Tuesday, January 03, 2017

Goh Liu Ying Putus Cinta!

Loading...

Nama Goh Liu Ying tiba-tiba menjadi sebutan ramai setelah berjaya memenangi pingat perak beregu campuran acara badminton di Sukan Olimpik Rio tahun lalu.

Goh Liu Ying

Kejayaan Goh Liu Ying yang berpasangan dengan Chan Peng Soon kemudiannya menjadi tumpuan oleh seluruh rakyat.

Beliau bukan sahaja dipuji kerana ketangkasannya di atas gelanggang, malahan ramai juga terpegun kerana kejelitaannya.

Bagi peminat badminton yang mengenalinya secara dekat, sudah diketahui umum Goh Liu Ying sudah mempunyai teman lelaki, Ong Jian Guo, yang juga bekas pemain beregu negara.

Bagaimanapun, akhbar Cina tempatan, China Press mendapat tahu, rupanya hubungan cinta antara Liu Ying dengan Jian Guo selama lapan tahun difahamkan telah berakhir.

Goh Liu Ying, 27, dikatakan mula bercinta dengan Jian Guo, juga berusia 27 tahun, sejak berusia 19 tahun lagi.

Goh Liu Ying

Mereka juga berasal dari negeri yang sama, iaitu Melaka.

Selain berusia sebaya dan berasal dari negeri yang sama, mereka juga bersama-sama dipilih mewakili pasukan negeri dan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sebelum ini, mereka pernah menyatakan hasrat bersama untuk menubuhkan akademi badminton di Melaka bagi mencungkil bakat-bakat baharu sebagai usaha dan sumbangan kepada negeri kelahiran mereka.

Goh Liu Ying dan Jian Guo masih belum memberikan sebarang reaksi mengenai status hubungan mereka sehingga hari ini.

Goh Liu Ying

Ketika ini, kedua-dua mereka sedang menyertai pertandingan badminton Purple League dengan masing-masing mewakili kelab yang berbeza.

Jian Guo bermain dalam acara beregu lelaki mewakili pasukan Klang City manakala Goh Liu Ying bermain acara beregu campuran bersama Puchong United.

BACA INI JUGA: Keunikan Muzium Putus Cinta Croatia

Sumber: SH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon