Aug 2, 2016

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Seorang bekas pelakon lagak ngeri dari Amerika Syarikat, Luke Aikins; 42, mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama melakukan terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun, semalam.

Luke Aikins

Sejarah tercipta apabila Luke terjun pada ketinggian 25,000 kaki di udara tanpa menggunakan apa-apa alat perlindungan keselamatan disematkan ke atas dirinya.

Luke mempersiapkan dirinya untuk aksi berani mati ini sejak setahun setengah lalu.

Terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley, California itu telah disiarkan secara langsung stesen televisyen Fox.

Kejayaannya mendarat di atas jaring diraikan ribuan pengunjung yang berdebar menyaksikan aksi lagak ngeri itu.

Luke yang juga merupakan juruterbang telah melakukan sebanyak 18,000 terjunan udara dengan pelbagai aksi sejak berusia 12 tahun lagi.

Dia juga merupakan penasihat keselamatan dan penggendali Persatuan Penerjun Udara Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

gile betul. kalau tak jatuh atas tempat sasaran. mati kodok jla. ahaha. seb bek tuhan beliau masih memanjanhgkan umur beliaru untuk merasa jadi terkenal

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon