Thursday, March 09, 2017

Snek Hot Cheeto Iras ‘Harambe’ Dijual Pada Harga US$99,000!

Snek Hot Cheeto Iras ‘Harambe’ Dijual Pada Harga US$99,000!

Siapa menyangka snek makanan ringan berbentuk seakan-akan gorila 'Harambe' ini mampu memberikan pulangan pendapatan yang sangat lumayan.

Snek Iras ‘Harambe'

Kepingan snek keropok berbentuk gorila menyerupai Harambe, gorila popular yang dibunuh di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 2016 itu mendapat sambutan hangat menerusi laman jual beli atas talian, eBay.

Ianya berjaya dijual pada harga US$99,000 (RM444,000).

Snek jenama Hot Cheeto itu dikatakan mempunyai bentuk sama seperti dalam gambar popular Harambe sedang berpaut di sebatang pokok.

Iklan yang dimuat naik pada Januari lalu oleh pengguna eBay, Valuestampsinc pada mulanya meletakkan harga lelong minimum sebanyak US$11.99 (RM53).

Harga lelongan kemudian meningkat kepada RM444,000 dan memetik CNBC.Com, eBay telah mengesahkan bahawa lelongan itu sah namun tidak memberikan sebarang informasi lanjut mengenai pembelinya.

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

Sumber: mynewshub

Wednesday, March 08, 2017

Orang Kampung Jadi Jutawan Jual Benang Online!

Orang Kampung Jadi Jutawan Jual Benang Online!

Di sebuah perkampungan Donggaizhuang, wilayah Xingtai, China, penduduk tempatan memutuskan untuk menjual benang dalam talian selepas meninggalkan pekerjaan tradisi sebagai petani.

Chinese villagers become millionaires

Bijak mengambil peluang dengan penggunaan teknologi terkini ternyata memberi peluang kepada segelintir masyarakat desa untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Lebih mengejutkan, mereka berjaya meraih keuntungan besar sehingga menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan dalam talian menerusi penjualan benang.

Memetik Beijing Youth Daily, puluhan daripada 2,000 penduduk kampung itu menjadi jutawan dan memiliki 400 kedai dalam talian yang menjalankan perniagaan benang menggunakan platform Taobai, iaitu anak syarikat Alibaba.

Difahamkan, ketua kampung mereka berkata trend perniagaan berkenaan bermula apabila serang generasi muda memulakan perniagaan benang dalam talian dan mendapat hasil 20,000 yuan (RM12,893) hanya dalam masa tiga bulan.

Ketua kampung berkenaan meminta lelaki terbabit mengajar penduduk lain memulakan perniagaan mereka sendiri.

Sejak itu, semakin ramai penduduk kampung mengikut jejak langkah anak muda itu yang menjual atau mencagarkan tanah bagi mendapatkan modal memulakan perniagaan untuk menjual pelbagai variasi benang dalam talin.

Bagaimanapun, hasil perniagaan memberangsangkan itu menyebabkan anak-anak mereka tidak lagi bersekolah bagi membantu perniagaan keluarga.

Rasanya kita boleh jual apa di Malaysia untuk menjadi jutawan? Anda ada cadangan?

BACA INI JUGA: 'Kerja Dari Rumah Dengan iLancee'

Sumber: mynewshub

Nike Pro Hijab Khusus Untuk Atlet Wanita Muslim

Nike Pro Hijab Khusus Untuk Atlet Wanita Muslim

Kepada anda yang sedang mencari tudung paling sesuai untuk aktiviti lasak, Nike baru menghasilkan Nike Pro Hijab dengan atlet figure skating dari UAE, Zahra Lari adalah atlet pertama yang telah mencuba produk ini.

Zahra+Lari+Nike+Pro+Hijab

Tudung Nike Pro Hijab ini mudah dipakai, ringan serta menggunakan fabrik yang stretchy dan terdapat lubang-lubang kecil pada tudung ini untuk menambahkan pengudaraan.

Nampaknya Nike Pro Hijab ini juga sangat sesuai dipakai ketika berjoging.

Nike Pro Hijab akan dijual dengan 3 warna pilihanwarna, hitam, kelabu dan obsidian.

“Nike Pro Hijab ini direka setelah kami menerima permintaan untuk produk seperti ini dan kami berharap ianya dapat membantu atlet dari seluruh dunia dengan kualiti dan keselesaannya,” kata salah seorang pengarah wanita Nike, Megan Saalfeld.

Zahra+Lari+Nike+Pro+Hijab

Nike Pro Hijab ini hanya akan dijual bermula pada tahun 2017.

Kudos Nike untuk usaha yang murni ini dan kita yakin, jenama tudung tempatan pasti akan mengeluarkan tudung versi mereka untuk kegunaan atlet juga selepas ini.

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sumber: thevocket

Kenapa Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pembunuhan Kim Jong-nam?

Kenapa Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pembunuhan Kim Jong-nam?

Kes pembunuhan Kim Jong-nam meninggalkan miste­ri­ yang belum terungkai se­takat ini selepas kaedah untuk membunuhnya dikatakan tidak seperti modus operandi biasa yang digunakan oleh rejim Korea Utara.

Misteri pembunuhan Kim Jong-Nam

Menurut portal Taiwan, thenewslens.com, ini kerana dua pembunuh wanita yang dituduh membunuh abang pemimpin ter­tinggi Korea Utara tersebut bukanlah warga negara terbabit, se­baliknya rakyat Indonesia dan Vietnam yang tidak mempunyai latar belakang atau pengalaman dalam kerja-kerja perisikan.

Selain itu, menurut artikel bertajuk, Kenapa pembunuhan Jong-nam berlaku di Malaysia? itu, banyak lagi persoalan yang timbul ekoran kematian lelaki terbabit.

Antaranya portal itu membangkitkan, mengapa beliau kerap berulang alik ke Malaysia tanpa diiringi pengawal peribadi dan akhirnya mati dalam perjalanan kali ini?

Menurut sumber portal itu, Jong-nam sering ke negara ini se­jak­ tahun 2010 kerana Duta Besar Korea Utara ke Malaysia sebelum ini, Jang Yong Chol merupakan saudaranya.

Tetapi, jika dilihat pada sejarah dan rekod, Jong-nam sepatutnya menjauhkan diri dari negara ini selepas Yong Chol dan keluarga­nya dihukum bunuh di Pyongyang pada Disember 2013 atas alasan operasi pembersihan Korea Utara.

Apa yang orang ramai sama ada penduduk luar atau Malaysia sendiri tidak ketahui kata thenewslens.com ialah tentang keha­diran ramai rakyat Korea – sama ada Korea Selatan atau Korea Uta­ra – di negara ini.

Dianggarkan hampir 20,000 penduduk Korea tinggal di Malaysia dengan sebilangan besar daripada mereka merupakan rakyat Korea Selatan.

Malah, kehadiran ramai penduduk Korea boleh dibuktikan dengan wujudnya dua ‘bandar Korea’ di Kuala Lumpur iaitu Ampang serta Mont Kiara – kawasan yang turut menjadi tumpuan rakyat Korea Utara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, terdapat juga pe­nerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pyongyang menerusi sya­rikat penerbangan rasmi Kore­a Utara iaitu Air Koryo dengan menggunakan pesawat jet lama Rusia, menurut laporan portal berkenaan.

Sementara itu, lapor artikel itu, banyak pihak tidak tahu bahawa terdapat rakyat Korea Utara yang bekerja dalam sektor perlombongan di Sarawak hasil perjanjian khas antara Pyongyang dan Kuching.

Apa yang luar biasa mengenai perjanjian ini ialah rakyat Korea Utara hanya boleh bekerja di syarikat perlombongan tertentu di Sarawak dan tidak dibenarkan bekerja di tempat-tempat lain di negara ini, kata portal berkenaan.

Dalam pada itu, artikel tersebut turut mendakwa Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan bagi perlindungan tidak rasmi sama ada sebagai transit atau tempat berehat serta rekreasi bagi ahli politik dari seluruh pelosok dunia yang dibuang negeri malah ramai daripada mereka sebenarnya turut menjadi buruan kerajaan ma­sing-masing.

Perkara ini boleh dibuktikan dengan kehadiran pelarian kumpulan pemberontak Parti Rakyat Brunei sekitar tahun 1960-an, ahli keluarga diraja Kemboja yang menetap di Kuala Lumpur semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge dan tempat perlindungan beberapa pemimpin Maldives sewaktu era 1990-an.

Daripada semua kenyataan di atas, maka kita tidak perlu berasa terkejut bahawa pembunuhan politik boleh berlaku di negara ini dan perkara ini boleh berulang.

Jong-nam mampu keluar ma­suk ke negara ini kerana Malaysia mempunyai sejarah panjang yang menyaksikan bagaimana buangan politik dari negara lain bebas mencari perlindungan di Malaysia.

Kita percaya selagi Malaysia memberi peluang kepada ahli politik dalam buangan untuk tinggal di sini, maka kita mungkin bakal me­nyaksikan perkara yang terjadi ke atas Jong-nam berulang.

Apa yang pasti, kes seperti itu bukanlah yang pertama dan juga bukan yang terakhir, kata portal itu. -utusan

Kenapa Malaysia menjadi lokasi pembunuhan?

Malaysia dipercayai menjadi sasaran lokasi pembunuhan Kim Jong-nam atas faktor negara ini memiliki kurang kepentingan dari segi politik dan ekonomi bagi kerajaan Korea Utara berbanding negara lain yang sering dikunjungi abang Pre­siden Korea Utara, Kim Jong-un.

Penyelidik Kajian Dasar di Institut Asan, Go Myong-hyun berkata, Malaysia tersenarai sebagai lokasi pembunuhan berikutan kurang berisiko sekiranya hubung­an diplomatik dua hala antara negara itu dan Korea Utara terjejas berbanding Singapura dan China.

Ujarnya, Macau yang merupakan tempat tinggal Jong-nam dan keluarganya adalah sebahagian dari China, justeru Korea Utara tidak mahu mempunyai sebarang konflik dengan negara itu.

"Singapura pula merupakan salah satu hub ekonomi penting kepada republik itu, oleh itu mereka tidak mahu menjejaskan hubungan dua hala berkenaan," katanya dalam forum bertajuk ‘Significance of Kim Jong-nam’s Death’ yang disiarkan selama 25 minit 17 saat menerusi stesen televisyen Korea Selatan, Arirang.

Menurut Myong-hyun, antara aspek lain pembunuhan dilakukan di Malaysia adalah disebabkan negara ini menjadi salah satu destinasi utama yang dikunjungi Jong-nam selain Singapura. -utusan

BACA INI JUGA: Siapa Kim Jong-Nam Dan Kenapa Perisik Korea Utara Membunuhnya?

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mac?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mac?

Bulan ketiga dalam kalender moden kita memegang peranan penting dalam penentuan awal tahun kerana sebelum masa pemerintahan Julius Caesar, tahun baru Rom bermula pada bulan Mac.

March

Bulan Mac bukan saja dijadikan permulaan tahun baru, tetapi merupakan awal musim peperangan.

Nama bulan Mac berasal dari kata Perancis Lama, melalui bahasa Latin Martius, yang secara harfiah bererti “bulan Mars, Dewa Perang”, juga dikenali sebagai Ares.

Di Rom, dengan cuaca Mediteranean, musim bunga bermula pada bulan Mac dan ia menjadi asas logik bagi mereka menjadikan Mac sebagai bulan pertama dalam kalendar dan dijadikan bulan untuk kempen ketenteraan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Februari?

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, International Women's Day

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, International Women's Day

Susur galur Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA) atau Hari Wanita Sedunia disambut pada tanggal 8 Mac setiap tahun semenjak 1911 lagi.

Women's Day

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini disambut dengan matlamat sebagai hari untuk memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan serta peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia.

Tema yang menekankan kepentingan kesaksamaan atau kesetaraan gender dalam pembangunan masyarakat, telah sekian lama menjadi asas perjuangan gerakan wanita peringkat global dalam kerangka perjuangan hak asasi.

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan negara masih lagi mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita.

Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Golongan wanita mahu diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun sebagai pembuat keputusan.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian dan ada ketikanya, wanita tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.

Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi.

Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan pra-syarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

Perjuangan membela nasib wanita yang tertindas dan dinafikan haknya perlu dilihat bukan sahaja dari prinsip kesamarataan atau kesetaraan tetapi juga dari sudut kesaksamaan yang bermaksud berlaku ADIL dalam menentukan hak dan tanggungjawab serta meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak berlaku sebarang bentuk diskriminasi.

Asal-usul Sambutan Hari Wanita

Pengiktirafan ke atas wanita telah mendorong persetujuan PBB pada tahun 1975 untuk menetapkan bahawa tanggal 8 Mac setiap tahun sebagai tarikh rasmi bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA), iaitu setelah HWA disambut buat kali yang ke-64!

Hari Wanita Antarabangsa mula disambut pada 19 Mac 1911 oleh Austria, Denmark, German dan Switzerland.

Idea ini bermula pada tahun 1910 dalam satu Mesyuarat Pertubuhan Sosial Antarabangsa yang kemudiannya menyaksikan sambutan pada tahun berikutnya melibatkan lebih kurang 1 juta orang wanita, dijayakan bersama-sama dengan lelaki.

Hari Wanita Antarabangsa telah disambut buat pertama kali di Malaysia pada tahun 1975 dan sebagai rakaman sejarah, pada 8 Mac 1975 Setem Kenang-Kenangan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa telah dilancarkan.

Ironinya, pada masa yang sama terdapat satu lagi tarikh untuk Sambutan Hari Wanita di peringkat Malaysia (dalam negara) iaitu pada tanggal 25 Ogos setiap tahun.

Namun begitu, tarikh 25 Ogos ini hanya mewakili kepentingan segelintir iaitu sempena sejarah penubuhan Ibu UMNO sekaligus tidak zahir daripada pertimbangan yang barangkali adil untuk semua wanita yang realitinya terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial dan ideologi perjuangan serta ideologi politik masing-masing.

Tuntutan wanita

Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, wanita menyarankan perkara-perkara berikut, antaranya:

1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusukan anak.

2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.

3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.

4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.

5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara serta bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie.

6. Menghentikan semua bentuk keganasan terhadap wanita dan usaha-usaha pembelaan kepada wanita perlu diuruskan dalam suasana yang harmoni, memudahkan dan tidak membebankan atau menyusahkan kaum wanita untuk memperolehi bantuan dan sokongan yang diperlukan.

7. Pembentukan dasar dan polisi yang melibatkan pembangunan dan pembelaan wanita dibuat mengambilkira peranan, tanggungjawab dan hak wanita khususnya bagi memelihara kestabilan institusi keluarga yang merupakan unit penting dalam masyarakat dan tanggungjawab asas wanita sebagai anak, isteri dan ibu tidak terabai.

8. Wanita terus memperkasakan dirinya dengan ilmu untuk mengenal matlamat hidup, membina jati diri, melaksanakan tanggungjawab, menuntut hak dan membuat keputusan dalam hidupnya sesuai dengan tuntutan Islam. Ruang dan peluang terus diberi kepada wanita untuk mencapai cita-cita dan potensi penuh mereka dengan mengadakan sistem sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan kaum wanita.

9. Sumbangan wanita dalam membangunkan masyarakat dinilai dengan lebih holistik dengan juga melihat kepada pencapaian indek kesejahteraan keluarga, kadar jenayah dan gejala sosial, keruntuhan akhkak generasi muda dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kualiti hidup rakyat keseluruhannya.

10. Wanita yang memilih untuk mengurus sendiri rumah tangga, anak-anak dan keluarganya, wajar diberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas sumbangan mulia ini, tanpa memperkecilkan dan merendah-rendahkan pilihan yang diambil. Wanita ini juga wajar diberikan imbalan yang tertentu dan pengiktirafan ekonomi, selaras dengan usaha dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat dan negara dengan mendidik generasi masa depan negara

11. Masyarakat terus dididik untuk menghormati wanita dan menghargai perbezaan gender dalam menentukan peranan dan tanggungjawab masing-masing samada di dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat

Cabaran Wanita Hari Ini

Hakikatnya, wanita pada hari ini merupakan entiti rasmi negara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial, ekonomi dan politik.

Ada yang berpendidikan rendah, menengah, tinggi hatta masih ada juga yang buta huruf khususnya di kawasan kampung, desa dan pedalaman terpencil.

Ada yang menjadi suri rumah, petani, nelayan, peneroka, peniaga hatta mereka yang berkerjaya dengan profesion-profesion tertentu seperti peguam, doktor, jurutera, ahli politik, aktivis sosial dan seumpamanya.

Ada juga yang akibat desakan hidup terpaksa menjadi pelacur, GRO dan menjual maruah samada untuk meneruskan hidup, tidak kurang juga bagi mengejar status dan hidup mewah.

Ada yang merupakan penagih dadah, penghidap HIV, mangsa dera, mangsa keganasan, mangsa perceraian, gantung tidak bertali, ditinggalkan suami tanpa nafkah, dirogol, dibunuh, dijual dan dilacur oleh sindiket pemerdagangan manusia yang kita difahamkan Malaysia merupakan salah sebuah negara paling berisiko dengan masalah ini.

Ada yang hidup bebas merdeka, ada juga yang hidup “terpenjara”, ada yang terpaksa menjadi “hamba” khususnya kepada sebilangan lelaki tidak bertanggungjawab.

Ada yang terperangkap dengan “cinta nafsu”, akhirnya kecundang di bawah sinaran neon kota kosmopolitan lantas terpalit zina yang kemudiannya pula menjadi pembunuh bayi-bayi mereka yang tidak berdosa.

Wajar juga kita menginsafi dapatan daripada statistik rasmi negara bahawa setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah, setiap 15 minit sebuah institusi rumah tangga akan runtuh (berlaku perceraian), setiap hari lebih kurang 10 orang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari 4 orang kanak-kanak akan hilang, setiap 3 orang daripada 6 orang remaja wanita mengaku pernah melakukan hubungan seks haram dan pelbagai data dan statistik yang cukup menggerunkan kita semua!

Inilah realiti wanita kita pada hari ini justeru, semua kaum wanita seharusnya sedar pelbagai cabaran besar sedang menunggu baik pada masa kini hatta pada masa akan datang.

Bahkan, sepanjang tarikan dan hembusan nafas juga, pada setiap derap dan langkah adalah perjuangan untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan juga di akhirat kelak.

Cabaran yang menunggu golongan wanita sekarang terlalu banyak maka hanya adunan kecekapan, kemahiran, kebijaksanaan, kesabaran dan kekentalan semangat hatta seni dalam kepimpinan kini suatu yang wajib dimiliki oleh setiap diri di kalangan para pejuang wanita yang nantinya akan memastikan kaum wanita berjaya mengatasi setiap dugaan, ujian dan rintangan.

Tanpa segala keinsafan, kesedaran dan sifat-sifat ini, wanita tidak mungkin akan berupaya menjadi pencorak dan penentu generasi yang lebih baik untuk negara serta masyarakat pada esok hari.

Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa.

BACA INI JUGA: Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga

Sumber: fb | wikipedia | ikram

Tuesday, March 07, 2017

10 Negara Dengan Pengaliran Wang Haram Paling Besar Di Dunia!

10 Negara Dengan Pengaliran Wang Haram Paling Besar Di Dunia!

Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang bagaikan habuk dalam peta dunia namun negara kecil ini semakin terkenal di persada antarabangsa kerana berada di tangga ke lima pengaliran wang haram paling besar di dunia.

Penggubahan wang haram

Perkara itu disahkan oleh badan pemantau Global Financial Integrity dalam laporannya yang mendedahkan bahawa aliran keluar wang haram Malaysia menyebabkan negara ini kehilangan jumlah terkumpul US$418.542 bilion (RM1.86 trilion) dari tahun 2004 hingga 2014.

Malah, pada tahun 2013 sahaja Malaysia sudah kehilangan sejumlah US$48.25 bilion (RM214.66 bilion) dan punca aliran keluar wang haram itu dilaporkan daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah dan aktiviti-aktiviti haram.

Global Financial Integrity

Kalau kita lihat, jumlah pengaliran wang haram yang merugikan negara ini untuk tahun 2013 sahaja sudah lebih 5 kali ganda jumlahnya berbanding cukai GST yang dikutip oleh kerajaan pada tahun 2016, iaitu jumlah kutipan melebihi sasaran sebanyak RM41.2 bilion.

Berikut adalah 10 negara dengan pengaliran wang haram paling besar di dunia dan jumlah terkumpul:

1. China - USD$1.392 trilion

2. Rusia - USD$1.049 trilion

3. Mexico - USD$528.439 bilion

4. India - USD$510.286 bilion

5. Malaysia - USD$418.286 bilion

6. Brazil - USD$226.667 bilion

7. Afrika Selatan - USD$209.219 bilion

8. Thailand - USD$191.768 bilion

9. Indonesia - USD$180.710 bilion

10. Nigeria - USD$178.040 bilion

Jika kerajaan serius membanteras pengaliran keluar wang haram, rakyat Malaysia tidak perlu menanggung beban GST setiap hari.

BACA INI JUGA:

Sumber: milosuam

17 Punca BR1M 2017 Anda Ditolak Dan Cara Membuat Rayuan

17 Punca BR1M 2017 Anda Ditolak Dan Cara Membuat Rayuan

Ramai penerima BR1M sebelum ini meluahkan rasa kesal dan kecewa susulan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 tidak lulus.

Punca BR1M 2017 Ditolak

Jika anda salah seorang penerima BR1M namun gagal dalam permohonan BR1M 2017 kali ini, anda pastinya tertanya-tanya sebab permohonan ditolak sedangkan sudah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi menerima bantuan BR1M.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Pemerhatian di laman web BR1M mendapati syarat kelayakan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

Punca BR1M 2017 Ditolak

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berikut adalah di antara kesalahan-kesalahan, punca atau sebab permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal:
  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
  3. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  4. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  6. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  7. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  8. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
  9. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  10. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  11. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  12. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  13. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  14. Permohonan lebih daripada satu kali.
  15. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  16. Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  17. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Diharapkan dengan informasi ini dapat menjawab ‘persoalan’ pemohon BR1M yang ditolak mentah-mentah kerana kesilapan anda ketika menyatakan maklumat yang tidak sahih.

Difahamkan, bagaimanapun terdapat perincian syarat kelayakan yang hanya diketahui oleh agensi yang dilantik kerajaan bagi menyemak setiap permohonan. -mynewshub

Pemohon Gagal Terima BR1M Boleh Buat Rayuan Sehingga 31 Mei 2017

Cara+Rayuan+BR1M+2017

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017 ini.

Permohonan rayuan berkenaan sudah dibuka sejak 3 Mac lalu dan ianya perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang.

Borang rayuan berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my sebelum mengemukakannya di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan anda.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang); ATAU

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang); DAN

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon; ATAU

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pemohon boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai rayuan BR1M. -mynewshub

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mufti Perlis Kata BR1M Bukan Rasuah

-SENTIASAPANAS.COM

10 Lelaki ‘Gergasi’ Yang Mempunyai Saiz Badan Terbesar Di Dunia

10 Lelaki ‘Gergasi’ Yang Mempunyai Saiz Badan Terbesar Di Dunia

Di dunia ini sememangnya terdapat manusia-manusia 'gergasi' yang mempunyai saiz tubuh yang sangat besar dan luar biasa.

Di bawah ini merupakan 10 individu lelaki 'gergasi' yang mempunyai saiz badan paling besar di dunia.

1. Romario Dos Santos Alves (Brazil)

Romario Dos Santos Alves (Brazil)

Lelaki menjadi contoh bagaimana penggunaan sejenis minyak penambahan otot bernama synthol boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius apabila digunakan selama beberapa tempoh tertentu.

Syntol yang digunakannya itu membuatkan otot Romario ‘membuak-buak’ menjadi saiz yang luar biasa besarnya.

Semuanya baik dan orang ramai mula menggelarnya “the Hulk”, sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan hampir perlu memotong kedua-dua tangannya.

2. Arlindo De Souza (Brazil)

Arlindo De Souza (Brazil)

Seorang lagi ahli bina badan daripada Brazil yang mengambil keputusan untuk jadi sado dengan jalan pintas.

Seperti Romario, Arlindo telah menjadi ketagih terhadap synthol dan telah mengalami masalah kesihatan sama seperti yang dihidapi Romario.

3. Denis Cyplenkov (Ukraine)

Denis Cyplenkov (Ukraine)

Denis merupakan ahli bina badan profesional, dan telah memenangi pertandingan gusti lengan di Ukrain dan Eropah. Dia juga adakalanya digelar Hulk oleh peminatnya.

Namun, seperti Romario dan Arlindo, dia turut menggunakan synthol bagi mendapatkan otot yang besar.

Dengan ketinggian 186cm (6 kaki 1 inci), berat 140kg dan ukur lilit sebesar 24 inci, Denis sememangnya mempunyai tubuh badan gergasi!

4. Hafþór Júlíus Björnsson (Iceland)

Hafþór Júlíus Björnsson (Iceland)

Haflthor mempunyai ketinggian 2.06m (6 kaki 9 inci) dan berat 185 kilogram, dia juga merupakan ahli bina badan, pelakon dan bekas pemain bola keranjang.

Halflthor mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh mengangkat beban seberat 450kg!

5. Shaquille O’Neal (Amerika Syarikat)

Shaquille O%u2019Neal (Amerika Syarikat)

Shaquille atau dipanggil Shaq ini merupakan pemain bola keranjang popular dengan ketinggian 2.16 meter (7 kaki 1 inci) dan berat 147kg, dia merupakan antara atlet terberat di dalam sukan tersebut.

Selain itu, Shaquille O’Neal juga popular sebagai pelakon dan juga mempunyai permainan video yang direka khas berdasarkan hidupnya.

6. Yao Ming (China)

Yao Ming (China)

Yao yang merupakan pemain bola keranjang dari China juga terkenal kerana sering dipaparkan dalam meme Internet.

Apa yang lebih menakjubkan, Yao merupakan lelaki China tertinggi di dunia, dengan ketinggian 2.3 meter (7 kaki 6 inci).

7. Vikas Uppal (India)

Vikas Uppal (India)

Vikas (lahir 1986) dikenali sebagai lelaki tertinggi India, berdiri dengan ketinggian 2.51 meter (8 kaki 3 inci). Dia telah meninggal dunia pada tahun 2007 lalu.

8. Sajad Gharibi (Iran)

Sajad Gharibi (Iran)

Sajjad digelar Iranian Hulk oleh kerana saiz tubuhnya yang besar. Dia yang juga diberi nama Persian Hercules ini mempunyai berat badan 155kg dan mampu mengangkat beban 175kg.

9. Brahim Takioullah (Maghribi)

Brahim Takioullah (Maghribi)

Brahim merupakan lelaki tertinggi di Maghribi dan juga merupakan lelaki kedua tertinggi di dunia. Dia juga memecahkan rekod sebagai pemilik kaki terbesar dunia iaitu lebih 15 inci atau 38cm.

10. Sultan Kösen (Turki)

Sultan Kösen (Turki)

Sultan ialah lelaki paling tinggi di dunia dengan ketinggian 2.51 meter (8 kaki 3 inci).

Seperti lelaki ‘gergasi’ lain, Sultan yang berasal daripada Turki ini mempunyai masalah ketumbuhan pada kelenjar pituarinya yang mengakibatkan pertumbuhan tubuhnya menjadi besar secara mendadak.

Tumor itu akhirnya dibuang daripada otaknya dan tubuh Sultan berhenti meninggi serta-merta.

BACA INI JUGA: Manusia-manusia Bertubuh Kerdil Yang Menjadi Lagenda

Sumber: mynewshub

'Perang Harga' Stesen Minyak Cara Baru Penentuan Harga Petrol Dan Diesel

'Perang Harga' Stesen Minyak Cara Baru Penentuan Harga Petrol Dan Diesel

Kerajaan Malaysia bakal menggunakan mekanisma penentuan harga bahan api minyak petrol dan diesel yang baru dengan menetapkan harga siling (harga maksimum) bahan api setiap minggu mulai bulan April 2017.

Harga+siling+minyak+2017

Apabila dilaksanakan kelak, harga maksimum ini berkemungkinan akan diumumkan setiap hari Isnin dan Sabtu berbanding ketika ini yang diumumkan setiap bulan.

Memetik Bernama, Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) menyatakan bahawa langkah yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

(Mungkin disebabkan kerajaan mahu lepas tangan dan mahu kesalahan diletakkan sepenuhnya dibahu persatuan minyak).

Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang hendak ditetapkan, katanya.

Untuk pengetahuan, penetapan harga siling bahan api petrol dan diesel akan membolehkan stesen-stesen minyak bersaing dari segi harga, di mana mereka bebas menetapkan harga petrol dan diesel asalkan tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Apabila harga siling ditetapkan, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada hendak menurunkan harga atau bagaimana cara syarikat berkempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif.

Tindakan terbaru oleh kerajaan akan menguntungkan pelanggan kerana pengguna kini mempunyai pilihan ke atas mana-mana stesen minyak yang menawarkan harga lebih rendah.

Bagi pengusaha stesen minyak pula, mereka dijangka akan terbeban dengan persaingan harga dalam pasaran terbuka kerana ‘perang harga’ antara pengusaha akan merugikan sebelah pihak.

Penentuan harga siling ini bukanlah baru, malah negara-negala lain juga sudah menggunakan mekanisme ini seperti Thailand.

Malangnya, ramai pengusaha stesen minyak di Thailand dilaporkan ‘gulung tikar’ disebabkan pasaran terbuka seperti ini.

Sama-sama kita nantikan akibatnya.

BACA INI JUGA: 7 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dunia

Sumber: moshed

Tahukah Anda Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam Renang?

Tahukah Anda Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam Renang?

Dalam satu kajian terbaharu para penyelidik di Kanada yang telah menjalankan uji kaji terhadap tahap pencemaran urine atau air kencing yang terdapat sesebuah kolam renang, anda pastinya akan sedikit terkejut.

Kolam Renang

Memetik laporan Reuters, hasil penemuan daripada ujian jumlah air kencing di dalam kolam renang, ianya tidaklah begitu memberansangkan.

Penyelidik daripada Universiti Alberta telah melakukan ujian bagi menunjukkan tahap pencemaran urin di mana sebanyak 250 sampel melibatkan 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.

Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut.

Kesimpulannya, kini anda sudah tahu, jadi jangan sesekali minum air yang terdapat di kolam renang ye. Geli.

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia

Sumber: sh