Saturday, April 29, 2017

Sambutan Hari Ketawa Sedunia, World Laughter Day

Loading...

Sambutan Hari Ketawa Sedunia, World Laughter Day disambut pada setiap hari Ahad pertama di bulan Mei setiap tahun, yang bermatlamat menjadikan ketawa sebagai terapi dalam kehidupan.

World Laughter Day

Hari Ketawa Sedunia dicetuskan pengasas yoga dan doktor perubatan dari India, Dr Madan Kataria pada tahun 1988.

Kempen ini juga dianjurkan supaya setiap individu berterusan ketawa untuk kekal sihat ketika hidup dalam persekitaran yang tertekan, disamping mempromosikan keamanan sedunia dan mengatasi tekanan dengan amalan ketawa.

Ketawa adalah bahasa dunia dan kuasa positif yang mampu mewujudkan semangat persaudaraan dan persahabatan tanpa mengira bangsa serta agama.

Sambutan Hari Ketawa Sedunia diraikan di 100 negara yang membantu memberi keceriaan dan turut dilakukan di sekolah, kolej, universiti, pusat jagaan warga emas, hospital dan penjara.

Jangan lupa ketawa hari ini ya.

Selamat menyambut Hari Ketawa Sedunia.

BACA INI JUGA: Penyakit Ganjil, Pengsan Apabila Ketawa!

sumber: hmetro

1 comments so far

Hehehehehee... sempoi juga nie :D :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon