Friday, February 14, 2014

Mitos Popular Dunia Muzik Hollywood


Seks, dadah, dan 'rock n' roll'. Industri muzik antarabangsa memang tidak lari dari kontroversi-kontroversi yang mengejutkan.

Popular Hollywood Myth

Tapi tidak semua semestinya benar. Ada di antaranya amat pelik dan mampu membuatkan anda berkerut dahi.

Kami senaraikan antara mitos dan legenda yang tersebar di kalangan para peminat muzik tentang bintang muzik kegemaran mereka.

Gene Simmons pasang lidah lembu

Gene Simmons Myth

KISS merupakan antara kumpulan heavy metal yang amat popular sejak era 70-an lagi, dan Gene Simmons bukan sahaja dikenali sebagai pemain bass, penulis lirik dan pengasas bersama kumpulan tersebut, tetapi juga kerana 'trademark' lidah panjangnya (yang kini cuba diperkenalkan semula oleh Miley Cyrus!).

Tapi dek kerana kepanjangannya yang agak luar biasa, ramai yang menyebar khabar angin bahawa dia telah menyambung lidahnya dengan lidah lembu!

Dakwaan aneh itu disangkal oleh pakar perubatan yang mengatakan itu tidak mungkin dapat dilakukan kerana saiz kelebaran lidah manusia dan lembu berbeza, dan teknologi pembedahan di era KISS tidaklah sehebat itu!

Paul Pfeiffer disangka Marilyn Manson

Paul Pfeiffer is Marilyn Manson

Ramai yang menyangka pemuzik kontroversial Marilyn Manson suatu masa dahulu pernah membintangi siri televisyen "The Wonder Years" sebagai si nerda Paul Pfeiffer yang merupakan kawan baik protagonis Kevin Arnold.

Ini disebabkan wajah mereka yang seiras. Tapi Marilyn Manson dan Paul adalah dua insan berbeza. Seorang merupakan seorang bekas wartawan muzik bernama Brian Hugh Warner yang kemudiannya menjadi ikon muzik alternatif metal, goth dan industrial rock.

Seorang lagi seorang bekas pelakon kanak-kanak bernama Josh Saviano yang kini bekerja sebagai seorang peguam.

Keith Richards tukar darah

Keith Richards Bloods

Vokalis The Rolling Stones ini dikatakan mahukan hidup baru selepas berjaya menghapuskan ketagihan dadahnya. Lantas dia menjalani prosedur transfusi darah.

Bila dipaksa untuk menjelaskan prosedur tersebut, Keith berbohong dan mengatakan doktor telah menukar keseluruhan darahnya dengan darah orang lain.

Malangnya, ramai pula yang mempercayainya.

Paul McCartney meninggal dunia

Paul McCartney in 1966

Pada tahun 1966, tabloid melaporkan bahawa anggota kacak kumpulan The Beatles telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Tapi bila dia masih dilihat masih hidup dan membuat persembahan, khabar angin baru pula tersebar bahawa Paul McCartney yang masih ada itu merupakan anggota baru yang hanya menyerupainya.

Malah bila mereka mengeluarkan album "Abbey Road", ramai yang mendakwa ia bukti McCartney sudah meninggal dunia kerana dia seorang sahaja yang tidak berkasut dalam imej kulit album popular tersebut.

Lama sungguh anggota baru itu hidup sebagai Paul McCartney!

Elvis Presley masih hidup

Elvis Presley

Elvis Presley meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 ketika berusia 42 tahun akibat serangan jantung.

Namun begitu, beberapa percanggahan pada sijil kematiannya menyebabkan ramai peminat yang masih enggan menerima pemergiannya dan membuat spekulasi bahawa dia masih hidup.

Mereka mendakwa Elvis berbohong tentang kematiannya agar dapat bersara dengan tenang.

Malah ramai yang mendakwa mereka pernah ternampak Elvis di beberapa lokasi.

BACA INI JUGA: Misteri Ramalan Kematian John Lennon

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon