Friday, July 22, 2016

1MDB, Akta RICO Dan Rahsia Kod SWIFT, Kerisauan Tun Mahathir Kini Terbukti Benar!


Semua jejak-jejak penting aliran tunai, transaksi dan pengubahan wang haram dalam bentuk US Dollar boleh dikesan dengan mudah oleh kerajaan AS dan di sinilah ketakutan sebenar pihak-pihak yang terlibat dalam skandal kewangan negara yang cukup memalukan ini.

Skandal 1MDB dan Akta RICO

Apa itu Akta RICO?

RICO adalah singkatan daripada Akta Pengaruh Catut dan Pertubuhan yang Pecah Amanah di bawah peruntukan perundangan persekutuan AS yang memberi kuasa besar kepada badan perundangan AS untuk menyekat aktiviti-aktiviti jenayah kumpulan mafia dalam melakukan jenayah kewangan seperti pelaburan wang haram, rasuah, peras ugut, penipuan atas talian dan banyak lagi.

Sebelum Akta RICO digubal, kerajaan AS berhadapan kesukaran untuk mendakwa kumpulan mafia secara keseluruhan kerana mereka licik dalam menyembunyikan jenayah.

Perkara ini boleh dilakukan dengan menggunakan orang perseorangan yang tampak tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan mereka juga melalui syarikat perniagaan yang sah di sisi undang-undang yang bertindak sebagai ‘muka depan’ kepada aktiviti haram kongsi gelap dan mafia.

Ringkasnya RICO bertindak seperti pukat tunda untuk mendakwa individu yang bernaung di bawah badan yang menjalankan kegiatan jenayah samada mereka sendiri lakukan atau bersubahat yang berlaku di bawah perhatian badan yang tertuduh.

Untuk mengesahkan kegiatan jenayah yang tersusun telah dilakukan tertuduh, pihak pendakwa mesti membuktikan bahawa pihak defendan telah melakukan sekurang-kurangnya dua daripada 35 jenis jenayah yang termaktub dalam akta jenayah AS dan RICO dalam jangka masa 10 tahun antara kedua-duanya yang berlaku dalam naungan dan kegiatan organisasi tertuduh.

Apakah mungkin RICO dikenakan ke atas 1MDB?

Apakah keberangkalian dan risiko 1MDB untuk berhadapan dengan akta RICO jika pihak pendakwa raya di AS dapat membuktikan bahawa terdapat unsur-unsur jenayah yang tersusun dalam kegiatan 1MDB?

Pertama, banyak transaksi 1MDB atas talian antara rakan kongsi dan bank adalah menggunakan matawang US Dollar melalui sistem bayaran antarabangsa SWIFT.

Faktor ini saja sudah membolehkan pihak pendakwa raya daripada US untuk menyiasat dan mengeluarkan tuduhan melalui RICO kalau mana didapati ada jenayah saluran wang atas talian (wire fraud).

Dalam pertuduhan RICO ke atas FIFA baru-baru ini, didedahkan dua bank daripada Kepulauan Cayman terlibat dengan penyaluran dan pemindahan wang rasuah para defendan FIFA.

Bank BSI di Singapura mempunyai kejutan lebih besar di mana syarikat induknya BSI SA di Lugano, Switzerland adalah bank pertama yang diluluskan di bawah ‘Program Swiss Bank’ anjuran Jabatan Keadilan AS – satu program untuk menyelesaikan liabiliti jenayah bank-bank Switzerland daripada bersubahat dengan penjenayah yang menggunakan sistem bank mereka.

Sebab itu Bank BSI di Singapura telah ditutup kerana skandal 1MDB kan..

Ini bermakna Jabatan Keadilan AS mempunyai laluan ke atas mana-mana pemilik akaun BSI, termasuklah 1MDB.

Paling kontroversi dan tidak langsung adalah berkenaan individu bernama Jho Low yang sering kali dikaitkan dengan 1MDB.

Dan kini kesemua harta Jho Low yang dilaporkan bernilai USD1 billion bakal dirampas oleh kerajaan AS!

Hubungan Jho Low dengan 1MDB walaupun acap kali dinafikan tidak dapat dibendung lagi bahawa ianya punya asas hubungan yang kukuh.

Dalam laporan penuh keputusan mahkamah di Britain iaitu kes McKillen v Misland (Cyprus) Investments Ltd and others (2012), Hakim David Richards telah menjelaskan bahawa bidaan The Wynton Group – yang dikuasai oleh Jho Low – untuk membeli Kumpulan Claridge’s Hotel, telah mendapat surat sokongan penuh daripada 1MDB.

Ada banyak lagi contoh berkemungkinan besar boleh mengheret 1MDB ke dalam pertuduhan di bawah Akta RICO selepas ini.

Kalaupun RICO digunakan untuk pertuduhan ke atas 1MDB, ianya tidak akan berlaku secara terang-terangan sebaliknya memerlukan pembocoran maklumat daripada orang dalam seperti mana Charles Blazer lakukan kepada FIFA untuk menzahirkan keseluruhan salah laku FIFA.

Persoalannya kini, adakah 1MDB mempunyai sosok seperti Blazer yang bersedia berpaling tadah dengan 1MDB? Daripada bukti-bukti yang ada, keberangkalian itu sangat tinggi.

Soalannya, siapakah individu itu?

Last Man Standing?

Skandal 1MDB

FBI dan DoJ, berkenaan Akta RICO berkemungkinan besar akan dikenakan ke atas 1MDB, tidak akan mencekup 'Malaysian Official 1' dulu.

They will take out the WEAKEST among all.

Siapa lagi kalau bukan Jasmine Loo kalau di Amerika. Next Riza Aziz, kemudian Jho Low.

Begitu juga dengan kes dua pelarian melibatkan SRC International dan wang pencen KWAP iaitu Datuk Suboh Yassin dan Nik Faisal.

Ya memang benar kata Lim Sian See, Najib Razak takkan kena. Ada immunity bagai. Tapi orang-orang kanan beliau yang terlibat dan sempurnakan transaksi pengubahan wang haram (money laundering), mereka akan jatuh satu-demi satu, seperti mana FIFA kena.

Seperti mantan presiden FIFA Sepp Blatter, last man standing barulah Najib Razak.

Mungkin ada orang meroyan dan marah, Haram jadah kau Yahudi! Haram jadah kau Amerika! Celaka lu kacau Najib Razak, kacau UMNO, kacau Malaysia! Apa hak kau nak siasat derma untuk UMNO?!

Saya pasti anda tidak lupa gambar bukti WSJ tentang “derma” 2.6 bilion itu bukan? Anda nak tahu kenapa Amerika ada hak untuk siasat “derma”? Simple.

Sebarang aliran tunai dalam matawang US Dollar atas talian yang menggunakan penghantaran telegrafik WAJIB melalui sistem Society of Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) yang berpusat di Belgium tetapi dibelakang tabir dikawal oleh Amerika dan sekutunya.

Semua transaksi “derma” itu akan direkod oleh SWIFT juga akan melalui (by-pass) bank di New York (dalam kes derma UMNO itu Wells Fargo).

Dengan jumlah sebesar itu TIADA SYAK LAGI FBI DAPAT MENANGKAP SEMUA MAKLUMAT DAN TAHU SIAPA “PENDERMA” kerana mereka TERPAKSA MEREKOD untuk memenuhi SYARAT AKTA PENGUBAHAWAN WANG HARAM di bawah peruntukan perundangan Amerika seperti “18 U.S. Code § 1956 - Laundering of monetary instruments” dan banyak lagi.

Lebih menakutkan, kalau kalian baca dan kaji sendiri, selain daripada Akta RICO, silap hari bulan Jasmine Loo, Jho Low, Riza Aziz, dan Najib Razak boleh didakwa di bawah US PATRIOT ACT yang brutal itu khusus di bawah Seksyen 319 (b), 352, 351.

(Rujuk: http://www.fincen.gov/statutes_regs/patriot/)

Lebih menakutkan, AS tidak akan mendakwa, tapi akan menggunakan semua SKANDAL ini sebagai “blackmail” Najib Razak untuk melaksanakan dasar “containment” (kepungan) mereka ke atas Cina menggunakan negara kita yang mana salah satunya ialah TPPA.

Ini sebenarnya bukan lagi soal seorang individu bernama Najib Razak tapi paling penting SOAL KEDAULATAN NEGARA.

Mereka – Singapura, UK, Amerika, Swiss – membiarkan semua ini berlaku tanpa ada “red flags” awal kerana ianya dari mula adalah PERANGKAP ke atas MALAYSIA kerana kebodohan pemimpin kita.

Sekarang anda faham kenapa Tun Mahathir bising dan bermati-matian berjuang walaupun sudah uzur?

Dan mangkuk hayun yang fitnah beliau kata semua ini kerana Tun Mahathir nak jaga kantung kroni IPP beliau?

I will say this straight to their faces: BULLSHIT! IT WAS ALL ABOUT GRAND CORRUPTION AND GEOPOLITICAL PLAY THAT IS DETRIMENTAL TO OUR NATIONAL SOVEREIGNTY!

Ya Allah selamatkan negara ini daripada dihina dan disiat musuh kerana kebodohan kami yang gagal menasihati pemimpin kami!
Maafkan kami ya Allah kerana kami letak taqwa bukan di hati tapi di kepala lutut kami!
Kami benar-benar dihinggapi penyakit yang Nabi-MU (SAW) sabda iaitu “al-Wahn” iaitu “hubb al-Dunya wa karahiyah al-Mawt” (cintakan dunia dan takutkan mati) sehingga sanggup berkompromi dan bacul menegakkan yang benar dan membanteras yang salah ketika semua hal ini belum meletus ya Allah!
Berikanlah kami satu lagi peluang ya Allah untuk selamatkan agama, bangsa dan negara ya Allah! Amiin..

BACA INI JUGA: TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

Sumber: SHarian/Rausyanfikir

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon