Jun 18, 2016

Puasa Nabi Daud Paling Disukai Allah

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash, Rasulullah SAW bersabda, "Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Sedangkan beliau biasa berpuasa sehari dan buka sehari."

Puasa Nabi Daud.jpg

1. Hadis ini menerangkan keutamaan puasa Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) keesokan harinya. Inilah puasa yag paling dicintai di sisi Allah SWT dan tidak ada lagi puasa yang lebih baik dari itu.

2. Diantara faedah puasa Nabi Daud adalah menunaikan hak Allah SWT dengan melakukan ketaatan kepada-Nya dan menunaikan ketaatan kepada-Nya dan menunaikan hak badan iaitu dengan mengistirehatkannya (dari makan).

3. Ibadah begitu banyak ragamnya, begitu pula dengan kewajiban yang mesti ditunaikan seorang hamba begitu banyak. Jika seseorang berpuasa setiap hari tanpa henti, maka pasti ia akan meninggalkan beberapa kewajiban.

Sehingga dengan menunaikan puasa Daud (sehari berpuasa, sehari tidak), seseorang akan lebih memerhatikan kewajipan-kewajipannya dan ia dapat meletakkan sesuatu sesuai dengan posisi yang benar.

4. Abdullah bin 'Amr sangat bersemangat melakukan ketaatan. Dia ingin melaksanakan puasa setiap hari tanpa henti dan ingin solat malam semalam suntuk. Disebabkan itu, Nabi SAW melarangnya dan memberikan jalan penyelesaian padanya dengan cara yang lebih baik.

Untuk puasa disarankan kepadanya untuk berpuasa tiga hari setiap bulan. Namun Abdullah bin 'Amr tetap berkeras ingin mengerjakan lebih dari itu.

Lalu Rasulullah SAW memberi jalan penyelesaian agar berpuasa sehari dan tidak berpuasa keesokan harinya. Lalu tidak ada lagi yang lebih afdal dari itu.

Begitu pula dengan solat malam, Nabi SAW memberi petunjuk seperti solat Nabi Daud. Nabi Daud tidur dipertengahan malam pertama hingga sepertiga malam terakhir. Lalu beliau bangun dan mengerjakan solat hingga seperenam malam terakhir.

Setelah itu beliau tidur semula untuk mengistirehatkan badannya supaya semangat melaksanakan solat Fajr, berzikir dan beristigfar diwaktu sahur.

5. Berlebih-lebihan hingga melampaui batas dari keadilan dan bersederhana dalam beramal ketika beribadah termasuk dalam amalan ghuluw (berlebih-lebihan) yang tercela.

Perkara ini disebabkan menyelisihi petunjuk Nabawi dan juga boleh melalaikan dari pelbagai kewajipan lain.

Amalan ini dapat menyebabkan seseorang malas, kurang semangat dan lemah ketika melaksanakan ibadah lain. Ingatlah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi SAW.

6. Syeikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin rahimahullah mengatakan, "Puasa Daud sebaiknya hanya dilakukan oleh orang yang mampu dan tidak merasa sulit ketika melakukannya. Jangan sampai ia melakukan puasa ini hingga membuatnya meninggalkan amalan yang disyariatkan lainnya. Begitu pula jangan sampai puasa ini membuatnya terhalang untuk belajar ilmu agama. Kerana ingat disamping puasa ini masih ada ibadah lain yang mesti dilakukan."

7. Tidak mengapa jika puasa Nabi Daud bertepatan pada hari Jumaat atau hari Sabtu kerana ketika yang diniatkan adalah melakukan puada Daud dan bukan melakukan puasa hari Jumaat atau hari Sabtu secara khusus.

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Perkongsian yang amat bagus sekali..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon