Thursday, January 04, 2018

Pelajar Universiti Terkejut Profesor Pernah Berlakon Filem Lucah


Penuntut sebuah universiti di Itali terkejut apabila mendapati profesor yang mengajar mereka subjek matematik rupa-rupanya pernah menjadi pelakon filem lucah untuk watak gay.

Profesor Berlakon Filem Lucah

Ruggero Freddi, sebelum ini dikenali sebagai Carlos Masi dalam filem lucah lakonannya, mengajar di La Sapienza University, di Rome.

Kisah silamnya itu terbongkar selepas pelajar di universiti terbabit melihat gambar lucahnya di dalam Facebook.

Namun Freddi berkata, dia tidak sedih walaupun sejarah silamnya itu didedahkan sebaliknya dia terpaksa bekerja dalam industri tersebut untuk mencari wang.

Dia telah berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berlakon dalam industri filem lucah dan pernah berlakon dalam filem bertajuk `Big N Plenty’ dan ‘Man Country‘.

“Ada pelajar yang memuatnaik semula gambar itu dan dari situ kehidupan silam saya telah terdedah. Sejujurnya ia bukan satu rahsia,” katanya.

Freddi kembali semula ke Itali pada 2013 dan mendapat master dalam bidang matematik iaitu tambahan kepada ijazah dalam bidang kejuruteraan komputer.

BACA INI JUGA: Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon