Monday, September 22, 2014

Smartphone Khusus Untuk Fotografi Terbaik 2014

Smartphone Khusus Untuk Fotografi Terbaik 2014

Info Gadjet. Ditampilkan disini telefon pintar (smartphone) dengan pakej kamera terbaik dan sesuai untuk peminat fotografi.

5. Samsung Galaxy Note 3

Samsung Galaxy Note 3

Boleh menayang imej dan video yang berkualiti, melalui skrin HD penuh bersaiz 5.7 inci.

Warna cemerlang dan butiran tajam boleh dilihat pada foto yang dirakam, sama ada melalui kamera utama 13MP atau kamera hadapan 2MP.

Malah, kamera utamanya boleh merakam video yang agak baik biarpun ketika cuaca berawan dan bersalji. Foto yang dirakam pada waktu malam juga nampak tajam. Ini kerana lazimnya akan dimaksimumkan, jika cahaya kurang.

Phablet popular ini juga memiliki beberapa pilihan rakaman yang menarik seperti Drama Slot. Jadi, anda boleh merakam sejumlah imej berturut-turut dan ditayangkan secara turutan juga.

4. Sony Xperia Z2

Sony Xperia Z2

Boleh dibawa berenang hingga sedalam 1.5 meter selama 30 minit. Jadi, jika anda boleh merakam foto di bawah permukaan air menerusi butang shutter khas dan skrin sentuh.

Dilengkapi kamera 20.7 MP selain sensor termaju Exmor-RS. Teknologi foto cahaya rendah yang diterapkan turut digunakan dalam kamera digital kompak Sony.

3. Nokia Lumia 1020

Nokia Lumia 1020

Menampilkan kehebatan sensor 41MP dan ciri-ciri kamera yang disediakan. Peranti ini mampu merakam begitu banyak maklumat. Apabila mengambil foto, anda boleh melakukan zoom dengan lebih dekat selepas foto tersebut dirakam dan tahap perinciannya masih tinggi. Ciri penstabil imej optikal pula bagi mengelak gambar bergoyang.

Keseronokan bermula apabila anda mengaktifkan aplikasi (app) Pro Camera. Menerusi aplikasi canggih ini, anda boleh mengubah apa sahaja. Bermula dari ISO sehingga kelajuan katupan (shutter), white balance dan pelarasan dedahan (exposure).

Bagi pengguna biasa, ada tutorial atau panduan disediakan untuk menggunakan tetapannya.

2. Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Menawarkan salah satu kamera terbaik yang boleh ditemui pada telefon pintar di pasaran sekarang.

Dilengkapi sensor 16MP dan masa autofokus 0.3 saat untuk merakam perincian imej dengan sekelip mata. Ciri HDR masa nyata peranti ini membolehkan anda melihat rupa imej HDR yang bakal terhasil, sebelum anda mengambilnya.

Peranti popular ini juga dilengkapi ciri lain yang tidak kurang menariknya ialah mod Shot & More. Melalui mod ini, anda boleh merakam foto dan mengubahnya kemudian. Mod Selective Focus pula adalah sebagai pelengkap.

Jadi, mod ini boleh digunakan untuk merakam imej selain menukar fokus di antara fokus belakang dan hadapan, menonjolkan perincian bahagian babak yang gelap atau cerah.

Mod lain seperti Background Defocus dan Timeshift Burst juga disediakan. Warna foto yang terhasil agak cerah daripada hasil foto di telefon pintar lain. Dianggap lasak kerana kalis air dan debu.

1. Apple iPhone 5S

Apple iPhone 5S

Kamera utama telefon pintar yang popular di serata dunia ini dilengkapi sensor 8MP. Sensor tersebut adalah 15 peratus lebih besar daripada sensor iPhone 5 dan aperture f/2.2 lebih rendah.

Gabungan sensor dengan penstabil imej dan dual LED flash, membolehkan anda merakam gambar hebat pada cahaya rendah atau sebarang situasi.

Apple juga menambah baik aplikasi (app) dalam kamera telefon pintar ini. Selain mod HDR dan panorama, kini anda boleh merakam video gerak perlahan. Selain itu, ada mod Burst untuk membolehkan anda merakam hingga 10 bingkai (frame) sesaat.

Secara keseluruhannya, kamera telefon pintar ini boleh dianggap antara yang terbaik.

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, September 19, 2014

Masjid Songsang Berimamkan Wanita!

Masjid Songsang Berimamkan Wanita!

Semakin menjadi-jadi nampaknya kegiatan ajaran sesat sekarang ni. Malangnya, pembawa ajaran sesat ini terdiri daripada mereka yang tinggi ilmu dunianya. Mungkin ketaksuban terhadap ilmu sains menjadikan mereka lupa kehebatan kandungan dan ajaran Al-Qur'an sebenarnya.

Imam-wanita

Cape Town - Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini.

Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.

Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak.

Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.

Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.

Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.

“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.

Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.

Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan.

Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.

“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.

Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini.

Dr Taj Hargey

Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya.

Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki.

Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.

Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali.-Agensi

Malah, sebelum ini pun, Dr Taj Hargey begitu lantang mengkritik wanita-wanita Islam yang memakai burqa.

Dia turut melancarkan kempen diseluruh Britain supaya kerajaan menguatkuasakan larangan terhadap pakaian menutup aurat bagi wanita.

-SENTIASAPANAS.COM

Kisah Luar Biasa Hamba Abdi Seorang Wali Allah

Kisah Luar Biasa Hamba Abdi Seorang Wali Allah

Pada suatu hari Syeikh Abdul Wahid bin Zaid penganti kepada ahli sufi terkenal Hassan Al-Basri dan mempunyai salsilah Fudhail Bin Iyadh serta pernah mendapat didikan dan berguru dengan Imam Abu Hanifah,pengasas mazhab hanafi berjalan di pasar

Wali Allah

Tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual di pasar. Syeikh Abdul Wahid ingin membeli hamba untuk membantunya kerja-kerja di rumahnya.

Hamba yang dibelinya itu seorang yang sangat rajin dan taat melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh Syeikh Abdul Wahid dengan tekun sekali.

Syeikh Abdul Wahid merasa hairan tentang perilaku pelik luar biasa hambanya, iaitu di waktu malam tidak ada di rumah walaupun Syeikh Abdul Wahid puas mencarinya sedangkan pintu rumahnya tertutup dan tiada tanda-tanda pintu dibuka.

Pada waktu pagi, hamba tersebut memberikannya sekeping wang dirham yang terukir di atasnya surah Al-Ikhlas. Hamba tersebut, menyatakan jangan ditanya kemana dia pergi. Syeikh Abdul Wahid menerimanya dan tidak mahu mengetahui apa yang dilakukan dan kemana hambanya pergi pada malam hari.

Setelah sekian lama, pada satu hari datang seseorang mengadukan kepada Syeikh Abdul Wahid tentang perilaku hambanya kerjanya mengali kubur orang meninggal dunia.

Syeikh Abdul Wahid terkejut tentang apa yang telah diberitahu oleh kenalannya dan berjanji akan menyiasatnya terlebih dahulu.

Pada suatu malam, Syeikh Abdul Wahid mengintai gerak-geri hambanya tanpa diketahui olehnya. Syeikh Abdul Wahid melihat dengan jelas dan pelik bagaimana pintu bilik hamba itu dibuka dan ditutup hanya dengan menghala jarinya sahaja.

Syeikh Abdul Wahid terus mengekori hambanya sampai ke suatu tempat lapang di padang pasir. Hambanya menukar pakaiannya kepada pakaian yang diperbuat daripada guni.

Hambanya menunaikan solat sehingga terbit fajar. Setelah selesai solat hambanya terus berdoa dan memohon kepada Allah, "Wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil."

Luar biasa, selesai berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit. Syeikh Abdul Wahid memerhatikannya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.

Oleh kerana hari hampir siang, Syeikh Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwuduk dan menunaikan solat subuh. Kemudian, selesai solat subuh Syeikh Abdul Wahid berdoa bahawa dia berjanji akan memerdekakan hambanya, kerana hambanya seorang yang soleh.

Selesai berdoa, Syeikh Abdul Wahid berusaha mencari hambanya tetapi tidak berjumpa kerana dia menghilangkan diri dengan begitu cepat sekali. Syeikh Abdul Wahid mencari jalan untuk pulang ke rumahnya tetapi tidak berjumpa ini kerana tempat tersebut terlalu asing baginya.

Dengan perasaan cemas dan menyesal atas tindakannya mengekori hambanya. Ketika Syeikh Abdul Wahid mundar mandir mencari bantuan beliau ternampak seseorang berkuda sedang menuju ke arah beliau.

Dengan perasaan tidak sabar menunggu orang itu sampai ke arahnya, lantas orang berkuda itu bertanya, "Apakah yang sedang dibuat olehmu wahai Abdul Wahid."

Syeikh Abdul Wahid kehairanan dan berkata di dalam hatinya bagaimana orang berkuda itu mengetahui namanya. Lantas, Syeikh Abdul Wahid memberitahu apa yang terjadi.

Orang yang berkuda itu memberitahu, "Janganlah kamu berasa curiga tentang apa yang berlaku."

Lantas orang yang berkuda memberitahu lagi, "Tahukah kamu berapa jauh jarak rumah kamu dengan tempat ini?".

Jawab Syeikh Abdul Wahid, "Saya tidak tahu."

Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari laju kata orang berkuda itu kepada Syeikh Abdul Wahid, kehairanan dan berkata dalam hati semasa aku mengikut hambaku malam tadi hanya beberapa minit sahaja perjalanan kemari.

Orang berkuda telah berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid jangan pergi kemana-mana tunggu sahaja di sini sampai hambamu datang dan mengikuti pulang ke rumah.

Semasa menunggu Syeikh Abdul Wahid telah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Syeikh Abdul Wahid tersedar daripada tidurnya didapati disisi terdapat makanan dan minuman yang telah terhidang dan hambanya juga berada disitu.

Hambanya mempelawa Syeikh Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Syeikh tanpa berkata-kata hanya menurut sahaja perintah dan makan dengan selera sekali. Hambanya berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid agar tidak mengulangi perbuatan ini lagi dan tunggu sehingga hambanya selesai solat.

Seperti biasa selesai solat hambanya berdoa dan sekeping dirham diberikan kepada Syeikh Abdul Wahid, "Ini wang dirham malam tadi."

Setelah itu hambanya memimpin Syeikh Abdul Wahid berjalan dan tidak sampai beberapa saat sahaja mereka telah tiba di hadapan rumah Syeikh Abdul Wahid.

Hambanya bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid benarkah Syeikh memerdekakannya kerana Allah SWT. Lalu hambanya, menunjukkan batu penyedal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebusan pembebasannya.

Syeikh Abdul Wahid sangat hairan bagaimana batu tersebut boleh bertukar menjadi seketul emas.

Keesokkannya, Syeikh Abdul Wahid pergi ke rumah kenalannya yang menuduh hambanya seorang penggali kubur untuk menceritakan perkara yang sebenar.

Sementara di rumahnya, anak perempuan Syeikh Abdul Wahid memarahi hambanya tentang kehilangan ayahnya selama dua malam sambil menuduh membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang.

Anak perempuan Syeikh telah mengambil batu dan membalingnya ke arah hambanya lalu terkena pada matanya yang menyebabkan mata hamba terkeluar dan dia jatuh pengsan.

Setelah itu, ketika Syeikh Abdul Wahid balik dan mengetahui tentang apa yang berlaku. Dengan perasaan marah Syeikh Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Syeikh Abdul Wahid sangat menyesal atas apa yang berlaku tentang tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui hal yang sebenar.

Setelah itu, apabila hambanya sedar daripada pengsan dia bingkas bangun serta mengambil mata yang terjatuh tadi lalu dimasukkan kembali ke tempat asalnya sambil berdoa.

Dengan izin Allah matanya elok seperti sediakala. Kemudian, dia mengambil tangan anak Syeikh Abdul Wahid yang putus seraya membaca sesuatu dengan izin Allah tangan anak Syeikh pulih seperti sediakala.

Orang ramai kehairanan melihat kejadian luar biasa yang telah berlaku.

Begitulah, besarnya darjat orang-orang yang taat beribadah dan patuh kepada Allah semata-mata, sehinggakan memperolehi darjat kemuliaan yang tinggi dan luar biasa dari Alllah Subhanallahu Wataala.

Semoga kisah para wali allah ini menginsafi diri ini, bahawa Allah berhak memberikan 'kelebihan' kepada sesiapa sahaja hamba yang dipilih olehNya.

Bersama-samalah kita memperelok dan meningkatkan amalan kita semata-mata hanya kepadaNya.

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Sumber: mSelim3

Fakta Tentang Lelaki

Fakta Tentang Lelaki

Banyak sebenarnya fakta tentang lelaki yang wanita tidak tahu dan perlu tahu. Disebalik sifat lelaki yang berwajah garang dan penuh ego, tersembunyi banyak rahsia lelaki yang wanita tidak sedar.

Fakta Tentang Lelaki

Lelaki sebenarnya tidak mencari wanita yang cantik semata-mata, yang dicari seorang lelaki adalah wanita yang sejuk hati apabila melihatnya dan mempesona adab serta tingkah lakunya.

Walaupun lelaki jika dilihat dari luaran memiliki ego, keras hati dan kasar, tetapi mereka sebenarnya 'makhluk' yang lemah juga.

Diruangan Fakta Tentang Lelaki ini, SP ingin berkongsikan fakta menarik tentang lelaki yang perlu diketahui para wanita.

INFO TENTANG LELAKI UPDATE: 16/MAC/2016

  1. Fakta Lelaki Habiskan Masa Setahun Lihat Wanita!
  2. 16 Cara Buat Hati Suami Terpikat
  3. Tips Agar Isteri Sentiasa Disayang Suami
  4. 7 Sebab Mengapa Lelaki Curang
  5. 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin
  6. Pengertian Cinta Bagi Seorang Lelaki
  7. Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki
  8. Betapa 'Deritanya' Lelaki Memandang Buah Dada Wanita!
  9. Yang Anda Tidak Tahu Tentang Seorang Ayah
  10. Apa Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?
  11. Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki
  12. Lelaki Rimas Dikawal Kekasih
  13. Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Bagi Wanita
  14. Bagaimana Lelaki Miang Menggunakan Ayat-ayat Manis Untuk Menggoda Wanita?
  15. Tanda-tanda Seorang Lelaki Curang
  16. Ketahui Perkara Yang Di Sukai Wanita Tapi Di Benci Lelaki
  17. Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi
  18. Ketahui Rahsia Ayat-ayat Tersirat Seorang Lelaki
  19. Kenali Personaliti Seorang Lelaki Melalui Warna
  20. 20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan
  21. Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?
  22. Ciri-ciri Lelaki Playboy Wajib Di Ketahui Wanita
  23. Tanda-tanda Anda Akan Di Madukan Suami!
  24. Fakta Tentang Sifat Seksual Lelaki Yang Anda Perlu Tahu
  25. Merenung Payudara Mampu Memanjangkan Usia Lelaki
  26. Bahagian Pertama Pada Tubuh Wanita Yang Direnung Lelaki
  27. Tips Mengambil Hati Suami
  28. Perkara Penting Yang Wanita Harus Tahu Tentang Lelaki
  29. Petua Lelaki Elakkan Terpancut Awal
  30. Perkara Memalukan Tentang Zakar Lelaki

Thursday, September 18, 2014

USD$30 Juta Ganjaran Dedah Dalang MH17!

USD$30 Juta Ganjaran Dedah Dalang MH17!

Syarikat penyiasatan persendirian dari Jerman yang bertindak atas arahan klien misteri, menawarkan hadiah AS$30 juta (RM96 juta) bagi memberikan bukti menunjukkan siapa menembak jatuh pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Dalang Kejadian mh171

Laporan USA Today semalam menyatakan Wifka, sebuah syarikat penyiasatan persendirian di Schleswig-Holstein yang mempunyai kepakaran dalam kes penipuan, berkata tawaran berkenaan adalah sah dan hadiah wang tunai itu kini sudah didepositkan ke dalam akaun di Zurich.

Dalam laman webnya, Wifka berkata, hadiah berkenaan akan dibayar di Zurich atau “di mana-mana tempat berkecuali yang menjadi pilihan pihak memberi maklumat”.

Bagaimanapun, detektif Jerman itu tidak tahu identiti klien mereka, yang dikendalikan menerusi beberapa orang tengah, termasuk salah seorang yang bercakap dengan loghat Switzerland.

Josef Resch, yang mengendalikan Wifka, memberitahu sebuah majalah bisnes Jerman, Capital bahawa syarikat terbabit sudah pun dibayar lebih AS$50,000 (RM160,000) dan memegang sejumlah AS$650,000 (RM2.08 juta) yang boleh dituntut jika ia berjaya mendapatkan pemberi maklumat.

Capital menyifatkan tawaran itu sebagai yang terbesar dalam sejarah ganjaran melebihi AS$25 juta yang ditawarkan untuk mendapatkan maklumat penangkapan Osama Bin Laden.

Laman web itu menyenaraikan beberapa maklumat yang dikehendaki klien berkenaan iaitu:
  • Siapa yang menembak jatuh MH17 pada 17 Julai lalu?
  • Siapa yang memberi arahan?
  • Siapa yang melindungi tindakan menembak itu? (Juga, jika ia satu kemalangan dan bukan kerana motif politik, ekonomi atau ketenteraan)
  • Siapa boleh memberi maklumat berhubung perkara yang menjurus kepada kejadian itu?
  • Siapa terbabit secara langsung dengan kejadian itu?
  • Apa yang terjadi dengan orang yang terbabit dengan kejadian itu? Apa berlaku pada senjata yang digunakan?
  • Siapa boleh namakan pihak yang menyatakan kejadian itu sudah selesai?

Sumber: USA Today (link)

Pemuda Cacah Tatu Kalimah Allah Pada Badan!

Pemuda Cacah Tatu Kalimah Allah Pada Badan!

Sepatutnya semua orang maklum, isu agama terlalu sensitif maka jika mahu berbuat sesuatu yang menyentuh agama orang lain fikirlah semasak-masaknya.

Tatu Kalimah Allah

Kalau atas tiket mempunyai hak kebebasan terhadap tubuh badannya maka manusia boleh buat apa sahaja, maka makin ramailah yang tak faham cara nak hormat orang lain di dunia ini.

Gambar pemuda yang tersenyum kambing sambil menunjukkan tatu pada dirinya tertulis kalimah Bismillah, Allah dan lain-lain di dahi, leher dan tangan kini berlegar di laman sosial.

Itulah sebab mengapa pemuda yang memilih kalimah suci umat Islam untuk dicacah pada tubuh badannya ini boleh mencetuskan perasaan marah padanya.

Sesetengah agama mungkin tak kisah simbol agama mereka diletakkan di mana sekali pun namun Islam bersandarkan kesucian dan akhlak.

Tentu kalimah ALLAH akan diusung ke mana-mana dalam keadaan tak suci dan memasuki kawasan kotor sewenangnya.

Bayangkan tingginya kemuliaan kalimah al-Quran hingga penganut Islam mesti berada dalam keadaan suci untuk memegangnya, inikan pula kalau dah dicacah serata badan begini.

Tatu Kalimah Allah [2]
Tatu Kalimah Allah [3]

Bukan bermakna perlu ada keganasan tetapi perbuatan melampau pemuda ini jika dilakukan secara jahil harus disedarkan dan dibaiki.

Islam, bukan agama yang boleh dibuat main-main. Apakah perlu kompromi apabila ada manusia jahil memperolok-olokkan agama seperti ini?

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Wednesday, September 17, 2014

Review Smartphone Terbaru September 2014

Review Smartphone Terbaru September 2014

Info Gadjet. Review Smartphone Terbaru. Pengeluaran telefon pintar (smartphone) peringkat tinggi kini menjadi trend di kalangan pembuat peranti mudah alih diseluruh dunia.

Kali ini SP ingin membawakan kepada anda semua keluaran Smartphone terbaru dari jenama hebat setakat bulan September.

Vivo Xshot
Harga: 1,799

Vivo Xshot

Meskipun tidak segah jenama lain dari China, Vivo mula dilihat sebagai pemain baru dalam arena peranti Android. Telefon pintarnya, Xshot memiliki spesifikasi hebat dengan pemproses empat teras terbaru Qualcom Snapdragon 801 2.4 GHz.

Spesifikasi lain termasuk memori (RAM) 3GB dan storan dalaman 32GB. Peranti yang bersaiz 5.2 inci dengan skrin HD penuh ini dilengkapi kamera belakang 13MP selain menyokong sambungan LTE.

HTC One E8
Harga: RM1,699

HTC One E8

Ini bukan model kompak atau versi pertengahan bagi model utama One M8. Selain nama, satu-satunya kelainan diantara telefon pintar One M8 dan One E8 ialah bahan binaannya iaitu logam dan polikarbonat.

Dari segi spesifikasi, peranti ini cemerlang dengan skrin HD 5 inci, pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 801 2.5GHz, memori (RAM) 2GB, memori dalaman 16GB, kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP.

Acer Liquid E3
Harga: RM799

Acer Liquid E3

Acer terus bersaing di pasaran telefon pintar (smartphone) dengan memperkenalkan Liquid E3. Telefon pintar kelas pertengahan ini memiliki skrin 4.7 inci (720p), pemproses empat teras Media Tek MT6589 1.2 GHz, memori (RAM) 2GB dan storan dalaman 16GB.

Model ini juga sangat sesuai untuk peminat fotografi mudah alih dan peminat selfie kerana hadir dengan kamera belakang 13MP, manakala kamera hadapan 2MP dilengkapi flash LED.

Xiaomi Redmi Note
Harga: 509

Xiaomi Redmi Note

Merupakan phablet pertama keluaran Xiaomi, pembuat peranti mampu milik dari China. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5 inci (720p), pemproses lapan teras MediaTek MT6592 1.7 GHz, memori (RAM) 2GB dan storan dalaman 8GB.

Phablet ini dilengkapi kamera lebih baik daripada beberapa pesaingnya iaitu 13MP dan 5MP, masing-masing untuk kamera hadapan dan belakang. Menyokong dwi-SIM dan baterinya berkapasiti 3,100 mAh.

Motorola Moto E
Harga: RM400

Motorola Moto E

Satu lagi telefon pintar mampu milik yang menampilkan spesifikasi menarik untuk peranti dalam kelasnya. Moto E ialah versi lebih rendah bagi Moto G, namun tidak bermaksud peranti ini bertaraf 'cap ayam'.

Dilengkapi skrin 4.3 inci qHD, pemproses dua teras Snapdragon 200 1.2GHz, memori (RAM) 1GB dan storan dalaman 4GB.

Peranti ini tidak dilengkapi kamera hadapan, namun kamera belakangnya dilengkapi sensor 5MP.

LG G3 Beat
Harga: Tidak dinyatakan

LG G3 Beat

Versi mini untuk model G3 ini berspesifikasi pertengahan. Dilengkapi skrin bersaiz 5 inci (720p), pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 400 1.2GHz, memori (RAM) 1GB dan storan dalaman 8GB. Mempunyai sensor 8MP untuk kamera utama dan 1.3MP untuk kamera hadapan.

Beberapa ciri G3 yang dikekalkan padanya ialah autofokus kamera yang berpandukan laser, kekunci 'belajar sendiri', LTE dan bateri 2,540 mAh.

-SENTIASAPANAS.COM

Video Pasaraya Jual Telur Ayam Tiruan?

Video Pasaraya Jual Telur Ayam Tiruan?

Video yang dikongsikan seorang pelanggan, mendakwa bahawa telur ayam yang dibelinya di sebuah pasaraya adalah telur tiruan kini viral di laman siber.

Telur-tiruan

Menerusi demonstrasi untuk memastikan samada ianya adalah telur tiruan, dalam rakaman tersebut telur yang direbus kelihatan mempunyai tekstur pelik di mana ianya kenyal dan tidak seperti telur ayam biasa, bahagian kuning telur tidak boleh dileraikan!

Telur yang agak berlainan daripada telur-telur biasa itu mempunyai warna yang agak suram dan tekstur kuning telur yang kental seperti bola ping pong.

Secara logik sesetengah telur yang direbus sudah pun retak jadi ia sepatutnya tidak mempunyai tekstur keras seperti itu, melainkan ianya telur tiruan.

Memandangkan kes telur tiruan sebegini melibatkan kesihatan pengguna, diharapkan pihak terbabit dapat menyiasat sejauh mana kebenarannya.

Terdahulu, Malaysia juga pernah digemparkan dengan kes penyeludupan telur tiruan di Pulau Pinang pada bulan April tahun 2011 yang lalu.

Dalam kes tersebut, telur tiruan yang dijual di pasaran terbuka itu dipercayai diimport dari negara China.

Rakaman video mengenai telur tiruan yang dibeli dari pasaraya itu kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial.



-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, September 16, 2014

Perlukah Menghina Pejuang Malaysia Terkorban Di Syria?

Perlukah Menghina Pejuang Malaysia Terkorban Di Syria?

Apabila Ustaz Lotfi, rakyat Malaysia yang berjuang membantu rakyat Syria diberitakan terkorban di sana ramai yang terkesan kerana allahyarham meninggalkan keluarga demi mengejar syahid.

Ustaz Lotfi mati syahid

Bagaimana pun secara realitinya, tindakan berperang di luar negara adalah menyalahi undang-undang dan ada juga yang meragui perjuangan di tanah Arab kerana dikhuatiri tidak mengikut kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama.

Namun kalau pun perjuangan dan syahid seseorang itu diragui simpan sajalah dalam hati kerana Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Sepatutnya, biar apa pun pegangan politik kita di penghujungnya umat Islam perlu bersatu atas nama agama.

Justeru perbuatan buruk sangka pada sesama Islam malah menghina pula keadaan mayat orang yang sudah pergi seperti dilakukan individu di sebalik akaun Faceook Shariman Immortal Omar ini amat keji.

Bagi kita semua, walaupun dia membawa nama BN namun perbuatan begini amat memalukan kerana ini bukan lagi zaman menghina orang lain secara murahan dan menggambarkan sikap tidak sensitif pada keluarga arwah.

Tak hairanlah ramai yang marahkan status ini termasuk penyokong BN sendiri.

Ustaz Lotfi mati syahid [2]
Ustaz Lotfi mati syahid [3]

Semoga Shariman dan kita semua diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Sambutan Hari Malaysia 16 September

Sambutan Hari Malaysia 16 September

Sambutan Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Hari Malaysia

Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Sabah, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina ketika pembentukan Malaysia telah melambatkan pengisytiharan pada 16 September tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (Sabah dan Sarawak).

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Namun, bermula pada tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di seluruh Malaysia.

Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.

Dan akhirnya pada 16 September 1963, menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Marilah kita bersyukur kerana disatukan di dalam sebuah negara aman damai bernama Malaysia. Jika dahulunya tiada penyatuan ini, mungkin..mungkin kita tidak berada pada keadaan sekarang.

Lihatlah Mindanao di Filipina, selama berpuluh tahun hidup dalam ketakutan bahana perang yang meletus.

Imbas kembali Acheh suatu ketika dahulu, berperang sesama sendiri.

Sempena Hari Malaysia 2014 ini, marilah bersama-sama menadah tangan memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi menghirup udara keamanan dan kekayaan.

Kaya kerana kita tidak kebuluran, aman kerana kita dijauhkan daripada bala peperangan.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

Semoga nikmat keamanan ini akan kekal berterusan sehinggalah dunia ini sampai ketitik penghujungnya. Amiin..

BACA INI JUGA: Lagenda Batu Sumpah Keningau Asal-usul 16 September Hari Malaysia

sumber: wikipedia

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

Info Unik Dunia. Pulau-pulau yang tersenarai dibawah sememangnya istimewa kerana ianya adalah pulau-pulau yang boleh 'berhubung' dengan tanah besar jika air surut yang mana kita boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke situ. Manakala jika air pasang pula, ia akan terpisah dengan tanah besar dan menjadi pulau sepenuhnya.

Pulau St. Michael's Mount
United Kingdom

Pulau Mont Saint-Michel

Pulau ini terletak kira-kira 366 meter dari persisiran pantai Teluk Mount di Cornwall, United Kingdom. Ia dihubungkan dengan tambak buatan manusia yang boleh dilalui ketika air pasang pertengahan dan juga ketika air surut. Gereja yang terdapat dipulau ini iaitu St. Michael ialah sebuah bangunan yang didirikan sejak kurun ke 15. Mengikut kajian yang dijalankan, jika berlaku peningkatan air lautan bersama-sama dengan hakisan maka sebahagian pantai Cornwall akan berhadapan risiko dan ini termasuklah St. Michael Mount.

Pulau Modo
Korea Selatan

Pulau Modo, Korea Selatan

Pulau Modo ialah sebuah pulau kecil di Wilayah Jindo di daerah Jelloa Selatan, Korea Selatan. Pulau ini adalah sepanjang 1.1 kilometer dan selebar 300 meter. Kadar pasang surut yang berlaku pada paras laut di sini telah mencetuskan satu fenomena yang dinamakan 'Moses Miracle' dimana satu laluan sepanjang 2.9 kilometer dan selebar 10-40 meter telah terbentuk selama satu jam diantara Pulau Modo dan Pulau Jindo. Keadaan ini hanya akan berlaku kira-kira dua kali dalam masa setahun iaitu sekitar bulan April hingga Jun. Malah, fenomena ini juga seringkali diraikan oleh penduduk tempatan dan dipanggil 'Jindo's Sea Way' namun hanya dikenali pada peringkat dunia pada tahun 1975 apabila seorang duta dari Perancis menceritakan fenomena ini kepada sebuah akhbar Perancis. Sejak itu, setiap tahun kira-kira setengah juta pengunjung tempatan dan luar akan menghadiri upacara tersebut.

Pulau Mont Saint-Michel
Perancis

Pulau Mont Saint-Michel

Mont Saint-Michel ialah sebuah pulau berpenghuni yang terletak di Normandy, Perancis. Pada tahun 2009, populasi di pulau ini ialah seramai 44 orang. Sebenarnya, Mont Saint-Michel serta teluk-teluk di sekelilingnya adalah sebahagian daripada senarai UNESCO untuk World Heritage Site. Dianggarkan lebih 3,000,000 orang akan melawat ke pulau ini pada setiap tahun. Pada masa dahulu, ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan tambak tetapi kini menggunakan jambatan elevasi ringan yang baru saja dibina beberapa tahun lepas.

Pulau Haji Ali Dargah
India

Pulau Haji Ali Dargah

Haji Ali Dargah sebenarnya ialah sebuah masjid dan juga makam yang terletak dalam sebuah pulau di luar pantai Worli di bahagian Selatan Mumbai. Dargah ialah salah satu mercu tanda yang paling dikenali dan terletak di Mumbai. Namun, untuk sampai ke Dargah, pengunjung terpaksa bergantung kepada kadar pasang surut air kerana tambak yang dibina akan tenggelam ketika air pasang menyebabkan laluan akan terhalang. Ini menyebabkan satu-satunya masa untuk ke Dargah ialah ketika air surut dan dikatakan pengalaman melaluinya ditengah-tengah laut adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pulau Mando
Denmark

Pulau Mando, Denmark

Mando terletak di bahagian barat daya Jutland, Denmark di Laut Wadden yang menjadi sebahagian dari Laut Utara. Pulau ini berkeluasan kira-kira 7.63 kilometer persegi dan mempunyai seramai 62 orang penduduk. Ia terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Ribe. Sewaktu air pasang, agak sukar untuk sampai ke pulau ini dengan melalui tambak yang tidak diturap sepanjang empat kilometer yang menghubungkannya dengan tanah besar. Apa yang istimewanya dengan pulau ini, terdapat pelbagai jenis burung dan organisma yang sesuai hidup di sini.

Pulau Burgh
United Kingdom

Pulau Burgh

Pulau Burgh ialah sebuah pulau kecil di luar pantai Selatan Devon, England berhampiran dengan sebuah perkampungan laut Bigbury-on-Sea. Beberapa buah bangunan terdapat di pulau ini yang mana bangunan terbesarnya ialah Hotel Art Deco. Manakala bangunan-bangunan lain pula ialah tiga buah rumah persendirian, sebuah rumah awam iaitu Pilchard Inn yang dikendalikan oleh pihak hotel. Pulau ini terletak 250 meter dari tanah besar di Bigbury-on-Sea dan boleh dihubungi dengan berjalan kaki ketika air surut. Ketika air pasang pula, perjalanan ke pulau ini akan dihubungkan dengan menggunakan traktor laut yang dikendalikan oleh pihak hotel dan digunakan untuk mengangkut penumpang pergi dan balik. Pengangkutan ini buat pertama kalinya dibina pada tahun 1930 dan pada masa ini traktor yang digunakan adalah hasil buatan pada tahun 1969.

Pulau Cramond
United Kingdom

Pulau Cramond, United Kingdom

Pulau Cramond di United Kingdom terletak kira-kira 1.6 kilometer dari pantai dan pulau ini hanya akan bersambung dengan tanah besar ketika air surut. Terdapat laluan yang telah dibina dan akan kelihatan pada ketika air surut yang membenarkan laluan ke pulau tersebut namun ketika air pasang, laluan ini akan ditenggelami air setinggi beberapa kaki menyebabkan pulau ini terputus hubungan dengan tanah besar.

Pulau Bar
Amerika Syarikat

Bar Island, United State

Pulau Bar ialah sebuah pulau yang terletak bertentangan dengan Pelabuhan Bar di Pulau Mount Desert, Amerika Syarikat. Pulau yang tidak berpenghuni ini dipenuhi pokok-pokok yang kebanyakannya adalah pokok-pokok pain dan birch yang kini adalah sebahagian daripada Taman Nasional Acadia. Terdapat kemudahan laluan pejalan kaki di pulau ini untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti sedemikian. Laluan ke pulau ini hanya boleh dilalui untuk tempoh beberapa jam sahaja ketika air surut. Biasanya ada yang hanya berjalan kaki namun ada juga yang menggunakan kereta. Adakalanya pula pengunjung yang datang ke pulau ini akhirnya terkandas ketika mahu balik ke tanah besar akibat air pasang.

-Sentiasapanas.com