Jun 21, 2016

Duit RM 1 Aisyah Bernilai RM1,000

Mungkin anda tidak jangka, tetapi harga not biru RM 1 di dalam dompet anda mungkin bernilai RM1,000 di Malaysia.

Duit RM 1 tandatangan Aisyah.jpg

Kenapa? Kerana duit RM 1 seperti dalam gambar diatas (dengan tanda tangan Aisyah) adalah duit yang tidak sepatutnya dicetak dan ia sudah dilupuskan oleh Bank Negara.

Saki baki yang tinggal kini dianggap 'rare' oleh pengumpul wang sehingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan 'barang rare' ini.

Sejarah RM 1 Aisyah

Duit RM 1 tandatangan Zeti+Aziz.jpg

Menurut penulisan dari blog Galeri Sha Banknote, blog penggemar wang unik, duit RM 1 Aisyah ini diedarkan ketika masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.

Kesilapan edaran ini hanya berlaku di cawangan Bank Negara Pulau Pinang sahaja kerana cawangan-cawangan lain sempat menerima arahan pembatalan pengedarannya.

Kesemua duit RM 1 yang bertandatangan Aisyah atau Tan Sri Ali Abul Hassan telah ditarik balik dan dimusnahkan.

Blog itu juga turut memberitahu hanya 50,000 keping sahaja RM 1 Aisyah sempat diedarkan berdasarkan pengiraan yang tertentu.

RM 1 Aisyah Lama


RM 1 Aisyah Lama.jpg

Mungkin anda mempunyai not RM 1 lama dengan tandatangan Aisyah (seperti gambar diatas).

Menurut apa yang difahamkan, nilai RM 1 ini juga mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi ia tidak dianggap 'rare' kerana ia bukan dicetak hasil dari kesilapan.

Bagaimana Nak Jual?

Duit+Aishah+1,200.PNG

Jika anda mempunyai RM 1 Aisyah ini mungkin anda boleh menjualnya di mudah.my atau mencari sendiri pengumpul wang yang mungkin berminat.

Anda juga mungkin boleh menganggotai mana-mana group pengumpul wang di Facebook.

Di mudah.my, not RM1 Aisyah yang baharu paling murah dijual pada harga RM 1,200 manakala yang paling mahal dijual pada harga RM 25,000.

Duit+Aishah+25,000.PNG

Mungkin pada kita RM 1 Aisyah ini hanyalah bernilai RM 1, namun bagi pengumpul wang, ia sangat bernilai dan mempunyai nilai 'sentimental value' yang tinggi.

Jika anda masih lagi mempunyai RM 1 Aisyah ini di dalam dompet, anda boleh anggap diri anda bertuah!

Namun pastikan ia dalam kondisi yang tip top atau harganya akan susut.

Selamat menjual.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mendidik Anak Untuk Berniaga Sejak Dari Kecil?

Sumber: Siakapkeli.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon