Wednesday, October 10, 2012

Mila Kunis Artis Paling Seksi 2012


Pelakon, yang juga kekasih kepada pelakon kacak, Ashton Kutcher, Mila Kunis, telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di dunia oleh majalah lelaki terkenal Amerika Syarikat, Esquire.

Mila Kunis

Mila, 29, pelakon beberapa program televisyen, seperti That ‘70s Show, dipilih oleh majalah tersebut sebagai seorang yang paling cantik, mempunyai pandangan sendiri, ramah dan juga pelakon yang kelakar yang telah dikenali ramai sejak berumur sembilan tahun lagi.

Kunis turut tampil dengan aksi ghairah dalam keluaran terbaru majalah itu apabila hanya mengenakan seluar hitam dan tidak berbaju.

Kunis secara berseloroh menyatakan dia lebih rela menjadi penyelam skuba daripada mendapat gelaran wanita paling seksi.

Selain itu katanya, dia lebih fokus untuk menjadi dirinya yang sebenar.

“Apa yang saya lakukan dan siapa saya sebenarnya adalah dua perkara yang berbeza.

“Kebanyakan selebriti hilang fokus seketika dan akhirnya mereka terpaksa menjadi selain daripada mereka sendiri dan lebih senang mengikut apa yang peminat mahu tengok daripada diri mereka,” katanya yang juga sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pasangan pelakonnya dalam filem Friends With Benefits, Justin Timberlake.

Antara selebriti lain yang tersenarai dalam kategori wanita seksi dunia tahun ini ialah Anne Hathaway, Jessica Chastain, Gabourey Sidibe dan Katie Holmes.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon