Wednesday, June 26, 2019

Gambar Lucah Mirip Pencetus Ummah Rizz Foto Edit?

Gambar Lucah Mirip Pencetus Ummah Rizz Foto Edit?

Sekali lagi gambar lucah membabitkan selebriti tular, kali ini individu terbabit didakwa mirip wajah bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Rizz, yang dilaporkan telah dirakam dalam sebuah tandas menjadi tular di Twitter.

Gambar Lucah PU Rizz
PU Rizz.

Ia dipercayai tular selepas seorang pengguna Twitter menyebarkan imej tersebut bagaimanapun, ia telah dipadamkan kemudian.

Imej memaparkan seorang lelaki sedang berswafoto di dalam sebuah bilik mandi sambil memegang kemaluannya.

Punca mengaitkan PU Rizz atau nama asalnya Muhammad Haris Ismail dengan imej tersebut adalah disebabkan baju-T lelaki itu kelihatan sama dengan yang dipakai peserta program musim keempat itu dalam Instagram.

Usaha untuk mendapatkan maklum balas berhubung imej lucah terbabit gagal malah panggilan telefon juga dimatikan.

Hasil semakan pada akaun Instagram PU Rizz juga mendapati dia yang juga pelakon itu telah menutup ruangan komen.

Sementara itu, memetik Astro Awani, PU Rizz menafikan bahawa lelaki dalam imej tersebut adalah dirinya.

Katanya, gambar itu telah disunting pihak tidak bertanggungjawab hingga kelihatan seperti dirinya.

"Benda (foto lucah) itu hanya sunting. Ia gambar edit dan mengarut," katanya.

Susulan imej tular, PU Rizz telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat laporan polis.

"Sedang buat laporan polis. Tak apa. Hanya Allah tahu yang benar," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Bacalah 8 Nasihat Henry Ford Ini Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes

Bacalah 8 Nasihat Henry Ford Ini Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes

Kereta pertama telah dicipta sebelum Henry Ford, tetapi dia tidak pernah berputus asa dan mengimpikan bahawa sebuah kereta mampu digunakan oleh semua orang dan dia tidak pernah berhenti bergerak maju ke hadapan, apabila akhirnya berjaya mencipta enjin pertamanya, 'Quadricycle', selepas berhadapan dengan banyak kegagalan.

Nasihat terbaik Henry Ford

Bagaimana Henry Ford akhirnya berjaya mencapai impian? Jawapannya mudah, dia percaya, menetapkan dirinya dan tidak berhenti untuk mencapainya.

Rahsia kejayaan Henry Ford terletak pada hakikat bahawa dia menyukai pekerjaannya, taksub dengan realisasi rancangan dan impiannya.

Kali ini, kami ingin kongsikan 8 nasihat yang sangat bermanfaat dari Henry Ford, bagaimana untuk menghadapi cabaran untuk menjadi orang yang berjaya.

1- Minta Nasihat Daripada Orang Lain

Menurut Henry Ford, salah satu kesilapan yang beliau lakukan sepanjang bergelar usahawan adalah tidak mendengar nasihat beberapa individu yang dipercayainya.

Ramai orang termasuk anaknya telah memberi nasihat dan amaran mengenai kereta keluaran syarikat lain yang semakin popular.

Dia mengenepikan nasihat ini dan memandang rendah kepada potensi syarikat lain dan tidak membuat inovasi pada kereta keluaran syarikatnya.

Akibatnya, walaupun dia masih lagi antara lelaki terkaya di dunia, namun syarikatnya Ford Motor Company tidak lagi menjadi pemimpin dalam industri automobile sebaliknya jatuh di tangga ketiga berbanding syarikat lain.

Jika dia tidak begitu selesa dengan kedudukan sedia ada dan kekal menjalankan inovasi bagi produknya, pasti mereka masih mendahului rekaan inovasi syarikat lain dan menjadi ikutan dalam industri.

Dia mulai faham sesiapa yang berhenti belajar akan menjadi sangat tua dan akan ketinggalan tidak kira usia.

2- Cipta Untuk Semua

Ramai usahawan yang berjaya telah mengungguli kelasnya yang tersendiri dan mereka memberi fokus untuk mencipta atau menjual produk bagi golongan kelas atasan sahaja.

Sebaliknya, Henry Ford telah mencipta produk mampu milik yang boleh dimiliki oleh semua orang jika mereka berusaha mahu membelinya.

Malah, dia turut menaikkan gaji para pekerjanya untuk membolehkan mereka akhirnya mampu untuk membeli kereta yang mereka sendiri telah buat, menyebabkan pekerjanya setia bekerja dengan syarikat Ford.

3- “Whether you think you can, or you think you can’t — you’re right”

Ini adalah falsafah kegemaran yang dipetik daripada Henry Ford sendiri. Dia sememangnya percaya bahawa kejayaan yang dicapai semuanya bermula dengan minda.

Falsafah ini merupakan prinsip dan ideologi yang dipegang oleh beliau dalam bisnes. Ramai usahawan baik lelaki atau wanita percaya yang apa sahaja yang anda fikir akan dapat dimanifestasikan dalam realiti.

Jadi, untuk berjaya, perkara pertama yang kita harus lakukan adalah mengubah ‘minda’ untuk jadi positif agar kita juga berjaya mendapat keputusan yang bagus.

4- Melabur Dengan Relevan

Apa yang membuatkan Henry Ford adalah satu nama yang berjaya adalah, dia mengusahakan idea bisnesnya dengan lebih besar dan memastikan ia berjaya.

Setiap kali dia mahu memajukan syarikatnya, dia akan melaburkan wang untuk membesarkan kilangnya terlebih dahulu, kerana kilang yang besar akan mampu menampung keperluan pengeluaran dan permintaan produk yang lebih tinggi.

Jika dia masih beroperasi di kilang lama dan beroperasi pada skala kecil pasti dia tidak akan berjaya malah, dia juga turut mempelbagaikan perkhidmatan syarikatnya selain daripada menjual kereta.

Walaupun kos untuk membesarkan kilang dan operasi syarikat adalah sangat tinggi namun dia sanggup mengambil risiko dan melabur bagi perkara yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan.

5- Lakukan Sesuatu Dengan Penuh Minat

Minat adalah kata kunci bagi setiap kejayaan orang lain yang kita dengar. Sama ada anda lakukan sesuatu yang anda minati atau lakukan sesuatu dengan penuh minat.

Jika mendapati anda tiada minat untuk meneruskannya, maka anda harus berhenti dan lakukan sesuatu yang lain. Tiada fasa yang mudah dalam bisnes dan hanya dengan minat yang tinggi anda dapat bersabar semasa menghadapi detik-detik kesukaran dan meneruskannya.

6- Semuanya Mungkin Jika Anda Mahukannya

Henry Ford adalah bukti di mana jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Dia telah membina empayar automobil ternama di dunia. Semuanya bermula daripada usahanya sendiri daripada bawah. Dia bukanlah berasal daripada seorang yang kaya dan mempunyai harta yang banyak.

Dia berusaha mencari pelabur dan mengembangkan bisnes sedia ada setiap tahun perlahan-lahan. Dia turut membuat kajian dan belajar daripada usahawan terkenal yang lain dan buat inovasi untuk produk syarikatnya.

Ternayata, dia seorang inovator yang sangat mementingkan perkembangan dan kemajuan insan. Dia melayan pekerjanya dengan baik dan memahami kesukaran mereka kerana dia sendiri pernah berada dalam situasi yang sama.

7- Sentiasa Kekalkan Prestasi Kerja Yang Berkualiti

Henry Ford pernah berkata yang kualiti adalah melakukan sesuatu perkara dengan betul walaupun tiada orang melihatnya.

Jadi, sentiasa memberi hasil kerja yang terbaik walaupun majikan, rakan sekerja, ahli keluarga dan orang lain tidak melihatnya, itulah kualiti kerja bagus yang sebenar. Ini juga akan menjadi satu tabiat yang bagus bagi seorang usahawan yang ingin berjaya.

8- Jangan Cari Kesalahan, Cari Penyelesaian

Sememangnya senang untuk kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan kita sendiri. Henry menasihatkan, antara kemahiran mahal yang anda boleh pelajari adalah bertanggungjawab dengan kesilapan diri sendiri.

Sebaiknya, cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Dengan itu, barulah anda dapat menjadi seorang yang benar-benar berjaya pada masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahniaga

Tuesday, June 25, 2019

Semburit Adalah Kemaluan Wanita, Kenapa DBP Tukar Perkataan Liwat?

Semburit Adalah Kemaluan Wanita, Kenapa DBP Tukar Perkataan Liwat?

Sejak viralnya video seks gay yang didakwa membabitkan individu mirip Azmin Ali, rakyat Malaysia mula disajikan dengan satu perkataan yang begitu janggal ketika pertama kali di dengar, sebab rasa macam pelik dan kelakar sangat, SEMBURIT.

Maksud Semburit

Sebelum isu video gay ini muncul, tidak pernah pula melihat orang ramai mahupun media-media memakai perkataan 'semburit' ini.

Namun, sejak akhir-akhir ini, perkataan Semburit ini semakin mendapat perhatian dan semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Persoalannya, memang wujud ke perkataan Semburit? Oh, rupa-rupanya memang wujud!

Tinjauan mendapati bahawa perkataan 'Semburit' dan 'Bersemburit' membawa makna yang sama iaitu perbuatan sumbang sesama lelaki.

Kedua-dua perkataan ini telah diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Walaupun begitu, perkataan 'semburit' dianggap tidak sesuai dan tidak senonoh terutamanya kepada masyarakat di negeri-negeri utara.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof meminta DBP mengkaji semula penggunaan perkataan Semburit dan menukar kepada perkataan lain yang lebih sesuai, atau lebih baik kekalkan perkataan liwat yang telah sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Ini kerana, Semburit membawa maksud yang amat berbeza kepada penduduk di utara Semenanjung.

Sebenarnya, perkataan Semburit tidak manis digunakan kerana ia menggambarkan bahagian kemaluan wanita, walaupun tidak terkandung dalam kamus dewan tetapi masyarakat di sini sudah lama memahami perkataan itu dengan maksud lain.

Kita percaya DBP mempunyai jutaan perkataan lain yang boleh digantikan dengan perkataan itu misalnya kata pinjaman seperti ‘selfie’ yang ditukar kepada swafoto dan ‘hashtag’ kepada tanda pagar, walaupun kesemua penukaran ini kedengaran terlalu janggal.

Juga dipersoalkan adalah, kenapa perkataan Semburit yang membabitkan kemaluan wanita pula digunakan?

Bagi seorang wanita dan ibu, amat memalukan apabila perkataan ini mula digunakan, apatah lagi kanak-kanak sekolah juga telah mula menuturkannya dan mereka menganggap ia perkataan biasa kerana terkandung dalam kamus dewan.

Tidak adil perkataan Semburit digunakan kerana perbuatan songsang itu adalah liwat antara seorang lelaki dengan lelaki lain, tetapi mengapa perkataan yang membabitkan kemaluan wanita pula digunakan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Ford Mustang Shelby GT500 2020, Model Terhebat Pernah Di Hasilkan!

Ford Mustang Shelby GT500 2020, Model Terhebat Pernah Di Hasilkan!

Sebut mengenai muscle car pastinya Ford Mustang antara yang menjadi sebutan buat peminat automotif dan kali ini, model ikonik buat Ford hadir dengan versi terbaru melalui model Mustang Shelby GT500 2020.

Mustang Shelby GT500 2020

Model ini bukan sahaja tampil dengan rekaan yang memukau malah diumumkan Ford sebagai model terhebat dan paling berkuasa pernah dihasilkan.

Dari segi enjin, Ford Mustang Shelby GT500 2020 dimuatkan dengan enjin V8 5.2 liter supercharged yang digabungkan bersama klac tujuh kelajuan dari Tremec.

Mengulas dari segi kelajuan, model ini mampu memecut 0-98km/h kurang daripada 3.5 saat serta mempunyai 760 kuasa kuda dan 847 Nm tork.

Menariknya, model ini berpeluang digunakan untuk beberapa keadaan berbeza mengikut tatapan seperti normal, slippery, sport, drag dan track.

Mustang Shelby GT500 2020

Dalam usaha memberi cengkaman brek yang kuat ketika memecut, Ford telah menyertakan brek daripada Brembo.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah nilai yang bakal diletakkan Ford pada model terhebat mereka ini.

Walau bagaimanapun, harga mencecah jutaan ringgit antara dijangkakan melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Misteri Payudara Wanita Di Thailand Tiba-tiba Membesar!

Misteri Payudara Wanita Di Thailand Tiba-tiba Membesar!

Seorang wanita warga Thailand berusia 46 tahun memohon bantuan selepas payudaranya membesar secara tiba-tiba sejak beberapa bulan lalu, yang menyebabkannya sukar bekerja dan memerlukan tongkat untuk bergerak.

Payudara-membesar

Kisah Lam Phrai Si Nuan dari sebuah kampung di wilayah Phitsanulok mendapat liputan meluas daripada media.

Menurut Lam, dia telah berjumpa dengan doktor-doktor mengenai keadaan misteri yang menimpanya dan mereka menolak ia adalah tumor kanser, sekali gus sukar untuk didiagnosis atau diberikan rawatan.

Lam Phrai yang mengalami masalah kewangan tidak dapat membiayai rawatan perubatan dan hanya meminta simpati orang ramai.

Bercakap kepada pemberita, dia pertama kali menyedari payudaranya mulai membesar pada tahun 2017, tetapi ia membesar dengan mendadak kira-kira sembilan bulan lalu.

Payudara kirinya yang lebih besar berbanding di bahagian kanan, menjadi semakin parah apabila Lam Phrai terpaksa memakai pakaian berat, yang diikat pada lehernya untuk menampung payudara itu.

Bagaimanapun, berat payudara itu juga membuatkan Lam Phrai sering mengalami sakit leher, bahu dan belakang badan.

Selepas beberapa kunjungan di Hospital Phutthachinarat, wanita itu masih tidak mengetahui punca payudaranya membesar secara tiba-tiba sedangkan ia bukan satu ketumbuhan.

Salah seorang doktor memberitahu bahawa mereka boleh mengeluarkan payudaranya, tetapi perlu mengetahui dahulu punca pembesaran yang luar biasa itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

'Bukan Semua Janda Nak Suami Orang'

'Bukan Semua Janda Nak Suami Orang'

Pelakon Fatin Afeefa, menyeru masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap wanita yang memegang status janda, kerana dia melihat ramai janda dikecam kerana dikatakan ingin merebut suami orang.

Fatin Afeefa Janda
Fatin Afeefa.

“Kita kalau dah janda orang akan selalu cari salah dan selalunya saya nampak mereka (masyarakat) akan berkata kami terdesak mahukan suami orang.

“Ketepikan semuanya kerana netizen yang mengecam ini selalunya hanya mahukan perhatian,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Mengakui pada awal status itu menggangu dirinya, pelakon yang terkenal menerusi telefilem Tentang Bulan berkata janda harus lebih kuat menempuh cabaran hidup.

“Dulu saya jujur tidak selesa bila orang panggil janda, tetapi sekarang saya bangga.

“Selepas cerai, fokus kita (janda) harus lebih kepada anak-anak dan itulah yang saya sedang lakukan,” katanya.

Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin menambah, janda seharusnya menerima teguran dengan ikhlas dan tidak terlalu memikirkan komen warganet.

“Orang kerap panggil saya, Mak Jan, Mak Jan dulu. Saya marahlah tetapi sekarang bila kena panggil saya pun sama gelak dengan mereka (warganet).

“Lagi kita tidak ambil kisah, mereka (warganet) pun lama-lama akan berhenti juga nak kutuk kita,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan nyanyian, Fatin berkata dia akan mengeluarkan lagu terbaru pada bulan hadapan.

“Single (lagu) saya akan keluar pada Julai ini, persiapan semua dah siap tinggal nak umum tarikh bila untuk keluarkan sahaja.

“Saya pun ternanti nanti bagaimana dengan penerimaan orang terhadap lagu itu nanti," katanya.

Tambahnya lagi, fokusnya kini untuk mengembangkan bidang nyanyian serta berlakon kerana ia merupakan dua perkara yang memang diminatinya.

“Saya akan tetap bernyanyi dan berlakon, dua-dua saya nak buat.

“Dulu saya dah rugi banyak masa kerana berhenti sekejap dari industri, tetapi kini saya kembali dan akan meletakkan fokus sepenuhnya untuk kerjaya saya,” katanya.

Kata Fatin, dia enggan memikiran komen warganet yang mengatakan dia tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

“Ramai juga kata, dah berlakon kenapa sibuk nak menyanyi, tetapi orang tidak tahu saya bermula di industri dengan nyanyian dahulu baru berlakon.

“Biasalah bila orang berkata, saya pun pilih untuk tidak endah sahajalah,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Kitab Ilmu Asmara Suami Isteri Dari Zaman Silam

Kitab Ilmu Asmara Suami Isteri Dari Zaman Silam

Kamasutra adalah kitab kuno dari India yang ditulis oleh Vatsayana berdasarkan kajian beliau ke atas gerak laku seksual manusia dan dipercayai adalah manual seks tertua di dunia dan diterbitkan 400 tahun sebelum tahun Masihi.

Rahsia Kamasutra

Ilmu Kamasutra telah dijadikan rujukan mutlak oleh masyarakat dunia untuk sebarang perkara atau aktiviti berkaitan hubungan seks.

Pernah tak anda terfikir, bagaimana pada zaman dahulu kala masyarakat mendapatkan ilmu-ilmu ini, sebelum wujudnya media seperti buku bercetak, atau media online seperti blog?

Jika anda ingat masyarakat dahulu kala kurang ilmu pengetahuan tentang seks, anda sebenarnya salah, kerana mereka sebenarnya lebih hebat ilmunya tentang seks berbanding masyarakat zaman sekarang.

Jangan terkejut jika saya katakan bahawa kebanyakan ilmu seksual yang boleh didapati pada hari ni berasal dari ilmu-ilmu lama, yang telah berkurun lamanya.

Ilmu seks silam yang saya maksudkan ialah ilmu Kamasutra, Ananga Ranga, Taman Harum dan Manual Seks Tao.

Kitab Ananga Ranga

Ananga Ranga adalah sebuah manual hubungan seks yang ditulis oleh Kalyana Malla pada kurun ke 15. Tujuan utama Ananga Ranga ditulis adalah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga dan mengelakkan perpisahan antara suami isteri.

Oleh itu boleh dikatakan ilmu Ananga Tanga adalah amat sesuai untuk pasangan yang ingin mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.

Jika anda sedang mengalami masalah rumahtangga, ini adalah ilmu rahsia yang perlu anda pelajari. Ananga Ranga ditulis khusus untuk membantu pasangan suami isteri menyerikan kembali hubungan yang suram, dalam masa yang sama meningkatkan kebahagiaan dan nikmat rumahtangga.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tujuan utama Ananga Ranga diterbitkan oleh Kalyana Malla adalah untuk mengelakkan berlakunya perceraian suami isteri dengan ilmu menawan hati pasangan melalui aktiviti seksual.

Oleh itu tidak syak lagi rahsia-rahsia ilmu yang terkandung di dalam manual Ananga Ranga akan membuat kan rumah tangga akan membuat kan hubungan seks suami isteri lebih bermakna, dan dengan mudah anda akan dapat menambat kembali hati pasangan anda dengan ilmu ini.

Kitab Taman Harum

Jika Ananga Ranga ditulis untuk mengelakkan berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri, Taman Harum pula diterbitkan khusus untuk memberi panduan kepada pasangan bagaimana untuk menjadikan hubungan suami isteri lebih indah, seperti selamanya di alam percintaan.

Nasihat-nasihat yang terkandung di dalam panduan Taman Harum ini amat unik dan boleh membuat kan pasangan anda kembali jatuh cinta kepada anda, seperti pertemuan pertama.

Sesuai dengan namanya, Taman harum.. hubungan rumah tangga anda akan sentiasa wangi dengan cinta yang mekar, seperti di Taman yang selamanya harum dan indah.

The Perfumed Garden adalah sebuah manual hubungan seks yang ditulis oleh Muhammad al-Nafzawi sekitar tahun 1410 sehingga 1434.

Nama asal manual yang ditulis oleh al-Nafzawi ini ialah “The Perfumed Garden of Sensual Delight”atau dalam bahasa arabnya, “Al-rawd al-‘âtir fî nuzhati’l khâtir”.

Kitab Taman Harum dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan panduan bagaimana untuk meningkatkan keharmonian rumahtangga melalui ilmu asmara.

Manual Seks Tao

Manual Seks Taoist dicipta dengan tujuan utama untuk mengekalkan kesihatan pengamal ajaran Taoist.

Pengikut-pengikut ajaran Taoist percaya dengan mengamalkan seni-seni ajaran Taoist ketika melakukan hubungan seksual, mereka akan dapat mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman, dan jika ditambah dengan senaman-senaman lain, mereka akan dapat melambatkan proses penuaan dan memberi nafas baru terhadap hubungan rumahtangga yang hambar.

Apa guna hubungan yang penuh dengan percintaan sekiranya kesihatan anda tidak mengizinkan? Ini adalah masalah yang akan diselesaikan melalui rahsia ilmu seks “Tao”ini.

Pengamal ilmu seks “Tao” percaya kesihatan seksual adalah kunci utama untuk menjalani kehidupan seks yang hebat dan penuh nikmat. Oleh itu ilmu yang terkandung di dalam bahagian ini adalah untuk mengekalkan kesihatan seksual untuk meningkatkan prestasi anda di ranjang.

Ilmu ini bukan sahaja akan membantu anda meningkatkan kesihatan luaran, tetapi juga kesihatan dalaman organ seksual anda dengan senaman dalaman yang unik dan berkesan.

Malah, posisi-posisi seks rahsia yang terkandung di dalam panduan ini juga dicipta khusus untuk meningkatkan kesihatan seksual melalui persetubuhan.

Dalam erti kata lain, anda bukan sahaja akan menambahkan kenikmatan aktiviti seksual anda, tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan kesihatan luaran dan dalaman dengan ilmu unik ini. Menyelam sambil minum air!

Telah Terbukti

Ilmu-ilmu asmara silam yang disenaraikan di atas adalah ilmu-ilmu yang telah terbukti keberkesanannya. Jika tidak sudah pasti ilmu-ilmu ini tidak dijadikan asas dan rujukan oleh masyarakat zaman sekarang.

Ilmu asmara silam ini adalah ilmu yang perlu anda belajar untuk mengembalikan semula nikmat hubungan seks anda!

Rahsia Ilmu Asmara Silam

Memperkenalkan Kamasutra Bergambar yang akan mendedahkan Rahsia Ilmu-Ilmu Asmara yang telah diamalkan sejak turun temurun dan dicipta khas untuk memberikan kenikmatan mutlak ketika anda beraksi di ranjang!

Rahsia Ilmu Kamasutra

Rahsia ilmu Kamasutra yang terkenal di dunia dan dijadikan rujukan mutlak oleh mereka yang ingin meningkatkan ilmu asmara mereka ke tahap yang lebih tinggi.

eBook ini akan mendedahkan kenapa Ilmu Kamasutra ini amat terkenal dan kenapa ilmu Kamasutra ini boleh membantu anda menyelesaikan masalah-masalah seks yang sedang anda hadapi.

Pelajari juga teknik-teknik asli Kamasutra yang telah di adaptasi ke dalam pelbagai versi di serata dunia. Ini adalah ilmu hebat dalam konteks asal yang jarang diketahui umum. Bongkar rahsia ilmu Seni Asmara Kamasutra supaya hubungan seks anda lebih bermakna, hebat, dan sempurna!

KETAHUI RAHSIA INI LEBIH LANJUT..



Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Mencari Sinar Keadilan Buat Mohammad Adib

Mencari Sinar Keadilan Buat Mohammad Adib

Kenapa sukar benar untuk mencari keadilan dan kebenaran kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan kuil Maha Mariamman, Seafield di USJ 25 pada malam 26 November 2018 yang lalu?

Keadilan Buat Muhammad Adib
Muhammad Adib.

Pada asalnya, polis telah pun mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan mempunyai beberapa orang suspek, malangnya tiada perbicaraan jenayah dijalankan dan Peguam Negara, Tommy Thomas memutuskan untuk membuat prosiding inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.

Namun, selepas 37 hari bersidang, Peguam Negara mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merupakan majikan anggota bomba yang terkorban, menamatkan khidmat peguam pemerhati mereka, Syazlin Mansor.

Peguam Negara memberi empat alasan punca arahan tersebut iaitu tiada fiat (kelulusan bertulis Peguam Negara), peguam melakukan peranan aktif dan sering mengambil kedudukan bercanggah dengan pegawai pengendali, wujud konflik kepentingan kementerian dan kedudukan suami beliau sebagai Setiausaha Akhbar Menteri KPKT.

Kita tidak berhasrat mengulas empat alasan itu kerana ia sudah pun dijawab dengan terang dan jelas oleh Syazlin dalam sidang medianya sebelum ini.

Persoalan yang menarik ialah, mengapa semua isu itu hanya berbangkit selepas 37 hari inkues berjalan?

Pada tarikh pengurusan kes pada 18 Januari 2019, Syazlin telahpun memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa beliau mewakili keluarga, KPKT dan JBPM.

Justeru, alasan-alasan Peguam Negara ini menimbulkan kegusaran masyarakat bahawa wujud usaha untuk menutup keadilan dan kebenaran.

Ini diyakinkan lagi apabila laporan-laporan media mengenai inkues yang memberi gambaran ada usaha untuk 'memandu' dapatan inkues ke arah kematian bukan sebab tindakan perusuh.

Peguam Syazlin Mansor dilapor beberapa kali mematah hujahan Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi.

Ini termasuk membawa saksi Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Profesor Dr Shahrom Abd Wahif untuk membantu inkues.

Kemuncak sebelum pemecatan Syazlin sebagai peguam KPKT apabila Dr Ahmad Hafizam melahirkan rasa kecewa kerana dimalukan oleh Syazlin dalam inkues tersebut dan mengakui beliau bukan pakar fizik yang boleh membuat kesimpulan tepat mengenai daya hentakan ke atas arwah Muhammad Adib.

KepentinganPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas pemecatan tersebut dilaporkan berkata, “Peguam itu (Syazlin) mewakili dua pihak yang bertelingkah. Jadi, setidak-tidaknya harus menarik diri dari menjadi peguam bagi pihak kerajaan.”

Tampaknya pendirian terbaharu kerajaan ialah keluarga Adib perlu urus sendiri proses memastikan kepentingan Adib dalam inkues terpelihara.

Adib adalah anggota bomba di bawah KPKT yang terkorban ketika bertugas. Mudahnya kerajaan lepas tangan terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas.

Adib sungguhpun anggota perkhidmatan kerajaan jelas tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada majikan beliau sehinggakan peguam yang menjalankan tugas secara pro bono (tanpa bayaran) pun ditamatkan khidmat.

Persoalan lebih penting mengapa Peguam Negara dan Perdana Menteri menggunakan alasan konflik kepentingan ini?

Inkues sepatutnya proses mencari kebenaran punca kematian. Semua pihak dalam inkues wajar membantu Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Koroner untuk membuat keputusan yang tepat menentukan punca kematian.

Alasan pihak yang bertelingkah dalam inkues sangat mencurigakan.

Pertelingkahan hanya boleh berlaku jika ada pihak sudah membuat pendirian atas isu yang dibincangkan.

Apakah kerajaan dan Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan mengenai punca kematian Adib sebelum diadakan inkues?

Ketika dilihat tiada lagi harapan keadilan untuk Adib, Ahmad Soffian Mohd Shariff, suami kepada Syazlin Mansor, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKT.

Beliau dilaporkan meletak jawatan bagi membolehkan isteri beliau meneruskan khidmat kepada keluarga Adib dalam inkues tersebut.

Sehari kemudian, Syazlin mengumumkan keputusannya meneruskan khidmat sebagai peguam keluarga Adib.

Sudah tentu kita tidak menemui kejanggalan sebegini dalam proses mencari keadilan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan suspek jenayah polis seperti mendiang K Kugan.

Kerajaan boleh menafikan bahawa ada usaha menghalang pencarian kebenaran dalam kematian Adib, namun tingkah laku beberapa menteri dan Peguam Negara memberi isyarat yang sebaliknya kepada rakyat, terutamanya penjawat awam.

Marilah kita berdoa supaya inkues kematian Muhammad Adib menemui keadilan dan kebenaran.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Monday, June 24, 2019

Buat 'Duit Mudah' Dengan Menjual 16 Jenis Sampah Kitar Semula Kepada Alam Flora

Buat 'Duit Mudah' Dengan Menjual 16 Jenis Sampah Kitar Semula Kepada Alam Flora

Kalau dulu-dulu, kita selalu menjual surat khabar lama kepada lori atau motosikal 'uncle Cina' yang lalu-lalang di sekeliling taman perumahan, tapi zaman sekarang sudah canggih. Kita boleh terus walk-in ke Alam Flora untuk lakukan perkara yang sama.

Buat duit kitar semula

Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora, telah berkongsi di Facebook mengenai inisiatif kitar semula bagi sisa buangan domestik.

Alam Flora menerima barangan kitar semula untuk ditukarkan kepada wang tunai menerusi 3R On Wheels dan Pusat pembelian barangan kitar semula berhampiran anda. Kitar semula dan nikmati pulangan insentif tunai.

HARGA SAMPAH ANDA

3R On Wheels dan Pusat pembelian barangan kitar semula menerima 16 jenis barangan kitar semula iaitu:
  1. Surat khabar (0.25/kg)
  2. Majalah (RM0.25/kg)
  3. Kertas hitam putih (RM0.33/kg)
  4. Kotak (RM0.27/kg)
  5. Kertas campur (RM0.18/kg)
  6. Aluminium (RM2.50/kg)
  7. Tin (RM0.25/kg)
  8. Plastik (RM0.40/kg)
  9. Tetrapak (RM0.20/kg)
  10. Sisa minyak masak (RM1.10/kg)
  11. CPU (RM5.50/kg)
  12. Monitor (RM4.50/kg)
  13. Notebook (RM3.50/kg)
  14. Server (RM15/kg)
  15. Pencetak (RM3/kg)
  16. Televisyen (RM4/kg)

Nota: Harga barangan kitar semula adalah mengikut pasaran semasa dan tidak tetap.

PUSAT PEMBELIAN

Pusat pembelian barangan kitar semula Alam Flora terletak di Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur. Lihat senarai penuh Pusat pembelian barangan kitar semula di bawah:

Jalan Lorong Bunus 6, Kuala Lumpur
Lokasi rujukan: Berhadapan Plaza City One
Waktu operasi: Isnin, Rabu dan Sabtu (11.00am – 4.00pm)

BBC Presint 9, Putrajaya
Lokasi rujukan: Berdekatan stesen minyak Petronas Presint 9
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm (setiap hari)

BBC Presint 8, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 8
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm (Sabtu dan Ahad)

BBC Presint 11, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 11
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm (Sabtu)

BBC Presint 14, Putrajaya
Lokasi rujukan: Depot bas Presint 14, berhadapan pusat komersial Presint 15
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm (Ahad)

BBC Presint 16, Putrajaya
Lokasi rujukan: Kawasan pasar Presint 16
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm (Sabtu)

BBC Presint 18, Putrajaya
Lokasi rujukan: 1 Malaysia Futsal
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm (Ahad)

Cyberjaya Recycling Centre
Lokasi rujukan: Park & Ride Cyberjaya
Waktu operasi: 9.30am - 4.30pm (Isnin, Rabu dan Jumaat)
(Tutup pada cuti umum).

Mobile Recycling Centres Presint 16
Lokasi rujukan: Apartment Presint 16
Waktu operasi: 9am - 12pm (Sabtu)

Presint 11A1/1
Lokasi rujukan: Kawasan perumahan
Waktu operasi: 2pm - 5pm (Sabtu)

Ikuti Alam Flora di Facebook dan Twitter untuk jadual 3R On Wheels.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

SBDJ Siri 78: Kakinya Dipaut Bumi

SBDJ Siri 78: Kakinya Dipaut Bumi

Dalam keadaan begini, tentu sahaja saya tidak dapat melakukan petua dari orang tua-tua yang pernah saya dengar itu. Saya hanya berserah pada Allah sahaja. Tiba-tiba ketua komunis itu memerintah tiga orang komunis berdiri di depan Datuk dalam jarak dua puluh kaki. Mereka juga diarah menyediakan peluru dalam senapang.

Toyol jadi-jadian

“Semua mesti tembak tepat di kepalanya,” kata ketua komunis itu.

“Baik,” serentak anggota komunis itu menjawab.

“Kalau sesiapa tidak tembak tepat di kepalanya, orang itu saya tembak dengan pistol ini,” ketua komunis itu memusingkan pistolnya di tangan. Langkahnya tidak ubah macam seorang koboi.

“Sedia,” kata ketua komunis. Tiga anggota komunis halakan muncung senapang ke arah Datuk. Dada saya berdebar. Datuk nampaknya menyerahkan dirinya pada Allah. Ia tidak bimbang. Sesekali terdengar ia membaca ayat Al-Fatihah dengan agak lantang.

“Hei Melayu tua, sekarang kita tengok siapa kuat, senapang orang aku atau kamu punya Allah,” sindir ketua komunis itu.

“Allah Hu Akbar,” jawab Datuk perlahan.

“Dia panggil dia punya Tuhan,” ketua komunis itu ketawa terkekeh. Kemudian ia memerintah tiga orangnya melepaskan tembakan pada Datuk.

Semua orang yang berada dalam bas menekup muka. Tidak sampai hati melihat peristiwa yang amat menyeramkan. Badan saya menggigil dalam gema tembakan yang bertalu-talu itu. Tiba-tiba tembakan itu berhenti. Saya membuka mata.

Saya gembira, bila melihat Datuk tidak apa-apa. Ia berdiri dengan tenang di pangkal pokok. Tali sabut yang membalut tubuhnya sudah hancur dimamah peluru. Datuk terus meluru ke arah saya. Anggota komunis yang ada di situ bagaikan terpaku, tidak berani menyapa atau menahan Datuk memeluk tubuh saya.

“Tuk kebal,” tanya saya padanya.

“Tidak, cuma peluru tidak kena tubuh aku, aku mohon Allah melindungi diriku, syukur permintaanku telah diperkenankan oleh Allah yang maha besar,” bisik Datuk dan segera menarik tangan saya untuk menuju ke bas. Ternyata Datuk tidak mahu bergaduh dengan anggota komunis yang jumlahnya bukan sedikit.

Tiba-tiba ketua komunis itu menghampiri Datuk. Wajahnya cukup bengis. Ia merasa kecewa kerana Datuk tidak menemui ajal di hujung senapang anak buahnya. Ketua komunis itu menekan muncung pistolnya ke telinga Datuk. Datuk menahan nafas kemudian menjatuhkan badannya ke bumi lalu memaut lutut ketua komunis tersebut.

Ketua komunis itu terjatuh. Tetapi bangun dengan cepat, sebelum Ia melakukan sesuatu pada Datuk. Saya lihat Datuk sudah pun berdiri. Sandarkan badan ke pangkal getah. Datuk terus memeluk tubuhnya. Matanya mula kelihatan kemerah-merahan.

“Tangkap dia lagi sekali, kali ni kita sumbat dia dalam sangkar babi, kemudian rendam dalam telaga,” secara mendadak anggota komunis Melayu bersuara dengan nyaring.

Anggota komunis yang lain segera patuh. Tetapi, sebelum mereka memulakan langkah pertama. Datuk segera menghentakkan telapak kaki kanannya ke bumi. Tiba-tiba anggota komunis Melayu itu menjerit. Ia tidak terdaya melangkah kakinya bagaikan terbenam dalam tanah. Begitu juga dengan anggota komunis yang lain.

Datuk terus menghampiri anggota komunis bangsa India dan Cina. Datuk terus menjentik hidung mereka. Mereka terpekik terlolong, macam kena sengat tebuan.

“Sekarang pulangkan barang-barang yang kamu rampas pada tuannya, kalau tidak kamu dan orang-orang kamu susah nanti,” kata Datuk pada komunis.

“Baik, sekarang saya pulangkan,” jawabnya.

Tetapi, ia menghadapi masalah yang lain pula, orang-orangnya tidak boleh bergerak, walaupun diperintah berkali-kali dengan suara yang nyaring. Datuk tahu di mana silapnya perkara itu. Ia segera membongkok dan menepuk muka bumi dengan tangan kanannya. Bila semuanya dilakukan oleh Datuk, baru anggota komunis itu boleh bergerak.

“Sekarang kasi balik orang punya barang,” ketua komunis mengeluarkan perintah lagi. Tidak ada sesiapa yang membantah. Semua barang-barang yang dirampas diletakkan atas tanah lapang. Kemudian ketua komunis itu menyuruh orang yang berada dalam bas turun untuk mengambil barang-barang mereka.

Tidak sampai setengah jam, upacara memulangkan barang-barang yang dirampas pada tuannya pun selesai. Datuk menyuruh mereka naik ke bas semula. Datuk juga menyuruh pemandu bas menghidupkan enjin bas.

“Siapa suruh lu kasi tahu driver bas, hidup enjin bas?” Ketua komunis mula marah. Suaranya cukup garang dan matanya tertumpu ke wajah Datuk.

“Saya kesian dengan dia orang, hidup mesti tolong-menolong,” balas Datuk.

“Apa awak cakap, ini awak kenal?” Ketua komunis halakan muncung pistol ke batang hidung Datuk. Datuk tarik nafas panjang. Ia merasakan dirinya tercabar dan terhina.

Datuk menggigit bibir. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. Dadanya nampak berombak menarik dan melepaskan nafas.

“Biadab,” pekik Datuk.

Dan cara tiba-tiba pistol di tangan ketua komunis itu terlucut. Mukanya kelihatan pucat. Dan Datuk terus jengkal mukanya dengan jari. Ketua komunis itu terdiam. Ia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Datuk.

“Biadab, memang tak tahu mengenang budi,” rungut Datuk. Ia renung semua anggota komunis yang berdiri di sisinya. Saya terdiam, tidak berani berkata sesuatu apa pun.

“Kamu balik ke hutan, kalau kamu mahu selamat,” pekik Datuk lagi. Anggota-anggota komunis yang berdiri itu, segera bergerak dan menghilangkan diri dalam hutan.

Tetapi, tiga orang anggota komunis tidak mempedulikan kata-kata Datuk. Mereka ini dianggap orang kanan dan ada kuasa dalam pasukan komunis yang berjumlah hampir tiga puluh orang itu. Datuk renung muka komunis Melayu, kemudian komunis India dan akhir sekali komunis Cina.

“Sekarang bas boleh jalan,” jerit Datuk ke arah pemandu bas. Beberapa minit kemudian bas Ipoh-Kuala Kangsar terus bergerak. Meninggalkan kami berlima di pinggir hutan iaitu tiga orang anggota komunis, diri saya dan Datuk.

Tanpa saya duga anggota komunis Melayu itu menyeluk sakunya. Ia mengeluarkan tangkal dan seketul kemenyan. Ia membakar kemenyan dengan mancis api. Saya rasa seluruh kawasan saya berdiri penuh dengan asap tebal. Saya terdengar bunyi orang bercakap tetapi, orangnya tidak kelihatan.

Memang tidak lojik, asap kemenyan yang sedikit itu boleh menguasai seluruh kawasan belukar. Saya dan Datuk terbatuk dua tiga kali.

“Mereka dah hilang tuk,” kata saya pada Datuk.

“Aku tahu, mereka hilangkan diri dari kita.”

“Apa yang patut kita buat tuk?”

“Sabarlah.”

Saya dan Datuk mendiamkan diri kira-kira lima minit, asap kemenyan terus menipis dan hilang. Datuk mengajak saya menuju ke bibir jalan raya. Bila kami melangkah, anggota komunis Melayu muncul dari balik pokok getah. Ia tidak merenung ke arah saya dan Datuk.

“Ikut kami, bersatu dengan kami untuk membebaskan tanah air dari penjajah,” katanya dengan suara yang lembut.

“Kita sudah merdeka, bukan kau tak tahu, kita merdeka pada 1957, sekarang sudah enam tahun lebih kita merdeka,” jelas Datuk.

“Kita tidak benar-benar merdeka, kamu harus membantu kami, ini tawaran paling baik untuk kamu, kalau kamu mahu hidup, kalau tidak kamu dua beranak kami bunuh di sini.”

“Tidak, perjuangan kamu perjuangan sia-sia,” balas Datuk tegas.

Kali ini komunis Melayu itu merenung ke arah Datuk. Ia menghilangkan dirinya beberapa saat di celah daun keladi liar. Kemudian Ia memunculkan dirinya di antara saya dengan Datuk.

“Apa fasal kamu kata perjuangan kami sia-sia, kami berjuang untuk kemerdekaan tanah air, untuk kebebasan berfikir,” komunis Melayu itu bersuara lagi.

“Kamu komunis yang tidak percayakan kewujudan Allah,” sanggah Datuk. Dan kali ini Datuk kelihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Komunis Melayu itu mencampakkan seutas tangkal atas tanah. Kawasan tempat tangkal itu jatuh terus dikuasai oleh api. Anggota komunis itu tepuk tangan. Api yang marak itu terus padam.

“Kau memang handal,” kata Datuk.

“Kalau tak cukup syarat, aku tak jadi komunis,” jawabnya.

“Aku tak boleh bekerjasama dengan kamu,” kata Datuk.

“Jangan menyesal”

“Tidak.”

Komunis Melayu itu menghilangkan diri. Saya dan Datuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba komunis Melayu dan dua orang kawannya muncul di depan kami. Mereka bersedia untuk menangkap kami. Datuk masih tenang. Ia tidak merasa bimbang, walaupun muncung senapang menghala ke arah perutnya.

“Sekarang, mahu ikut atau mahu mati,” ketua komunis (Cina) terus bersuara. Kali ini, muncung senapangnya ditekan ke pusat Datuk. Saya lihat ketua komunis cukup hati-hati. Ia tidak mahu peristiwa yang dialaminya sebentar tadi berulang pada dirinya.

“Tidak mahu,” jawab Datuk.

“Tidak mahu, ertinya awak mati,” suara ketua komunis keras. Ia cuba menarik pemetik senapang. Cepat-cepat Datuk memegang muncung senapang itu menjadi lembut macam timah dibakar.

Ketua komunis itu terus juga menarik pemetik senapang. Anehnya, senapang itu tidak meletup tetapi, kelongsong pelurunya terus keluar. Ketua komunis itu mendapati seluruh tangannya terbakar dan melecur.

Komunis Melayu itu jadi marah, kerana ketuanya dipermainkan. Ia mengeluarkan sejambak tangkal dari sakunya. Mulutnya mula bergerak membaca mantera dan jampi. Datuk terus membaca Fatihah dengan lancar sebanyak 41 kali.

Semua tangkal yang dikeluarkan oleh komunis Melayu tu hancur menjadi abu. Telapak tangannya kelihatan merah macam terbakar. Semua tangkal yang dipasang di tangan, di pinggang dan leher habis jatuh ke tanah. Semuanya menjadi abu dan debu.

“Pulanglah, aku tak mahu apa-apakan kamu, cuma nasihat aku pada kamu jangan menuntut ilmu dari syaitan.” kata Datuk pada komunis Melayu itu.

Rupanya, komunis Melayu itu tidak mampu melangkah. Kedua belah kakinya macam lumpuh. Komunis Cina dan India terus menghampirinya.

Komunis berbangsa India terus menembak komunis Melayu dengan pistol. Perbuatan itu amat mengejutkan Datuk.

“Kenapa kamu bunuh dia?” Tanya Datuk.

“Dia lumpuh, orang lumpuh dan tidak sihat, memang tidak dikehendaki oleh pasukan kami,” jelas ketua komunis. Datuk terdiam. Tidak dapat berbuat apa-apa.

Datuk menarik nafas dalam-dalam sambil merenung ke arah saya. Perlahan-lahan Datuk gelengkan kepala, bila melihat mereka mengusung mayat komunis Melayu ke dalam hutan. Saya menggaru pangkal leher. Sedih rasa hati melihat bangsa sendiri dipikul macam binatang.

“Hei, nanti dulu.”

Datuk meluru ke arah anggota komunis yang memikul kawannya. Mereka berhenti melangkah. Mayat yang diikat kaki dan tangan diletakkan atas tanah. Kayu pengandar dibiarkan berada di mayat tersebut.

“Kenapa?” Tanya ketua komunis.

“Dia orang Melayu dan beragama Islam, serahkan pada saya, biar saya kebumikan cara hukum Islam. Awak tahu, cara yang awak lakukan ini menyeksa mayat, perbuatan begini tidak baik menurut agama kami. Islam mahu setiap penganutnya yang mati mesti segera ditanamkan.”

“Itu urusan agama kamu, tapi dia ini dah jadi ahli kami dan apa yang berlaku adalah urusan kami,” jawab ketua komunis.

Datuk terdiam. Ketua komunis terus mengarahkan orang-orangnya memikul mayat komunis Melayu itu dalam hutan. Kumpulan komunis itu meninggalkan kami. Mereka melepaskan tembakan ke udara bertalu-talu.

“Sudahlah Tamar, aku tak berani bertindak lebih jauh dari apa yang kamu lihat, kalau aku berkeras bererti aku menempah bahaya,” Datuk bagaikan merungut. Ia terus mengajak saya keluar dari kawasan hutan menuju ke tepi jalan raya. Kami berdiri di situ sambil menahan kenderaan yang lalu.

Tidak ada sebuah kenderaan pun yang mahu berhenti. Badan saya terus berpeluh. Sinar matahari bertambah garang. Dada jalan raya dibahangi kepanasan kelihatan macam ada air bertakung. Beberapa lori tentera terus melintas di depan kami. Anggota tentera yang ada di dalamnya lengkap dengan senjata. Mereka merenung ke arah kami dengan renungan yang tajam.

Tiba-tiba sebuah jeep polis yang berdindingkan besi waja berhenti di depan kami. Dua orang anggota polis yang memakai topi bulat dan berjambul di tengah menghampiri kami dengan raifal yang tersedia di tangan.

Kedua-dua anggota itu menghampiri Datuk. Segera Datuk terangkan apa yang telah terjadi. Kedua-dua anggota polis agak terkejut. Saya dan Datuk disuruh masuk ke perut jeep. Lemas rasanya berada dalam perut jeep yang tidak bertingkap.

“Nak bawa kami ke mana?” Tanya Datuk.

“Ke Balai Polis Chemor, buat laporan,” jelas anggota polis yang duduk di sisi Datuk.

”Jangan bimbang awak tak apa-apa cuma melaporkan apa yang terjadi,” tambahnya. Datuk anggukkan kepala. Jeep yang kami tumpangi berpatah balik ke Pekan Chemor.

Datuk dan saya diperkenalkan dengan ketua Balai Polis. Datuk menceritakan apa yang dialami. Seorang anggota polis mencatatkan apa yang diterangkan oleh Datuk.

“Kawasan tempat kejadian itu, namanya Kantan dan saya yakin pemandu bas itu membuat laporan di Balai Polis Ipoh,” terang ketua Balai Polis pada Datuk. Ia menjeling ke arah saya. Kemudian ketua Balai Polis itu menyuruh anggota polis yang bertugas di bahagian semboyan menghubungi Pejabat Polis Negeri untuk melaporkan apa yang terjadi.

“Saya yakin, pihak pasukan keselamatan akan mengesan jejak anggota-anggota komunis itu,” terang ketua Balai Polis. Datuk anggukkan kepala.

“Kalau begitu biarlah kami balik dulu,” kata Datuk.

“Awak berdua nak ke mana?”

“Ke Batu Gajah”

“Kalau begitu awak berdua tumpang jeep yang awak naik tadi sampai ke Ipoh.”

“Tak payahlah, biar kami naik teksi.”

“Jangan begitu, awak berdua naiklah, jeep itu memang nak pergi ke Balai Polis Pusat di Ipoh.”

“Tapi.”

“Tak ada tapinya.”

“Saya minta maaf, biarlah kami naik teksi dari sini,” Datuk menolak dengan wajah yang manis.

Jawapan Datuk itu kurang memuaskan hati ketua Balai Polis. Ia macam merasakan keselamatan diri saya dan Datuk tidak begitu terjamin. Ia minta seorang anggota polis menemani Datuk dan saya ke tempat teksi.

“Pastikan mereka naik teksi,” pesan ketua Balai polis itu pada anggota polis yang akan menemani ke tempat teksi. Saya lihat anggota polis itu mengangguk.

Akhirnya, kami naik teksi menuju ke Ipoh. Saya tahu, kalau Datuk ada masa, tentu ia tidak mahu terus ke Ipoh. Mungkin Ia mahu berada lebih lama di Chemor. Ramai saudara-maranya di situ terutama di Ulu Kuang.

“Kalau tak diganggu oleh komunis, mahu pergi ke Ulu Kuang,” ujar Datuk sebaik sahaja turun dari teksi. Saya senyum, Datuk memang agak aneh orangnya.

Kalau hatinya tergerak untuk singgah di mana-mana dalam perjalanan Ia akan turun di tempat yang diingininya, sedangkan ia sudah pun membayar tambang perjalanan terus.

SEGAMAT

Saya masih ingat, satu waktu Datuk mengajak saya pergi ke Kluang, naik kereta api dari Taiping. Bila sampai di Segamat ia terus turun untuk ke Jementah menemui kawan lamanya, padahal Datuk sudah membayar tambang Taiping - Kluang. Inilah keganjilan Datuk, kerana itu nenek tidak suka mengikutnya berjalan ke mana-mana.

“Apa yang kamu menungkan, mari kita pergi stesen bas”, jerkah Datuk. Apa yang bermain dalam kepala terus hilang. Kami naik beca menuju ke bas stesen. Sampai di stesen bas, Datuk jumpa kawan dan kawannya itu mengajak Ia minum kopi.

Hampir dua puluh minit saya termangu di kedai kopi, mendengar Datuk bercerita dengan kawannya. Perkara yang diceritakan fasal kebun pisang, fasal kebun dan musuh-musuh yang merosakkan tanaman mereka. Kemudian cerita fasal anak cucu. Memang bosan mendengar cerita seperti itu.

Bila saya memperlihatkan wajah kurang senang, barulah Datuk sedar tentang kesilapan kecil yang dilakukannya. Ia segera membayar air minuman dan bangun. Bersalaman dengan kawannya dan terus keluar dari kedai. Saya gembira dengan tindakan yang dilakukan oleh Datuk.

“Dia tu aku kenal sepuluh tahun yang lalu, orang kuat politik menentang Inggeris, dia tu bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai oleh Boestamam,” beritahu Datuk pada saya.

“Macam mana tuk boleh kenal dengannya?” Saya cungkil rahsia.

“Dulu, aku pergi ke hospital Ipoh tengok anak buah aku yang kerja atendan di situ, aku terjumpa dia mengambil ubat. Aku tegur dia, kemudian dia menceritakan pada aku, dia orang tahanan politik di Jalan Asby, dia juga kirim salam pada ayah saudara kamu yang jadi anggota API macamnya,” jelas Datuk. Saya anggukkan kepala.

(Boestamam yang dimaksudkan oleh Datuk ialah Datuk Ahmad Boestamam yang meninggal dunia pada 18 November 1983 di Kuala Lumpur. Angkatan Pemuda Insaf atau API adalah parti politik yang dipimpinnya untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air).

“Kamu puas hati dengan keterangan aku ni Tamar?”

“Puas hati tuk.”

“Lain kali kamu mesti ingat, kalau aku jumpa dengan sesiapa dan bercakap panjang, itu tandanya orang yang aku lawan bercakap tu, bukan sebarang orang.”

”Ada juga orang yang tuk kenal di tepi jalan tapi Datuk bercakap panjang,” saya lihat Datuk bagaikan tersentak mendengar kata-kata saya itu.

Mungkin Datuk tidak terdaya menafikan kata-kata saya itu. Saya lihat Datuk tersenyum sambil merenung ke arah manusia yang mundar-mandir di bas stesen. Bunyi enjin bas menderu-deru mengganggu anak telinga saya.

“Barangkali itu kelemahan Datuk kamu Tamar, aku suka bercakap dengan siapa saja,” Datuk semacam mengeluh. Bahu saya ditepuknya berkali-kali. Saya dan Datuk menuju ke bas yang akan menuju ke bandar Batu Gajah. Sebaik sahaja penjual tiket menghampiri Datuk dan enjin bas dihidupkan Datuk segera bangun dan turun dari bas.

“Kenapa tuk?”

“Habis kite nak naik apa tuk.”

“Aku rasa tak sedap hati naik bas.”

“Mari kita ke tempat teksi, kita naik teksi.”

Meluat rasa hati dengan sikap Datuk. Mahu sahaja saya membangkang rancangannya. Tetapi, bila mengingatkan perangai Datuk yang pantang di bantah atau dihalang itu, saya menurut sahaja. Hati kecil saya tetap membebel berjalan di tengah panas menuju ke perhentian teksi yang letaknya agak jauh dari stesen bas.

Kami sampai ke bandar Batu Gajah dan singgah di masjid untuk sembahyang Zuhur. Datuk berkenalan dengan seorang penjual sayur di pasar Batu Gajah yang cara kebetulan menunaikan fardu Zuhur di situ.

Saya yang duduk bersandar di dinding masjid dalam jarak kira-kira sepuluh kaki dari mereka, tidak dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka. Dari raut wajah Datuk, saya dapat meneka yang penjual sayur ini menyampaikan sesuatu yang menarik minat hati Datuk.

Mereka bersalaman dan berpisah. Sebelum keluar dari masjid penjual sayur berkulit hitam dengan tahi lalat sebesar biji betik di bibir kanan tersenyum ke arah saya. Senyuman mesra itu saya balas.

Saya dan Datuk meninggalkan masjid. Kami menyusur kaki lima bangunan kedai. Bandar Batu Gajah terbahagi dua, sebelah selatan disebut Pekan Lama dan sebelah utara disebut Pekan Baru. Saya dan Datuk sedang menuju ke arah Pekan Baru.

“Ke mana?” Seorang lelaki berkulit cerah, berbadan gempal menegur Datuk. Raut wajahnya tampan ada mirip aktor Allahyarham Nordin Ahmad.

“Ha kamu, kamu anak Haji Alwi,” suara Datuk riang.

Datuk segera menarik tangan anak muda itu ke dalam sebuah restoran milik India Muslim. Haji Alwi memang saya kenal. Ia orang kampung saya berasal dari Kerinci, Pulau Sumarera Barat.

Kami duduk di meja tepi sebelah kanan kedal. Tersorok dari pandangan orang ramai.

“Kamu buat apa di sini Zamri?” Tanya Datuk.

“Sejak saya tinggalkan kampung, saya terus masuk polis, nama saya juga sudah bertukar, bukannya Zamri lagi.”

“Habis, kamu pakai nama apa? Nama orang putih?”

“Pakai nama Islam, nama saya sekarang Mat Noor, sekarang ni nak ke mana?” Soal Mat Noor.

“Aku nak ke Bakap nak jumpa kawan.”

“Hum,” Mat Noor tersenyum.

Minuman yang dipesan oleh Mat Noor pun diletakkan atas meja. Sambil minum, Mat Noor menceritakan sebab utama meninggalkan kampung kerana takut diberkas oleh Inggeris. Ketika ia menjadi orang kuat parti Boestamam.

Mat Noor berhijrah ke Kajang. Bila kerajaan Inggeris memerintahkan setiap rakyat Tanah Melayu mesti memiliki kad pengenalan dan setiap yang mahu membuat kad pengenalan mesti membawa surat tarikh lahir atau surat beranak. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh Mat Noor untuk masa depannya.

Ia memberitahu Pegawai Daerah surat lahirnya sudah hilang. Ia diperintah membuat surat sumpah di depan hakim dengan membawa dua orang saksi. Perintah itu dipatuhi oleh Mat Noor. Sejak hari itu, nama Zamri yang diberikan oleh orang tuanya tidak digunakan lagi. Di mana-mana orang mengenalinya sebagai Mat Noor.

“Kalau saya pakal nama lain, sudah tentu saya kena masuk kem tahanan, saya tak boleh ingat , saya buat kad pengenalan masa saya dah berumur dua puluh tahun,” Mat Noor mengenangkan kisah lalu.

“Kamu dah berumur dua puluh empat tahun, aku pula lagilah tua, dah dekat lima puluh, orang kampung jadi takut, maklumlah itulah kali pertama kad pengenalan diperkenalkan pada kita, aku ingat masa nak ambil gambar kad pengenalan ayah kamu pakai serban, masa tu dia baru balik dari Mekah,” kata Datuk dan mereka terus ketawa serentak.

Pertemuan yang tidak diduga antara Datuk dengan Mat Noor, sedikit sebanyak memberikan pengetahuan pada saya bagaimana anak-anak kampung berjuang menentang penjajah untuk kebebasan tanah air tercinta.

Ini membuktikan anak-anak Melayu di kampung, memang manusia yang berjiwa besar, tahu menilai dan menghargai erti kebebasan dan kemerdekaan tanah air.

Selain dari itu, saya juga mendapat tahu bahawa penggunaan kad pengenalan mula digunakan di tanah air sejak zaman Inggeris lagi.

“Bila balik dari Bakap nanti, singgahlah di rumah saya, duduk semalam dua, boleh jumpa anak bini saya,” pelawa Mat Noor ketika keluar dari restoran tersebut.

“Tengok keadaan dulu, kalau ada masa boleh singgah.”

“Kalau mahu mesti ada masa,” jawab Mat Noor yang berusia sekitar 39-40-an. Ia senyum ke arah saya. Kami meninggalkan Mat Noor di kaki lima restoran.

JUMPA

Datuk amat gembira, ia dapat bertemu dengan kawan lamanya di Kampung Bakap. Melihat bentuk tubuh dan wajah kawan Datuk itu, saya dapat menduga yang usia tidak jauh berbeza dengan Datuk. Kalau Datuk tua cuma beberapa tahun sahaja. Begitu juga dengan dirinya, kalau Ia muda, cuma dalam jarak beberapa tahun.

Sementara Datuk dan kawannya itu berborak panjang di anjung rumah, saya terus berdiri di bawah pohon kelapa dalam sinaran matahari petang yang redup.

Saya merenung ke sebuah kapal korek yang berada dalam danau yang luas. Kapal Korek itu sedang mengeluarkan bijih timah dari perut bumi.

Ingin sekali saya menghampiri kapal korek yang besar itu. Tetapi, Datuk melarangnya dengan alasan takut saya jatuh ke dalam lombong yang airnya cukup dalam. Kawan Datuk juga tidak menggalakkan saya pergi ke tempat tersebut. Katanya ada budak yang jatuh dan mati kerana tanah tempat mereka berdiri rebak dan mereka jatuh dalam lombong.

Sedang asyik memerhatikan kapal korek tersebut, seorang budak lelaki menghampiri saya. Saya kira usianya sama dengan saya kerana tinggi kami hampir sama. Dengan wajah yang ramah Ia memperkenalkan dirinya sebagai Ramli.

Dalam beberapa minit sahaja kami jadi begitu mesra. Ayah Ramli menjadi buruh kapal korek yang saya lihat. Ramli yang ramah itu menceritakan pada saya, dulu kawasan yang menjadi lombong itu adalah perkampungan dan penuh dengan rumah orang Melayu.

Tamat siri 78/284

BACA: SBDJ Siri 77: Akibat Malukan Orang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM