Wednesday, April 17, 2013

Pemain Gitar Kidal Terkenal Dunia


Selalunya yang paling menonjol atau popular dalam sesebuah kumpulan atau band ialah vokalisnya atau tidak pun pasti pemain gitar utamanya mampu memikat hati peminat di luar sana.

Albert King

Ini kerana kebanyakan vokalis dan pemain gitar utama kebanyakan memiliki wajah yang kacak serta bakat bermain gitar yang ‘superb’ sehinggakan ada sesetengah peminat mengidolakan mereka.

Kebiasaannya juga, pemain gitar kebanyakannya memetik tali gitar dengan tangan kanan.

Namun terdapat juga segelintir pemuzik yang bermain gitar dengan tangan kiri dan petikan gitar mereka tetap gempak seperti mereka yang bermain menggunakan tangan kanan.

Jika di Malaysia, kita mempunyai Man Kidal gitaris kidal yang sememangnya terkenal dengan petikan gitarnya yang ‘ummmph’!

Di sini disertakan senarai lapan pemain gitar kidal hebat yang terkenal di seluruh dunia.

Kurt Cobain

Vokalis serta pemain gitar kumpulan Nirvana ini merupakan seorang yang sangat terkenal ketika di zaman kegemilangan band itu pada awal 90-an.

Popular dengan lagu Smells Like Teen Spirit, sayangnya Cobain tidak dapat mengukuhkan empayar muziknya tersendiri selepas dirinya disahkan mati akibat bunuh diri pada 5 April 1994.

Albert King

Albert King yang sering kali dikaitkan dengan muzik blues ini begitu disanjungi oleh penyanyi veteran seperti Eric Clapton dan Stevie Ray Vaughan.

Gitaris blues kidal ini juga gemar bereksperimen dengan muzik R&B dan blues untuk mencipta kelainan daripada segi ciptaan lagu miliknya.

King telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Disember 1992 ketika berusia 89 tahun.

Toni Iommi

Figura ini merupakan gitaris untuk band Black Sabbath. Iommi dikenali sebagai gitaris muzik yang berbentuk heavy metal.

Jimi Hendrix

Siapa yang tidak kenal dengan Jimi Hendrix. Hendrix merupakan pemain gitar kidal yang gemar mengalunkan beat rock daripada alat muzik kegemarannya itu.

Hendrix selalu mendapat inspirasi daripada muzik rock & roll Amerika dan blues elektrik. Figura terkenal ini telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 September 1970 di Kensington, London.

Tim Armstrong

Timothy Lockwood Armstrong atau lebih dikenali sebagai Tim Armstrong merupakan pengasas kumpulan punk rock, Rancid.

Menjadikan kumpulan Ramones sebagai idolanya, Armstorng gemar mencampurkan muzik ska, punk, hardcore dan hip hop dalam eksperimen muziknya untuk mencipta kelainan daripada band-band lain di luar sana.

Paul McCartney

Sir Paul McCartney merupakan pemain bass untuk band lagenda Britain, The Beatles. Beliau dikenali sebagai pemain bass yang paling ‘melodius’ dalam sejarah muzik rock.

Masterpiece yang paling diingati ramai ialah melalui petikan gitarnya yang merdu menerusi lagu Yesterday dan Blackbird.

Iggy Pop

Iggy dikenali sebagai vokalis band proto-punk, The Stooges. Namun dia juga banyak melibatkan diri dalam projek solonya di mana dia memainkan sendiri gitarnya pada setiap persembahan solonya.

Selain berkebolehan bermain gitar dengan baik, Iggy juga boleh memainkan instrumen muzik yang lain seperti keyboard dan drum dengan begitu baik.

Zacky Vengeance

Zacky Vengeance merupakan gitaris sebuah band metal yang terkenal iaitu Avenged Sevenfold. Pada permulaan dia belajar bermain gitar, dia memainkannya dengan tangan kanan, namun ternyata Vengeance mengalami kesukaran untuk melakukannya.

Rentetan daripada itu, dia memutuskan untuk membeli gitar yang dibuat khusus untuk pemain kidal dan kini terbukti dia berjaya menguasainya!

BACA INI JUGA: Mitos Popular Dunia Muzik Hollywood

Sumber: Tabekpuang

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon