Tuesday, May 16, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Mei)


16 Mei merupakan hari ke-136 (hari ke-137 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 229 hari sebelum memasuki tahun selepasnya dan hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia.

Perang Salib Keempat

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini di Malaysia dan seluruh dunia.

Peristiwa

1204 - Perang Salib Keempat: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.

1527 - Keluarga Medici diusir dari Florence buat kali kedua dan sebuah republik diasaskan semula.

1532 - Sir Thomas More meletak jawatan sebagai Lord Canselor England.

1811 - Perang Semenanjung: Perikatan Sepanyol, Portugal dan Britain, menewaskan pihak Perancis di Pertempuran Albuera.

1822 - Perang Kemerdekaan Greece: Pihak Turki menawan pekan Souli di Greece.

1836 - Edgar Allan Poe mengahwini sepupunya Virginia yang berusia 13 tahun.

1866 - Rutbir disediakan secara komersil buat pertama kali oleh ahli farmasi Charles Elmer Hires.

1918 - Akta Hasutan 1918 diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, agar sebarang tindakan membidas kerajaan dijadikan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara.

1920 - Di kota Rom, Paus Benedict XV mengisytiharkan Jeanne d'Arc menjadi santa.

1929 - Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Roosevelt, Los Angeles.

1943 - Perang Dunia Kedua: SS-Brigadeführer Jurgen Stroop menghentikan Pemberontakan Ghetto Warsaw, pemberontakan besar-besaran pertama di Poland terhadap pendudukan Nazi semasa Holokus.

1948 - Chaim Weizmann dipilih menjadi Presiden pertama negara Israel moden.

1960 - Nikita Khrushchev menggesa Presiden A.S. Dwight D. Eisenhower memohon maaf atas kejadian pesawat intipan U-2 berterbangan di wilayah Kesatuan Soviet, maka berakhirnya sidang kemuncak Empat Terbesar di Paris.

1960 - Ahli fizik A.S. Theodore Maiman menjalankan laser pertama, di Hughes Research Laboratories di Malibu, California.

1966 - Mao Zedong melancarkan Revolusi Kebudayaan sebagai satu kempen untuk membebaskan China daripada unsur bourjuis liberalnya dan meneruskan perjuangan kelas revolusi.

1969 - Rancangan Venera: Peneroka angkasa Venera 5 mendarat di planet Zuhrah.

1974 - Josip Broz Tito dipilih semula menjadi presiden Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Kali ini beliau dilantik menjadi presiden seumur hidup.

1975 - India mengilhakkan Sikkim setelah negeri tersebut mengadakan pungutan suara yang menyaksikan rakyatnya menyebelahi gabungan dengan India.

1975 - Junko Tabei menjadi wanita pertama yang tiba di puncak Gunung Everest.

2003 - 33 orang terkorban manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di bandar Casablanca, Maghribi.

2004 - Hari Berkabung di hutan Bykivnia, berhampiran ibu kota Kiev, Ukraine. Sekitar 1930-an dan awal 1940-an, di sinilah angkatan bolshevik komunis membunuh lebih 100,000 orang awam Ukraine.

2005 - Kuwait merestui hak mengundi wanita melalui undian 35-23 di Perhimpunan Kebangsaan.

2006 - Sebuah gempa bumi besar (berukuran 7.4 dalam Skala Richter) berlaku berhampiran New Zealand.

2009 - Dalam pilihan raya umum India, Parti Bharatiya Janata mengaku kalah kepada Perikatan Progresif Bersatu, parti kerajaan campuran kini.

2010 - Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.

2010 - Pasukan badminton lelaki China dan wanita Korea memenangi Piala Thomas & Uber 2010.

2011 - Space Shuttle Endeavour dilancarkan untuk misi terakhirnya, menghantar modul pemasangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

2015 - Penubuhan parti Pembangkang Malaysia yang baharu, Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengumumkan keluar dari pakatan dan membentuk Pembangkang Blok Ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia. Tempat PAS digantikan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kelahiran

1926 - Jaafar Hassan, seorang Menteri Besar Perlis ke-3.

Kematian

1926 - Mehmed VI, Sultan Empayar Uthmaniyyah terakhir.

2001 - Ahmad Razali Mohd Ali, seorang Menteri Besar Selangor ke 10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mei?

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon