Tuesday, March 07, 2017

17 Punca BR1M 2017 Anda Ditolak Dan Cara Membuat Rayuan

Ramai penerima BR1M sebelum ini meluahkan rasa kesal dan kecewa susulan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 tidak lulus.

Punca BR1M 2017 Ditolak

Jika anda salah seorang penerima BR1M namun gagal dalam permohonan BR1M 2017 kali ini, anda pastinya tertanya-tanya sebab permohonan ditolak sedangkan sudah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi menerima bantuan BR1M.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Pemerhatian di laman web BR1M mendapati syarat kelayakan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

Punca BR1M 2017 Ditolak

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berikut adalah di antara kesalahan-kesalahan, punca atau sebab permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal:
  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
  3. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  4. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  6. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  7. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  8. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
  9. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  10. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  11. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  12. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  13. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  14. Permohonan lebih daripada satu kali.
  15. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  16. Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  17. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Diharapkan dengan informasi ini dapat menjawab ‘persoalan’ pemohon BR1M yang ditolak mentah-mentah kerana kesilapan anda ketika menyatakan maklumat yang tidak sahih.

Difahamkan, bagaimanapun terdapat perincian syarat kelayakan yang hanya diketahui oleh agensi yang dilantik kerajaan bagi menyemak setiap permohonan. -mynewshub

Pemohon Gagal Terima BR1M Boleh Buat Rayuan Sehingga 31 Mei 2017

Cara+Rayuan+BR1M+2017

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017 ini.

Permohonan rayuan berkenaan sudah dibuka sejak 3 Mac lalu dan ianya perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang.

Borang rayuan berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my sebelum mengemukakannya di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan anda.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang); ATAU

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang); DAN

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon; ATAU

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pemohon boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai rayuan BR1M. -mynewshub

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mufti Perlis Kata BR1M Bukan Rasuah

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon