Thursday, August 04, 2016

Dompet Isteri PM Singapura Hanya Berharga RM45 Semasa Lawatan Ke White House!


Isteri perdana menteri Singapura dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House menerima pujian ramai.

Puan Lee

Dompet yang dikepit isteri Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.

Di bawah program tersebut, pelajar boleh menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.

Puan Lee [2]

Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.

“Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi,” kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.

Puan Lee [3]

Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik lapor FMT.

BACA INI JUGA: 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon