalam otak.

"Budak itu hanya mampu terbaring, tubuhnya sangat lemah. Saya kata pada wanita itu, kita sekadar cuba. Hasilnya, saya sendiri tak tahu.

"Saya bekalkan stok daun itu untuk anaknya. Tak sampai dua bulan kemudian, wanita itu beritahu anaknya sudah boleh berlari.

"Dan hasil pemeriksaan mendapati ketumbuhannya kian mengecut,” beritahu Khamarul terus bercerita tentang khasiat daun magiknya itu.

Pernah juga pesakit kencing manis yang kakinya sudah luka dan busuk datang minta bantuan Khamarul.

Ditumbuknya daun rama-rama tersebut lalu dilumurkan pada bahagian luka. la dilakukan setiap hari hingga luka pesakit itu sembuh dan daging baru mula tumbuh.

Oleh sebab takjub dengan khasiat daun itu, Khamarul sanggup keluarkan wang sendiri. Dia menghantar daun itu untuk pelbagai ujian makmal.

Dan lelaki ini terfana bila dapat tahu dalam daun ini terkandung 13 bahan kimia berguna yang digunakan dalam pelbagai jenis penghasilan ubat-ubatan di seluruh dunia, termasuk produk kosmetik.

Dan salah satu sifat kimia yang terkandung dalam daun itu berfungsi untuk mematikan aktiviti kuman dan menumbuhkan sel baru.

Khamarul lebihkan usahanya dengan melakukan pelbagai kajian dan ujian, terutama terhadap pesakit yang mencuba khasiat daun itu.

“Saya keluarkan wang sendiri untuk bawa pesakit jalani makmal. Saya mahu ada bukti hitam putih. Tak mahu dikata sebagai penipu dan sengaja mengadakan cerita.

“Walaupun sudah banyak wang saya habis, tapi saya tak kisah. Yang penting, saya ada penjelasan hitam putih sebagai bukti. Bukan sekadar omong kosong,” tegas bunyinya sambil Khamarul menunjukkan segala surat kajian makmal dalam simpanannya.

Pakcik Khamarul Herba Rerama

Memang bagus daun magik ini. la diakui melalui kajian rnakmal. Banyak khasiatnya. Tapi, Khamarul sedih. Kecewa. Kerana itu dia sanggup datang dari rumahnya di Kedah untuk bertemu Mastika.

Kenapa Khamarul? Cuba cerita sikit.

“Saya nak tolong pesakit AIDS. Tapi, tak dibenarkan. Saya kecewa!” perlahan nadanya menjawab.

Khamarul menceritakan, dia telah cuba khasiat herba ini pada beberapa orang pesakil AIDS. Hasilnya positif. Tahap kuman pesakit yang sebelum itu berpuluh ribu bacaannya turun drastik selepas pesakit itu minum air daun magiknya. Tahap antibodi juga meningkat dan fizikal juga kian sembuh.

“Bukan reka cerita tapi saya sediakan semua bukti ujian perubahan pesakit. Saya sangka sudah berjaya temui penawar AIDS. Dapatlah bantu pesakit golongan ini tapi...” Khamarul terdiam seketika.

Sambungnya, bukti ujian dan kajiannya itu dibawa ke persatuan dan agensi yang terlibat. Apa respons yang Khamarul terima?

“Mereka ketawakan saya. Mana mungkin daun kecil ini boleh jadi penawar. Dalam nada menyindir, mereka bertanya semula, AIDS ada ubat ke?

"Bantuan yang mahu saya hulur mereka tolak mentah-mentah. Bukti yang saya tunjukkan sedikit pun tidak dipandang.

“Saya hanya pinta mereka mencubanya dahulu. Tak salah untuk kita mencuba, kan? Para saintis yang mencipta ubat pun terpaksa mencuba berulang kali sebelum menemui sesuatu penawar. Jadi, apa salahnya mencuba? Dalam al-Quran pun disebut, setiap penyakit ada penawarnyar!” jelas Khamarul.

Hmm... betul juga kata Khamarul itu. Sama juga dengan pesakit Sistem Lupus Erithematosus (SLE). Penyakit ini pun tiada penawar.

Khamarul cuba tawarkan bantuan. Pun sama, usahanya ditolak mentah-mentah walaupun dia tunjukkan bukti positif pesakit SLE yang pernah cuba kaedah semula jadinya itu.

Pelik juga. Kenapa usaha Khamarul dipandang sepi tanpa mencubanya terlebih dahulu. Takkan sebab karenah birokrasi pula?

Maklumlah, pesakit AIDS dan SLE ada mendapat peruntukan khas. Adakah pihak tertentu takut peruntukan itu hilang kalau penawar penyakit ini ditemui?

Kalau betul daun magik Khamarul tak bagus, kenapa begitu ramai yang minta pokok dan anak benihnya?

Malah, sudah acap kali juga pokok yang ditanam di kawasan rumahnya dicuri orang.

Ada doktor yang turut kagum dengan khasiat daun ini. Diminta Khamarul bekalkan untuk pesakit di sebuah hospital. Tapi, tak lama. Sekejap saja habis.

Khamarul tak dapat bekalkan daun itu semula. Sebabnya? Daun itu mengambil masa tiga bulan untuk tumbuh semula setelah dipetik.

“Inilah yang saya tak faham. Bila saya nak hulur bantuan, mereka tak mahu. Tapi, mereka minta anak pokok itu. Maaflah, itu saya tak boleh bagi. Nampak sangat ada kepentingan lain.

"Pokok itu hak saya. Saya yang tanam, saya yang jaga. Kalau saya nak keuntungan, lama dah saya buat.

Pakcik Khamarul - Keratan Akhbar

"Beberapa tawaran syarikat besar termasuk dari luar negara menanti mahu mengkomersialkan daun ini. Tapi, saya tak mahu.

"Kalau mahukan penawar, saya akan beri. Tapi, bukan pinta pokoknya! Semuanya dengan izin Allah. Niat saya nak tolong, tapi mereka yang tak mahu!”

Tak mengapa Khamarul. Kalau mereka tak hendak, ramai lagi orang di luar sana yang mahu. Teruskan dengan usaha murni anda. Semoga ramai orang boleh mendapat khasiat dari daun magik anda ini.

*Seperti yang telah disiarkan di majalah Mastika.

BACA INI JUGA: Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser!

Sumber: Sahalfikri

7 Cara Mudah Jana Pendapatan Pasif Di Malaysia

7 Cara Mudah Jana Pendapatan Pasif Di Malaysia

Sejujurnya, adakah hidup kita akan berubah dengan ketaranya kalau kita jimat beberapa Ringgit sahaja? Pasti tidak.

Jana Pendapatan Pasif Di Malaysia

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh dapat duit tanpa bekerja? Ya, saya memang serius!

Anda tidak perlu kurangkan sesi “yum cha” atau lawatan ke Starbucks bersama rakan-rakan. Anda hanya perlu buat salah satu daripada 7 kerja (yang sebenarnya bukan kerja pun) ini!

1. Jaguh Media Sosial

Jaguh Media Sosial

Suka kongsi benda best di rangkaian media sosial anda? Buat duit sekali la!

Kerja anda:
  • Daftar sebagai seorang jaguh media sosial dan kongsi benda best melalui rangkaian media sosial anda.
  • Anda akan diberikan ganjaran apabila rakan-rakan anda melihat apa yang anda kongsi.

Apa yang anda dapat:
  • Duit
  • Hadiah
  • Mata ganjaran untuk menebus barang seperti baucer

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:

Kenapa tak suka pula? Kami diberikan ganjaran untuk buat apa yang kami dah biasa buat setiap hari di media sosial. Bahagianya hidup~

2. Peniaga Online

Peniaga Online

Yang ini sesuai untuk fashionistas dan orang yang suka kumpul barang!

Kerja anda:
  • Daftar untuk akaun/e-shop/blog, dan jual barang preloved anda!

Apa yang anda dapat:
  • Duit

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:
  • Ini cara yang menarik untuk mengemas almari sambil dapat duit!

3. Isi Survey

Isi Survey

Sesuai untuk orang malas yang selalu ke sana ke sini.

Kerja anda:
  • Jawab survey. Mudah sangat!

Apa yang anda dapat:
  • Duit
  • Baucer

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:
  • Ianya senang sangat.

Yang paling best, kalau service tersebut ada aplikasi khas di telefon, anda boleh jawab survey pada bila-bila masa.

4. Pembeli Misteri

Pembeli Misteri

Sesuai untuk orang yang suka main game detektif dan review barang.

Kerja anda:
  • Sebagai seorang pembeli misteri, anda dibayar untuk melawat syarikat-syarikat di mana anda akan melihat dan meneliti kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Apa yang anda dapat:
  • Duit
  • Baucer

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:
  • Kami boleh menyamar!

5. Marathon Runner

Marathon Runner

Sesuai untuk orang yang tidak akan tercungap-cungap selepas hanya berlari untuk beberapa meter sahaja.

Kerja anda:
  • Daftar masuk marathon yang menawarkan hadiah yang lumayan berbentuk wang tunai.

Apa yang anda dapat:
  • Duit
  • Piala
  • Kegemilangan

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:
  • Siapa tak suka kalau dibayar untuk bersenam?

6. Freelancer

Freelancer

Sesuai untuk orang yang pandai buat banyak benda. Ada pelbagai jenis kerja freelance untuk dipilih.

Kerja anda:
  • Membuat apa-apa kerja yang anda rasa menarik - “data entry”, pengasuh kanak-kanak, “transcribing documents”, etc.

Apa yang anda dapat:
  • Duit

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:
  • Menaip, “data entry”, berikan sampel, - senang je la!

7. MOBA atau MMORPG Champion

MMORPG Champion

Bagi yang terer main game MOBA (Multiplayer online battle arena) atau MMORPG (Massive-multiplayer online role playing games).

Kerja anda:
  • Daftar untuk acara kejohanan permainan online dan tunjukkan kemahiran anda.

Apa yang anda dapat:
  • Duit
  • Piala
  • Hak bercakap besar

Laman yang patut dilayari:

Kenapa kami suka ini:
  • Bukan senang nak tukar minat menjadi pendapatan.

Inilah 7 cara mudah jana duit pendapatan pasif! Mula jana pendapatan pasif anda sekarang.

Penafian: Kami tidak membuat sebarang tuntutan, perjanjian atau jaminan tentang ketepatan, kelengkapan atau kecukupan laman web yang disenaraikan dalam artikel ini. Kami telah menyemak kesemua laman web secara individu dan telah merangkumkan kesemuanya ke dalam artikel ini mengikut kesesuaian.

BACA INI JUGA:

sumber: 8share

Shoyna, Perkampungan Yang Di Tenggelami Pasir Setiap Malam!

Shoyna, Perkampungan Yang Di Tenggelami Pasir Setiap Malam!

Bayangkan jika bangun pagi tiba-tiba anda tidak boleh keluar dari rumah kerana tertimbus pasir, tentu keadaan itu sangat mengerikan bagi sesiapa sahaja.

Shoyna

Bagaimanapun begitulah bahaya yang harus dihadapi oleh penduduk sebuah perkampungan dikenali Shoyna di Rusia.

Penduduk di semenanjung Kanin, Russia yang dihuni kira-kira 300 orang berada di pinggir bulatan Artik dekat Kutub Utara.

Kehidupan penduduk perkampungan ini sangat ekstrem malah mereka perlu menghadapi suhu yang sangat sejuk.

Shoyna [2]

Selain itu, setiap malam ribut pasir datang ‘menghentam’ rumah-rumah mereka tanpa amaran. Gelombang pasir yang berasal dari Laut Putih.

Walaupun setiap hari terpaksa bertaruh nyawa dengan keadaan ekstrem itu, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana kawasan terpencil di utara Rusia ini dikelilingi oleh bukit-bukau berpasir.

Shoyna [3]

Dahulu, Shoyna adalah sebuah pusat pelabuhan malah penduduk kampung Shoyna majoritinya menjadi pelaut.

Menurut sejarah, kampung itu ditubuhkan pada tahun 1930 oleh keluarga pemancing. Pada masa itu banyak ikan dan hidupan laut di wilayah tersebut.

Shoyna [4]

Namun kini, kesibukan penduduk bertukar kepada aktiviti menggali rumah-rumah yang tertimbus badai pasir sambil berharap pasir tidak menimbus rumah mereka.

Untuk menghadapi badai pasir pada waktu malam setiap hari, mereka terpaksa membuka pintu rumah pada waktu malam sebelum tidur.

Shoyna [5]

Dengan segala bahaya yang dihadapi setiap hari, mereka tetap berbangga dengan kampung itu kerana terus boleh terus hidup di tengah badai pasir.

BACA INI JUGA: 13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

Shoyna [6]

Sumber: mynewshub

Tuesday, August 02, 2016

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Seorang bekas pelakon lagak ngeri dari Amerika Syarikat, Luke Aikins; 42, mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama melakukan terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun, semalam.

Luke Aikins

Sejarah tercipta apabila Luke terjun pada ketinggian 25,000 kaki di udara tanpa menggunakan apa-apa alat perlindungan keselamatan disematkan ke atas dirinya.

Luke mempersiapkan dirinya untuk aksi berani mati ini sejak setahun setengah lalu.

Terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley, California itu telah disiarkan secara langsung stesen televisyen Fox.

Kejayaannya mendarat di atas jaring diraikan ribuan pengunjung yang berdebar menyaksikan aksi lagak ngeri itu.

Luke yang juga merupakan juruterbang telah melakukan sebanyak 18,000 terjunan udara dengan pelbagai aksi sejak berusia 12 tahun lagi.

Dia juga merupakan penasihat keselamatan dan penggendali Persatuan Penerjun Udara Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!



Sumber: Mynewshub.cc