Aug 5, 2016

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Samsung akhirnya secara rasmi memperkenalkan Samsung Galaxy Note 7, phablet terhebat masa kini setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi Galaxy Note, dan kini sudahpun sampai ke generasi ketujuhnya.

Samsung Galaxy Note 7

Seperti yang dikhabarkan, Samsung Galaxy Note 7 mempunyai sensor Iris dalam kalangan 11 sensor yang dimasukkan Samsung pada papan induknya.

Pengimbas Iris yang didatangkan bersama peranti ini tidak mengecewakan. Ia mampu mengimbas mata anda walaupun berada dalam keadaan gelap dengan bantuan cahaya inframerah yang dipancarkan terus ke mata anda.

Seperti yang dijangka, paparannya memang akan memuaskan penagih kandungan multimedia. Paparan QHD Super AMOLED sebesar 5.7 inci akan memberikan citra yang menakjubkan untuk penggunanya.

Jika Galaxy Note Edge memiliki paparan lengkung pada satu bahagiannya sahaja, Samsung Galaxy Note 7 memiliki pada kedua-dua bahagiannya seperti Galaxy S7 edge.

Jika kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf “T”, kekuatan Galaxy Note terletak pada “S Pen”. Apalah Note tanpa pena? S Pen pada Samsung Galaxy Note 7 juga menerima penambahbaikkan ketara.

Bukan sahaja ia kalis air dengan piawaian IP68 seperti perumahnya, input yang diberikan juga lebih berkesan dan jitu.

Fungsi Air Commnad pula telah diperlbagaikan. Misalnya, “Glance” membolehkan pengguna melihat paparan mini aplikasi yang sedang berjalan pada latar, “Magnify” pula akan memperbesar bahagian yang ditunjuk mengguna S Pen seperti kata pembesar.

Jika ingin menterjemah sesuatu ayat daripada bahasa lain, lukiskan rantau disekeliling ayat tersebut dan ia akan terus diterjemah.

Peranti demi peranti, Samsung terus melapiskan seni bina premium pada Galaxy Note7 pada setiap lekuk dan permukaan yang ada pada badannya. Ia memastikan cengkaman sempurna dalam tangan pengguna.

Sebanyak tiga warna Galaxy Note7 ditawarkan iaitu emas, perak, dan hitam. Mungkin warna merah jambu akan diperkenalkan kemudian bagi menyerlahkan ciri feminin pada wanita.

Tujuh sebab mengapa anda perlu pertimbangkan untuk beralih kepada Samsung Note 7:
  1. Skrin dwi-lengkung pertama dalam siri Galaxy Note dan menggunakan Corning Gorilla Glass 5, pertama dalam mana-mana peranti Samsung.
  2. Hanya ada satu varian iaitu 64GB storan dalaman, tidak perlu ragu-ragu memilih.
  3. Kembalinya slot mikro-SD yang mampu tampung kad sebesar 256GB
  4. Pengimbas Iris yang pertama dalam peranti Samsung
  5. Kalis air pada piawaian IP68 termasuklah pada S Pen
  6. Fungsi S Pen yang dipertingkat
  7. Bateri gergasi, 3500mAh, yang boleh dicas penuh dalam masa hanya 100 minit.

Spesifkasi Samsung Galaxy Note 7

Samsung Galaxy Note 7 [2]

Samsung Galaxy Note 7 sememangnya peranti terhebat dalam pasaran kini. Ia memperbaiki kelemahan di dalam Galaxy Note 5, dan memperguna kehebatan yang ada di dalam Galaxy S7 edge.

mikroSD

Samsung Galaxy Note 7 yang baru ini mengembalikan semula slot kad mikroSD yang hilang semasa Galaxy Note5. Ia juga ditambah fungsi kalis air yang menepati piawaian IP68, walaupun semasa S-Pen ditarik keluar dari slotnya.

Skrin

Skrin Samsung Galaxy Note 7 masih kekal sebesar 5.7-inci dengan resolusi Quad HD, tetapi ia kini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5, generasi kelima yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

Kaca ini dikatakan mampu menahan jatuh dari setinggi 1.6 meter, 80% sepanjang masa.

Cpu/RAM

Kuasa dalamannya sama seperti Galaxy S7 edge, menggunakan CPU Exynos 8890 8-teras bersama 4GB RAM LPDDR4.

Sekeping pemproses Exynos 8890 lapan teras digunakan untuk mendukung segala kerja berat yang dihumbankan pengguna padanya.

Ia dibantu oleh RAM sebesar 4GB dan ruang penyimpanan seluas 64GB, lebih besar berbanding Note5. Jika tidak mencukupi, korbankan saja satu slot sim untuk memasukkan kad mikro-SD sebesar 256GB.

Storan

Mungkin ada yang kecewa kerana RAM bukan 6GB, tetapi Samsung memberi storan dalaman lebih besar 64GB.

Storan lebih besar macam lebih berguna dari RAM lebih besar. Kenapa tak jadikan keduanya lebih besar Samsung?

Untuk S-Pen, ia kini ditambah 4 fungsi baru iaitu Glance, kanta pembesar, penterjemahan teks dan gambar serta mencipta animasi GIF.

Kamera

Kamera Samsung Galaxy Note 7 adalah yang terbaik, kerana ia menggunakan modul yang sama seperti Galaxy S7 edge.

Kamera belakang dilengkapi sensor dwi-piksel 12MP f/1.7, dan kamera depan pula 5MP f/1.7.

Pada bahagian optikal, ia mewarisi kamera yang sama daripada Samsung Galaxy S7.

Hal ini bermakna, pengguna akan menerima kamera terbaik dalam pasaran telefon pintar hari ini dan menerima perakuan DxOMark selaku kemara telefon paling baik setakat ini.

Sensor sebesar 12MP beserta teknologi Dual Pixel beserta OIS dan apertur F1.7 adalah ciri-ciri kamera belakangnya manakala kamera hadapannya pula sekuasa 5MP, juga dengan apertur F1.7.

Bateri

Bateri Galaxy Note7 lebih besar, dengan kapasiti 3,500mAh. Kali ini, Samsung menggunakan sambungan USB jenis-C untuk pengecasan, yang boleh mengecas penuh 100% dalam masa 100 minit. Ia juga menyokong pengecasan wayarles pantas.

Peranti ini dikuaskan oleh bateri sebesar 3,500mAh. Untuk mengisi ruang tenaga yang besar, Samsung memberikan fungsi pengecasan pantas padanya.

Tenaga boleh diisi daripada kosong ke penuh dalam masa 100 minit sahaja.

USB Type-C yang ada pada Note kali ini adalah yang pertama dalam kalangan peranti Samsung.

Lebih menarik, ia juga boleh dicas secara wayarles dan menyokong piawaian pengecasan daripada WPC dan PMA.

Tempahan Dan Harga Samsung Galaxy Note 7

Salah satu laman e-dagang terkemuka Malaysia, 11street mulai 3 Ogos, telah membuka tempahan Samsung Note 7, jauh mendahului tarikh 8 Ogos yang ditetapkan Samsung Malaysia.

Harga jualan Samsung Galaxy Note 7, RM3,199 sahaja termasuk GST.

Malah, 11street menawarkan hadiah misteri untuk 100 tempahan pertama. Apa agaknya hadiah misteri ni. Tetapi tarikh penghantaran ditetapkan pada 19 Ogos.

Bolehlah lawati laman 11Street Malaysia dan membuat tempahan Galaxy Note7 di sana.

BACA INI JUGA: Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Sumber: Theskop

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Wah...sungguh menarik sekali phone baru Samsung ni

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon