Thursday, May 18, 2017

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa disambut pada 18 Mei setiap tahun bagi tujuan mempromosi peranan dan fungsi muzium yang telah ditetapkan sebagai Hari Muzium Antarabangsa hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) yang diadakan pada tahun 1977.

Hari Muzium Antarabangsa

Sejak itu, Hari Muzium Antarabangsa disambut di seluruh dunia dengan jumlah penyertaan muzium yang semakin bertambah saban tahun.

Tahun 2018 mencatatkan rekod tertinggi dengan penglibatan lebih 36,000 buah muzium dari lebih 158 buah negara di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Sambutan Hari Muzium boleh dilihat sebagai peluang dan kesempatan yang sangat baik untuk pihak muzium mengorak langkah yang lebih jauh ke arah globalisasi, bagi merencana masa depan industri permuziuman yang lebih komprehensif dan berdaya saing.

Dalam dunia teknologi hari ini yang melangkaui jarak dan sempadan, institusi muzium tidak harus ketinggalan untuk mencipta pendekatan dan sasaran baharu yang berpotensi membuka ruang dan peluang yang lebih besar untuk muzium kekal relevan dalam cabaran masa hadapan.

Pada masa yang sama di sebalik kemajuan teknologi yang serba canggih itu, muzium juga harus mendekati kumpulan-kumpulan minoriti bagi melengkapkan khalayaknya yang pelbagai.

Untuk tujuan itu, muzium perlu bersedia untuk menerima sasaran kelompok baru ini dengan mencipta dan mempelbagaikan kaedah dalam menterjemah dan mempersembah koleksi mereka agar kekal relevan sebagai institusi yang mendukung warisan, sejarah dan budaya negara.

Idea asas Penganjuran Hari Muzium Antarabangsa oleh ICOM adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan muzium dalam masyarakat.

Oleh itu, penganjuran Hari Muzium Antarabangsa merupakan salah satu strategi untuk mendekati masyarakat dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali muzium secara lebih dekat.

Selari dengan matlamat itu, pelbagai aktiviti khususnya yang melibatkan penyertaan bersama warga muzium dan orang ramai telah disusun.

Selamat menyambut Hari Muzium Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: newsabahtimes

Wednesday, May 17, 2017

11 Jenis Burung Lovebird Dengan Warna Bulu Paling Cantik

11 Jenis Burung Lovebird Dengan Warna Bulu Paling Cantik

Salah satu faktor yang menentukan harga spesis burung lovebird selain suara ngekek yang dimiliki adalah kecantikan warna bulu yang dimilikinya.

Semakin jarang warna burung Lovebird tersebut maka harga jualannya pun semakin tinggi berdasarkan warna yang dimilikinya.

Jenis dan spesis Burung Lovebird ternyata mempunyai nama dan harga yang berbeza-beza dan berikut merupakan senarai lengkap jenis-jenis burung Lovebird.

11 jenis Burung Lovebird Paling Cantik Berdasarkan Warnanya.

1. Lovebird LUTINO

Lovebird LUTINO
Burung Lovebird LUTINO Mata Merah (IG: vackerly_)

Lovebird lutino boleh dikatakan salah satu lovebird yang paling mudah di kenali. Pada umumnya, lovebird lutino di seluruh tubuhnya mempunyai warna oren, kuning di seluruh tubuhnya.

Lovebird lutino memiliki 2 spesis iaitu Lovebird Lutino Mata Merah dan Lovebird Lutino Mata Hitam.

2. Lovebird Batman

Lovebird Batman
Lovebird Batman (IG : nixsnixs182)

Seperti namanya, lovebird batman sinonim dengan warna abu-abu dan juga hitam. Lovebird batman mempunyai warna hitam pada bahagian wajah dan juga sayap, sedangkan pada bahagian tubuh lain biasanya berwarna agak ke abu-abuan.

Semakin gelap warna lovebird batman, harganya juga akan semakin tinggi.

Ketika ini harga lovebird batman adalah lebih mahal berbanding lovebird lutino.

3. Lovebird Olive

Lovebird Olive

Lovebird Olive memiliki warna dominan hijau tua, juga olive pada tubuhnya. Akan tetapi, pada bahagian-bahagian tertentu boleh saja mempunyai warna berbeza seperti pada bahagian kepala yang pada umumnya mempunyai warna oren dan warna kuning agak kehitam-hitaman.

4. Lovebird Blorok

Lovebird Blorok
Lovebird Blorok (IG : yahreza5532)

Salah satu warna lovebird yang cukup diminati adalah burung yang mempunyai warna blorok. Tidak seperti spesis burung lovebird lain yang biasanya hanya terdiri dari beberapa warna yang kelihatan menyati.

5. Lovebird Halfsider

Lovebird Halfsider

Lovebir halfsider mempunyai keunikan yang tidak di miliki oleh jenis lovebird lain. Lovebird halsider mempunyai 2 warna yang berbeza pada bulunya dan biasanya seperti garis lurus yang membelah antara bahagian kiri dengan kanan yang mempunyai warna berbeza contohnya hijau dengan merah ataupun warna lain seperti gambar di atas.

6. Lovebird Biola

Lovebird Biola
Lovebird Biola (IG : hariiedhoz_jbixxll)

Pada saat artikel ini di tulis, lovebird biola merupakan burung lovebird yang mempunyai harga jualan paling tinggi (mengikut warna) dari semua jenis dan spesis lovebird yang ada di Indonesia.

Untuk seekor lovebird biola, harganya boleh mencapai 15 juta rupiah (USD$1,120) atau lebih tinggi.

7. Lovebird Palamas

Lovebird Palamas
Lovebird Palamas (IG : goes_wisnu_bali)

Palamas merupakan singkatan dari kata Ketua Emas, yang dari nama tersebut boleh di bayangkan seekor lovebird palamas mempunyai warna khasi di kepala yang berwarna kuning seperti emas dan merupakan identiti burung jenis ini.

8. Lovebird Dakocan

Lovebird Dakocan
Burung Lovebird dakocan (IG : muhammadhafidz17)

Sebenarnya, lovebird dakocan terdiri dari 3 jenis spesis dan memiliki 3 warna berlainan iaitu lovebird dakocan asli, lovebird dakocan biru dan yang sering ditemui adalah lovebird dakocan hijau.

9. Lovebird Albino

Lovebird Albino
Lovebird Albino MM (IG : hariiedhoz_jbixxll)

Sesuai dengan namanya Lovebird albino, pada umumnya didomiansi oleh warna putih di sekujur badannya.

Warna putih yang ada pada lovebird albino merupakan faktor genetik apabila lovebird albino jantan di kawinkan dengan lovebird albino.

Burung betina lovebird biasanya akan menghasilkan anak loevbird albino juga.

10. Lovebird Parblue

Lovebird Parblue
Lovebird Parblue (IG : hariiedhoz_jbixxll)

Parblu, singkatan bahasa Inggeris mempunyai kepanjangan Patrial Blue dan jika di terjemahkan bermaksud sebahagian biru.

Di indonesia, ada 2 jenis lovebird yang termasuk dalam kategori Parblue dan setiap jenis mempunyai beberapa varian lagi,

11. Lovebird Violet

Lovebird Violet
Lovebird Violet (IG : jerry_laqquinta)

Salah satu ciri lovebird violet adalah warna yang dimiliki pada bahagian pungung, sayap dan dada.

Pada bahagian muka lovebird violet pada umumnya didominasi oleh warna hitam sedangkan leher biasanya berwana putih bersih dan berwarna abu-abu.

Semoga memberi manfaat.

nota editor: artikel ini disumbangkan oleh hobiburung.org.

BACA INI JUGA: S

Benarkah Pemandu Wanita Punca Kesesakan Lalu Lintas?

Benarkah Pemandu Wanita Punca Kesesakan Lalu Lintas?

Topik yang sering menjadi bualan pemandu di jalan raya, antara pemandu wanita dan lelaki yang mana lebih teruk? Jika menurut tanggapan majoriti pemandu di Malaysia, sudah tentu mereka berpendapat bahawa pemandu lelaki lebih cekap berbanding perempuan.

Pemandu Wanita

Sebagai wakil kepada pemandu-pemandu lelaki kacak di Malaysia, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut setelah diukur dengan pengalaman sendiri.

Namun, sebaliknya bagi pemandu wanita. Kesimpulan daripada ini, jantina tidak memainkan peranan yang menjadi ukuran adalah sikap pemandu itu sendiri.

Memetik laporan oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad, tabiat memandu antara pemandu lelaki dan wanita sebenarnya hampir sama sahaja.

Bahkan, pemandu wanita lebih cermat dan berhati-hati menyebabkan mereka lebih selesa memandu dengan kadar perlahan berbanding pemandu lelaki.

Persoalannya, adakah terlalu berhati-hati atau lembap?

Merujuk kenyataan Datuk Aishah Ahmad lagi, sikap berhati-hati pemandu wanita ini boleh dilihat ketika mereka memandu di kawasan berbahaya seperti di simpang dan memotong di selekoh.

Namun tidak dinafikan, perbuatan ini kadang-kala menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Tetapi dari sudut yang lain, ianya lebih selamat.

Dalam pada itu, pemandu wanita dikatakan lebih beretika berbanding pemandu lelaki. Hal ini adalah disebabkan sifat semulajadinya yang amat mengambil berat terhadap keselamatan termasuk ketika memandu.

Cuma masalahnya, majoriti pemandu wanita kurang keyakinan diri apabila memandu dan kerap diburu perasaan seperti akan dilanggar kenderaan lain, cepat panik serta risau akan perkara yang belum terjadi.

Mengenai kemalangan pula, kadar kemalangan yang membabitkan pemandu lelaki adalah lebih tinggi berbanding pemandu wanita.

Hal ini disebabkan 2 perkara. Yang pertama adalah, pemandu lelaki lebih ramai berbanding wanita dan yang kedua kerana sikap sambil lewa.

Beliau turut berkata, kebayakan pemadu muda lebih agresif terutama mereka yang baru memiliki lesen memandu.

Akhir kata, semua pemandu tidak kira lelaki ataupun wanita haruslah memainkan peranan penting. Patuhi peraturan jalan raya, memandu dengan berhemah agar tidak membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Sedikit tambahan, tidak semestinya wanita cantik yang pakai foundation mahal-mahal boleh pandu kereta dengan bagus.

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Mei)

Tanggal 17 Mei merupakan hari yang ke 137 (hari ke-138 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory, 228 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mekanisme Antikythera 2

Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Norway (1814) dan Hari Kesusasteraan Galicia di Galicia, Sepanyol.

Mari kita baca peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini dalam sejarah.

Peristiwa

1642 - Société Notre-Dame de Montréal mengasaskan misi kekal Ville-Marie, yang akhirnya berkembang menjadi bandar Montreal.

1792 - Bursa Saham New York diasaskan di Wall Street.

1814 - Perlembagaan Norway diterimapakai di Eidsvoll.

1865 - Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa diasaskan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa di Paris.

1902 - Mekanisme Antikythera, mekanisme bergear tertua yang diketahui, ditemui dalam nahas kapal berdekatan pulau Antikythera, Greece.

1943 - Perang Dunia Kedua: Dam Busters Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan bom lantunan terhadap empangan Jerman.

1995 - Selepas 18 tahun sebagai Datuk Bandar Paris, Jacques Chirac dilantik sebagai Presiden Republik Perancis.

2009 - Dalia GrybauskaitÄ— terpilih sebagai Presiden wanita pertama Lithuania, menggantikan Valdas Adamkus.

2009 - Pasukan badminton China mengekalkan kejuaraan Piala Sudirman, menewaskan Korea 3-0.

2010 - Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.

2011 - Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi pertama oleh seorang raja British ke Republik Ireland.

Kelahiran

1900 - Ayatollah Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran pertama dan juga pengasas Republik Islam Iran.

1936 - Dennis Hopper, pelakon Amerika Syarikat.

1967 - Mohamed Nasheed, Presiden Maldives ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Mei)

sumber: wikipedia

Apa itu Malware WannaCry Ransomware dan Bagaimana Cara Mencegahnya?

Apa itu Malware WannaCry Ransomware dan Bagaimana Cara Mencegahnya?

Ransomware adalah salah satu jenis ancaman berbahaya malware komputer yang di instalasi oleh pihak tidak bertanggungjawab (penggodam) yang akan mengunci fail, komputer dan hardisk dengan menggunakan algoritma berbahaya.

WannaCry

Serangan Ransomware termasuklah semua jenis komputer, telefon pintar dan peranti-peranti yang tertentu.

Jika telah diserang virus berbahaya ini, untuk mendapatkan kunci atau unlock fail, hardisk yang terjejas, mangsa terpaksa membayar wang tebusan di dalam bentuk Bitcoin (matawang siber) kepada pihak penggodam terbabit.

Kesan buruk adalah sangat besar bagi organisasi yang menyimpan maklumat penting di dalam komputer.

Apa itu WannaCry Ransomware?

WannaCry Ransomware merupakan ancaman siber terbaharu bagi serangan ransomware yang telah diumumkan Pakar Keselamatan Siber pada 12 Mei 2017 yang lalu.

Serangan ransomware merebak secara meluas ke hampir semua negara di seluruh dunia.

Bagaimana WannaCry Ransomware bertindak?

Ransomware bertindak setelah berjaya memasuki komputer dengan menggunakan kaedah penanaman trojan atau memuat turun attachment file atau mengklik attachment yang dibekalkan di dalam emel (sebagai contoh cara Ransomware Locky bertindak).

Setelah memasuki sistem komputer mangsa, Locky akan menjalankan penyulitan (encrypt) kepada sistem fail mangsa dan untuk menyahsulit (decrypt) fail-fail ini mangsa perlu membayar tebusan dalam matawang Bitcoin melalui Darkweb yang telah ditetapkan.

WannaCry Ransomware boleh memasuki semua sistem operasi Windows yang terdapat kelemahan MS17-010 atau dikenali dengan kod nama EternalBlue iaitu sejenis kelemahan melibatkan serangan Remote Code Execution (RCE) keatas kelemahan pada Microsoft Server Message Block 1.0 (SMBv1).

Serangan yang berjaya akan membuat instalasi kepada DoublePulsar backdoor dan seterusnya menyerang kernel sistem operasi Windows.

Harga 'Wang Tebusan' WannaCry Ransomware

Harga wang tebusan untuk mendapatkan fail atau hardisk yang encrypted adalah sekitar RM1,,000-RM2500 (0.17-0.35 Bitcoin).

Jenis-jenis WannaCry Ransomware

Berikut adalah nama-nama virus WannaCry Ransomware yang telah dikenal pasti:
  • WannaCrypt
  • WannaCry
  • WannaCrypt0r
  • WCrypt
  • WCRY
  • WinMain

Berikut adalah beberapa paparan yang terjejas dengan virus WannaCry Ransomware:

WannaCry Ransomware

Perkara asas cara mengelak serangan WannaCry Ransomware
  • Mengelakkan dari memuat-turun fail dari emel yang tidak dapat dikenalpasti dan juga sentiasa menyemak alamat emel yang diterima (emel rasmi jabatan atau emel persendirian).
  • Melakukan imbasan keselamatan (antivirus) pada pemacu (external harddisk/ thumbdrive) yang disambungkan pada komputer.
  • Mengelakkan dari memuat turun sebarang fail dari sumber internet yang tidak dikenal pasti.

Jangan klik pautan seperti ini!

Wannacry ransomeware link

Malware (WinMain) ini akan sentiasa mencuba untuk berkomunikasi dengan web yang tidak berdaftar. Sekiranya, malware WinMain berjaya berkomunikasi, malware ini akan cuba mencipta satu fail yang terletak pada C:\WINDOWS\mssecsvc.exe dan kemudian akan di 'Execute' didalam sistem operasi.

WannaCry exe

Berhati-hati dan jangan lupa untuk membaca langkah-langkah bagi mengelakkan ancaman WannaCry Ransomware.

BACA INI JUGA: 5 Hacker Wanita Paling Cantik

sumber: elihjapahar

Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Baru-baru ini sahaja ahli penyelidik dari Barat baharu menemui kebaikan dari segi kesihatan sekiranya seseorang itu berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

Kelebihan Puasa

Walaupun kebanyakan pakar nutrisi Barat tidak bersetuju dengan amalan berpuasa yang dikatakan sebagai satu kaedah tidak sihat, namun satu kajian yang dilakukan oleh para saintis dari University of Southern California ini membuktikan sebaliknya.

Menurut saintis yang menjalankan penyelidikan tersebut, amalan berpuasa selama tiga hari dipercayai boleh memperbaiki sistem imunisasi terutamanya bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Dalam kajian itu juga menyebut dengan berpuasa juga, golongan warga emas boleh memperbaiki sistem ketahanan badan yang semakin menurun berikutan faktor usia.

Penyelidik mendapati dengan berpuasa ia dapat menambah sel darah putih dalam badan sekali gus dapat memperbaiki sistem ketahanan badan seseorang individu.

Menurut Profesor Sains Biologi dan Penuaan universiti tersebut, Prof Valter Longo, dengan berpuasa ia memberikan masa yang secukupnya untuk membentuk sel baharu yang mampu memperbaiki imunisasi badan.

“Berita gembiranya juga dengan berpuasa, ia dapat membuang terus sel-sel darah yang sudah rosak dan tua.

“Jika anda sistem sel badan anda rosak teruk akibat rawatan kemoterapi atau melalui proses penuaan, dengan berpuasa ia mampu mengembalikan sel baharu yang lebih baik untuk daya ketahanan badan,” kata Prof Valter.

Dalam kajian itu, saintis mendapati dengan berpuasa, ia boleh menurunkan enzim PKA; enzim yang mempercepatkan proses penuaan serta meningkatkan risiko penyakit kanser dan tumor.

BACA INI JUGA: Puasa Nabi Daud Paling Disukai Allah

sumber: mynewshub

Tuesday, May 16, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Mei)

16 Mei merupakan hari ke-136 (hari ke-137 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 229 hari sebelum memasuki tahun selepasnya dan hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia.

Perang Salib Keempat

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini di Malaysia dan seluruh dunia.

Peristiwa

1204 - Perang Salib Keempat: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.

1527 - Keluarga Medici diusir dari Florence buat kali kedua dan sebuah republik diasaskan semula.

1532 - Sir Thomas More meletak jawatan sebagai Lord Canselor England.

1811 - Perang Semenanjung: Perikatan Sepanyol, Portugal dan Britain, menewaskan pihak Perancis di Pertempuran Albuera.

1822 - Perang Kemerdekaan Greece: Pihak Turki menawan pekan Souli di Greece.

1836 - Edgar Allan Poe mengahwini sepupunya Virginia yang berusia 13 tahun.

1866 - Rutbir disediakan secara komersil buat pertama kali oleh ahli farmasi Charles Elmer Hires.

1918 - Akta Hasutan 1918 diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, agar sebarang tindakan membidas kerajaan dijadikan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara.

1920 - Di kota Rom, Paus Benedict XV mengisytiharkan Jeanne d'Arc menjadi santa.

1929 - Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Roosevelt, Los Angeles.

1943 - Perang Dunia Kedua: SS-Brigadeführer Jurgen Stroop menghentikan Pemberontakan Ghetto Warsaw, pemberontakan besar-besaran pertama di Poland terhadap pendudukan Nazi semasa Holokus.

1948 - Chaim Weizmann dipilih menjadi Presiden pertama negara Israel moden.

1960 - Nikita Khrushchev menggesa Presiden A.S. Dwight D. Eisenhower memohon maaf atas kejadian pesawat intipan U-2 berterbangan di wilayah Kesatuan Soviet, maka berakhirnya sidang kemuncak Empat Terbesar di Paris.

1960 - Ahli fizik A.S. Theodore Maiman menjalankan laser pertama, di Hughes Research Laboratories di Malibu, California.

1966 - Mao Zedong melancarkan Revolusi Kebudayaan sebagai satu kempen untuk membebaskan China daripada unsur bourjuis liberalnya dan meneruskan perjuangan kelas revolusi.

1969 - Rancangan Venera: Peneroka angkasa Venera 5 mendarat di planet Zuhrah.

1974 - Josip Broz Tito dipilih semula menjadi presiden Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Kali ini beliau dilantik menjadi presiden seumur hidup.

1975 - India mengilhakkan Sikkim setelah negeri tersebut mengadakan pungutan suara yang menyaksikan rakyatnya menyebelahi gabungan dengan India.

1975 - Junko Tabei menjadi wanita pertama yang tiba di puncak Gunung Everest.

2003 - 33 orang terkorban manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di bandar Casablanca, Maghribi.

2004 - Hari Berkabung di hutan Bykivnia, berhampiran ibu kota Kiev, Ukraine. Sekitar 1930-an dan awal 1940-an, di sinilah angkatan bolshevik komunis membunuh lebih 100,000 orang awam Ukraine.

2005 - Kuwait merestui hak mengundi wanita melalui undian 35-23 di Perhimpunan Kebangsaan.

2006 - Sebuah gempa bumi besar (berukuran 7.4 dalam Skala Richter) berlaku berhampiran New Zealand.

2009 - Dalam pilihan raya umum India, Parti Bharatiya Janata mengaku kalah kepada Perikatan Progresif Bersatu, parti kerajaan campuran kini.

2010 - Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.

2010 - Pasukan badminton lelaki China dan wanita Korea memenangi Piala Thomas & Uber 2010.

2011 - Space Shuttle Endeavour dilancarkan untuk misi terakhirnya, menghantar modul pemasangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

2015 - Penubuhan parti Pembangkang Malaysia yang baharu, Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengumumkan keluar dari pakatan dan membentuk Pembangkang Blok Ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia. Tempat PAS digantikan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kelahiran

1926 - Jaafar Hassan, seorang Menteri Besar Perlis ke-3.

Kematian

1926 - Mehmed VI, Sultan Empayar Uthmaniyyah terakhir.

2001 - Ahmad Razali Mohd Ali, seorang Menteri Besar Selangor ke 10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mei?

sumber: wikipedia

Terapi Ketawa, Kebaikan dan Kelebihannya Merawat Penyakit

Terapi Ketawa, Kebaikan dan Kelebihannya Merawat Penyakit

Ketawa ialah satu kualiti hebat yang tersimpan dalam diri manusia yang apabila dilepaskan akan mengubah keseluruhan hidup seseorang individu menyebabkan mereka merasai kebahagiaan.

Terapi+Ketawa

Terapi ketawa ini juga berfungsi  untuk memulihkan banyak penyakit berkaitan dengan perut.

Ketawa yang kuat secara berdekeh-dekah seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari.

Melalui terapi ketawa yang diperkenalkan di India pada tahun 1997, ternyata ia memberi kesan yang baik kepada individu dari aspek kesihatan dan emosi mereka.

Ia kini bukan sahaja diamalkan di India, malah semakin popular di seluruh dunia terutamanya di hospital-hospital di Eropah dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia, terapi ketawa masih lagi baru sejak ia diperkenalkan oleh Kevala Centre pada tahun 2009 yang lalu.

Apabila seseorang ketawa, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun.
Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik.

Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh.

Aktiviti terapi ketawa adalah satu bentuk senaman pernafasan yang mempunyai kebaikan kepada paru-paru dan jantung yang keseluruhannya mempunyai 12 langkah.

Setiap langkah yang dilakukan menggunakan keseluruhan tenaga yang terdapat dalam tubuh sambil diiringi dengan gelak ketawa daripada peserta.

Contohnya aktiviti yang memerlukan peserta menepuk tangan sambil ketawa kuat, berfungsi menggerakkan keseluruhan organ dalam badan, pergerakan dengan tangan 'teh tarik' untuk meningkatkan tahap pernafasan dalam badan dan aktiviti menggoyang dan menggerakkan badan sambil ketawa membantu menyeimbangkan perjalanan darah dalam badan.

Kajian juga menunjukkan mereka yang banyak ketawa dalam kehidupan mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, selain mereka akan kelihatan lebih bertenaga dan gembira.

Ketawa tidak kira tempat dan keadaan yang sedang dilalui.

Ketawa secara beramai-ramai dengan rakan-rakan ketika bercerita perkara yang melucukan atau ketawa berseorangan semasa menonton cerita kartun mahupun adegan dalam televisyen yang menghiburkan adalah sesuatu yang memberi kesan positif dalam diri walaupun ia berlaku secara spontan dan tanpa diduga.

Kajian juga menunjukkan hasil terapi ketawa yang berulang sebanyak 100 kali, ibarat seperti jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Dengan ketawa juga membantu menghilangkan kesakitan walaupun ia hanya sementara.

Berdasarkan kajian pesakit kanser yang melalui terapi ketawa membantu menghilangkan seketika perasaan sakit yang dilami mereka.

Dengan ketawa, seseorang akan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik dan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang disekelilingnya.

Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Malaysia (16 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Malaysia (16 Mei)

Di Malaysia pada tarikh 16 Mei ini, telah berlaku beberapa peristiwa penting untuk pengetahuan dan tatapan bersama.

Malaysia

Berikut merupakan beberapa peristiwa penting yang berlaku hari ini dalam sejarah di Malaysia.

Pelancaran Buku Merah

Pada hari ini dalam tahun 1960, Buku Merah telah dilancarkan. oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pambangunan Luar Bandar telah melancarkan buku tersebut.

Buku Merah mengandungi arahan-arahan beliau dalam perancangan tugas-tugas pembangunan termasuklah peta, laporan tentang rancangan-rancangan umum, kemajuan kaum dan dasar kewangan dalam melaksankan rancangan-rancangan kemajuan.

Buku ini dilancarkan bagi projek-projek pembangunan luar bandar yang dicadangkan bagi setiap negeri di Malaysia.

Sebelum sesuatu pembangunan dapat dilaksanakan, keterangan mengenainya terlebih dahulu digariskan dengan jelas dalam bentuk rajah termasuk peta-peta daerah yang hendak dibangunkan.

Perancangan dari peringkat bawah ini dijalankan oleh Jawatankuasa daerah pembangunan luar bandar yang dibentuk di seluruh negeri dengan mengambil kira cadangan rakyat.

Kerja-kerja pembangunan dilaksanakan melalui 3 peringkat iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah.

Buku Merah telah membuktikan keberkesanan idea Tun Abdul Razak yang bertepatan dengan keperluan semasa negara.

Sesungguhnya setelah 50 tahun negara merdeka, pembangunan negara terus diperhebatkan demi kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia

Penubuhan Majlis gerakan Negara (MAGERAN)

Pada hari ini dalam tahun 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.

Penubuhan majlis ini bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.

Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC.

Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970.

Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.

Sesungguhnya MAGERAN telah menyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.

Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI) Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1977, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI), iaitu sebuah badan kebajikan yang dianggotai oleh isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri telah ditubuhkan secara rasminya sebagai sebuah badan berdaftar dan berpelembagaan, bertempat di Sri Taman oleh Datin (Toh Puan) Shuhaila Tan Sri Mohd Noah, isteri Perdana Menteri Kedua.

Pada asasnya penubuhan BAKTI yang dianggotai oleh isteri-isteri pemimpin negara ini adalah untuk berkhidmat bakti, kenal-mengenali antara satu sama lain serta mengembleng tenaga dalam pelbagai usaha aktiviti.

Pada awal penubuhannya ahli-ahli BAKTI terdiri daripada isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet Malaysia, Timbalan-Timbalan Menteri dan isteri-isteri Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dipilih secara automatik.

Pada tahun 1982, bilangan keahliannya telah bertambah dengan kemasukan secara automatik yang dibuka kepada isteri Setiausaha-setiausaha Parlimen dalam Kementerian-Kementerian.

Pentadbiran BAKTI dikelolakan oleh Jawatankuasa Tadbir yang dipilih dalam Mesyuarat Agung BAKTI setiap tahun kecuali jawatan Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua BAKTI adalah dipegang oleh isteri Perdana Menteri dan isteri Timbalan Perdana Menteri secara automatik, manakala lapan Jawatankuasa Kecil dilantik untuk menguruskan matlamat ahli-ahli BAKTI sepanjang tahun.

FRIM Temui Kaedah Baru Hasilkan Bahan pembakar

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk faedah orang ramai.

Di antaranya ialah FRIM telah menemui kaedah baru untuk menghasilkan bahan pembakar dengan menggunakan kayu buangan untuk dijadikan gas bagi penjanaan kuasa elektrik dan kenderaan bermotor.

Penemuan kaedah baru tersebut telah dimaklumkan kepada wartawan pada hari ini 16.4.1989 oleh pegawai penyelidik FRIM, Encik Hoi Why Kong, di Ibu pejabat FRIM, Kepong, Selangor.

Penghasilan gas daripada bahan kayu buangan itu mampu menjanakan kuasa yang sama dengan bahan pembakar biasa, malah ianya mempunyai kelebihan kerana bahan-bahan tersebut begitu murah dan mudah didapati.

Hasil penyelidikan daripada sebuah reaktor setinggi 85 sentimeter dengan ukur lilit seluas 20 sentimeter, ianya boleh menghasilkan sebanyak 30 kilowatt dengan menggunakan 3 kg kayu dan jika digunakan selama 12 jam ia memerlukan sebanyak 36 kilogram kayu untuk jangkamasa tersebut, serta boleh memberikan kuasa elektrik kepada 15 buah rumah dengan penggunaan pada kadar biasa.

Penjanaan bahan pembakar gas daripada kayu itu mempunyai beberapa komponen penting iaitu:-
  • sebuah reaktor yang diperbuat daripada besi yang berfungsi untuk menghasilkan gas dan didalamnya mempunyai bahan pembakar untuk membakar kayu-kayu tersebut bagi menghasilkan gas.
  • di tahap kedua komponen tersebut mempunyai alat penyejuk untuk memastikan gas yang dikeluarkan berada dalam keadaan bersih.

FRIM memperolehi teknologi berkenaan melalui kerjasama dengan Kerajaan Jerman, sebagai jalan terbaru untuk membanyakkan sumber tenaga tanpa mengharapkan sesuatu bahan tertentu sahaja.

Sesungguhnya penyelidikan yang telah dijalankan, membuktikan bahawa teknologi tersebut dapat dikendalikan secara mudah dan tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk mengendalikannya.

Perasmian Pusat Latihan Membina Semangat Mersing Johor

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun seharusnya mempunyai rakyat yang bersemangat, rajin dan bekerja keras dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang akan datang.

Adalah menjadi harapan kerajaan agar pembangunan negara yang sedang diatur ini dapat dimanfaatkan oleh sebuah rakyat negara ini.

Semangat dedikasi dan berdikari harus dipupuk agar generasi akan datang dapat terus bersaing dalam arus pembangunan tersebut.

Sebagai persediaan melengkapkan generasi muda dengan perkembangan yang berlaku dalam negara ini pada hari ini 16 Mei 1998, sebuah Pusat Latihan Membina Semangat telah dibuka di Mersing Johor.

Pusat ini telah dirasmikan oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Hussien, Perdana Menteri Malaysia.

Semasa berucap di majlis perasmian ini, YAB. Tun Abdul Razak menegaskan walaupun selama ini kita telahpun mempunyai pusat-pusat latihan seperti Outward Bond Trust di Lumut, Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Pertak dan sebagainya, pusat latihan baru di Mersing ini akan dapat meluaskan lagi skop latihan yang akan diberikan kepada pemimpin-pemimpin muda.

Langkah ini penting dari segi menumpukan perhatian kepada keperluan membina akhlak dan memupuk semangat baru di kalangan generasi muda.

Bersesuaian dengan perkembangan dan peredaran masa kita perlu menyediakan lebih ramai pemimpin yang berkelibar, berani dan jujur untuk membimbing rakyat ke arah kemajuan dan kemakmuran negara yang berterusan.

Raja Haji Menyerang Bukit China Dan Terangkera

Pada hari ini dalam tahun 1784, Raja Haji, seorang pahlawan Bugis yang terkenal dan merupakan Yang diPertuan Muda Johor telah menyerang Bukit China dan Terangkera di Melaka yang ketika itu di bawah penguasaan Belanda.

Mulai tahun 1782, Raja Haji telah bermusuh dengan Belanda. Belanda telah mungkir janji tidak mahu membahagi dua harta rampasan yang mereka dapati, iaitu candu yang telah dirampasnya daripada sebuah kapal Inggeris iaitu Kapal Betsy di perairan laut Riau.

Sejak itu, Raja Haji mula menyerang kapal-kapal Belanda yang belayar di Selat Melaka dan mengganggu perniagaan orang-orang Belanda.

Sementara itu Belanda juga selalu menyerang Riau dan angkatan perang Raja Haji. Permusuhan antara kedua belah pihak ini telah berlanjutan dari tahun 1782 hingga 1784.

Pada bulan Februari 1784, Raja Haji membuat serangan belas ke atas Melaka, dengan bantuan dari orang-orang Bugis dan Sultan Ibrahim dari Selangor.

Pada hari ini dalam tahun 1784, Raja Haji menyerang pula Bukit China, sementara askar Sultan Ibrahim serta orang-orang Rembau pula menyerang Terangkera.

Serangan juga dilakukan ke atas tempat-tempat seperti Punggor, Duyung, Pernu, Ujong Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir dan Tanjung Keling, menyebabkan Melaka terkepung dan bantuan makanan terputus.

Melaka hampir jatuh ke tangan Bugis, tetapi Belanda dapat mempertahankan Melaka dengan bantuan seramai 2,130 orang askar dari Betawi yang diketuai oleh Jacob Peter Van Braam.

Pembukaan Pangkalan Tentera Laut Di Malaysia Timur

Pada hari ini 16.5.1966, Pangkalan Tentera Laut yang pertama di Malaysia Timur telah dibuka oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

Pengkalan yang dinamakan KD Sri Labuan dan berharga RM1.3 juta ini adalah terletak di Labuan, Sabah.

Ia adalah satu-satunya pangkalan tentera laut yang pertama dan terlengkap di Malaysia Timur. Pembinaan pangkalan ini telah mengambil masa kira-kira 13 bulan.

Pangkalan ini telah dilengkapkan dengan alat-alat kemudahan perkapalan baru yang termoden sekali.

Kompleks ini juga dilengkapkan dengan lain-lain kemudahan seperti bangunan-bangunan pentadbiran, rumah-rumah kediaman, bengkel-bengkel dan stor.

Pangkalan yang besar ertinya kepada pertahanan negara ini khususnya di Malaysia Timur bukanlah dibina untuk tujuan-tujuan permusuhan dengan negara-negara jiran, tetapi ia adalah untuk tujuan mempertahankan dari ancaman musuh dan memperlengkapkan pertahanan negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969

sumber: arkib

8 Burung Paling Beracun di Dunia

8 Burung Paling Beracun di Dunia

Apabila membicarakan tentang haiwan-haiwan yang beracun, apa yang anda fikirkan? Anda pasti akan membayangkan ular, kalajengking, labah-labah dan sebagainya kan.

Burung Paling Beracun

Walhal, ada beberapa jenis spesis burung paling beracun di dunia yang boleh ditemui di Papua New Guinea.

Burung-burung ini memiliki racun di bahagian bulu dan permukaan kulit. Salah satu dari burung tersebut dipanggil burung Pitohui.

Burung beracun ini cukup ditakuti, malah ramai orang tidak berani menangkapnya. Dan kalau mahu menangkap burung Pitohui, biasanya sarung tangan digunakan atau dipegang pada bahagian kakinya.

Racun yang terdapat pada bulu dan permukaan kulit burung Pitohui merupakan racun homobatrachotoxin, dikategorikan sebagai racun neurotoxin yang menyerang saraf otak dan sangat beracun. Tikus yang disuntik racun neurotoxin akan mati serta-merta.

Namun, untuk manusia tidaklah separah itu. Manusia yang menyentuh bulu burung Pitohui hanya akan mengalami mati kebas, bersin dan gejala keracunan. Kesan paling parah akibat neurotoxin ialah kelumpuhan dan kematian.

Adakah burung Pitohui boleh dipelihara? Tentu saja boleh, kerana bulu burung Pitohui mengeluarkan racun jika ianya memakan serangga beracun. Kalau tidak, lama-kelamaan bulunya tidak lagi beracun.

Burung Pitohui sendiri mempunyai beberapa spesis yang semuanya beracun.

Selain burung Pitohui, ada dua spesies burung lain yang juga memiliki racun berbisa yang disebut batrachotoxins (BTXs).

Berikut merupakan beberapa spesies burung paling beracun di dunia;

1. Hooded pitohui (Pitohui dichrous)

Hooded pitohui

2. Variable pitohui (Pitohui kirhocephalus)

Variable pitohui

3. Rusty pitohui (Pitohui ferrugineus)

Rusty pitohui

4. White-bellied pitohui (Pitohui incertus)

White-bellied pitohui

5. Crested pitohui (Pitohui cristatus)

Crested pitohui

6. Black pitohui (Pitohui nigrescens)

Black pitohui

7. Little shrikethrush (Colluricincla megarhyncha)

Little shrikethrush

8. Blue-capped ifrita (Ifrita kowaldi)

Blue-capped ifrita

Spesis burung Pitohui boleh ditemui di Papua Barat, Papua New Guinea dan kepulauan Aru. Burung Little shrikethrush boleh ditemui di Australia.

Bagaimana racun burung Pitohui berfungsi?

Racun pada bulu burung Pitohui digunakan untuk pertahanan, seperti menjaga telur dari pemangsa.

Telur-telur dibubuh racun dengan cara menggesek-gesekkan bulu ke seluruh permukaan telur, dan pemangsa yang memakan telur akan mati serta-merta.

Dan burung-burung beracun ini juga tersenarai di dalam Guinness World Records. Luar biasa!

BACA INI JUGA:

sumber: burungnya

Diet Lemon Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu!

Diet Lemon Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu!

Diet limau atau disebut juga diet detoksifikasi, selain boleh membuat langsing, menghilangkan perut buncit dan membersihkan tubuh dari racun yang mengganggu sistem pencernaan.

Diet+Lemon

Makanan semulajadi mampu membantu proses detoksifikasi, ditambah dengan meminum air yang cukup dalam satu hari, maka tubuh dengan mudah menghilangkan racun yang berbahaya.

Ketika mengamalkan rutin diet lemon, anda tidak boleh meminum teh, kopi dan minuman beralkohol.

Cara Membuat Lemonade

Bahan diperlukan:-
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 300 ml air masak
  • 2 sudu teh sirap maple organik atau sirap kayu manis
  • secubit lada cayenne

Cara membuat:-
  • Campur semua bahan ke dalam gelas. Jadilah segelas lemonade.

Jadual diet lemon semalam seminggu:-

Isnin

Bermula dengan hari Isnin, di sini anda perlu minum banyak lemonade. Untuk permulaan, minumlah air limau hangat apabila anda bangun tidur.

Hal ini berfungsi agar buang air besar anda lancar dan menghilangkan racun dalam tubuh. Dalam sehari, anda perlu memberi tumpuan untuk meminum air putih yang cukup sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.

Cuba untuk minum, di luar waktu makan anda untuk menekan nafsu makan.

Selasa

Target hari Selasa adalah membakar lemak. Makanlah vitamin C, yang cukup untuk menghilangkan lemak. Minum segelas air limau hangat apabila bangun tidur.

Makanlah lima hidangan buah dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C dalam sehari.

Untuk melengkapkan menu anda, makanlah bijirin dengan buah segar atau buah kering, saat anda lapar.

Rabu

Target hari Rabu adalah mengawal kadar gula darah anda kerana ini adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

Jika gula darah tinggi, badan anda akan menyimpannya menjadi lemak. Tambah 1 sudu makan air limau nipis pada masakan anda. Air limau nipis dan limau dapat membantu memecah gula darah dalam aliran darah anda.

Pengambilan makanan yang rendak glisemik indeksnya dan sayur-sayuran kaya serat.

Khamis

Target hari ini adalah pengambilan makanan rendah gula dan perbanyak karbohidrat sihat yang rendah glisemik indeks.

Karbohidrat yang rendah kadar GInya adalah roti gandum atau biskut bijirin. Elakkan juga buah yang tinggi kadar gulanya. Ganti gula dengan madu yang lebih sihat.

Jumaat

Di hari Jumaat, pengambilan lemak baik bermanfaat untuk kesihatan. Kacang, bijirin, minyak ikan dan minyak walnut serta minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan dan membantu melangsingkan badan.

Kurangkan pengambilan lemak yang kurang sihat yang terdapat dalam produk susu, mentega dan daging. Gantilah dengan almond, walnut, bunga matahari, labu dan biji rami.

Sabtu

Target hari Sabtu adalah makan makanan semulajadi yang menyihatkan. Pengambilan bijirin dan makanan dari bijirin, yang kaya serat, vitamin dan mineral.

Gandum tidak mengandungi gula yang menghalang pencernaan dan tidak akan membebankan kerja hati untuk membakar lemak.

Untuk makan tengah hari, anda boleh makan roti gandum atau bijirin. Gunakan bahan-bahan organik dalam menu masakan diet anda.

Ahad

Target untuk hari minggu adalah memperbaiki sistem pencernaan anda. Pencernaan yang baik, akan melancarkan metabolisme tubuh dan membuat anda mudah menurunkan berat badan.

Pertama, kunyah makanan anda dengan baik, kemudian makan secukupnya pada waktu yang teratur dan jangan makan di depan televisyen, kerana akan membuat makan anda tidak terkawal.

Pastikan anda melakukan sukan yang teratur dan banyak bergerak agar pencernaan anda lebih sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

sumber: vemale