Dec 3, 2015

Salah Faham Cuma ‘Main’ Pada Malam Jumaat

Ramai mendakwa kononnya hari Khamis, pada waktu malamnya dianggap sebagai hanya masa yang sesuai untuk pasangan suami isteri ‘bermain’.

Jimak Suami Isteri
Gambar hiasan.

Hakikatnya dalam ajaran Islam, hubungan badan antara suami isteri tidak hanya sekadar melampiaskan nafsu semata-mata melainkan sebagai bentuk ibadah kepada Allah SWT malah dianjurkan berjimak pada mana-mana waktu yang baik.

Islam bukan agama yang mengekang nafsu syahwat manusia, dan bukan pula agama yang memperbolehkan penganutnya untuk mengadakan hubungan seks secara bebas liar, tanpa ikut saluran sah melalui pernikahan.

Pernikahan dalam Islam bukan hanya dipandang dari segi seksual sahaja, bahkan lebih daripada itu, ia merupakan salah satu pintu untuk menuju tahap kesempurnaan serta dapat menghasilkan keturunan yang soleh dan solehah.

Justeru timbul persoalan bilakah waktu terbaik untuk berhubungan badan antara suami isteri mengikut ajaran Islam?

Berikut penjelasannya yang dipetik daripada tulisan Gusnawati Jamaris menerusi portal Paling Unik.

1. Ketika Suami Memerlukannya

Seorang suami dianjurkan untuk mendatangi isterinya di mana ketika itu suami secara tidak sengaja lihat seorang wanita dan dia pun terpikat dengannya. Anjuran ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah RA.

Rasulullah SAW bersabda, “Wanita itu, ketika dilihat seperti syaitan (punya kekuatan goda). Oleh itu, jika ada lelaki melihat wanita yang membuatnya terpikat, hendaknya dia segera mendatangi isterinya. Kerana apa yang ada pada isterinya juga ada pada wanita itu. (Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

“Jika si isteri dipanggil oleh suaminya kerana perlu, maka segeralah datang, walaupun dia sedang memasak.” (Riwayat At-Tirmidzi, dan dikatakan hadis Hasan)

2. Waktu Aurat (Sebelum Subuh, Waktu Zuhur, dan Sesudah Isyak)

Berdasarkan dalam surat An-Nur ayat 58, Allah SWT berfirman, “Hai orang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu waktu Zuhur dan sesudah solat Isyak. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. Tiada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain daripada (tiga waktu) itu.”

Penjelasan mengenai ayat ini adalah, dahulu para sahabat Nabi SAW terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri pada tiga waktu tersebut.

Kemudian setelahnya mereka mandi lalu berangkat solat. Kerana itulah Allah SWT memerintahkan agar mereka mendidik anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar peribadi ibu bapa pada tiga waktu tersebut, tanpa izin. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83)

3. Akhir Malam, Setelah Tahajud

”Rasulullah SAW tidur awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah masuk waktu sahur, baginda solat witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika ada keinginan, baginda mendatangi isterinya. Apabila mendengar azan Subuh, baginda terus bangun. Jika dalam keadaan junub, baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, hanya berwuduk kemudian keluar menuju solat jamaah.” (Riwayat An-Nasa’i)

4. Malam Isnin (Ahad Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, hendaknya engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Isnin. Sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi penghafal al-Quran dan rela terhadap yang telah ditentukan Allah SWT atasnya.” [Syeikh Radhiyuddin Abi Nashril Hasan bin Al-Fadl ath-Thabarsi, ulama besar pada abad ke-6, Makarimal-Akhlak, halaman 211]

5. Malam Selasa (Isnin Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Selasa, dan apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal dikurniai kesyahidan dan tidak akan menyimpang daripada kebenaran.” [Wasail asy-Syi’ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 84]

6. Malam Khamis (Rabu Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Khamis, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi penguasa yang adil dari para penguasa serta menjadi salah seorang ulama dari para ulama.” [Wasail asy-Syi’ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 84]

7. Hari Khamis (Menjelang Zuhur)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada Khamis, sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka syaitan tidak akan mendekatinya, dan ia akan memiliki pemahaman yang sangat (cerdas) kemudian Allah SWT akan menganugerahkan kepadanya keselamatan dalam agama dan dunia.” [Wasail asy-Syi’ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 85]

8. Malam Jumaat (Khamis Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Jumaat, dan apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang pemidato / pembahas ulung.” [Syeikh Radhiyuddin Abi Nashril Hasan bin Al-Fadl ath-Thabarsi, ulama besar pada abad ke-6, Makarimal-Akhlak, halaman 211]

9. Petang Jumaat (Setelah Asar, Sebelum Maghrib)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada waktu Jumaat petang, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang personaliti yang terkenal atau ilmuwan (ulama).”

10. Malam Sabtu, Setelah Isyak (Akhir Malam/Dekat Subuh)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, “Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan jimak dengan isterimu pada akhir malam Jumaat, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang wali (ibdal).”

11. Malam Awal Puasa/Tanggal Satu Ramadan

Berkenaan dengan hal ini Ali bin Abi Talib RA berkata, “Disunahkan untuk berhubungan badan suami isteri pada malam awal bulan Ramadan.” Ini kerana Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 187 telah berfirman: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu…” [Wasail asy-Syi’ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 85]

Demikianlah penjelasan mengenai waktu terbaik untuk berhubungan badan antara suami isteri menurut ajaran Islam serta hikmah kelebihan melakukan jimak pada waktu berkenaan seperti disabdakan Rasulullah SAW.

Apa yang terpenting, berdoalah kepada Allah SWT sebelum dan sesudah melakukan hubungan tersebut, agar dikurniakan keturunan sehingga membawa kebahagiaan menjadi lengkap. Wallahu a'lam. –Mynewshub/HAA

BACA INI JUGA: 21 Petua Menjaga Prestasi Batin Lelaki

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Asalam SP...jika begitu setiap hari boleh lah tu. Ingatkan khamis tu malam jumaat katanya paling terbaik..ramai menunggu kan hahaha inilah permainan manusia yang mebuat undang2. Tengok role model kita semua afdal pun ...dari dulu rasa pelik ni hal. Apapun dikatakan bahawa syaitan lari berteriak kala kita bersama isteri. Satu nak pesan hari2 pun tak elok ..tak baik untuk kesihatan..Infor terbaik bagi saya.Dapat banyak ilmu..

Info yang bermanfaat kepada yang berkenaan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon