Sep 16, 2014

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

Info Unik Dunia. Pulau-pulau yang tersenarai dibawah sememangnya istimewa kerana ianya adalah pulau-pulau yang boleh 'berhubung' dengan tanah besar jika air surut yang mana kita boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke situ. Manakala jika air pasang pula, ia akan terpisah dengan tanah besar dan menjadi pulau sepenuhnya.

Pulau St. Michael's Mount
United Kingdom

Pulau Mont Saint-Michel

Pulau ini terletak kira-kira 366 meter dari persisiran pantai Teluk Mount di Cornwall, United Kingdom. Ia dihubungkan dengan tambak buatan manusia yang boleh dilalui ketika air pasang pertengahan dan juga ketika air surut. Gereja yang terdapat dipulau ini iaitu St. Michael ialah sebuah bangunan yang didirikan sejak kurun ke 15. Mengikut kajian yang dijalankan, jika berlaku peningkatan air lautan bersama-sama dengan hakisan maka sebahagian pantai Cornwall akan berhadapan risiko dan ini termasuklah St. Michael Mount.

Pulau Modo
Korea Selatan

Pulau Modo, Korea Selatan

Pulau Modo ialah sebuah pulau kecil di Wilayah Jindo di daerah Jelloa Selatan, Korea Selatan. Pulau ini adalah sepanjang 1.1 kilometer dan selebar 300 meter. Kadar pasang surut yang berlaku pada paras laut di sini telah mencetuskan satu fenomena yang dinamakan 'Moses Miracle' dimana satu laluan sepanjang 2.9 kilometer dan selebar 10-40 meter telah terbentuk selama satu jam diantara Pulau Modo dan Pulau Jindo. Keadaan ini hanya akan berlaku kira-kira dua kali dalam masa setahun iaitu sekitar bulan April hingga Jun. Malah, fenomena ini juga seringkali diraikan oleh penduduk tempatan dan dipanggil 'Jindo's Sea Way' namun hanya dikenali pada peringkat dunia pada tahun 1975 apabila seorang duta dari Perancis menceritakan fenomena ini kepada sebuah akhbar Perancis. Sejak itu, setiap tahun kira-kira setengah juta pengunjung tempatan dan luar akan menghadiri upacara tersebut.

Pulau Mont Saint-Michel
Perancis

Pulau Mont Saint-Michel

Mont Saint-Michel ialah sebuah pulau berpenghuni yang terletak di Normandy, Perancis. Pada tahun 2009, populasi di pulau ini ialah seramai 44 orang. Sebenarnya, Mont Saint-Michel serta teluk-teluk di sekelilingnya adalah sebahagian daripada senarai UNESCO untuk World Heritage Site. Dianggarkan lebih 3,000,000 orang akan melawat ke pulau ini pada setiap tahun. Pada masa dahulu, ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan tambak tetapi kini menggunakan jambatan elevasi ringan yang baru saja dibina beberapa tahun lepas.

Pulau Haji Ali Dargah
India

Pulau Haji Ali Dargah

Haji Ali Dargah sebenarnya ialah sebuah masjid dan juga makam yang terletak dalam sebuah pulau di luar pantai Worli di bahagian Selatan Mumbai. Dargah ialah salah satu mercu tanda yang paling dikenali dan terletak di Mumbai. Namun, untuk sampai ke Dargah, pengunjung terpaksa bergantung kepada kadar pasang surut air kerana tambak yang dibina akan tenggelam ketika air pasang menyebabkan laluan akan terhalang. Ini menyebabkan satu-satunya masa untuk ke Dargah ialah ketika air surut dan dikatakan pengalaman melaluinya ditengah-tengah laut adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pulau Mando
Denmark

Pulau Mando, Denmark

Mando terletak di bahagian barat daya Jutland, Denmark di Laut Wadden yang menjadi sebahagian dari Laut Utara. Pulau ini berkeluasan kira-kira 7.63 kilometer persegi dan mempunyai seramai 62 orang penduduk. Ia terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Ribe. Sewaktu air pasang, agak sukar untuk sampai ke pulau ini dengan melalui tambak yang tidak diturap sepanjang empat kilometer yang menghubungkannya dengan tanah besar. Apa yang istimewanya dengan pulau ini, terdapat pelbagai jenis burung dan organisma yang sesuai hidup di sini.

Pulau Burgh
United Kingdom

Pulau Burgh

Pulau Burgh ialah sebuah pulau kecil di luar pantai Selatan Devon, England berhampiran dengan sebuah perkampungan laut Bigbury-on-Sea. Beberapa buah bangunan terdapat di pulau ini yang mana bangunan terbesarnya ialah Hotel Art Deco. Manakala bangunan-bangunan lain pula ialah tiga buah rumah persendirian, sebuah rumah awam iaitu Pilchard Inn yang dikendalikan oleh pihak hotel. Pulau ini terletak 250 meter dari tanah besar di Bigbury-on-Sea dan boleh dihubungi dengan berjalan kaki ketika air surut. Ketika air pasang pula, perjalanan ke pulau ini akan dihubungkan dengan menggunakan traktor laut yang dikendalikan oleh pihak hotel dan digunakan untuk mengangkut penumpang pergi dan balik. Pengangkutan ini buat pertama kalinya dibina pada tahun 1930 dan pada masa ini traktor yang digunakan adalah hasil buatan pada tahun 1969.

Pulau Cramond
United Kingdom

Pulau Cramond, United Kingdom

Pulau Cramond di United Kingdom terletak kira-kira 1.6 kilometer dari pantai dan pulau ini hanya akan bersambung dengan tanah besar ketika air surut. Terdapat laluan yang telah dibina dan akan kelihatan pada ketika air surut yang membenarkan laluan ke pulau tersebut namun ketika air pasang, laluan ini akan ditenggelami air setinggi beberapa kaki menyebabkan pulau ini terputus hubungan dengan tanah besar.

Pulau Bar
Amerika Syarikat

Bar Island, United State

Pulau Bar ialah sebuah pulau yang terletak bertentangan dengan Pelabuhan Bar di Pulau Mount Desert, Amerika Syarikat. Pulau yang tidak berpenghuni ini dipenuhi pokok-pokok yang kebanyakannya adalah pokok-pokok pain dan birch yang kini adalah sebahagian daripada Taman Nasional Acadia. Terdapat kemudahan laluan pejalan kaki di pulau ini untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti sedemikian. Laluan ke pulau ini hanya boleh dilalui untuk tempoh beberapa jam sahaja ketika air surut. Biasanya ada yang hanya berjalan kaki namun ada juga yang menggunakan kereta. Adakalanya pula pengunjung yang datang ke pulau ini akhirnya terkandas ketika mahu balik ke tanah besar akibat air pasang.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Pulau di langkawi tak termasuk ka?

Assalammualaikum... sentiasa panas,

pulau2 nie cantik kan... tapi tak tahu bila boleh gi..

mselim3

Cantik2 & menarik suasana pulau2 tu...

Informasi yang menarik...saya amat suka membaca informasi kejadian alam sebegini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon