Monday, August 14, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Ogos)

Tarikh 14 Ogos merupakan hari ke 226 (hari ke 227 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 139 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mila Kunis

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Pakistan (1947).

Peristiwa

1385 - Angkatan pimpinan João I menewaskan puak Castilla dalam Pertempuran Aljubarrota, menamatkan Krisis 1383–1385 di Portugal.

1816 - United Kingdom secara rasmi mengilhak kepulauan Tristan da Cunha, memerintahnya dari Cape Colony di Afrika Selatan.

1842 - Perang Orang Asli Amerika: Orang asli Seminole dipaksa melarikan diri dari Florida ke Oklahoma, sekaligus menamatkan Perang Seminole Kedua.

1941 - Perdana Menteri British Winston Churchill dan Presiden A.S. Franklin Delano Roosevelt menandatangani Piagam Atlantik.

1980 - Lech Wałęsa dan rakan-rakan sekerjanya di Limbungan Gdańsk memulakan mogok kerja, yang kemudian membawa kepada penubuhan gerakan Solidarność di Poland.

2003 - Gangguan bekalan elektrik meluas berlaku di timur laut Amerika Syarikat dan pertengahan Kanada.

2006 - Genjatan senjata berjaya dicapai oleh PBB dalam Perang Lubnan antara Lubnan dan Israel.

2009 - Kerajaan British menggantung pemerintahan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos sehingga dua tahun.

2010 - Sukan Olimpik Belia pertama, Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010 bermula di Singapura.

Kelahiran

1983 - Mila Kunis, pelakon Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Ogos)

sumber: wikipedia

Sunday, August 13, 2017

Jangan Aibkan Anak Dengan Bin Binti Abdullah

Jangan Aibkan Anak Dengan Bin Binti Abdullah

Pernahkah kita terfikir apa perasaannya apabila mendapati nama kita berbin atau berbintikan Abdullah, sedangkan adik-beradik lain berbinkan nama bapa kita?

Isu Bin Binti Abdullah

Terfikirkah kita bagaimana individu itu hendak berhadapan dengan masyarakat sepanjang hidupnya dari sekolah sehinggalah berkahwin?

Bagaimana pula pandangan umum terhadap ibu bapanya pula? Ya, diakui mereka pernah melakukan kesilapan lalu tetapi bagaimana jika pasangan itu sudah bertaubat?

Bayangkan macam mana pula pasangan itu hendak mendidik anak-anaknya untuk menjadi baik, jika kisah lampau mereka terus terdedah?

Ikuti kupasan temu bual wartawan Utusan, Sharilfuddin Saari dengan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang negeri Perlis mempunyai fatwa berbeza berkaitan soal Anak Tidak Sah Taraf.

Bolehkah Datuk jelaskan intipati fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Perlis berhubung kedudukan Anak Tidak Sah Taraf pada 2013?

MOHD ASRI: Saya nak jelaskan, Perlis bukan sahaja ada fatwa tentang Anak Tidak Sah Taraf iaitu yang membabitkan individu lahir kurang daripada enam bulan tempoh perkahwinan, bahkan perkara itu telah menjadi warta kerajaan pada 17 Januari 2013.

Dalam warta itu menyebut, mengikut Peruntukan Subseksyen 48 (6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), setelah diperkenankan oleh Raja Pemerintah dan memaklumkan kerajaan negeri, dengan ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan iaitu, “Anak yang lahir kurang enam bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”.

Ini bermaksud, dalam kes pihak-pihak yang terlanjur lalu mereka berkahwin. Empat atau lima bulan (kemudian), seorang anak dilahirkan dan mereka nak binkan si anak dengan si suami iaitu bapanya (sedangkan persetubuhan berlaku sebelum perkahwinan), maka dalam fatwa kita, si anak boleh dibinkan kepada bapanya itu. Saya akan berikan hujah-hujah dan alasan yang disebutkan nanti.

Untuk pengetahuan, di Malaysia boleh (berbinkan si bapa) tetapi dengan syarat hanya (anak itu lahir) enam bulan dan ke atas.

(Contohnya) Kalau pasangan bersetubuh luar nikah tetapi selepas tujuh bulan kemudian lahirkan anak, maka dia dibenar berbinkan si bapa atas pandangan Mazhab Shafie dan seumpamanya. Namun Perlis melihat fatwa ulama yang lebih luas dalam hal ini.

Apakah kategori Anak Tidak Sah Taraf, boleh Datuk jelaskan?

MOHD ASRI: Yang pertama ialah Anak Tidak Sah Taraf disebabkan hukum (zina) dan yang kedua, disebabkan teknikal yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagi melibatkan JPN, iaitu pasangan yang berkahwin di luar negara, tidak termasuk dalam fatwa Perlis.

Saya hendak jelaskan, kadang-kadang sijil (nikah) dan surat konsul telah dapat, tetapi di negara ini, ada negeri cuba menyusahkan dengan cara yang macam-macam, atas alasan kesalahan kahwin luar negara dan lain-lain lagi.

Lalu menyebabkan si anak tidak dapat didaftar dan JPN telah mendaftar seolah-olah anak itu tidak sah taraf (berbinkan Abdullah).

Ini merupakan satu bentuk ‘kezaliman’. Tidak dibinkan kepada si bapa sehingga menyebabkan orang menganggap si anak itu adalah anak di luar nikah.

Pihak pendaftaran secara tidak langsung macam menyebab orang menuduh orang lain berzina. Itu merupakan kesalahan besar dalam agama padahal dia (pasangan) tidak berzina pun.

Saya hendak beritahu, jika orang berkahwin secara sah, kamu tidak memberi (pendaftaran anak) sehingga orang lain menyangka si anak itu tergolong dalam Anak Tidak Sah Taraf, kamu termasuk dalam dosa menyebabkan orang lain menuduh orang (pasangan) berzina.

Konsul kita ada, mereka semak dan beri sijil, maka terima sahajalah. Jabatan agama pun kadang-kadang menyusahkan urusan pendaftaran.

Adakah kategori lain Anak Tidak Sah Taraf yang tidak boleh berdaftar dalam fatwa Perlis?

MOHD ASRI: Menurut fatwa kita juga, sekiranya dia (pasangan) tidak berkahwin, maka tidak bolehlah (mendaftar). Misalnya, si ibu melahirkan anak tanpa bapa langsung.

Di situ pada pandangan kita, tidak benarkan. Atau si anak lahir dan si bapa kata, anak itu bukan anak saya umpamanya, juga tidak boleh.

Apakah sebabnya fatwa ini dikeluarkan?

MOHD ASRI: Ini penting, saya harap wartawan dapat menjelaskannya. Islam adalah satu agama yang rahmat untuk semua.

Apa-apa sahaja fatwa yang menyebabkan dan membawa derita kepada manusia atau bencana, ia tidak boleh dianggap sebagai satu rahmat.

Walaupun kadang-kadang kita hormati pandangan ulama, tetapi kita mesti melihat kepada realiti yang ada. Di sana, ada beberapa pandangan ulama tentang hal ini.

Fatwa Perlis bukan bersendirian sebaliknya berasaskan pandangan para ulama, ada pandangan Hasan Al-Basri dalam hal ini, begitu juga Ibnu Khair, Ibnu Taimiyah, Ibnu Utsaimin dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang sama dengan kita (fatwa Perlis).

Kerana kita berusaha untuk menutup aib. Kita kena lihat fenomena bagaimana ia berlaku.

Katakanlah satu pasangan telah terlanjur (berzina), kemudian mereka kahwin dengan pasangan yang sama dan lima bulan kemudian lahirlah seorang anak lalu bila dia nak pergi daftar, tidak boleh dibinkan kepada bapa.

Kononnya pihak yang berfatwa menggunakan alasan itu untuk mendenda si ibu dan bapa kerana berzina. Tetapi realitinya apa yang berlaku – mereka (pasangan) ini mungkin telah bertaubat lalu berkahwin.

Kemudian si anak membesar, ibu dan bapa mungkin sudah jadi orang baik dan hendak membesarkan anak dengan cara baik.

Dia (si anak) pula mendapat adik-adiknya yang lain dan mendapati dia berbinkan lain iaitu Abdullah manakala adik-adiknya mengikut nama si bapa, sebagai contoh Ridzwan.

Pastinya si anak itu bertanya kenapakah saya bin lain, dan adakah bapanya kena beritahu yang saya (bapa) dan ibu dahulu pernah buat benda jahat, sedangkan agama menyuruh menutup aib.

Dan bagaimana pula dia hendak mendidik anak-anaknya berbuat baik, esok si anak kata bapa, ibu pun buat benda jahat.

Kemudian menyebabkan aib itu didedahkan pula di sekolah. Apabila masuk sekolah menengah malu lagi, bapa dia mungkin sudah bertaubat.

Guru turut tahu ni anak luar nikah, (seterusnya) masuk universiti bangkit lagi. 30-40 tahun nak kahwin, bangkit lagi sedang mungkin pula bapa atau ibu sudah meninggal dunia.

Bayangkan aib diletakkan kepada seorang mangsa iaitu si anak.

Dalam Islam juga turut ditekankan supaya kita menjaga aib orang. Pandangan ustaz?

MOHD ASRI: Saya hendak tanya di manakah kebaikan fatwa ini yang memaksa untuk dibinkan dengan Abdullah, sedangkan realitinya hanya untuk memalu dan mematahkan semangat orang untuk menjadi baik selain membuka aibnya.

Keduanya, sekarang ini banyak kes seperti ini iaitu orang yang berbinkan Abdullah, jika semuanya nanti berbinkan Abdullah.

Kita ada bukan ribu tetapi puluhan ribu dan lama kelamaan, orang anggap zina ini suatu perkara biasa.

Dulu mungkin orang sembunyi-sembunyi tetapi sekarang, zina ini seakan-akan dicatatkan (berbinkan Abdullah), akhirnya semua orang akan tahu dan jadi kebiasaan macam di Barat.

Secara tidak langsung ia seakan-akan memberi galakan. (Nanti ada mengatakan) Tidak ada masalah pun buat dulu (zina) sebab ramai yang bin Abdullah. Ini tidak akan jadi aib lagi.

Saya nak tanya, kita sebenarnya hendak denda siapa dengan hukuman ini? Adakah kita hendak denda si ibu, tidak, kita menghukum anak. Sebab itu fatwa Perlis menyelamatkan perkara ini.

Saya nak tanya lagi dalam keadaan lain, kalau pasangan bukan Islam masuk Islam dan membawa anak-anaknya sekali, (mengapa) anak itu terus dibinkan kepada si bapa. Kita tidak tanya pula enam bulan ke empat bulan ke (kelahiran).

Mengapa ada pendekatan berbeza dan kita tidak pernah tanya pun? Oh! itu dulu sebelum dia masuk Islam.

Jadi ertinya, soal apakah yang hendak dicapai dengan penegasan fatwa ini yang menyusahkan kita. Sebab itu, susah juga hendak melepasi fatwa Perlis ini tetapi Alhamdulillah ada kes-kes di Mahkamah Syariah Perlis yang menang apabila cukup bukti.

Saya anggap Mahkamah Syariah Perlis mestilah mengikut fatwa Perlis. Jika tidak, ia melanggar titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail) kerana itu merupakan warta negeri Perlis.

Saya ingin memberitahu rakyat Malaysia, sesungguhnya agama menyuruh kita menutup aib. Fatwa Perlis yang dikeluarkan ini tidak lain mempertanggungjawabkan pada orang berkenaan (pasangan berzina) untuk berkahwin, memberi ruang bagi mereka bertaubat serta berubah dan menutup keaiban.

Apakah asas pengeluaran fatwa Perlis dalam hal ini?

MOHD ASRI: Kita bersandarkan kepada hadis sahih Nabi SAW al-walad li-l-firash kerana ada kes pada zaman Baginda, berlaku perebutan nasab anak antara Sa’d bin Abi Waqqas dan Abd bin Zamah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa anak saudaranya, Utbah bin Abi Waqqas beritahu bahawa anak Zam’ah yang masih kecil sebenarnya adalah anaknya (Utbah).

Namun Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan bahawa itu adalah anak bapanya, Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaan dengan menyatakan anak berkenaan jelas menyerupai rupa Utbah.

Kes ini melibatkan wanita itu ‘tidur’ dengan orang lain tetapi kahwin dengan orang lain. Maka si anak (dilahirkan) menyerupai orang lain dan bukan suami wanita itu.

Kes ini dibawa kepada Nabi SAW dan baginda bersabda al-walad li-l-firash, anak dibinkan kepada suami yang ada. Walaupun rupa (fizikal anak) tidak menyokong. Melainkan orang itu (si suami) kata, ini bukan anak saya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Charles Kuonen, Jambatan Gantung Terpanjang Di Dunia

Charles Kuonen, Jambatan Gantung Terpanjang Di Dunia

Jambatan gantung Charles Kuonen ini merupakan jambatan gantung paling panjang di dunia ketika ini yang bakal memberikan anda pemandangan banjaran Alps yang indah.

Charles Kuonen

Buat pencinta alam semula jadi, anda mungkin perlu masukkan jambatan gantung ini dalam checklist tempat yang perlu anda lawatai.

Panjang jambatan ini adalah pada 494 meter dan dari segi ketinggian pula, di satu point anda akan berada 86 meter dari permukaan tanah.

Charles Kuonen

Jambatan ini terletak di perkampungan Randa dan akan menghubungkan Grächen dan Zermatt bagi laluan jalan kaki Europaweg.

Lebih menarik, syarikat yang membina jambatan ini, SWISSROPE cuma memerlukan 10 minggu untuk siapkan jambatan ini sepenuhnya. Memang hebat!

Kalau anda memang berhajat untuk ke Switzerland, jangan lepaskan peluang untuk cuba jambatan ini.

Charles Kuonen

Bagi anda yang teringin untuk cuba jambatan gantung, jangan bersedih. Boleh ke Langkawi untuk cuba Langkawi Sky Bridge. Jambatan ini pun sudah awesome dengan pemandangan yang indah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jambatan Gantung Yang Paling Menggerunkan

sumber: thevocket

Mengayuh Basikal Berlebihan Boleh Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang

Mengayuh Basikal Berlebihan Boleh Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang

Senaman berbasikal dalam gimnasium merupakan antara yang menjadi pilihan khususnya bagi individu yang sibuk bekerja kerana senaman berbasikal menggerakkan kesemua anggota badan secara serentak itu mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan.

Bahaya Basikal
Gambar hiasan.

Begitu pun, menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Queensland, Australia, senaman berbasikal di gimnasium secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Ketua Penyelidik, Dr. Rob Eley berkata, senaman itu yang dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan tenaga seseorang individu berkurangan lalu sel-sel dalam badan boleh pecah.

“Apabila sel pecah, ia akan mengeluarkan protein yang seterusnya merosakkan buah pinggang dan keadaan itu dipanggil rhabdomyolysis,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya seseorang itu mahu melakukan senaman atau mula bersenam, dia tidak seharusnya melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan diri.

“Pastikan anda berasa selesa ketika bersenam, bukan rasa terseksa,” ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Basikal Paling Berbahaya Di Dunia Berjaya Di Cipta

sumber: kosmo

Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa, International Lefthanders Day

Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa, International Lefthanders Day

Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa, International Lefthanders Day disambut pada 13 Ogos setiap tahun bertujuan untuk mempromosikan kesedaran terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna tangan kidal (kiri) di seluruh dunia.

Hari Tangan Kidal Antarabangsa

Ia disambut setiap tahun bertujuan mendedahkan kesukaran orang tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yang didominasi oleh pengguna tangan kanan.

Biarpun menjalani kehidupan seperti insan normal lain tetapi mereka sering didiskriminasi dan Hari Tangan Kidal diwujudkan untuk menangkis persepsi negatif terhadap golongan itu.

Sambutan ini juga adalah untuk meraikan keunikan dan perbezaan pengguna tangan kidal yang terdiri dari tujuh hingga sepuluh peratus penduduk dunia.

Sambutan orang tangan kidal mula disambut sejak tahun 1976, yang diisytiharkan oleh Kelab Hari Tangan Kiri pada 13 Ogos 1997, bagi meningkatkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangan orang kidal.

Setiap tahun, 10,000 orang kidal dilaporkan mengalami kecederaan kerana menggunakan peralatan orang kanan.

Orang kidal selalunya dihina dan dikritik serta mengalami tekanan emosi. Orang kidal pada zaman Gelap dilabel sebagai ahli sihir, wajib dibunuh.

Di negara-negara Islam, tangan kiri dianggap sebagai jijik dan hanya digunakan untuk mencuci najis.

Tangan kiri juga selalu dikaitkan dengan kejahatan, contohnya bila di alam akhirat nanti, buku amalan akan diberi, jika terima tangan kiri maka nerakalah tempatnya.

Dalam bahasa Itali sinestro bermaksud kiri, berasal dari perkataan sinister dan dalam bahasa Inggeris, left, selain dari kiri, bermaksudnya adalah ditinggalkan. Manakala right, adalah benar selain kanan.

Keunikan Pengguna Tangan Kidal

Selain gelaran kidal, orang yang cenderung menggunakan tangan kiri juga digelar "Lefties dan "Southpaws".

Dikatakan, orang yang menggunakan tangan kidal lebih genius daripada orang yang menggunakan tangan kanan.

Individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Buktinya, seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal dan 4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh juga bertangan kidal.

Antara selebriti dan orang kenamaan bertangan kidal George W.Bush, Bill Clinton, Barack Obama, Oprah,Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci dan Michelangelo.

Di Malaysia, artis yang bertangan kidal yang paling dikenali tentulah Man Kidal dan Mawi.

Soalnya, hina sangatkah pengguna tangan kiri ini?

Sambutan menyambut Hari Tangan Kidal.

BACA INI JUGA:

sumber: cikgushamsudin

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Ogos)

Tanggal 13 Ogos merupakan hari ke 225 (hari ke 226 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 140 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Battle of Blenheim Tapestry
Battle of Blenheim Tapestry.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan untuk Republik Afrika Tengah (1960).

Peristiwa

1521 - Selepas pengepungan yang lama, Tlatoani Cuauhtémoc ditangkap dan ibu negara Aztek Tenochtitlán jatuh kepada angkatan konkuistador Hernán Cortés.

1704 - Perang Warisan Sepanyol: England, Empayar Suci Rom dan Provinsi Bersatu menewaskan Perancis dan Bavaria dalam Pertempuran Blenheim.

1913 - Menggunakan relau elektrik, pencipta Inggeris Harry Brearley menghasilkan keluli tahan karat.

1937 - Pertempuran Shanghai meletus, kemudiannya menjadi antara pertempuran terbesar Perang China-Jepun Kedua.

1961 - Pembinaan Tembok Berlin yang memisahkan Berlin Barat dari Berlin Timur (dan Jerman Timur) bermula.

2011 - Empangan Saint Petersburg, bertujuan melindungi Saint Petersburg daripada bencana banjir, siap di Teluk Finland.

2012 - Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas diadakan di London.

2013 - Ibrahim Boubacar Keïta terpilih sebagai Presiden Mali selepas lawannya mengaku kalah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Ogos)

sumber: wikipedia

Saturday, August 12, 2017

Tahukah Anda Diesel Di Malaysia Mengandu­ngi Biodiesel Kelapa Sawit?

Tahukah Anda Diesel Di Malaysia Mengandu­ngi Biodiesel Kelapa Sawit?

Adakah anda sedar diesel di Malaysia mengandu­ngi komponen biodiesel sawit? Ramai tidak mengetahui namun faktanya, mulai Disember 2014 lalu, semua diesel yang dibekalkan stesen-stesen minyak di seluruh negara ini mengan­dungi adunan tujuh peratus biodiesel minyak sawit dan 93 peratus diesel petroleum.

Biodiesel

Mungkin ramai yang skeptikal mengenai manfaatnya namun kajian menunjukkan penggunaan 350,000 tan minyak sawit mentah (CPO) untuk biodiesel adalah bersamaan dengan pengurangan pelepasan satu juta tan Karbon Dioksida (C02) atau asap karbon dari 250,000 kenderaan.

Program pelaksanaan biodie­sel di Malaysia sebenarnya telah bermula sejak Jun 2011 dengan kadar adunan B5 (5 peratus biodiesel sawit dan 95 peratus diesel petroleum).

Kejayaan daripada program perintis yang bermula di Putrajaya itu kemudiannya menyaksikan program berkenaan diperluaskan ke seluruh negara.

Ketika ini, polisi biodiesel dikenakan adalah mandatori terhadap bahan api diesel yang digunakan oleh kenderaan dengan kadar adunan ditetapkan B7 iaitu tujuh peratus biodiesel sawit dan 93 peratus diesel petroleum.

Penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit itu tidak hanya terhad kepada diesel gred Euro2M tetapi juga terdapat dalam kandungan diesel gred Euro5.

Menerusi Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) adalah kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia dan mengoptimumkan penggunaan bahan api alternatif tersebut.

Penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit yang dikenali sebagai palm methyl ester (PME) adalah langkah yang mesra alam sekitar. PME atau ester metil asid lemak daripada minyak sawit adalah bahan api alternatif boleh diperbaharui yang jauh lebih bersih berbanding bahan api diesel petroleum.

Sebagaimana yang dimaklumkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penggunaan biodiesel juga tidak memberi kesan kepada enjin-enjin kenderaan malah penggunaannya tidak mendapat rungutan.

Bukan hanya di negara ini, negara-negara lain juga sudah mengo­rak langkah untuk melaksanakan penggunaan biodiesel secara mandatori. Indonesia mi­salnya telah melaksanakannya mu­lai 2013 dan pada tahun ini, kadar adunan yang ditetapkan negara berkenaan adalah lebih tinggi iaitu B20.

Di Colombia pula, sejak 2011, program biodiesel telah dilaksanakan dengan kadar adunan ditetapkan adalah B10 untuk kawasan tanah rendah dan B8 untuk kawasan tanah tinggi.

Selain itu, di Amerika Syarikat (AS), salah sebuah negerinya, Minnessota telah melaksanakan program biodiesel B10 secara mandatori bermula 2014 dan merancang untuk melaksanakan program B20 menjelang 2018.

Hakikatnya, banyak manfaat diperoleh menerusi pengguna­an biodiesel. Kajian saintifik mem­buktikan penggunaan biodiesel mampu mengurangkan pe­­lepasan gas rumah hijau bagi sektor peng­angkutan serta industri untuk alam sekitar yang lebih lestari.

Secara tidak langsung penggunaan biodiesel juga akan mem­­bantu merealisasikan hasrat ne­­gara untuk mengurangkan pe­lepasan gas rumah hijau seba­nyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 sebagaimana dipersetujui di bawah United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC).

Kajian juga menunjukkan biodiesel mengandungi nombor se­tana yang tinggi bagi prestasi enjin lebih baik serta menyumbang kepada pelepasan gas ekzos yang lebih bersih.

Dengan Malaysia merupakan antara negara pengeluar komoditi minyak sawit, program biodiesel mampu mengurangkan stok mi­nyak sawit negara serta membantu memperkukuhkan harga minyak sawit.

Kenaikan harga minyak sawit juga akan memberi kesan positif kepada industri sawit termasuk peningkatan harga buah tandan segar (BTS) terutamanya bagi meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil.

Penggunaan biodiesel juga mampu mengurangkan kebergantungan tinggi negara terhadap bahan api petroleum disam­ping mempelbagaikan kekayaan sumber-sumber tenaga alternatif yang dimiliki.

Ketika ini, MPIC sedang giat menjalankan kajian bersama MAA, Japanese Automobile Manu­facturers Association (JAMA), Fuel Injector Manufacturers (FIE) serta pelbagai pihak lain untuk penggunaan adunan kandungan biodiesel yang lebih tinggi iaitu 10 peratus (B10) ke atas.

Usaha tersebut adalah komitmen kementerian itu untuk meningkatkan lagi penggunaan biodiesel di negara ini sekali gus memberi sumbangan untuk alam sekitar yang lebih bersih dan mampan.

Dari segi asasnya, negara ketika ini memiliki sebanyak 22 syarikat yang menjadi pengeluar biodiesel bagi membekalkan ke­perluan negara.

Langkah ke hadapan yang sedang dirangka MPIC juga adalah untuk biodiesel tidak hanya digunakan oleh sektor pengangkutan tetapi juga sebagai bahan api untuk menjana industri-industri di negara ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Sambutan Festival Tari Malaysia

Sambutan Festival Tari Malaysia

Festival Tari Malaysia telah mula disambut sejak tahun 1992 dan dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan tujuan festival adalah bagi memantapkan lagi kumpulan-kumpulan kesenian di peringkat negeri selaras dengan perkembangan pesat di negara ini.

Festival Tari Malaysia

Selain itu festival tari ini diharap dapat menjadikan kesenian sebagai satu pengisian kepada industri pelancongan negara.

Beberapa kategori dipertandingkan sempena festival tari tersebut.

Antaranya Anugerah Kostum Terbaik tarian kontemporari, Anugerah Susunan Muzik Terbaik Tarian Kontemporari dan Anugerah Susunan Muzik Terbaik Tarian Rampaian Tradisional.

Penyertaan Festival Tari Malaysia ini dibuka kepada mereka yang berumur 16 hingga 35 tahun.

Keutamaan adalah kumpulan baharu untuk menampilkan bakat masing-masing dengan penyertaan setiap pasukan tidak melebihi 15 orang

Kumpulan yang ingin bertanding perlu menyediakan sinopsis mengenai sejarah penubuhan kumpulan, pereka tari, pemuzik, konsep serta tema tarian.

Pertandingan semasa Festival Tari Malaysia menawarkan hadiah wang tunai, sijil penyertaan dan trofi.

Masuk adalah percuma dan borang penyertaan boleh didapati di pejabat atau laman web JKKN.

Medan serlah bakat seni tari

Tarian tradisi mahupun etnik melambangkan warisan bangsa dan identiti sesebuah negara. Rutin dalam gerak tarinya dipersembahkan bukan kosong, tetapi ada isinya iaitu menceritakan sifat majmuk masyarakat, cara hidup sesebuah kaum termasuk pakaian, makanan, adat resam dan seni.

Atas sebab ini pentingnya tarian tradisi ini terus dipelihara.

Ia juga mendorong Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menganjurkan Festival Tari Malaysia.

Mengikuti peredaran semasa tiada salahnya asal tidak meminggirkan seni tradisi yang menjadi lambang jati masyarakat. Memeliharanya inilah antara usaha giat dijalankan JKKN.
JKKN sentiasa mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanah air dalam mengiktiraf karyawan seni budaya tempatan dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan karya bermutu dan dihayati bersama.

Festival Tari Malaysia membawa satu kelainan dengan memberi peluang kepada generasi muda untuk menyerlahkan bakat bukan saja dalam bidang tradisional seperti kelazimannya, malah memberi peluang untuk mendedahkan bakat dalam genre tarian moden seperti street dance, hip hop, ballet, kontemporari, jazz, line dance, tap, bally, lyrical dance dan banyak lagi genre tari moden lain yang bersesuaian.

Setiap kumpulan akan bersaing dengan lapan daripadanya adalah kategori tradisional manakala selebihnya kategori moden.

Acara Festival Tari Malaysia ini terbuka kepada orang ramai dan mereka dijemput hadir untuk menyaksikan FESTARI kerana tiada bayaran dikenakan.
 
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 14 Tarian Tradisional Masyarakat Majmuk Di Malaysia

sumber: jkkn

Kenapa Rakyat Korea Selatan Bencikan Jepun?

Kenapa Rakyat Korea Selatan Bencikan Jepun?

Korea pernah menjadi sebahagian dari wilayah Empayar Jepun pada tahun 1910 sehingga tahun 1945, namun sebenarnya telah bermula dengan Perjanjian Ganghwa pada tahun 1876 ketika Dinasti Joseon Korea, berikutan pembunuhan Maharani Myeongseong di tangan ejen-ejen Jepun pada tahun 1895, lalu memuncak dengan Perjanjian Eulsa pada tahun 1905.

Korea Selatan

Penguasaan Jepun terhadap Korea hanya berakhir dengan penyerahan kalah Jepun kepada Kuasa Berikat pada tahun 1945 dipenghujung Perang Dunia II.

Semenanjung Korea kemudiannya dibahagi kepada Korea Utara dan Selatan. Zaman pendudukan ini kemudiannya meninggalkan pertikaian yang berpanjangan antara negara Jepun dan kedua-dua Korea.

Parut Lama

Seringkali kita melihat kebencian rakyat Korea Selatan khususnya warga tua mereka kepada bangsa Jepun akibat 'parut' luka Perang Dunia Kedua. Walaupun dunia semakin berkembang, bukan mudah bagi rakyat negara tersebut melupakan apa yang terjadi kepada nenek moyang mereka dahulu.

Pada tahun 2017, terdapat insiden penyanyi dari Korea Selatan yang secara tidak sengaja telah menggunakan simbol matahari terbit (simbol bendera Jepun) sehingga menimbulkan kemarahan penduduk negara itu.

Dalam memahami luka di hati rakyat Korea Selatan, sebuah filem adaptasi kisah benar bertajuk 'The Battleship Island' menceritakan tentang penderitaan rakyat negara itu yang dipaksa menjadi pekerja lombong dan diseksa oleh tentera Jepun.

Lebih malang, golongan wanita dan kanak-kanak perempuan dipaksa menjadi pelacur dan pemuas nafsu tentera Jepun.

Terdapat beberapa karakter di dalam filem tersebut yang masing-masing menceritakan kisah sendiri antaranya pemuzik, Lee Kang-Ok (dilakonkan oleh Hwang Jung-min) dan anaknya Lee So-hee ( Kim Su-an) yang berusaha untuk meneruskan kehidupan dalam kesempitan.

Kemudiannya, karakter Choi Chil-sung (So Ji-sub) seorang samseng jalanan dari Seoul namun mempunyai hati yang baik dan Oh Mal-nyeon (Lee Jung-hyun) yang dipaksa menjadi pelacur.

Semua karakter ini ada satu matlamat iaitu untuk menambah baik hidup mereka, hingga terpedaya dengan janji manis pihak Jepun yang menjanjikan pekerjaan dengan pendapatan lumayan di Jepun.

Saat tiba di pelabuhan, mereka dikejutkan apabila dibawa ke Pulau Hashima, seterusnya diseksa dan dipaksa bekerja dengan gaji sedikit.

Saat itu, masing-masing terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harapan makin tipis, muncul tentera pembebasan Korea Selatan, Park Moo-young (Song Joong-ki) yang ditugaskan untuk menyelamatkan seorang ketua pejuang, namun kemudiannya mengetuai misi melarikan diri dari pulau tersebut.

Pengarah filem, Ryoo Seung-wan menceritakan secara terperinci dari bermulanya perangkap pihak Jepun hinggalah bagaimana rakyat Korea Selatan di sana bangkit melawan tentera Jepun dalam usaha menyelamatkan diri dari terus ditindas.

Laluannya bukan mudah apabila terdapat dalam kalangan mereka memilih menjadi tali barut Jepun dan sanggup mengkhianati rakyat Korea Selatan asalkan kehidupan terjamin.

Turut diselitkan di dalam filem tersebut adalah adegan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membunuh kira-kira 129,000 orang serta menyaksikan kejatuhan tentera Jepun, ketika itu.

Sepanjang dua jam menonton filem ini, penonton dapat merasai keperitan dan kejerihan rakyat di pulau tersebut untuk hidup.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak turut diseksa dan digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak Jepun.

Satu demi satu kekejaman tentera Jepun dipertontonkan membuatkan penonton dapat menyelami keperitan mereka yang terperangkap di sana.

Diluah mati emak, ditelan mati bapa, begitulah yang dirasai rakyat Korea Selatan di sana.

Jika melarikan diri, pasti dibunuh jika tertangkap, tetapi jika tinggal di situ pula, lambat laun akan menemui ajal.

Terdapat fakta mengatakan kanak-kanak lelaki yang berada di pulau itu digunakan untuk menyusup masuk ke dalam gua yang tidak dapat dimasuki lelaki dewasa.

Kebanyakkan mereka mati akibat kekurangan zat makanan atau disebabkan kemalangan seperi kebocoran gas di lombang.

Tapak Warisan

Pulau Hashima atau lebih dikenali sebagai 'Battleship Island' (Gunkajima) kerana bentuknya menyerupai kapal perang, sebelum ini merupakan lombong arang batu dasar laut.

Rakyat Korea dan tawanan perang dari China dipaksa bekerja sebagai buruh paksa di bawah dasar pengerahan perang Jepun.

Bermula pada 1930 hingga akhir Perang Dunia Kedua, dianggarkan kira-kira 1,300 pekerja buruh meninggal dunia di pulau tersebut atas pelbagai faktor seperti kemalangan, keletihan, kekurangan zat makanan.

Ada di antara mereka dibunuh dengan kejam kerana cubaan melarikan diri.

Setelah petroleum menggantikan arang batu di Jepun pada 1960, lombong arang batu di seluruh negara mula ditutup. Pulau Hashima ditutup secara rasmi pada 1974.

Pada 2009, Jepun mencadangkan Pulau Hashima sebagai salah satu tapak warisan Unesco namun ditentang oleh Kerajaan Korea Selatan berikutan insiden yang berlaku di pulau tersebut.

Namun begitu, setelah berkompromi dan Jepun bersetuju untuk memasukkan penggunaan buruh paksa dalam sejarah tempat itu serta turut mengakui dan memberikan penghormatan kepada rakyat Korea Selatan yang terkorban di situ, mereka menarik semula bantahan.

Pada Julai 2015, Pulau Hashima diluluskan untuk dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia Unesco.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Panduan Penting Jika Bayi Tersedak Atau Tercekik Ibu Bapa Wajib Tahu

Panduan Penting Jika Bayi Tersedak Atau Tercekik Ibu Bapa Wajib Tahu

Ibu bapa mana yang tidak cemas bila mana ada sesuatu berlaku kepada anak, tidak kiralah bayi, atau pun anak yang sudah besar, ia apasti membuatkan diri tidak keruan.

Panduan Bayi Tercekik

Begitulah yang dihadapi oleh seorang ibu, iaitu Pn Alia Azlia yang manak anak kecilnya tiba-tiba sahaja menangis, lemah dan muka menjadi pucat serta bibirnya berubah biru, yang berlaku hanya sekelip mata.

Tapi, mujurlah dengan tindakan pantas suaminya, anak mereka berjaya diselamatkan dan terus dikerjakan ke kecemasan.

Mari kita ikuti saat yang dialami oleh Pn Alia ini akan anaknya yang tersedak air liur.

Jam 3.00 petang

Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba-tiba menangis, lepas tu jatuh dan lembik badannya. Muka pucat dan biru bibirnya. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik-paniknya. Menangis semahu-mahunya lihat keadaan anak aku. Menjerit-jerit panggil suami.

Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud tak panik. Mujur sangat-sangat. Aku cek keadaan sekeliling tempat anak aku duduk tadi. Tak ada apa-apa. Apa yang menyebabkan berlaku mcm tu? Aku pun tak tahu.

Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bagi baby yang tersedak. Dia cuba korek-korek tengkuk anak supaya muntah jika tercekik dan bagi laluan pernafasan terbuka.

Suami tepuk-tepuk belakang anak 5 kali, pastu suami letakkan anak atas katil, bagi tekanan pada bawah puting dada anak sebanyak 5 kali dan 5 kali tepukan kat dada, jika anak tercekik apa-apa.

Suami cek pulak denyutan jantung anak, SLOW! Bila suami bagi tau denyutan jantung anak slow, kaki aku ni rasa macam dah tak melekat dah. Nyawa aku hilang tah ke mana. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Itu yang mampu aku lafazkan.

Bila suami cuba buat yang termampu untuk anak. Aku tengok anak, diam je. Tak aktif mahupun menangis.

Yang pasti bibir dia biru. Suami ulang-ulang balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu.

Jam 3.30 petang

Aku dan suami bergegas ke kecemasan. Alhamdulillah. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dengan kakaknya.

Tapi apa yang doktor bagi tau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah. Aku dengan suami memang tak tau anak akan tersedak air liur sendiri sebab berdasarkan pemahaman dan apa yang aku ketahui hanya tersedak susu @ air masak sahaja.

Doktor kata kalau lambat suami buat teknik kecemasan tadi, tak tau la apa akan jadi dengan Afifah. Allah.

Doktor mintak kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yang menyelamatkan anak kami.

Jam 4.00 petang

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa. Aktif bermain. Syukur ya Allah. Semoga afifah baik-baik saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.

Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yang bawah 6 bulan berlaku tersedak tapi terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya.

Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sebab, supaya lebih faham @ rujuk pada doktor untuk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana hari ini baru saya tahu.

Tindakan yang perlu dilakukan jika anak tersedak iaitu:

Panduan Bayi Tersedak

1. Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan Anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya.

2. Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya.

3. Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan.

4. Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha nnda.

5. Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda.

6. Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya.

7. Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat.

Saya sertakan beberapa gambar untuk faham lagi tindakan yang perlu dilakukan jika bayi tersedak.

Panduan Bayi Tersedak

a. Tiarapkan bayi kemudian seperti position dalam gambar diatas, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

b. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

c. Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Inilah Sebabnya Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberikan Makanan

sumber: siakapkeli

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Ogos 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Ogos 2017

Filem terbaharu bagi bulan Ogos nampaknya bakal dikuasai oleh filem seram yang awal-awal lagi sudah mencetus 'histeria' dikalangan penonton.

Untuk filem-filem terbaru sebelum ini, anda boleh menyemak senarai filem wajib tonton bulan Julai.

Berikut adalah senarai filem-filem terbaru di pawagam yang anda boleh tonton bersama pasangan mahupun keluarga.

Dark Tower

Dark Tower

  • Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Fantasi, Seram, Fiksyen Sains
  • Pelakon: Idris Elba, Matthew McConaughey, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick

Selepas mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah pergi ke dimensi tersebut.

Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertainya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia.

Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang dunia yang sedang nazak daripada musnah, tetapi pengembaraan mereka tidak mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick.

Ghost House

Ghost House

  • Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Scout Taylor-Compton, James Landry Hébert, Mark Boone Junior

Berkisarkan tentang pasangan muda yang pergi bercuti di Thailand. Apabila mereka tiba di sana, mereka telah bersikap biadap terhadap Ghost House. Kini mereka diburu oleh roh yang mahu memberi pengajaran kepada mereka.

Fairy Tail: Dragon Cry

Fairy Tail - Dragon Cry

  • Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
  • Bahasa: Jepun
  • Genre: Anime

Berdasarkan manga popular oleh Hiro Mashima dengan judul sama, Dragon Cry adalah artifak magik berbahaya yang mana dengan kuasa secukupnya ia mampu memusnahkan dunia.

Ia telah dicuri dari kuil dan kini berada di tangan raja Kingdom of Stella, Animus. Pasukan Natsu of Fairy Tail telah ditugaskan untuk mendapatkan semula Dragon Cry.

Mereka menyeludup masuk ke Kingdom of Stella dan bertemu gadis misteri bernama Sonia dan mereka perlu berdepan pelbagai cabaran dan bahaya untuk menyelesaikan misi mereka.

The Osiris Child: Science Fiction Volume One

The Osiris Child - Science Fiction Volume One

  • Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Pengembaraan
  • Pelakon: Kellan Lutz, Daniel MacPherson, Isabel Lucas, Luke Ford

Kane adalah Leftenan di Exor, sebuah syarikat terraform planet untuk manusia di Bumi. Satu hari dia mendapati syarikat tersebut secara rahsia mencipta makhluk yang dikenali sebagai Raggeds yang akan menghapuskan populasi di planet-planet.

Makhluk ini kemudian telah terlepas dan Exor membuat rancangan untuk mengebom planet untuk menutup perkara sebenar.

Kane kini perlu bekerjasama dengan bekas jururawat bernama Sy untuk mencari dan menyelamatkan anak perempuannya daripada kemusnahan global.

Revolt

Revolt

  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Fiksyen Sains
  • Pelakon: Lee Pace, Berenice Marlohe, Amy Louise Wilson

Manusia berada di puncak kehancuran selepas makhluk asing menjajah bumi dan mengancam untuk menghapuskan semua manusia.

Ketika perang tercetus di negara Afrika, seorang askar Amerika dan pekerja bantuan dari Perancis terpaksa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain demi menyelamatkan diri.

Sepanjang perjalanan mereka melalui medan perang, askar itu mula menyedari identiti sebenarnya yang boleh menjejaskan hubungan mereka.

Jailangkung: Datang Gendong Pulang Bopong

Jailangkung - Datang Gendong Pulang Bopong

  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
  • Bahasa: Indonesia
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Jefri Nichol, Amanda Rawles, Hannah Al Rashid, Lukman Sardi, Wulan Guritno, Gabriella Quinlyn

Tiga beradik iaitu Bella, Angel dan Tasya cuba merungkai misteri yang terjadi kepada bapa mereka yang tiba-tiba koma.

Mereka mendapat bantuan daripada Rama dan Kapten Wardana yang telah membawa mereka ke sebuah tempat di mana mereka menemui Jailangkung, patung yang boleh memanggil kembali roh orang mati.

Pencuri Hati Mr. Cinderella

Pencuri Hati Mr. Cinderella

  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
  • Bahasa: Melayu
  • Genre: Romantik
  • Pelakon: Ahmad Idham, Atikah Suhaimie, Eizlan Yusof, Cat Farish, Faye Kusairi, Hairul Azreen, Haliza Misbun

Filem drama romantik ini mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan berjaya hidup kesunyian. Dia kemudian telah mengupah wanita GRO muda untuk menemaninya melakukan aktiviti hariannya.

Bagaimanapun tanpa disedari kedua-dua mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain.

Annabelle: Creation

Annabelle - Creation

  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman

Ia mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya. Selepas beberapa tahun kejadian maut anak perempuan mereka, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka.

Tidak lama kemudian, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.

The Hitman's Bodyguard

The Hitman's Bodyguard

  • Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Pengembaraan
  • Pelakon: Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Elodie Yung, Salma Hayek

Seorang pengawal peribadi terhebat terpaksa bekerjasama dengan bekas musuhnya, seorang pembunuh upahan yang perlu memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mereka perlu membuang perbezaan masing-masing bagi menumpaskan seorang diktator dalam masa 24 jam.

The Battleship Island

The Battleship Island

  • Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
  • Bahasa: Korean
  • Genre: Aksi, Sejarah
  • Pelakon: Hwang Jung-Min, So Ji-Sub, Song Joong-Ki, Lee Jung-Hyun, Yoon Dae-Yool, Kim Soo-Ahn

Lee Kang-OK adalah seorang kondukter muzik di hotel Kyungsung. Dia telah meninggalkan Jepun untuk melindungi anak perempuannya, tetapi mereka telah dihantar ke Hashima (Pulau Peperangan) iaitu kem buruh, di mana mereka dipenjara dan dipaksa untuk bekerja di lombong arang.

Turut menerima nasib sama adalah Choi Chil Seong, seorang pelawan jalanan terbaik di Kyungsung yang sering menimbulkan masalah ketika di kem buruh, dan Park Moo-Yeong, pejuang kebebasan yang berjaya menyelinap masuk untuk menyelamatkan individu penting dalam pergerakan kebebasan yang dipenjara di sana.

Mereka adalah antara 400 pekerja Korea yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk melarikan diri dari Hashima.

Amityville: The Awakening

Amityville - The Awakening

  • Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Bella Thorne, Cameron Monaghan, Jennifer Jason Leigh, Thomas Mann, Jennifer Morrison

Belle, adik perempuannya Juliet dan kembarnya James telah berpindah ke sebuah rumah baru bersama ibu mereka, Joan, bertujuan untuk menjimatkan wang untuk membantu kos perubatan abangnya.

Tetapi apabila perkara aneh mula berlaku di rumah, termasuk abangnya pulih dengan cepat dan Belle sering diganggu mimpi ngeri, Belle mula mengesyaki ibunya tidak memberitahu perkara sebenar.

Dia kemudian mendapat tahu yang mereka berpindah ke rumah Amityville yang mempunyai sejarah berdarah.

Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2

  • Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017
  • Bahasa: Melayu
  • Genre: Aksi, Komedi
  • Pelakon: Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu

Fadil mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger.

Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh.

Untuk membersihkan namanya dan membuktikan dia tidak bersalah, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger.

Renegades

Renegades

  • Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Sullivan Stapleton, J.K. Simmons, Charlie Bewley

Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan tentang sepasukan Navy SEALs telah menjumpai harta karun di dasar tasik Bosnia.

Inhumans

Inhumans

  • Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Pengembaraan, Fiksyen Sains
  • Pelakon: Anson Mount, Iwan Rheon, Serinda Swan, Eme Ikwuakor, Isabelle Cornish, Ken Leung

Black Bolt adalah King of the Inhumans, dia mempunyai suara yang sangat berkuasa yang mana dengan hanya berbisik sahaja ia mampu memusnahkan bandar.

Berikutan berlaku rampasan kuasa oleh tentera, raja itu perlu membawa keluarganya melarikan diri dari Bumi demi menyelamatkan mereka.

Mereka telah tiba di Hawaii di mana mereka merasai pengalaman dengan kehidupan dunia dan manusia.

American Made

American Made

  • Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Jenayah, Ngeri
  • Pelakon: Tom Cruise, Domhnall Gleeson, Jesse Plemons, Sarah Wright

Barry Seal adalah seorang juruterbang TWA yang direkrut oleh CIA untuk mengawal ancaman komunis di Pusat Amerika.

Seal menjadi seorang ejen dalam satu misi rahsia, tetapi berikutan skandal Iran telah membawa kepada malu besar terhadap Rumah Putih Reagan.

The Son Of Bigfoot

The Son Of Bigfoot

  • Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Animasi
  • Pelakon: Bob Barlen, Cal Brunker

Seorang remaja bernama Adam keluar untuk mencari bapanya yang sudah lama hilang, tetapi kemudian dia mendapati bapanya sebenarnya adalah Bigfoot, yang telah bersembunyi di hutan untuk beberapa tahun demi melindungi dirinya dan keluarga daripad HairCo, sebuah organisasi yang mahu menggunakan DNA-nya untuk melakukan eksperimen saintifik.

Apabila bapa dan anak mula berhubung semula, HairCo mula menjejaki mereka.

Malay Regiment

Malay Regiment

  • Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
  • Bahasa: Melayu
  • Genre: Aksi, Sejarah
  • Pelakon: Yus Waisar, Nad Zainal, Z.Zamri, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar

Filem perang ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan kesalamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah.

Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis.

Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

-SENTIASAPANAS.COM