Tuesday, May 16, 2017

Terapi Ketawa, Kebaikan dan Kelebihannya Merawat Penyakit

Ketawa ialah satu kualiti hebat yang tersimpan dalam diri manusia yang apabila dilepaskan akan mengubah keseluruhan hidup seseorang individu menyebabkan mereka merasai kebahagiaan.

Terapi+Ketawa

Terapi ketawa ini juga berfungsi  untuk memulihkan banyak penyakit berkaitan dengan perut.

Ketawa yang kuat secara berdekeh-dekah seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari.

Melalui terapi ketawa yang diperkenalkan di India pada tahun 1997, ternyata ia memberi kesan yang baik kepada individu dari aspek kesihatan dan emosi mereka.

Ia kini bukan sahaja diamalkan di India, malah semakin popular di seluruh dunia terutamanya di hospital-hospital di Eropah dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia, terapi ketawa masih lagi baru sejak ia diperkenalkan oleh Kevala Centre pada tahun 2009 yang lalu.

Apabila seseorang ketawa, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun.
Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik.

Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh.

Aktiviti terapi ketawa adalah satu bentuk senaman pernafasan yang mempunyai kebaikan kepada paru-paru dan jantung yang keseluruhannya mempunyai 12 langkah.

Setiap langkah yang dilakukan menggunakan keseluruhan tenaga yang terdapat dalam tubuh sambil diiringi dengan gelak ketawa daripada peserta.

Contohnya aktiviti yang memerlukan peserta menepuk tangan sambil ketawa kuat, berfungsi menggerakkan keseluruhan organ dalam badan, pergerakan dengan tangan 'teh tarik' untuk meningkatkan tahap pernafasan dalam badan dan aktiviti menggoyang dan menggerakkan badan sambil ketawa membantu menyeimbangkan perjalanan darah dalam badan.

Kajian juga menunjukkan mereka yang banyak ketawa dalam kehidupan mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, selain mereka akan kelihatan lebih bertenaga dan gembira.

Ketawa tidak kira tempat dan keadaan yang sedang dilalui.

Ketawa secara beramai-ramai dengan rakan-rakan ketika bercerita perkara yang melucukan atau ketawa berseorangan semasa menonton cerita kartun mahupun adegan dalam televisyen yang menghiburkan adalah sesuatu yang memberi kesan positif dalam diri walaupun ia berlaku secara spontan dan tanpa diduga.

Kajian juga menunjukkan hasil terapi ketawa yang berulang sebanyak 100 kali, ibarat seperti jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Dengan ketawa juga membantu menghilangkan kesakitan walaupun ia hanya sementara.

Berdasarkan kajian pesakit kanser yang melalui terapi ketawa membantu menghilangkan seketika perasaan sakit yang dilami mereka.

Dengan ketawa, seseorang akan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik dan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang disekelilingnya.

Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon