Apr 21, 2016

7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut.

7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

Jom selongkar kelebihan sayur ini untuk dunia kecantikan.

1. Kikis lingkaran gelap di bawah mata

Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah.

Amalkan petua ini seminggu dua kali.

2. Kecutkan jerawat

Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam.

Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah.

Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.

3. Jeragat jadi pudar

Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi.

Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.

4. Kecilkan liang roma

Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah.

Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.

5. Kulit wajah lebih lembap

Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.

6. Tona kulit sekata

Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.

Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis.

Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.

7. Rambut lebih sihat

Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.

Untuk masalah kelemumur, sapukan kulit kepala dengan tomato yang dilenyek. Perap selama 15 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, rambut akan menjadi sihat, bersinar dan kulit kepala juga bersih.

BACA INI JUGA: Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua!

Sumber: Mingguanwanita

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Tomato ni mmg bagus utk kulit kan, especially wanita...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon