Sep 16, 2014

Perlukah Menghina Pejuang Malaysia Terkorban Di Syria?

Apabila Ustaz Lotfi, rakyat Malaysia yang berjuang membantu rakyat Syria diberitakan terkorban di sana ramai yang terkesan kerana allahyarham meninggalkan keluarga demi mengejar syahid.

Ustaz Lotfi mati syahid

Bagaimana pun secara realitinya, tindakan berperang di luar negara adalah menyalahi undang-undang dan ada juga yang meragui perjuangan di tanah Arab kerana dikhuatiri tidak mengikut kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama.

Namun kalau pun perjuangan dan syahid seseorang itu diragui simpan sajalah dalam hati kerana Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Sepatutnya, biar apa pun pegangan politik kita di penghujungnya umat Islam perlu bersatu atas nama agama.

Justeru perbuatan buruk sangka pada sesama Islam malah menghina pula keadaan mayat orang yang sudah pergi seperti dilakukan individu di sebalik akaun Faceook Shariman Immortal Omar ini amat keji.

Bagi kita semua, walaupun dia membawa nama BN namun perbuatan begini amat memalukan kerana ini bukan lagi zaman menghina orang lain secara murahan dan menggambarkan sikap tidak sensitif pada keluarga arwah.

Tak hairanlah ramai yang marahkan status ini termasuk penyokong BN sendiri.

Ustaz Lotfi mati syahid [2]
Ustaz Lotfi mati syahid [3]

Semoga Shariman dan kita semua diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

hurm.... jahat2 sha pun takde la kot sampai nak kutuk orang2 yang dijemput-Nya... sedih dengan orang2 camni...

Itulah masalahnya di Malaysia, segala-galanya dipolitikkan..

setuju. kita boleh menghakimi yang zahir. yang batin kita tak tahu. Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

Kita doakan yg baik buat arwah.. Bukan semua org yg mampu melakukan spt apa yg dia lakukan... Al Fatihah... aamiin.

Hanya Allah yg Maha Mengetahui...Bukan hak kita utk menjatuhkan hukuman dan maruah seseorang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon