Friday, October 02, 2015

'Peguam Itu Burung Hering, Bangkai Pun Boleh Asal Kenyang'


Beberapa belas atau puluh tahun dahulu, orang ramai memandang mulia kerjaya peguam sebagai pekerjaan yang membela nasib pihak teraniaya di mana bidang mereka untuk memartabatkan undang-undang dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.

Bad lawyer

Sebagai contoh, seorang peguam di mahkamah akan membela nasib peduduk kampung yang ditindas oleh pihak pemaju yang rakus membangunkan projek di tapak kawasan kediaman penduduk terbabit tanpa memberikan bayaran pampasan yang sewajarnya kepada penduduk

Ini dalam kata lainnya menunjukkan profesyen peguam merupakan pihak tengah yang menegakkan keadilan di dalam sesuatu permasalahan yang timbul.

Namun, sejak kebelakangan ini kita boleh melihat senario seorang pesalah akan terlepas daripada tuduhan atau hukuman walaupun mempunyai bukti kesalahan yang kukuh.

Ini adalah kerana individu terbabit menggunakan perkhidmatan peguam terbaik bagi memenangi kes yang dapat membersihkan namanya di mahkamah.

Jadi, dimanakah keadilan yang hakiki sekiranya pihak yang bersalah asyik terlepas sekiranya mereka menggunakan khidmat peguam yang hebat?

Di laman Facebook, kami tertarik dengan status seorang bekas peguam Yuktes Vijay yang menyifatkan sistem perundangan di Malaysia yang seolah membenarkan pesalah dibela oleh peguam terbaik asalkan mempunyai kepentingan tertentu.

Bak kata Yuktes, “Laywers are vultures….Mayat pun tak apa.. Asal mereka kenyang!” ujarnya.

(Peguam itu seperti burung hering, makan bangkai pun tak apa asal kenyang!)

Peguam Itu Burung Hering

Sepertimana suspek kes pembunuh kejam Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang sedang hangat diperkatakan.

Dilaporkan pihak tertuduh menggunakan khidmat Peguam M. Manoharan Dan Datuk N. Sivanantan yang mana kedua-duanya merupakan nama besar di dalam bidang guaman jenayah di Malaysia.

Apa yang boleh kami tafsirkan ialah nilai integriti dan etika seorang peguam yang memperjuangkan kebenaran nampaknya semakin hanyut dibuai arus kemewahan sehingga meminggirkan keadilan yang sebenar.

Mungkin mereka tidak melihat keadilan sebagai matlamat tetapi kemenangan setiap kes menjadi ukuran kejayaan mereka.

Nilai seorang peguam yang baik hendaklah mempunyai cinta yang mendalam terhadap undang-undang dan cuba sedaya upaya memajukan undang-undang tersebut dengan interpretasi yang tepat dan sesuai.

Dengan cara ini bukan sahaja undang-undang itu dapat ditegakkan seadilnya tetapi juga ia akan menjadi ikutan pada masa hadapan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Hakim Yang Adil Di Zaman Moden

Sumber: Facebook Yuktes Vijay

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon