Saturday, March 23, 2013

Manusia-manusia Bertubuh Kerdil Yang Menjadi Legenda


Ramai orang-orang bertubuh kerdil sering kita lihat di dalam dunia pertunjukan seperti pertunjukan sirkus, teater dan filem-filem antarabangsa.

Begitu juga manusia-manusia kerdil yang tercatat dibawah, mereka menjadi begitu terkenal di era mereka malah sehingga sekarang.

Walaupun dianugerahi kekurangan sifat fizikal seperti manusia normal tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai alasan untuk menjadi manusia yang berjaya.

Edward Carl Gaedel

Edward Carl Gaedel

Tingginya 3 kaki 7 inci. Walau bagaimanapun, Gaedel yang biasa dipanggil Eddie ini adalah pemain baseball profesional di Amerika. Lahir di Chicago tahun 1925, sejak kecil Eddie bercita-cita menjadi seorang olahragawan.

Berkat kemahuan dan latihan keras akhirnya dia berjaya menyertai pasukan St. Louis Browns dan melakukan debutnya pada 1951.

Setiap kali turun bertanding, dia akan disambut gegak-gempita oleh seluruh penonton di stadium.

Sayangnya, karier Eddie tidak lama. Eddie menjadi peminum alkohol tegar dan meninggal kerana serangan jantung setelah dirompak pada tahun 1961.

General Tom Thumb

General Tom Thumb

Nama asalnya ialah Charles Sherwood Stratton. Nama panggungnya General Tom Thumb yang diambil dari kisah dongeng Tom Thumb, manusia sebesar ibu jari.

Dia menjadi pelakon setelah menyertai kumpulan Barnum dan memulakan kerjayanya ke banyak negara.

Sebagai lelaki dengan ketinggian hanya 2 kaki 9 inci (80 cm), dia berkahwin dengan seorang wanita kerdil juga.

Kariernya terhenti apabila diserang stroke dan meninggal pada usia 45 tahun. Kerana popular, lebih dari 10 ribu orang menghadiri pengebumiannya.

Danny Woodburn

Danny Woodburn

Aktor yang berasal dari Philadelphia ini memainkan banyak peranan dalam filem Hollywood, di antaranya Seinfeld, One Tree Hill dan CSI.

Wee Man

Wee Man

Bintang Jackass ini, yang nama asalnya ialah Jason Bryant Acuña, hanya setinggi empat kaki tinggi.

Dia dilahirkan di Pisa, Italia, namun dibesarkan di Torrance, California. Dia bekerja sebagai pengurus sirkus majalah skateboard. Di sinilah Jason berkenalan dengan kumpulan stuntman Jackass.

Jason atau 'Wee Man' merupakan aktor stuntman terkecil di dnia.

Danny Devito

Danny Devito

Aktor kelas A ini tingginya hanya 4 kaki 11 inci. Lahir di Neptune, New Jersey dari keluarga kelas menengah.

Setelah mendapat kejayaan besar di dalam filem Taxi, karier Devito semakin cemerlang. Sederet filem seperti LA Confidential, Batman, Junior dan Heist terus melambungkan namanya.

Verne Troyer

Verne Troyer

Ingat filem Austin Power? Peranan tokoh antagonis Mini-Me yang sangat dimanjakan oleh Dr. Evil? Ya, Verne Troyer pelakonnya.

Sayangnya aktor berusia 40-an ini sekarang terjerumus ke dalam pesta yang sia-sia sehingga jarang kita melihat aksinya dalam sebarang produk filem terkini.

Gary Coleman

Gary Coleman

Nama Gary sangat dikenali kerana peranannya sebagai Arnold Jackson di filem Diff'rent Strokes.

Aktor setinggi 4 kaki 8 inci ini juga banyak membintangi siri tv, termasuk reality show, soal kehidupan peribadi yang penuh gejolak.

BACA INI JUGA: 5 Watak Horor Lagenda Paling Menyeramkan

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon