Wednesday, January 04, 2017

Fenomena Perihelion, Saat Matahari Paling Hampir Dengan Bumi

Fenomena Perihelion, Saat Matahari Paling Hampir Dengan Bumi

Fenomena Perihelion terjadi apabila kedudukan matahari berada paling hampir dengan permukaan bumi dijangka yang berlaku pada 4 Januari 2017.

Perihelion

Menurut Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya, Datuk Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin berkata, matahari akan berada di titik paling hampir dengan bumi.

Semasa fenomena Perihelion berlaku, Matahari akan berada di jarak 147,100,998 kilometer (km) dari Bumi berbanding pada kebiasaannya iaitu di 149,600,000 km.

Fenomena Perihelion berlaku apabila Bumi melengkapkan putaran 365 hari mengelilingi orbitnya yang berbentuk elips (bujur).

Terdapat sedikit perubahan suhu yang berlaku semasa fenomena Perihelion ini namun tidak mendatangkan bahaya.

Orang ramai juga diminta tidak panik atau cemas memandangkan fenomena Perihelion sering berlaku saban tahun.

Memandangkan jarak Matahari yang dekat dengan Bumi, ia mungkin akan menyebabkan suhu cuaca sedikit tinggi daripada kebiasaannya, walaupun begitu ia tidak menyebabkan kepanasan yang melampau atau ‘heatwave’.

Perbezaan saiz Matahari juga dapat dilihat tetapi tidak begitu ketara dan kita di Malaysia tidak dapat melihat fenomena Perihelion ini kerana ia berlaku pada waktu malam, pukul 10.18 malam (4/1/2017).

Para saintis di seluruh dunia akan menggunakan kesempatan ini untuk mengambil ukuran radiasi matahari dan merekodkannya.

Bagaimanapun, pada 4 Julai nanti, bumi akan mengalami satu lagi fenomena iaitu Aphelion di mana ketika itu, matahari akan berada pada jarak paling jauh dengan bumi.

BACA INI JUGA: Fakta Yang Sebenarnya Palsu Tapi Ramai Yang Percaya!

Sumber: SH

3 Perkara Ini Perlu Dilakukan Ibu Bapa Setelah Anak Balik Dari Sekolah

3 Perkara Ini Perlu Dilakukan Ibu Bapa Setelah Anak Balik Dari Sekolah

Hari persekolahan telah pun tiba, di mana banyak dapat dilihat dalam media sosial ada ibu bapa atau kenalan yang berkongsikan karenah anak mereka pada hari pertama persekolahan.

Anak

Tidak terkecuali juga buat guru, yang menggalas tanggungjawab untuk mendidik anak didikan mereka, melayan karenah juga memberikan yang terbaik buat pelajar mereka.

Dan tanggungjawab ini bukan hanya akan habis di sekolah sahaja, buat ibu dan bapa, mereka perlu mengetahui apa yang harus dilakukan sekembalinya anak dari sekolah.

Bagi seorang guru, yang telah mempunyai pengalaman yang banyak berhadapan dengan pelajar, iaitu Cikgu Asmadi Samad, terdapat beberapa perkara yang ibu dan bapa perlu lakukan, sesudah anak tiba ke rumah.

Untuk ketahui lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian dari Cikgu Asmadi.

Anak balik dari sekolah, ini apa yang perlu ibubapa buat

Fuh! Selesai hari pertama persekolahan di sini. Macam -macam karenah anak-anak. Ibu bapa pun tak kurang juga.

Banyak muka-muka teruja dengan hari pertama persekolahan hari ini. Terutama bagi mereka yang buat kali pertama menghantar anak ke sekolah. Anak sulunglah senang cerita.

Sempat beramah mesra bersembang-sembang dengan beberapa orang ibu bapa yang saya temui hari ini.

Macam-macam cerita dan celoteh mereka bersama anak-anak yang teruja dan bersemangat hadir ke sekolah.

Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu ibubapa lakukan apabila anak pulang dari sekolah sambil-sambil melayan celoteh mereka yang tak putus-putus tu.

1. Periksa beg sekolah anak untuk sebarang pemberitahuan atau surat daripada pihak sekolah

Sebarang info dan maklumat rasmi dari pihak sekolah biasanya akan dimaklumkan kepada para ibubapa melalui surat yang diedarkan kepada anak-anak untuk di bawa balik.

Sebagai contoh, tarikh-tarikh penting seperti penyerahan buku teks dan aktiviti, pemeriksaan kesihatan dan juga sebaran atau makluman mengenai program yang bakal dilangsungkan disekolah.

Banyak berlaku sebaran surat ini akhirnya terperap dalam beg sekolah anak kerana mereka terlupa untuk menyerahkannya kepada ibubapa.

Sering juga berlaku ibubapa mengadu tidak mendapat makluman dari pihak sekolah mengenai perkara-perkara di atas.

Dengan memeriksa beg sekolah anak-anak maka kita akan dapat mengelak daripada tercicir maklumat atau informasi berkaitan dengan sekolah.

2. Periksa kelengkapan sekolah anak terutama barang yang mudah hilang seperti pensil warna, pensil atau pemadam

Awal-awal persekolahan ini memang ibubapa perlu sangat-sangat kerap memeriksa kelengkapan anak-anak.

Ini kerana mereka masih dalam proses belajar mengurus diri. Masih lagi perlu belajar menyimpan dan mengemas alatan mereka selepas digunakan.

Perlu banyak bersabar kerana memang banyak alatan akan hilang atau tertukar.

Keraplah juga berpesan kepada mereka atau tunjukkan contoh bagaimana menyimpan semula alatan ke dalam bekas pensil atau beg sekolah.

Minta mereka pulangkan semula alatan yang bukan milik mereka sekiranya terjumpa. Lama-kelamaan mereka akan mula belajar menjaga dan menghargai alatan mereka.

3. Bersembang seketika dengan anak mengenai pengalaman mereka di sekolah

Tanyakan juga beberapa perkara seperti berikut:
  1. Cikgu ada pesan suruh bawak apa-apa tak esok?
  2. Ada sesiapa yang kacau atau ambil barang kamu tak?
  3. Ada tak kawan-kawan yang mintak duit dari kamu?

Soalan-soalan di atas penting untuk memastikan mereka terus bersemangat dan bermotivasi untuk terus ke sekolah.

Ia juga sebenarnya menunjukkan keseriusan dan sikap ambil berat kita sebagai ibubapa terhadap anak-anak.

Ambil tindakan segera dengan berbincang dengan guru sekiranya mendapat reaksi yang tidak baik bagi soalan 2 dan 3.

Kerap juga terjadi anak-anak berlapar disekolah kerana duit belanjanya habis dipinjam rakan-rakan.

Kesimpulan

Inilah secara ringkas yang terlintas di kepala saya waktu ini. Oh lagi satu, jangan lupa untuk menyambut anak yang pulang dari sekolah dengan senyuman dan pelukan.

Ini salah satu isyarat dari kita yang menunjukkan bahawa kita sangat menghargai usaha mereka pergi ke sekolah dan belajar.

Semoga mereka akan terus bersemangat untuk terus menempuh hari-hari persekolahan yang berikutnya.

Asmadi Abdul Samad
Pancit hari ni

BACA INI JUGA: Kajian Membuktikan Kehadiran Seorang Ayah Faktor Utama Kejayaan Anak Dalam Kehidupan

Sumber: siakapkeli

Bahaya Pneumonia, Jenis Dan Simptom Jangkitan Paru-paru

Bahaya Pneumonia, Jenis Dan Simptom Jangkitan Paru-paru

Pneumonia adalah penyakit jangkitan kuman di dalam paru-paru yang menyebabkan pesakit akan berasa letih dan sukar bernafas, membunuh lebih ramai kanak-kanak daripada penyakit lain, lebih tinggi berbanding AIDS, malaria dan demam campak (measles).

Pneumonia

Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami batuk berkahak yang teruk dan mengalambil masa yang lama, demam panas yang kuat dan pesakit mengalami rasa sukar bernafas.

Biasanya bagi pesakit dapat boleh dirawat di rumah dengan diberikan antibiotik dan insha ALLAH akan sembuh dalam masa seminggu.

Bagi pesakit yang telah berusia 60 tahun ke atas, kanak-kanak terutama bawah umur lima tahun dan pesakit diabetes, jangkitan kuman pada paru-paru selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

Jika tidak dirawat dengan segera, jangkitan kuman dalam paru-paru boleh membawa maut.

Dalam beberapa kes di mana pesakit tidak dirawat dengan sempurna, pesakit akan mengalami komplikasi seperti mengalami nanah di bahagian paru-paru, mengalami kebocoran paru-paru, masalah pertukaran oksigen dalam paru-paru dan akhirnya membawa maut setelah beberapa minggu.

Pesakit perlu terus mengambil ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor, rehat yang mencukupi, ubat demam dan minum air secukupnya.

Pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan berkala sehingga pesakit benar-benar sembuh.

Namun, jika pesakit tiba-tiba mengalami sukar bernafas atau demam yang kuat, bawa terus ke hospital kerana mungkin mengalami komplikasi dalam paru-paru dan memerlukan rawatan di hospital dengan segera.

Tanda-tanda dan gejala Pneumonia

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman Paru-paru (Pneumonia) ini serius?

Jangkitan kuman pada paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.

Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Batuk berdarah
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan Pneumonia bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini.

Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan Pneumonia yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:
  • Paracetamol
  • Rehat yang secukupnya
  • Minum air yang banyak
  • Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
  • Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Bahaya Pneumonia Kepada Kanak-kanak

Di Malaysia, pneumonia dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital.



Pesakit Pneumonia boleh diselamatkan menerusi pengambilan vaksin dan ia bukan sesuatu yang mustahil dijadikan 'wajib' dalam imunisasi kebangsaan seperti vaksin kanser servik (HPV) yang diwajibkan untuk remaja perempuan.

Walaupun terdapat pelbagai kuman yang menyebabkan pneumonia menunjukkan simptom yang sama, kuman streptococcal peneumoniae paling bahaya, namun ia boleh dicegah menerusi pemberian vaksin pneumokokkal.

Vaksin pneumokokkal ada di Malaysia sejak tahun 2005, tetapi ia masih lagi belum dijadualkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini, vaksin itu hanya boleh didapati di hospital swasta atau klinik pakar kanak-kanak swasta. Bagaimanapun, kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan mencegah pneumonia kini semakin meningkat dan kebanyakan daripadanya memilih untuk mengambil suntikan vaksin untuk anak mereka

Lebih 55 negara sudah pun memasukkan jadual vaksin itu ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan, termasuk Singapura, Macau, Hong Kong, Australia dan New Zealand.

Kepentingan imunisasi vaksin ini juga dapat membantu imuniti kelompok yang menyediakan pertahanan sekumpulan individu daripada diserang penyakit, yang mana tujuh daripada 10 kanak-kanak yang mengambil vaksin boleh membantu tiga individu yang tidak mengambilnya.

Pengambilan vaksin pneumokokkal boleh diambil oleh bayi seawal usia dua bulan dan pengambilannya adalah selang masa 10 tahun.

Untuk pesakit yang sudah sembuh dari penyakit ini juga boleh mengambil suntikan vaksin. Mereka yang sudah mendapat vaksin ini jika terkena jangkitan sama pada masa akan datang biasanya hanya jangkitan ringan kerana tubuh mereka sudah ada ‘kubu’ pertahanan daripada kuman berkenaan.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti pneumonia, ada kemungkinan mereka juga boleh mendapat jangkitan berulang sekiranya tidak mengambil langkah pencegahan.

Kanak-kanak yang berisiko tinggi seperti sejarah asma dalam keluarga dan kelahiran pramatang, selain pendedahan di tempat sesak dan ramai orang, tempat berhabuk dan asap rokok turut meningkatkan risiko jangkitan

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman Pneumonia ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu.

Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.
  • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
  • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

5 Sebab Air-Cond Compressor Kereta Rosak Dan Cara Mengurangkan Risiko Kerosakan

5 Sebab Air-Cond Compressor Kereta Rosak Dan Cara Mengurangkan Risiko Kerosakan

Kenapa kompresor air-cond rosak dan bagaimana anda boleh mengelakkan duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan risiko berlakunya kerosakan.

Air-Cond Compressor

Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga tentang kompresor air-cond.

1. Kandungan Refrigerant (Gas) Yang Rendah

Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurangan menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan rosak.

2. Kandungan Refrigerant (Gas) Yang Terlampau Tinggi

Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir, diisinya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka terimalah duit anda melayang.

Pastikan anda rujuk kepada manual air-cond kereta atau rujuk kepada yang pakar.

3. Coil Kotor

Pernah tengok coil? Kalau anda pernah tengok air-cond kat rumah atau belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa atau keemasan.

Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan compressor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem.

Lama-kelamaan compressor anda terlebih panas dan akhirnya rosak.

4. Masalah Litar/Komponen Elektrik

Yang ini seolah-olah silent killer. Kenapa ya? Yalah, bunyi macam kecil saja masalahnya kadang-kadang.

Contoh wiring putus, fuse terbakar dan lain-lain kerosakan elektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor. Fuh melayang duit.

Seeloknya carilah mekanik atau technician berpengalaman dan lakukan inspection atau servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

5. Kekurangan Lubricant

Jangan ingat enjin kereta saja ada lubricant. Compressor pun ada. Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar lubricant compressor.

Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta, anda mesti memeriksa kandungan lubricant compressor anda. Jika berkurangan maka silalah top up atau tukar sahaja lubricant baru.

Jika tanya kekerapan, susah nak cakap tapi bolehlah rujuk mana-mana technician yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.

Kesimpulannya

Bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak, maka lakukanlah servis secara berkala air cond kereta anda.

Ianya memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air cond compressor kereta anda daripada rosak. Yang pastinya harga tukar compressor memang mahal.

Akhirnya, rujuklah kepada mekanik atau technician yang amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat awam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Utama Mengapa Kereta Anda Bergegar

Sumber: Thevocket

Tuesday, January 03, 2017

Jeremy Meeks, Bekas Banduan Paling Kacak Kini Hidup Mewah!

Jeremy Meeks, Bekas Banduan Paling Kacak Kini Hidup Mewah!

Jeremy Meeks yang dinobatkan sebagai penjenayah paling ‘hot’ di dunia selepas gambar mugshot beliau yang dimuatnaik dalam media sosial oleh polis menjadi viral, telah berjaya menempa kekayaan selepas keluar dari penjara.

Jeremy Meeks

Jeremy Meeks, 32, yang kini menjadikan modelling sebagai karier, telah memperolehi pendapatan berjuta ringgit dan terkenal.

Sejak dibebaskan dari penjara, bekas banduan yang kacak dan seksi itu telah memuatnaik gambar-gambar mengenai kehidupannya untuk tatapan peminat dan imej berkenaan menunjukkan Meeks kini hidup mewah.

Jeremy bukan sahaja mampu memiliki rumah agam malah memandu kereta Maserati berharga £120,000.

Jeremy Meeks

Jeremy juga kelihatan gembira bersama keluarganya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik dalam instagramnya itu mendapat pujian daripada peminat Jeremy yang gembira kerana dia mendapat peluang kedua.

Jeremy Meeks

“Hidup kau kini berubah. Kekalkan ia. Kau berhak mendapat peluang kedua.

“Kau adalah contoh di mana manusia boleh berubah daripada perkara buruk kepada perkara paling hebat,’’ demikian tulis peminatnya yang memuji perubahan Meeks itu.

BACA INI JUGA: 6 Putera Raja Paling Kacak Di Dunia!

Sumber: mynewshub

Goh Liu Ying Putus Cinta!

Goh Liu Ying Putus Cinta!

Nama Goh Liu Ying tiba-tiba menjadi sebutan ramai setelah berjaya memenangi pingat perak beregu campuran acara badminton di Sukan Olimpik Rio tahun lalu.

Goh Liu Ying

Kejayaan Goh Liu Ying yang berpasangan dengan Chan Peng Soon kemudiannya menjadi tumpuan oleh seluruh rakyat.

Beliau bukan sahaja dipuji kerana ketangkasannya di atas gelanggang, malahan ramai juga terpegun kerana kejelitaannya.

Bagi peminat badminton yang mengenalinya secara dekat, sudah diketahui umum Goh Liu Ying sudah mempunyai teman lelaki, Ong Jian Guo, yang juga bekas pemain beregu negara.

Bagaimanapun, akhbar Cina tempatan, China Press mendapat tahu, rupanya hubungan cinta antara Liu Ying dengan Jian Guo selama lapan tahun difahamkan telah berakhir.

Goh Liu Ying, 27, dikatakan mula bercinta dengan Jian Guo, juga berusia 27 tahun, sejak berusia 19 tahun lagi.

Goh Liu Ying

Mereka juga berasal dari negeri yang sama, iaitu Melaka.

Selain berusia sebaya dan berasal dari negeri yang sama, mereka juga bersama-sama dipilih mewakili pasukan negeri dan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sebelum ini, mereka pernah menyatakan hasrat bersama untuk menubuhkan akademi badminton di Melaka bagi mencungkil bakat-bakat baharu sebagai usaha dan sumbangan kepada negeri kelahiran mereka.

Goh Liu Ying dan Jian Guo masih belum memberikan sebarang reaksi mengenai status hubungan mereka sehingga hari ini.

Goh Liu Ying

Ketika ini, kedua-dua mereka sedang menyertai pertandingan badminton Purple League dengan masing-masing mewakili kelab yang berbeza.

Jian Guo bermain dalam acara beregu lelaki mewakili pasukan Klang City manakala Goh Liu Ying bermain acara beregu campuran bersama Puchong United.

BACA INI JUGA: Keunikan Muzium Putus Cinta Croatia

Sumber: SH

10 Fakta Hebat Tetapi Pelik

10 Fakta Hebat Tetapi Pelik

Dunia sememangnya dipenuhi dengan pelbagai perkara pelik dan aneh yang adakalanya sukar diterima logik akal.

Namun, itulah yang menjadikan sesuatu perkara itu unik dengan ‘jalan cerita’ yang belum diketahui kebanyakan orang.

Berikut kami kongsikan 10 fakta yang mungkin menjadikan anda seorang yang lebih berpengetahuan dan pada masa yang sama seorang yang agak pelik. Selamat membaca!

1. Mesin layan diri lebih bahaya daripada ikan jerung

Mesin layan diri

Mesin layan diri (vending machine) yang kebiasaanya menjual minuman bertin bukan sesuatu perkara yang asing.

Pengguna boleh membeli makanan, panas, payung, rokok, gajet, waima seluar dalam juga dari mesin layan diri ini.

Namun tahukah anda, pada tahun 1978 sehingga 1995 di Amerika Syarikat (AS), dilaporkan seramai 37 orang telah terbunuh disebabkan kegagalan fungsi mesin ini, menjadikan kadar purata kematian 2.18 setiap tahun, iaitu kadar yang lebih tinggi daripada jumlah serangan ikan jerung.

2. Cip procesor kalkulator saintifik

Cip procesor

Lihat sahaja kalkulator yang sering digunakan untuk memudahkan pelajar di sekolah ini, bagaimana sekiranya kami memberitahu bahawa kalkulator ini mempunyai enam kali lebih berkuasa daripada komputer yang digunakan ketika roket Apollo 11 mendarat di bulan? Gila!

3. Manusia menyalin kulit

kulit

Mungkin perkara ini hanyalah desas desus sahaja, namun ‘khabar angin’ ini adakalanya benar dari segi saintifik.

Secara purata sel-sel kulit manusia yang tua dan mati akan jatuh ke tanah sebanyak 18 kilogram kulit seumur hidup!

4. Manusia kidal dan risiko kematian lebih tinggi?

Kidal

Dikatakan lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

Mungkin desas-desus mengenai statistik kematian adalah kurang tepat namun apa yang pasti, barangan yang dicipta untuk pengguna tangan kanan akan menjadi lima kali lebih berbahaya sekiranya digunakan pengguna kidal.

5. Badan manusia dewasa menghasilkan bakteria

Bakteria

Tubuh seorang manusia dewasa secara puratanya akan menghasilkan kira-kira 1 hingga 4 kilogram bakteria.

Cuba anda bayangkan sekiranya anda boleh mengecilkan badan sehingga ke saiz mikroskopik dan lihat di kawasan kulit badan anda, pastinya begitu terkejut dengan jumlah kuman yang terdapat.

6. Tapak sulaiman sama seperti cicak

Tapak sulaiman

Jika ekor cicak putus, anggota yang hilang ini dapat dihasilkan semula daripada tubuhnya yang masih hidup.

Hidupan laut seperti tapak sulaiman juga dapat menumbuhkan semula anggotanya yang putus.

Seperti cicak, tapak sulaiman menanggalkan tangannya untuk melarikan diri daripada pemangsa.

7. Semut lebih dominan berbanding manusia?

Semut

Nisbah antara bilangan manusia di dunia dengan serangga semut adalah 1 juta semut bagi setiap manusia.

Apa yang lebih menarik adalah serangga semut merupakan antara makhluk terkuat di dunia jika dibandingkan dengan saiznya, berbanding manusia.

8. Dinasour Velociraptors hanya sebesar ayam

Velociraptors

Pasti ramai yang menyaksikan watak dinasour ini di dalam filem Jurassic Park yang buas berlari mengejar mangsa yang terdiri daripada haiwan kecil, namun hakikat yang sebanarnya adalah saiz sebenar dinousour ini hanyalah sebesar ayam.

9. Janis Joplin yang dikenali ‘Generous’ Janis

Janis Joplin

Kematian legenda penyanyi country Amerika Syarikat ini berkait rapat dengan ‘Sumpahan 27’ yang turut dikaitkan dengan kematian penyanyi Jim Morrisson, Jimmy Hendrix, Kurt Cobain dan ramai lagi sewaktu usianya mencecah 27 tahun.

Janis sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menghulurkan AS$2,500 kepada rakannya dengan mengatakan ‘buatlah satu majlis penghormatan’ dengan menggunakan duit yang diberikan kepada rakannya itu.

10. Efek ‘ubi kentang’

Ubi kentang

Mungkin kedengaran agak kelakar namun disebabkan ubi kentang, populasi penduduk di Ireland pada tahun 1845 telah menurun sehingga menyebabkan ribuan rakyatnya mati disebabkan memakan tanaman ini.

Insiden Kebuluran Ireland 1845 berlaku disebabkan oleh kebergantungan yang tinggi terhadap ubi kentang sebagai sumber makanan utama.

Apabila ubi kentang tidak dapat dihasilkan dengan banyak disebabkan oleh serangan ‘penyakit ubi kentang’, maka ramai penduduk yang tidak mendapat makanan.

Ini berlarutan sehingga kes kebuluran yang serius dan akhirnya mengakibatkan jumlah kematian meningkat.

BACA INI JUGA: Cara Aneh Dan Pelik Untuk Kelihatan Cantik

Sumber: mynewshub

Video Tentera Myanmar Seksa Penduduk Rohingya!

Video Tentera Myanmar Seksa Penduduk Rohingya!

Perangai sebenar wajah rejim ‘syaitan’ Myanmar yang dikatakan tidak berperikemanusiaan dan bertindak zalim terhadap masyarakat Rohingya terbongkar lagi.

Rohingnya

Ya, amat memalukan bagi sebuah negara yang mempunyai pemimpin, yang merupakan tokoh pemenang hadiah nobel keamanan 1991, namun hakikat sebenarnya ia hanyalah ‘jauh panggang dari api’.

Terbaharu menerusi laman sosial, satu rakaman video berjaya membongkar kembali kekejaman anggota polis Myanmar menyeksa tahanan etnik minoriti itu tanpa belas kasihan.

Kejadian dipercayai dirakam pada 5 November lalu, di perkampungan Koe Tan Kauk, sebuah kawasan di utara Myanmar.

Menerusi rakaman tersebut, dapat disaksikan bagaimana penduduk kampung didera dan ditahan seperti penjenayah yang diikat pergelangan tangan dan kaki.

Seorang anggota polis dilihat memukul seorang kanak-kanak lelaki dan kemudian meletakkannya di dalam tahanan berkenaan.

Kemudian dia dipaksa meletakkan tangannya ke atas kepala sebelum disepak bertalu-talu di bahagian muka oleh polis berhati binatang itu.

Ia dikatakan berpunca gara-gara penduduk kampung melakukan demonstrasi secara kecil-kecilan pada 3 November lalu bagi mengutuk isu ‘penghapusan etnik’ yang dijalan oleh kerajaan Myanmar.

Pada hari berkenaan juga, ia merupakan hari di mana wakil deligasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat kawasan perkampungan itu.

Ini membuatkan pihak berkuasa Myanmar mengeluarkan arahan untuk menangkap peserta demonstarsi pada keesokan harinya.

Rakaman kejadian itu sehingga kini masih mendapat perkongsian daripada pengguna internet seluruh dunia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi.

Netizen turut mengingatkan agar masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya terus membisu ketika kaum Rohingya berada di jurang penghapusan.

BACA INI JUGA: Sejarah Ringkas Penindasan Terhadap Etnik Rohingya



Sumber: mynewshub

Monday, January 02, 2017

Julia Ziegler Sah Bergelar Isteri Dan Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan

Julia Ziegler Sah Bergelar Isteri Dan Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi pada 1 Januari 2017, di kediaman keluarga pengantin perempuan bertempat di Kampung Baru dan dengan dengan sekali lafaz, pelakon Julia Ziegler, 32, sah bergelar isteri kepada jurutera mekanikal, Johan, 33.

Julia Ziegler

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, cantik mengenakan busana rekaan Sufian Tugiman manakala Johan pula segak memakai sut dan baju melayu.

Julia menerima mas kahwin berjumlah RM80 beserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Julia Ziegler juga turut berkongsi hari bahagianya bersama peminat dengan membuat ‘live update ‘ diakaun Instagramnya dengan hashtag #lovestoryjuliajohan #thedayofjuliajohan11117 #jlovesj

Pasangan ini juga diraikan dalam majlis keraian serba ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

Wajah Julia kelihatan sangat berseri selepas bergelar isteri dan mulutnya tidak lekang dengan senyuman.

Komen Julia selepas majlis pernikahan selesai;

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan.

“Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi.

"Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

“Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini.

"Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya,” katanya.

Tambah Julia lagi, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.

Tahniah diucapkan kepada Julia dan juga suami.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler
Julia Ziegler


Sunday, January 01, 2017

5 Tempat Terbiar Di Malaysia Yang Menyeramkan

5 Tempat Terbiar Di Malaysia Yang Menyeramkan

Perkataan seram sangat subjektif sebenarnya, bergantung pada pandangan setiap individu itu sendiri.

Tempat terbengkalai dan terbiar lama sinonimnya dikaitkan dengan kewujudan entiti mistik, perkara sebegini tidak asing lagi dengan kepercayaan sebahagian daripada kalangan masyarakat di Malaysia.

Seram kadang-kala boleh jadi sangat menakutkan, ada masa seram juga boleh jadi sangat menyeronokkan. Bagaimana pula dengan anda?

Memburu tempat-tempat terbiar, ini di antara senarai tempat abandoned yang paling popular di Malaysia.

1. Highland Tower

Highland Tower

Terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada tanggal 11 Mac 1993, salah satu daripada blok bangunan Higland Tower runtuh dan mengakibatkan sebanyak 48 nyawa terkorban.

Selepas kejadian itu, 2 lagi blok bangunan ini terus ditinggalkan kosong tidak berpenghuni sehinggalah sekarang.

2. Banglo Mona Fandey

Banglo Mona Fandey

Mona Fandey, baru sebut sahaja namanya sudah cukup buat bulu roma anda menegak.

Mona Fandey atau nama penuhnya Maznah Binti Ismail merupakan seorang penyanyi pop yang cukup popular pada zaman 90an.

Selain terkenal sebagai penyanyi, Mona Fandey juga turut dikenali sebagai pengamal ilmu batin.

Pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan ahli politik, Dato Mazlan, yang mana mayatnya ditemui tersimpan di dalam stor banglo ini.

3. Kemayan City, Johor Bahru

Kemayan City

Pusat membeli-belah, Kemayan City di Johor ini sudah terbiar lebih dari 10 tahun lamanya.

Terletak berhampiran Jalan Skudai, tempat ini sering-kali dikaitkan dengan cerita-cerita mistik yang mana kebanyakan mangsanya adalah warga Singapura.

4. Villa Nabila

Villa Nabila

Juga terletak di Johor, Villa Nabila di antara tempat seram yang cukup popular ceritanya di Malaysia sehinggakan ada filem yang diadaptasi berdasarkan kisah ini.

5. Mimaland

Mimaland

Taman tema Jurassic Park pertama di Malaysia, bertempat di Gombak, Mimaland dahulunya terkenal sebagai tempat hiburan keluarga yang menceriakan.

Pernah menjadi lokasi pengambaran filem lakonan Faizal Hussain, namun terpaksa ditutup pada tahun 1994 atas faktor keselamatan.

Selain daripada penyebab kes kematian warga negara singapura, Mimaland turut di dakwa atas faktor penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar.

Sekarang, tempat yang berkeluasan hampir 300 ekar ini dibiarkan sepi terbengkalai.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

5 Pelajaran Hidup Yang Semua Orang Pelajarinya Dengan Amat Pahit Sekali

5 Pelajaran Hidup Yang Semua Orang Pelajarinya Dengan Amat Pahit Sekali

Semua orang memilih untuk bahagia. Tiada seorang pun yang tidak mahu bahagia. Ada yang bersungguh-sungguh mengejar kebahagiaan, namun masih belum berjaya mendapatkanya.

Pengalaman Pahit

Apa yang menjadikan hidup kita lebih bermakna? Ya, pelajaran yang kita dapat kutip disepanjang usia kehidupan kita kita.

Apakah itu bahagia?

Dan mengapa Allah memberikan kebahagiaan kepada orang lain, tetapi tidak untuk kita? Sedangkan menjadikan bahagia itu adalah perkara yang sangat mudah bagi Allah, tiada yang mustahil bagiNya.

Apakah kebahagian itu sesuatu yang perlu dikejar?

Atau bahagia itu hanyalah satu nasib baik dalam kehidupan?

Mengejar kebahagiaan dalam kehidupan

Nabi Muhamad SAW dikelaskan sebagai daa’im al-bushra, iaitu orang yang sentiasa optimistik dan gembira.

Adakah Nabi tidak pernah bersedih? Tidak.

Banyak kejadian yang menyedihkan Nabi. Kehilangan Siti Khadijah dan orang-orang yang dicintai baginda banyak membuat Rasulullah berasa pilu.

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.

Pasti ada hikmah yang akan menyusul.

Pengalaman hidup akan mengajarkan erti kebahagian yang sebenar

“People never learn anything by being told, they have to find out for themselves.”

Dalam kehidupan ini, perkara yang tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip mata kita akan mengalami kehilangan.

Kadangkala kita sukar untuk melihat hikmah dan pelajaran dalam hidup kita sehinggalah kita mengalaminya sendiri.

Ada beberapa pelajaran hidup yang kebanyakkan orang akan belajarnya dengan cara yang amat pahit sekali:

1. Mereka yang telah pergi, tetap menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita

Pada suatu hari nanti kita semua akan menghadapi realiti kehilangan.

Walaupun hidup berjalan, malam dan siang bersilih ganti, kita akan sedar bahawa kita tidak pernah berhenti merindui insan istimewa yang telah pergi.

Kita hanya cuma belajar untuk hidup sekeliling bayang-bayang mereka.

Apabila kita telah kehilangan seseorang yang mana kita tak dapat bayangkan dapat hidup tanpa mereka, pasti hati kita akan hancur dan remuk.

Berita buruknya disini, adalah kita tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu. Kita tidak akan pernah dapat melupakan mereka.

Walaubagaimana pun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang baik bagi kita.

Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak, berkembang dan bertambah lagi pengalaman dalam kehidupan kita, walaupun dengan hati yang sakit.

Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan sembuh pulih kembali seperti sediakala.

Dan ia akan tetap terasa sakit, semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.

Dan tempang inilah yang akan menambah keazaman kita dan keunikan karekter diri kita.

2. Mengejar kebahagiaan adalah berkenaan mengenai mencari makna dalam kehidupan

Mengejar kebahagiaan adalah tidak sama rasa gembira.

Perasaaan gembira hanyalah perasaan yang sementara, yang bergantung kepada keadaan dan waktu sekeliling ketika itu.

Rasa gembira memang menyenangkan dan melegakan, tetapi dengan perasaan ini akan pudar dengan berlalunya masa. Inilah perkara yang kita jarang untuk faham pada mulanya.

Sebagai orang Islam kita percaya kepada dua jenis kebahagiaan, iaitu kebahagiaan yang dalam Syurga dan kebahagiaan di dunia ini.

Syurga adalah kebahagiaan yang kekal abadi, dimana di sana tiada ketakutan dan penyesalan.

InsyaaAllah setiap apa yang kita buat harus diniatkan dan ditumpukan kearah tersebut, mencari keredhaan Allah dan SyurgaNya.

Tetapi ia bermakna kita tidak perlu mengutamakan kebahagiaan di dunia ini? Tidak.

Allah juga mahukan kita bahagia di dunia ini.

Mengejar kebahagiaan, adalah perkara yang dilakukan sepanjang hayat.

Ia sukar untuk difahami dan tidak bergantung kepada matlamat tertentu. Apa yang betul-betul dicari adalah sesuatu yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita. Living a meaningful life.

Ia selalunya bermula dengan mengapa.

Mengapa kita buat sesuatu perkara itu dalam hidup kita?

Kebahagiaan lebih senang datang apabila kita tahu apa yang sedang kita lakukan, percaya dengan apa yang kita buat, dan suka apa yang kita buat (dan dengan siapa kita melakukan perkara itu).

Hidup kita mungkin ada turun dan naik, tetapi apabila kita faham setiap pelajaran dan hikmah yang terjadi disepanjang kehidupan kita adalah lebih baik daripada kita hidup untuk sekadar hidup selama berpuluh-puluh tahun.

Kita akan bahagia jika kita memahami erti hidup kita. InsyaaAllah.

3. Penyesalan adalah lebih teruk dari ketakutan

Apabila kita mengalah kepada rasa takut, kita akan rasa pahit dan perit untuk merenung kembali kehidupan kita nanti.

Kita benci. Kita akan menyesal. Mengapa?

Bila kita mengalah untuk buat sesuatu atas alasan takut kepada risiko, pasti kita akan menyesal pada suatu hari nanti.

Samada berhenti kerja untuk buka bisnes sendiri, mengembara ke seluruh dunia, atau apa sahaja perkara yang memerlukan pengorbanan, susah payah dan berisiko.

Semua perkara-perkara ini mungkin menakutkan kita, tetapi tanyalah pada diri kita, apa yang lebih menakutkan daripada penyesalan yang tak sudah?

Jangan biarkan masa itu berlalu melambai begitu sahaja. Jangan habiskan sisa hidup kita dengan hanya memikirkan kembali tentang perkara yang kita tak buat apa yang kita boleh sekarang ini.

Live your life. Take risks. Feel passion. Run free.

4. Hadiah yang baik tidak semestinya terbungkus dengan cantik

Hidup ini terlalu sukar dijangka dengan rigid expectation

Hidup ini tidaklah terlalu mudah dan juga tidak terlalu sukar seperti yang kita dijangkakan; ianya bersesuaian dengan kita. Kehidupan yang Allah tulis ini sememangnya sudah cukup cantik bagi kita.

99% masa kita hidup memberikan kita pengalaman yang sangat berharga untuk membantu pertumbuhan kita.

Kuncinya adalah dengan menerima segala yang telah ditakdirkan kepada kita. Bila segala yang diharapkan tidak tercapai, kita perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu, walaupun sukar.

Sometimes life will beat you to the ground and try to keep you there if you let it. But it’s not about how hard life can hit you, it’s about how hard you can be hit while continuing to move forward.

Bila kita rasa nak sangat menangis dan mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat.

Harungi segala cabaran dan dugaan. Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take control of your emotions before they take control of you. Everything will fall into place eventually.

“Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Surah Al-Baqarah: 286)

5. Bila kita cuba lari dari masalah, sebenarnya kita hanya berlari setempat

“Jangan berfikir tentang rasa nasi lemak”

Apa yang sedang anda fikirkan sekarang?

Rasa nasi lemak, bukan?

Apabila kita fokus untuk tidak memikirkan tentang sesuatu, kita hanya akan berakhir dengan memikirkan perkara tersebut.

Perkara yang sama juga terjadi bila kita cuba membebaskan fikiran kita daripada pengalaman yang pahit.

Bila kita selalu memaksa diri kita untuk melupakannya, selalunya ia akan bertambah berat dan semakin kita akan ingat.

Bertenang. Kereta pun ambil masa untuk berhenti, inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

Jadi bagaimana?

Pilih untuk fokuskan untuk buat perkara lain yang kita suka dan kita nak, dan insyaaAllah kita akan meninggalkan memori pahit dibelakang bila kita kita bergerak maju ke hadapan.

Lari dari masalah adalah perlumbaan yang kita tidak akan menang. Bergerak maju ke hadapan lebih baik dari lari jauh-jauh.

Daripada paksa diri cuba melupakan, lebih baik buat sesuatu yang positif yang boleh menggantikan perkara pahit (negatif) itu.

Penutup

Pelajaran hidup adalah sangat penting dan tak semua orang dapat pelajaran yang sama.

Hiduplah seperti kita akan mati esok. Belajarlah seperti kita akan hidup selamanya.

Tanpa ragu lagi, setiap hari adalah hadiah daripada Allah.

Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup, untuk belajar dan berkembang.

Jadilah pelajar kepada kehidupan. Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh, sementara kita boleh.

Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.

Tak mengapa, itu adalah perkara biasa.

Semua pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita.

Tujuan hidup kita adalah untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha Allah.

Insyaa-Allah kita tidak akan menyesal menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita.

Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon.

BACA INI JUGA: 'Membeli' Pengalaman Akan Membuat Kita Rasa Lebih Bahagia!

Sumber: Akuislam