Wednesday, February 20, 2019

Sindrom Usus Bocor, Simptom, Punca Dan Rawatannya

Sindrom Usus Bocor, Simptom, Punca Dan Rawatannya

Sindrom usus bocor 'leaky gut' adalah satu keadaan yang semakin berleluasa di mana berjuta-juta orang sedang bergelut dengannya dan paling malang, ada yang tidak tahu tentang perkara itu. Anda mungkin terfikir bahawa sindrom usus bocor hanya menjejaskan sistem penghadaman, tetapi pada hakikatnya, ia boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan yang lain.

Gambar Usus Bocor

Menurut penyelidikan yang telah dilakukan, alahan makanan, tenaga yang rendah, sakit sendi, penyakit tiroid, keadaan autoimun dan metabolisme yang perlahan boleh menjadikan simptom ini terus berlaku.

Jadi, bagaimana anda boleh menyembuhkan sindrom usus bocor dan menyelesaikan masalah kesihatan yang anda telah berjuang untuk menghadapinya.

Apakah itu Sindrom Usus Bocor?

Bayangkan bahawa permukaan saluran pencernaan bagaikan satu jaring yang memiliki lubang-lubang yang sangat kecil padanya. Ia hanya membenarkan bahan-bahan yang tertentu sahaja untuk melepasinya.

Lapisan tersebut bertindak sebagai penghadang yang menyekat kemasukan bahan-bahan yang bersaiz besar di mana ia akan merosakkan sistem anda.

Apabila seseorang menghidapi masalah kebocoran usus, 'jaring' yang ada dalam saluran pencernaan anda itu akan menjadi rosak sehingga boleh menyebabkan terbentuknya lubang yang lebih besar.

Kesannya, bahan-bahan yang dahulunya terhalang kini sudah boleh melepasi jaring tersebut.

Antara bahan yang kini boleh melepasi jaring tersebut termasuklah gluten, bakteria jahat dan makanan yang tidak tercerna.

Sisa-sisa toksik juga akan mula bocor daripada dalam dinding usus sehingga memasuki aliran darah dan akhirnya menyebabkan tindak balas imun.

Simptom-simptom dan Perkembangan Masalah Usus Bocor

Kebocoran usus boleh membawa kepada gejala keradangan di seluruh sistem badan anda.

Antara simptomnya ialah:
  • Mual.
  • Sensitif terhadap makanan.
  • Masalah tiroid.
  • Terlalu letih.
  • Sakit sendi.
  • Sakit kepala.
  • Masalah kulit.
  • Masalah pencernaan.
  • Pertambahan berat badan.
  • Sindrom X.

Salah satu daripada tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami penyakit kebocoran usus, anda akan mengalami alahan kepada pelbagai jenis makanan.

Protein dan lemak yang separa hadam akan menyelinap masuk melalui lapisan permukaan usus sehingga ia masuk ke dalam aliran darah sehingga menyebabkan alahan.

Tindak balas alahan ini tidak bermakna anda akan terlepas daripada masalah, bahkan ia boleh membawa kepada salah satu daripada simptom diatas.

Sekiranya ia dibiarkan tanpa diubati, berkemungkinan ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih teruk seperti arthritis, eczema, psoriasis, tekanan, kegelisahan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan yang melampau.

Menurut the Journal of Diabetes, terdapat satu bukti kukuh yang menunjukkan bahawa sindrom usus bocor ini merupakan penyebab utama kepada penyakit autoimun, termasuklah Diabetes Jenis 1.

Antara masalah lain yang turut serta bersama kebocoran perut ini ialah kekurangan serapan mineral dan nutrien penting seperti zink, zat besi dan vitamin B12.

Apakah Punca Kebocoran Usus?

Terdapat empat penyebab utama masalah kebocoran usus.

Antaranya ialah:
  • Diet yang tidak sihat.
  • Tekanan yang teruk.
  • Kandungan toksik berlebihan.
  • Ketidakseimbangan bakteria.

Komponen makanan yang menjadi penyebab utama kepada kerosakan lapisan usus anda ialah protein yang terkandung dalam bijirin yang tidak bertunas, gula, makanan GMO dan produk susu konvensional.

Masalah yang melibatkan bijirin tersebut adalah disebabkan ia mengandungi bahan anti-nutrien yang banyak atau juga dikenali sebagai penyekat nutrien yang disebut sebagai phytates dan lektin.

Lektin ialah protein pelekat gula yang bertindak sebagai sistem pertahanan semulajadi bagi tumbuhan yang bertindak melindunginya daripada kulat dan parasit.

Sungguhpun ia baik untuk tumbuhan, namun sebaliknya untuk tubuh badan kita.

Sistem pencernaan kita dilapisi dengan sel-sel yang mengandungi gula untuk membantu memecahkan makanan namun, lektin ini akan melekat pada kawasan ini dan sekiranya hal ini berlaku, ia akan merosakkan usus serta menyebabkan keradangan.

Lektin dan Makanan yang Menyebabkan Kebocoran Usus

Lektin terkandung dalam kebanyakan makanan bukan hanya sekadar bijiin dan sekiranya diambil dalam jumlah yang sedikit, tidak menjadi masalah bagi tubuh badan.

Namun, sekiranya makanan tersebut mengandungi jumlah lektin yang besar, kesannya akan jadi lebih bermasalah.

Antara makanan yang mengandungi lektin termasuklah gandum, nasi dan kacang soya.

Bijirin yang bertunas dan bertapai dapat mengurangkan phytate dan lektin, menjadikan makanan ini lebih mudah untuk dicerna.

Makanan GMO dan yang dihibridasi barang kali mengandungi lektin yang tinggi disebabkan ia telah mengalami proses pengubahsuaian bagi mencegah serangan serangga perosak.

Selain itu, bijirin yang mengandungi gluten ini akan merosakkan lapisan permukaan usus anda sehingga menyebabkan sindrom usus bocor.

Jadi, ketika anda sedang mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit usus bocor dan autoimun ini, jauhkan diri anda daripada semua jenis bijirin terutamanya yang mengandungi gluten seperti gandum.

Apabila usus sihat, anda boleh kembali memakan bijirin namun dalam bentuk yang telah ditapai dan bercambah secara berkala.

Susu lembu konvensional juga merupakan salah satu makanan yang boleh menyebabkan kebocoran usus. Kandungan di dalamnya yang boleh membahayakan usus anda ialah protein A1 kasein.

Selain itu, proses pempasturan yang dialami oleh produk tenusu tersebut akan memusnahkan enzim-enzim yang penting dan menjadikan gula seperti laktosa, sukar untuk dicerna.

Disebabkan itu, anda disarankan untuk membeli produk tenusu mentah dan produk yang dihasilkan daripada lembu, kambing, biri-biri atau kerbau bergred A2.

Gula merupakan bahan lain yang akan membahayakan sistem pencernaan anda. Gula akan menjadi makanan kepada yis, candida dan bakteria jahat yang akan merosakkan lagi usus.

Bakteria jahat pula menghasilkan toksin yang dikenali sebagai eksotoksin yang menjejaskan sel–sel sihat dan menyebabkan lubang di dalam dinding usus anda.

Faktor Lain yang Menyebabkan Kebocoran Usus

1. Tekanan yang kronik

Ia akan melemahkan sistem imun anda selain dari melemahkan keupayaan untuk melawan benda asing seperti bakteria jahat dan virus sehingaa membawa kepada keradangan dan kebocoran usus.

Bagi mengurangkan tekanan, anda disarankan unruk mendapatkan tidur yang cukup, buat aktiviti yang menyeronokkan dalam seminggu, bermeditasi dan meluangkan masa dengan orang-orang yang positif.

2. Toksin

Kita terdedah kepada hampir 80,000 bahan kimia dan toksin hampir setiap tahun namun penyebab utama yang menyebabkan kebocoran usus ini termasuklah antibiotik, racun serangga, air paip, aspirin dan NSAISDS.

3. Dysbiosis

Akhir sekali, salah satu penyebab utama yang menjadi punca kepada kebocoran usus ialah satu keadaan yang dipanggil dysbiosis yang bermaksud suatu ketidakseimbangan antara bakteria yang baik dan berbahaya di dalam usus.

Kebanyakannya bermula sejak lahir disebabkan oleh C-section atau disebabkan oleh ibunya juga tidak memiliki usus yang sihat.

Penggunaan ubat-ubatan seperti antiobiotik, air paip yang mengandungi klorin dan fluorida serta kurang pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik juga membawa kepada ketidakseimbangan antara bakteria baik dan jahat ini.

Kaitan Kebocoran Usus dan Otak

Sekiranya anda pernah melihat seorang kanak-kanak autism mengalami gangguan emosi, maka hal ini mungkin disebabkan oleh masalah ususnya yang bocor.

Diet tanpa gluten dan casein telah terbukti berkesan untuk ramai kanak-kanak autism disebabkan protein-protein ini (gluten dan casein) boleh menembusi usus dan akhirnya memberikan kesan kepada tindak balas otak sehingga menyebabkan kesan seperti mengambil dadah opioid.

Hal ini juga menyebabkan mengapa sindrom usus bocor sering kali dikaitkan dengan masalah psikologi yang lain seperti kegelisahan, tekanan perasaan dan gangguan bipolar.

Dalam pelbagai kes, sekiranya anda mampu merawat usus, anda bahkan juga mampu untuk merawat otak anda.

Dalam satu kajian pada tahun 2017 telah berjaya menunjukkan kaitan tersebut. Para pengkaji telah mengkaji seramai 44 orang dewasa dengan masalah usus luka dan mengalami tekanan.

Separuh daripada mereka telah dibeirkan sejenis probiotik (Bifidobacterium longum NCC3001) manakala bakinya pula diberikan placebo.

Hasilnya, pengkaji telah mendapati bahawa sebanyak dua kali ganda pesakit yang mengambil probiotik telah berjaya mengurangkan masalah tekanan mereka berbanding pesakit yang mengambil placebo.

4 Langkah untuk Mengubati Kebocoran Usus

Berita baiknya ialah, terdapat penyelesaian kepada masalah ini.

Berikut merupakan empat langkah yang perlu dilakukan iaitu:
  1. TINGGALKAN makanan dan punca yang merosakkan usus anda.
  2. GANTIKAN dengan makanan yang menyembuhkan.
  3. BAIKI dengan pengambilan suplemen tertentu.
  4. SEIMBANGKAN SEMULA dengan probiotik.

Ingat, makanan yang perlu dielakkan disebabkan menjadi punca kepada kebocoran usus ialah gula, bijirin, daging konvensional, produk tenusu konvensional dan makanan GMO. Manakala toksik yang perlu dielak ialah air paip, racun perosak, NSAIDS dan antiotik.

Namun, perlu diingat untuk sering mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda diberikan ubat-ubatan tersebut.

Diet Bagi Pesakit Usus Bocor dan 5 Makanan Penyembuh

Sekiranya mengalami masalah kebocoran usus, anda perlu pertimbangkan untuk mengamalkan diet ini.

Berikut merupakan lima makanan dan suplemen yang mampu mengubati masalah tersebut.

1. Sum-sum Tulang

Mengandungi kolagen dan asid amino serta glycine yang berupaya merawat dinding sel yang rosak, menampal kebocoran usus dan menyembuhkan penyakit autoimun.

2. Produk Tenusu Berkultur

Mengandungi probiotik dan SCFA yang membantu untuk merawat usus, Kefir, yogurt, amasai, mentega dan keju mentah merupakan antara yang terbaik.

3. Sayur-sayuran jeruk

Mengandungi asid organik yang menyeimbangkan tahap pH usus dan probiotik untuk menyokong kesihatan usus anda. Sauerkraut, kimchi dan kvass antara sumber yang terbaik.

4. Produk berasaskan Kelapa

Semua produk berasaskan kelapa adalah baik untuk anda terutamanya kepada usus.

Kandungan MCFA di dalam kelapa adalah lebih mudah untuk dihadam berbanding daripada lemak yang lain, jadi ia akan digunakan untuk merawat usus bocor.

Selain itu, kefir mengandungi probiotik yang berperanan untuk menyokong sistem pencernaan anda.

5. Biji-bijian bertunas

Biji chia, selasih dan hemp yang bertunas merupakan sumber serat yang membantu menyokong pertumbuhan bakteria baik.

Namun, sekiranya anda mengalami kebocoran usus yang teruk, mungkin anda perlu mendapatkan serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang distim.

Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi omega 3 juga berkhasiat – makanan anti-keradangan seperti daging lembu dan kambing organik serta ikan liar seperti salmon.

5 Suplemen utama untuk Merawat Kebocoran Usus

Terdapat banyak suplemen yang boleh membantu sistem penghadaman anda namun yang paling berkesan untuk merawat kebocoran usus ialah suplemen I-glutamina, probiotik, enzim pencernaan, jus daun lidah buaya dan quercetin.

1. Probiotik

Merupakan suplemen yang paling penting untuk diambil kerana ia membantu menggantikan semula bakteria baik dan mengurangkan bilangan bakteria jahat.

Anda disarankan untuk mendapatkan probiotik ini baik dalam bentuk makanan dan juga suplemen.

Mungkin kita tidak makan makanan yang berbahaya kepada usus, namun tidak pula menggantikannya dengan bakteria yang baik.

Jadi, tambahkan kandungan bakteria baik anda melalui makanan dan juga ambil sekurang-kurangnya 50 bilion unit probiotik sehari daripada suplemen yang berkualiti tinggi.

2. Enzim Pencernaan

Satu atau dua kapsul sebelum makan, untuk memastikan makanan yang anda makan itu benar-benar dihadam dengan sebaiknya, bagi mengurangkan kewujudan makanan yang tidak dicerna dengan sempurna sehingga merosakkan dinding usus.

3. L-Glutamina

Merupakan bahan yang digunakan utuk merawat masalah usus bocor, serbuk glutamina merupakan suplemen asid amino yang bersifat anti-radang dan diperlukan untuk tumbesaran dan membaik pulih lapisan permukaan usus.

L-glutamina juga bertindak sebagai pelindung yang melindungi dinding sel daripada benda-benda yang berbahaya.

4. Akar Licorice (DGL)

Membantu menyeimbangkan paras kortisol dan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut. Ia menyokong proses semulajadi badan dalam mengekalkan lapisan mukus di dalam perut dan deodenum.

Herba ini sangat berguna terutamanya kepada mereka yang mengalami kebocoran usus disebabkan oleh tekanan emosi. Ambil sebanyak 500 miligram dua kali sehari.

5. Quercetin

Berupaya meningkatkan fungsi usus dengan menutup ruang-ruang yang ada pada usus dan menstabilkan sel-sel yang besar serta mengurangkan pelepasan histamina yang menjadi kebiasaan bagi mereka yang ada alahan kepada makanan.

Kajian terkini menunjukkan bahawa ia berkesan untuk merawat ulser. Ambil sebanyak 500 miligram tiga kali sehari semasa makan.

Sekiranya anda boleh mengikuti peraturan tersebut, anda kini semakin berjaya merawat usus sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mrtengkuasmadi

5 Orang Pemenang Loteri Paling Lumayan Di Malaysia

5 Orang Pemenang Loteri Paling Lumayan Di Malaysia

Setiap hari anda boleh melihat kedai-kedai menjual nombor ekor ada di mana-mana sahaja di Malaysia. Tujuannya? Untuk menjadi jutawan segera sekali gus menikmati kehidupan yang lebih mewah dan selesa.

Pemenang Loteri

Sepanjang permainan nombor ekor atau loteri bertapak di Malaysia, terdapat beberapa individu yang cukup bertuah memenangi hadiah yang mampu membuatkan mereka goyang kaki seumur hidup.

Kami kongsikan 5 pemenang loteri dengan hadiah tertinggi dalam sejarah Malaysia.

1. Grand Toto 6/63 - RM69.64 juta

Dan rekod kemenangan loteri yang tertinggi dalam sejarah Malaysia ketika ini adalah sebanyak RM69.6 juta.

Ahli perniagaan berusia 40 tahun dari Pulau Pinang memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September 2017.

Individu tersebut yang dirahsiakan namanya untuk tujuan keselamatan memberitahu dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick sebelum salah satunya memenangi slot loteri tersebut.

Menurutnya lagi, dia hanya mula bermain Sport Toto pada tahun 2013 namun membuat taruhan berdasarkan nombor pendaftaran keretanya dan tidak pernah memenangi apa-apa.

Pembelian yang membuahkan hasil ini berlaku disebabkan satu kebetulan. Ketika hari tersebut, ahli perniagaan ini terperangkap dalam kesesakan membuatkannya memutuskan untuk menggunakan jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto. Jadi, saya rasa saya patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.

"Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya.

Dia tidak menyemak keputusan bagi slot tersebut walaupun diberitahu oleh rakannya bahawa pemenangnya adalah dari Pulau Pinang.

Individu bertuah ini kemudiannya meminta abangnya menyemak keputusan, sebelum tidak berhenti-henti menjerit sambil berlari di sekitar rumah selepas mengetahui keputusan.

2. Supreme Toto 6/58 - RM47.82 juta

Usaha seorang ahli perniagaan yang merupakan pengikut setia Supreme Toto 6/58 sejak dilancarkan pada 20 Mac 2010 akhirnya membuahkan hasil apabila dia telah memenangi wang tunai bernilai RM47.82 juta, hadiah terbesar ketika itu.

Ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an tersebut tidak percaya bahawa dia memenanginya sehingga tergamam seketika sebelum meminta isterinya untuk mengesahkan kemenangan tersebut beberapa kali.

Menurut jurucakap Sports Toto, pasangan tersebut tersangat teruja membuatkan mereka tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah di ibu pejabat Sports Toto di ibu negara.

Individu tersebut memberitahu dia biasanya bertaruh sekitar RM20 bagi setiap permainan yang memberikan 10 peluang untuk mendapatkan cepumas.

Nombor kemenangannya ada 8, 11, 19, 22, 54 dan 55 yang mana kesemuanya dipilih secara berkomputer dan rawak.

3. Toto 4D Jackpot 1 - RM27 juta

Pada tahun 2013, seorang wanita berjawatan ekskutif berusia 30-an menjadi jutawan Toto termuda apabila dia ditabalkan sebagai pemenang hadiah RM27 juta bagi cabutan bertuah Toto 4D Jackpot 1.

Wanita yang berasal dari Kuala Lumpur tersebut menggunakan kombinasi dari nombor lesen memandu, nombor pendaftaran kereta dan tarikh-tarikh bermakna baginya, menjadi 5755 dan 1113 dalam permainan tersebut.

Menurut sumber, wanita ini hanya membeli 10 set nombor 4D yang mana menghasilkan 45 pasang nombor 4D dan 45 peluang untuk menang.

Kekayaan barunya ini dikatakan mencukupi untuk memenuhi senarai impiannya termasuk membiayai pendidikan anak-anak, memiliki sebuah kereta sport dan barangan berjenama, termasuk bercadang untuk bersara apabila mencecah usia 45 tahun.

4. Toto 4D - RM20.5 juta

Pada tahun 2017, seorang perunding "feng shui" dari Johor bernasib baik dan bertuah apabila memenangi loteri Toto 4D bernilai RM20.5 juta.

Kombinasi nombor 1651 dan 7288 yang dipertaruhkan telah membuahkan hasil kepada lelaki berusia 61 tahun itu, yang dikatakan diperolehi selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.

“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.

"Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta. Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya.

Sebahagian daripada wang tunai daripada kemenangan tersebut dikhabarkan disumbangkan kepada tokong berkenaan.

5. Magnum 4D - RM4.5 juta

Gadis yang berasal Sungai Buloh ini sangat terkejut mengetahui menerima durian runtuh apabila menjadi salah seorang pemenang Jackpot kedua Magnum 4D bernilai RM4,497,266 pada Oktober 2017.

Dia merupakan salah seorang daripada 26 pemenang yang berkongsi hadiah keseluruhan yang bernilai RM10.85 juta.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka wang pertaruhan yang dibuat bernilai RM20 akan memberikan pulangan berlipat kali ganda dan akan berkongsi hadiah tersebut dengan ahli keluarga serta golongan miskin.

“Saya ingin berkongsi kegembiraan dan hadiah wang ini dengan ahli keluarga. Saya juga ingin melabur hadiah wang tunai ini didalam hartanah dan membelanjakan sebahagian daripadanya untuk pengajian adik lelaki saya dan pastinya, tidak dilupakan untuk kerja-kerja amal juga,” katanya.

Apa yang menarik adalah dia mendapat nombor yang dibidanya melalui mimpi.

Menurut jurucakap Magnum, peraturan ramalan nombor ekor menyatakan bahawa, apabila hadiah Jackpot pertama melebihi RM30 dan tidak dimenangi, wang tunai melebihi RM20 juta akan diberikan kepada pemenang Jackpot kedua.

Kebarangkalian dan realiti kemenangan loteri

Walaupun ramai yang agak teruja mengetahui jumlah hadiah yang telah berjaya dimenangi seperti individu-individu di atas, namun ia tidaklah semanis yang disangka.

Sebenarnya, hakikat untuk memenangi loteri adalah tersangatlah tipis. Sebagai contoh judi yang melibatkan nombor 4 angka. Mereka yang ingin bermain boleh bertaruh apa-apa sahaja nombor dari 0000 hingga ke 9999.

Daripada 10,000 nombor ini, hanya 23 nombor sahaja yang akan memberikan pulangan kemenangan. Hadiah pertama bernilai RM2,500 hingga RM3,500 bagi setiap RM1 yang dipertaruhkan.

Jika diteliti, syarikat-syarikat nombor ekor ini mengaut keuntungan yang tersangat besar di mana 9,977 nombor dijual tanpa sebarang pulangan kepada kaki judi.

Dan jika dihitung, peratusan untuk anda memenangi sebarang hadiah tersangatlah rendah iaitu 0.23% sahaja.

Dengan ini, syarikat-syarikat nombor ekor mempelbagaikan produk yang menawarkan hadiah bernilai jutaan ringgit sekali gus memberikan impian yang mungkin tak tercapai kepada mereka yang ingin bergelar jutawan segera.

Antara yang paling popular ketika ini termasuklah Jackpot 4D yang menawarkan hadiah minimum RM2 juta dan ke atas, kepada mereka yang berjaya membeli 2 set nombor 4 ekor yang muncul sebagai hadiah pertama, kedua dan ketiga dalam mana-mana cabutan.

Ia membuatkan terdapat 10 juta kombinasi nombor yang dijual kepada para kaki judi, memberikan peluang kemenangan yang lebih tipis daripada permainan biasa, iaitu hanya 0.00006% sahaja.

Bagi mereka yang berpijak pada bumi yang nyata sudah tentu melihat permainan nombor ekor ini sebagai pembaziran yang besar dan lebih teruk, ia akan menjadi tabiat buruk yang dibawa sehingga ke usia tua untuk menjadi seorang jutawan.

Hakikatnya, anda hanya menjadikan syarikat-syarikat ini untung besar, sementara kaki judi terus terkial-kial dengan harapan mahu menjadi kaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

6 Varieti Avocado Di Malaysia

6 Varieti Avocado Di Malaysia

Avocado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan dan dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan memakan buah avocado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri.

Gambar buah Avocado

Tanaman avocado tidak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia.

Orang Malaysia kurang meminat makan buah avocado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin, Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari buah avocado.

Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.

Negara Pengeluar Utama

Tanaman Avocado popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010.

Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Amerika Latin dan Caribean.

Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun) dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun).

Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia.

Kawasan Asia Pasifik dan Asia Tenggara menyumbang lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.

Ciri-ciri morfologi

Pokok avocado merupakan pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki).

Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan berkilat di bahagian atas permukaan daun.

Bahagian bawah daun agak cerah keputihan yang mempunyai pelbagai bentuk seperti lanseolat, ekliptik, bujur, ovat dan juga bentuk obovat.

Buah Avocado mempunyai bentuk 'pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm diameter.

Kulit berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak.

Kadang-kala ada juga yang mempunyai titik-titik kuning dan mempunyai ketebalan kulit kira-kira 6 mm.

Bunga Avokado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 pusaran serta 3 lobus periant dengan 9 stamen dan 2 kelenjar nektar berwarna jingga.

Kaedah atau cara pendebungaan pokok avocado ada dua cara iaitu kaedah 'A' dan kaedah 'B'.

Kaedah 'A' adalah dimana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga dikeluarkan tengahari sementara keadah 'B' iaitu debunga dikeluarkan pagi dan organ betina dibuka waktu tengahari.

Daripada 11 spesis avokado, sebanyak 5 spesis mempunyai bunga jenis A dan 6 spesis jenis B.

Khasiat

Avokado adalah sejenis buah berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Sebiji avocado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak.

Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avocado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

Spesis

Terdapat 4 spesis utama tanaman avokado iaitu Guatemalan (Persia nubigena var. guatemalanisi L Wims), Mexican (Persea americana var drymifolia Blake), West Indian ( Persea americana) dan kacukan antara ketiganya.

Terdapat dua lagi spesis yang berkait rapat dengan tanaman avocado iaitu Covo (Persea schiedeana Nees) dan juga Anay (Beilcshmiedia anay Konter m).

Kultivar

Antara kultivar yang terdapat adalah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton, Avocado Reed (Kategori A).

Bagi kultivar kategori B pula ialah kultivar Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano.

Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt.

Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Mexico tetapi banyak kultivar yang disesuaikan dengan keadaan di Indonesia dan Filipina.

Klon tanaman avokado

Di Malaysia terdapat tujuh varieti yang telah didaftarkan untuk tanaman avokado. Walaupun tanaman avocado di Malaysia tidak begitu popular tetapi sejak zaman kolonial terdapat usaha membangunkan tanaman ini yang di majukan di Stesen-stesen Pertanian.

Pokok avokado (Persia americana) adalah varieti yang ditanam di Malaysia.

Jabatan Pertanian Malaysia telah mendaftarkan beberapa klon avokado semenjak tahun 1953 dan menyimpan sebahagian daripada pokok-pokok tersebut di beberapa pusat pertanian sekitar Malaysia.

Di pusat pertanian Tangkak, Ledang, Johor contohnya terdapat beberapa pokok yang masih dijaga dan mengeluarkan hasil sehingga kini.

Usaha untuk menyimpan pokok tersebut sebagai sumber janaplasma perlu dijalankan.

1. Avocado Klon A7

Avocado jenis ini di panggil sebagai "Haji Abu" yang didaftarkan pada 5.10.1953 dari Pusat Pertanian Ampang Tinggi , Negeri Sembilan. Klon ini didaftarkan oleh pegawai pertanian pusat tersebut.

Buah jenis ini berbentuk 'pear' dengan saiz yang sederhana dan mempunyai kulit berwarna hijau.

Buah ini senang di kupas apabila telah matang. Isinya berwarna kuning, lembut dan bijinya senang tertanggal dari isi.

2. Avocado Klon A10

Jenis avocado klon A10 yang di daftarkan pada 1956 di dapati di Lot 2835, Selama, Perak oleh Jabatan Pertanian.

Buah klon ini bersaiz besar, berwarna merah padam dan mempunyai kulit yang nipis. Tidak ada nama tempatan untuk klon ini. Isinya lembut dan mempunyai mutu serta rasa yang sederhana.

3. Avocado Klon A16

Bagi buah klon avocado A16 yang didaftarkan pada 18.5.1957 ini ditanam di Pusat Pertanian, Selama, Perak yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian.

Buahnya mempunyai kulit yang hijau kekuningan dengan bentuk agak panjang dan membengkok, meruncing di bahagian tangkai. Isinya pucat dan rasa buah adalah sederhana sedap.

4. Avocado Klon A25

Klon avocado A25 tiada nama tempatan dan didaftarkan pada tahun 1958 oleh pegawai pertanian. Pokok induk masih ada di Pusat Pertanian Tangkak, Ledang, Johor.

Buahnya bila matang berwarna merah hati dengan saiz buah sederhana. Isinya tebal dan berbiji kecil dengan ira isinya yang halus dan rasa yang sangat sedap.

5. Avocado Klon A27

Klon ini didaftarkan pada 10.6.1958 oleh pegawai di Jabatan Pertanian Serdang. Tidak ada nama tempatan untuk klon ini.

Klon ini menghasilkan buah kecil yang kulitnya berwarna jingga gelap. Isinya agak nipis dibahagian tepi tetapi tebal di bahagian atas dan bawah biji. Mutu dan rasa klon A27 adalah dikategorikan sederhana.

6. Avocado Klon A30

Avocado ini telah di daftarkan pada 1.6.1958 oleh pegawai Jabatan Pertanian yang bertugas di Pusat Komoditi Jabatan Pertanian Serdang, Selangor.

Klon ini mempunyai buah yang besar dengan kulit berwarna jingga. Isinya adalah tebal, halus serta berwarna 'cream'. Mutu buah adalah sangat baik.

Penanaman

Penanaman menggunakan biji benih atau keratan yang dipilih dari pokok induk yang dikenalpasti.

Jarak penanaman disyorkan ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung kepada keadaan tanah dan kultivar. Lubang penanaman diisikan dengan baja organik dan MOP sebelum ditanam dengan anak benih.

Jalankan penyiraman peringkat awal dan sebaiknya bubuh sungkupan. Tanaman selingan seperti pisang , jagung atau lain-lain tanaman kontan boleh ditanam di antara barisan. Kawal rumpai dan jalankan program cantasan pembentukan.

Baja tumbesaran NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Baja buah NPK 12:12:17:2 dan baja organik juga diberikan ikut syor.

Pokok avocado dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1,200 biji buah sepokok setahun. Purata hasil avocado yang di tanam secara komersil sebanyak 7-20 metrik tan sehektar setahun.

Kawasan dusun avocado yang dijaga dengan baik di negara strategik mampu menghasilkan sehingga 20 mt sehektar setahun.

Pokok avocado memang mempunyai masalah penghasilan berbuah dwimusim iaitu pengeluaran puncak dan pengeluaran kurang berlaku berselang tahun.

Isu ini menyebabkan harga buah avocado di pasaran kadang-kadang terlalu tinggi dan terlalu murah akibat fenomena ini.

Ciri-ciri ideal avocado

Ciri-ciri buah avocado yang dikehendaki oleh pengguna mestilah buah yang bersaiz kecil dan saiz sederhana untuk pengeluaran secara komersial di kawasan kotaraya.

Buah yang terlalu besar atau terlalu kecil digunakan untuk keluarga yang besar.

Kulit buah avocado sebaiknya licin, nipis atau sederhana nipis serta berwarna kehijauan memang diminati pengguna.

Isinya tidak ada serat, mengandungi minyak yang rendah serta rasa yang sedap. Biji sebaiknya bersaiz kecil dan tidak mengganggu isi buah semasa proses penghantaran, penggredan dan pengendalian lepas tuai.

Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang mempunyai iklim dan cuaca dikehendaki untuk tanaman avocado bermutu iaitu di Selatan Sepanyol, Crete dan Levant, Peru dan Afrika Selatan.

Kawasan lain yang sesuai seperti di Selatan India , Sri Lanka, Australia, New Zealand , Filipina, Malaysia, Indonesia, Amerika Tengah, Caribean, Arizona , Mexico, New Mexico, Texas, Florida dan Ecuador. Setiap kawasan mempunyai kultivar tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Misteri Keranda Jenazah Bomoh Terbang Mengganas Di Kampung

Misteri Keranda Jenazah Bomoh Terbang Mengganas Di Kampung

Sewaktu Aina menerima berita kematian saudaranya, ia pantas membawa kotak memori gadis berusia 28 tahun itu menerjah peristiwa pahit sekitar tiga tahun lalu, saat ayahnya menghembuskan nafas terakhirnya.

Gambar keranda terbang
Gambar hiasan.

Sepatutnya Aina sekeluarga bersedih menangisi pemergian insan tersayang itu, namun tangisan mereka turut berbaur ketakutan.

Manakan tidak, ayah Aina, Long Yunus merupakan bomoh yang agak dikenali di Dungun, Terengganu.

Beberapa minggu sebelum kematian Long Yunus, ibu Aina, Kak Zizah ada bertanya mengenai semua saka belaan suaminya.

Kata ayahnya, dia sudah menyerahkan semua 'hantu' dan ilmu yang dimilikinya kepada bapa saudara Aina, Pak Ucu yang juga seorang bomoh di Tumpat, Kelantan.

Apa yang pelik, Pak Ucu menghilangkan diri empat hari sebelum kematian Long Yunus.

Ujar isterinya, Pak Ucu ke selatan Thailand pada waktu itu dan langsung tidak dapat dihubungi.

Pada malam kematian, sekitar pukul 11 malam, Aina sekeluarga mendengar bunyi burung hantu yang agak kuat, seolah-olah ia singgah di atas atap rumah.

Salakan anjing juga tidak berhenti sehinggalah Long Yunus sesak nafas sekitar pukul dua pagi. Dia sememangnya menghidap angin ahmar dan mula sakit tenat kira-kira dua bulan lalu.

Aina, emak, adik beradik serta saudara maranya ada disisi Long Yunus sebelum lelaki itu menggembuskan nafas terakhir tepat pukul 2.40 pagi.

Sewaktu adik-adik Aina sedang meraung dan menangis, ibu saudaranya yang juga adik Long Yunus mengambil sehelai kain untuk menutup wajah arwah.

Pada ketika itu jugalah mereka semua terperanjat apabila jendela di ruang tamu terbuka dengan sendiri dan deruan angin mula menerpa masuk. Langsir juga berkibar kuat disusuli bunyi petir di langit.

“Astagfirullah, Astagfirullah...” ujar Kak Zizah cemas sambil mengusap dada.

Semua mula panik, mereka tahu mengenai kerja-kerja Long Yunus sebagai bomoh sepanjang hidupnya, jadi tidak hairanlah jika gangguan mula terjadi sejurus kematiannya.

Adik lelaki Aina dalam ketakutan terpaksa bergegas menghidupkan motor dan disuruh memaklumkan mengenai kematian ayahnya kepada penghulu dan orang kampung.

Sekitar 10 minit, adiknya pulang. Selain penghulu, beberapa orang kampung turut datang menaiki motorikal masing-masing.

Wajah mereka kelihatan pucat. Malah, mulut mereka kelihatan terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran.

“Apa dah jadi ni Zizah, hantu arwah laki kau dah mula mengganas,” ujar Jali sambil menongkatkan motorsikalnya.

Ujar Jali, mereka semua dikejutkan dengan jelmaan aneh setinggi pohon kelapa sewaktu dalam perjalanan ke rumah Long Yunus namun, penghulu Samad pantas menenangkan Jali dan menyuruh dia bersabar.

Air mata ibu Aina dan adik-adiknya semakin laju apabila mendengar kata-kata orang kampung.

Tidak semena-mena mata mereka semua terpandang sesuatu yang pelik dari arah jalan.

“Allahuakhbar...” teriak Jali sebelum dia melompat ke atas tangga rumah Aina tanpa membuka selipar yang dipakainya.

Mahu tercabut jantung apabila mata mereka melihat sebuah keranda terawang-awang bagaikan sedang terbang di atas jalan.

Mujurlah ada penghulu Samad, dia sememangnya seorang yang alim dan banyak ilmu di dada. Mulutnya kelihatan laju membaca ayat-ayat al-Quran.

Dia pantas menyuruh Haji Yahya, bilal kampung supaya melaungkan azan malah, penghulu Samad mengarahkan semua masuk ke dalam rumah dan memulakan bacaan Yasin.

Sepanjang sejam membaca Yasin, hujan turun dengan lebat. Malah, elektrik juga sekejap terputus sekejap ada.

Mujurlah selepas itu keadaan mula reda, malah entah dari mana bapa saudara Aina, Pak Ucu muncul dan memberi salam.

Menurut cerita Pak Ucu, dia sudah tahu Long Yunus akan meninggal pada malam itu.

Malah, dia menghilangkan diri selama empat hari kerana pergi bertemu seorang lelaki yang didakwa sebagai guru bomoh kepada arwah ketika hayatnya.

“Aku ke sana sebab nak uruskan belaan bapak kamu, mahu tercabut nyawa aku buat semua ni.

“Tapi tak apalah, aku dah terima semua dengan bantuan guru bapak kamu di sana,” ujar Pak Ucu kepada Aina dan adik beradiknya sambil disaksikan sekumpulan orang kampung.

Setelah keadaan terkawal, lebih ramai orang kampung mula datang untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.

Namun mata dan telinga Aina juga sempat menangkap beberapa penduduk kampung yang berbisik-bisik, bercerita mengenai saka milik arwah ayahnya.

Malah, mereka mendakwa gangguan misteri mula menghantui kampung itu sejurus kematian Long Yunus. Sebelum zuhur, arwah ayah Aina selamat dikebumikan.

Malah, dua minggu selepas itu Aina sekeluarga berpindah ke rumah pusaka nenek mereka di Kuala Ibai kerana khuatir dengan saka-saka lama ayahnya yang mungkin akan membuat onar.

Biarpun sudah tiga tahun berlalu, peristiwa itu masih menghantui Aina. Setiap hari tak putus doa buat arwah ayahnya.

Ketakutan masih lagi menghantui, namun kehidupan harus diteruskan. Sesekali, Aina dan keluarganya pulang dan membersihkan rumah lama.

Biarlah Pak Ucu yang meneruskan legasi arwah Long Yunus, namun emak Aina juga tidak lekang menasihatinya agar membuang saka-saka itu supaya kejadian lama tidak berulang. Cukuplah sekali waktu kematian arwah Long Yunus.

"Apa-apapun, al-fatihah Ayah, semoga diterima amalan baik dan tenang di sana. Amin...," ujar Aina dalam hati.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, February 18, 2019

6 Jenis Kucing Popular Untuk Dipelihara Di Malaysia

6 Jenis Kucing Popular Untuk Dipelihara Di Malaysia

Kucing sememangnya adalah haiwan paling popular menjadi pilihan rakyat Malaysia, namun begitu terdapat beratus jenis kucing di dunia ini.

Jadi, jika anda tercari-cari baka kucing apa yang mahu dipelihara, berikut antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika ini.

1. KUCING KAMPUNG

Kucing kampung

Paling popular dan antara pilihan penggemar kucing kerana senang didapati dan mudah penjagaannya.

Kucing ini bersifat lasak dan berdikari serta bijak. Selain itu pengendalian kucing kampung dari segi penjagaan rawatan dan makanan amat murah kerana ia bersifat mempertahankan diri dan pandai berdikari.

2. BRITISH SHORTHAIR

Kucing baka British shorthair

Kucing ini berbadan serderhana dan berbulu pendek rapat seperti karpet. Asalnya kucing ini menjadi pilihan kerana sifat dan kepakaran ia berburu sangat hebat dan lebih dikenali sebagai kucing rumah untuk memburu tikus.

Kucing ini sangat bijak namun tidak begitu manja. Pada pembela kucing baka ini harus mengawal pemakanan kucing ini kerana kebarangkalian ianya untuk obes sangat tinggi.

Jadi hati-hati kerana kucing ini memang senang menjadi bulat!

3. MAINE COON

Baka kucing MAINE COON

Kucing Maine Coon adalah kucing paling popular di dunia mungkin kerana saiznya yang boleh menjadi sangat besar dan berat boleh mencecah 7 kg ke 12 kg.

Ekor kucing ini juga panjang dan bulunya tebal, tekstur bulu dan bulu di sekitar leher menyerupai singa.

Walaupun rupa kucing ini agak garang tapi anda perlu tahu kucing ini sangat manja dan senang bergaul.

4. RAGDOLL

Gambar baka RAGDOLL

Kucing Ragdoll merupakan jenis kucing berbadan besar, yang mempunyai dada lebar. Kucing jenis ragdoll memiliki sifat yang cukup baik di antara kucing lain.

Ragdoll memiliki suara yang lembut, bersahabat, manja dan suka bermain (aktif). Kucing jenis Raggdol sangat mudah di latih untuk di jadikan teman bermain.

Ragdoll dikenali sebagai kucing yang mahal dan harga boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

5. SPHYNX

Gambar kucing SPHYNX

Di balik wajah dan bentuk seperti tikus, kucing Sphynx memiliki sifat yang sangat ramah, lembut dan gemar mencari perhatian.

Kucing ini sangat mudah akrab dengan manusia dan haiwan peliharaan lain, termasuk anjing.

Kucing Sphynx merupakan kucing yang aktif dan sangat suka bermain, namun kucing jenis ini sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang lebih.

Kucing ini perlu kerap dimandikan berbanding jenis kucing lain yang mempunyai bulu.

6. MUNCHKIN

Gambar kucing MUNCHKIN

Munchkin adalah sejenis kucing berkaki pendek. Namun begitu ianya tidak mengganggu untuk mereka berjalan dan melompat serta aktif seperti kucing jenis lain.

Kucing ini sangat manja dan peramah dan menjadi pilihan kanak-kanak untuk bermain. Kucing munchkin agak cerewet dan suka menarik perhatian tuannya.

Dengan rupa fizikal unik dan comel, membuatkan baka ini menjadi pilihan ramai tetapi harga kucing ini agak mahal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: PKM

SBDJ Siri 20: Memburu Raja Pukau

SBDJ Siri 20: Memburu Raja Pukau

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima.

Siri SBDJ 15

Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.

Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk yang baunya cukup wangi.

Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok.

Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya.

Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

"Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk.

"Kita tak percaya, awak memang handal."

"Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.

Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.

"Ke mana?" balas saya agak ragu.

Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

Akhirnya, saya juga melompat turun ke halaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyaan.

"Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya.

Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.

Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri.

Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan.

Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudah pun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah.

Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.

"Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.

"Ini kerja mati," kata saya.

Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya.

"Kau jangan banyak kere­nah."

Cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

"Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya.

Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu.

Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu di dinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.

"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya.

Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua.

Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perlahan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu.

Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah.

Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar.

Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya.

Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sama ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau.

Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.

Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet.

Ketiga-tiga makhluk ganjil itu terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.

Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu.

Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat cepat datuk mengelak.

"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya.

Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

"Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut.

Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal.

Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua.

Bila saya lihat ke atas, terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membalas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja-Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut.

Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam.

Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Islam Perak.

Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me­nganut agama Islam.

Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang.

Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui tapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu.

Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut dan binatang ganjil itu sesat ke dalam hutan besar di Pahang.

Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai­land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow.

Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.

Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui.

Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya menemui beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut.

Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya.

Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu.

Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanya hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk.

Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang.

Tempat persinggahan yang paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk.

Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.

Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).

Walau bagaimanapun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.

Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek.

Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya.

Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang daripada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.

"Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya.

Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan.

"Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun.

Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"

"Sudah."

"Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.

"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama."

"Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?"

"Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna," begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.

Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman.

Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.

Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G.

Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit.

Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping.

Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.

"Apa hajatnya?" tanya datuk pada Mat Pie.

Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya.

Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenali dengan nama Din Kerani di tempatnya.

Datuk pun mempersilakan kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi.

Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.

Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah.

"Perkara yang benar-benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah," Din Kerani memberitahu datuk.

Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.

"Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk.

"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalau dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup."

"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah."

"Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie.

Saya lihat, muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.

"Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat keputusan.

Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.

"Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani.

Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas.

Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya."

"Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie.

Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya. Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk.

Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.

"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?" soal datuk.

"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan penerangan.

Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya.

Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiri pun tidak tahu.

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas.

Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya.

"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan.

Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara.

Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding.

"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk.

Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.

"Kenapa pula?"

"Saya sudah malas dengan kerja ini."

"Orang minta tolong, mestilah ditolong."

"Saya faham, tapi..." datuk tidak meneruskan kata-kata itu.

Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu.

Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.

Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.
Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Anehnya, pertanyaan itu tidak saya kemukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya.

Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.

"Kenapa tok?" tanya saya. Datuk renung muka saya.

"Perkara ini berat," jawabnya.

"Sebab?"

"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.

"Walau bagaimanapun, kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk.

Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.

Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya.

Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.

Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun.

Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau.

Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi.

Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau.

Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu.

Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah.

Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.

Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.

Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.

"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja.

Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan.

Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia. Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada.

Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding.

Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya.

Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.

"Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalai ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberi tahu saya.

Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.

Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya.

Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki.

"Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya.

Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.

"Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding.

Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.

"Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah datuk.

Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibu jarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu.

Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar.

Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib.

Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.

"Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.

"Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang-barang di rumah," tambah datuk lagi.

"Kenapa jadi begitu tok?"

"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah itu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji."

"Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"

"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu."

Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.

Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang.

Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju ke rumah ketua kampung.
Jam ketika itu sudah pukul dua subuh.

Saya dengan datuk memperhatikan gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat.

Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.

Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman.

Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.

Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak.

Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.

"Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya.

Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

Tamat siri 20/284

BACA: SBDJ Siri 19: Diresapi Semangat Monyet
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

7 Jenis Makanan Menyeimbangkan Hormon Dalam Tubuh

7 Jenis Makanan Menyeimbangkan Hormon Dalam Tubuh

Tahukah anda bahawa makanan yang kita makan setiap hari turut berperanan dalam menyeimbangkan kadar hormon di dalam tubuh. Makanan sebenarnya berfungsi dalam mengawal mood, tenaga, pencernaan, metabolisme dan ghairah seksual anda.

Makanan tinggi Hormon

Di bawah ini ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu menyeimbangkan kadar hormon di dalam tubuh.

1. Ubi

Tahukah anda bahawa karbohidrat kompleks bukan hanya baik bagi pencernaan dan metabolisme tubuh, tetapi juga dapat membantu menjaga kesihatan rahim wanita secara keseluruhan.

Makanan seperti ubi, beras merah dan quinoa dapat membantu menjaga kadar gula darah tetap stabil dan mencegah terjadinya peningkatan kadar insulin, yang berfungsi menjadikan rahim wanita lebih sihat.

Makanlah sekitar 50-70 gram karbohidrat kompleks setiap harinya.

2. Sayuran Cruciferous

Sayur Kale
Sayur Kale.

Sayuran cruciferous seperti kale, bunga kobis dan Brussels sprout dapat membantu hati memetabolisme esterogen, hormon wanita, yang berfungsi untuk mengatur perjalanan haid dan menjaga kadar hormon ini tetap stabil.

Brussels sprout.

Akan tetapi, pengambilan terlalu banyak serat juga boleh menyebabkan gangguan pencernaan, kerana itu makanlah sayuran sebanyak 1 cup setiap hari.

3. Ikan Salmon

Anda memang tidak perlu makan ikan salmon setiap harinya, tetapi pastikan pengambilannya seminggu sekali.

Salmon mengandungi omega 3 yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar trigliserida.

Salmon juga memiliki zat anti radang yang dapat membuatkan kulit tampak bersih serta membuat tulang dan gigi lebih sihat dan kuat.

4. Avocado

Selain mengandungi banyak zat baik seperti omega 3, avocado juga mengandungi vitamin E, K, dan C; yang dapat menyeimbangkan kadar hormon estrogen.

Bagi kecantikan, lemak sihat di dalam avocado dapat membuatkan sel kulit tetap sihat dan lembab sepanjang hari.

Dos harian yang dianjurkan adalah setengah biji avocado.

5. Kacang Almond (Badam)

Kacang almond juga mengandungi lemak sihat, banyak protein, serat dan pelbagai vitamin penting.

Kacang almond juga dapat membantu mengawal kadar gula darah, menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar kolesterol dan membuatkan anda merasa kenyang lebih lama.

Ini kerana almond akan meningkatkan kadar hormon kolesistokinin, yang berfungsi untuk membuatkan anda merasa kenyang.

Makanlah sekitar 11 biji almond setiap hari.

6. Extra Virgin Olive Oil

Minyak zaitun mengandungi lemak sihat dan omega 9, serta mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan.

Minyak zaitun dapat membantu mengawal kadar gula darah, menurunkan tekanan darah dan menurunkan risiko terjadinya gangguan jantung serta diabetes.

Sebuah kajian menemukan bahawa diet yang terdiri dari minyak zaitun dapat mempercepat metabolisme sel-sel lemak.

Dianjurkan untuk makan sekitar 5 sudu teh minyak zaitun setiap hari.

7. Yogurt

Bakteria baik di dalam yogurt (probiotik) dapat menjaga kesihatan usus dengan menyeimbangkan kadar hormon estrogen, tiroid dan fitoestrogen.

Hal ini sangat penting bila anda sedang memasuki masa menopause atau bila mengalami gejala premenstrual.

Selain itu, bakteria baik (Lactobacillus) juga dapat membantu mengatasi perut kembung, diare, sembelit dan pelbagai gangguan pencernaan lain.

Jika anda tidak dapat minum susu lembu dan produknya, probiotik boleh diperolehi melalui makanan seperti kimchi dan sup miso.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dokter

GTS 300 HPE Model ‘Terhebat’ Vespa

GTS 300 HPE Model ‘Terhebat’ Vespa

Piaggio telah mengumumkan butiran terperinci untuk model Vespa 2019 iaitu Vespa GTS 300 HPE, model dengan enjin paling berkuasa buatan Piaggio yang mampu menghasilkan kuasa 23.5bhp. Model vespa ini juga dihasilkan dalam pelbagai warna iaitu biru, kuning, hijau dan kelabu.

Model terhebat Vespa

Model GTS untuk tahun 2019 kini mempunyai lima model yang terdiri daripada Vespa GTS, GTS Touring, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech dengan rangkaian terbaru yang mempunyai ciri-ciri kedudukan tunggangan yang lebih baik dan peningkatan teknologi yang terkini.

Selain itu, model ini juga tersedia dengan enjin HPE silinder tunggal ‘i-get’ 278 cc serta peningkatan kuasa sehingga 12 peratus berbanding motosikal yang berkapasiti lebih besar.

Ianya turut menerima penggayaan yang terkini pada bahagian badan motosikal termasuk bahagian handle, krom baru dan motif sarang lebah pada bahagian sisinya, dalam usaha untuk memastikan Vespa klasik kelihatan moden.

Tiada harga ditetapkan tetapi sebagai perbandingan, model GTS Super 300 ABS dijual pada harga RM29,000.

Kemungkinan besar ianya bakal dipasarkan sekitar harga ini bergantung kepada model yang anda pilih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

10 Restoran Makanan Segera Paling Popular Di Dunia

10 Restoran Makanan Segera Paling Popular Di Dunia

Rangkaian restoran makanan segera adalah sekumpulan restoran yang terletak di lokasi yang berbeza di seluruh negara yang dikendalikan syarikat sama ada oleh perjanjian francais atau di bawah pemilikan korporat bersama.

Biasanya restoran rangkaian ini mempunyai trademark tersendiri seperti logo, menu utama dan juga pelan pemasaran.

Rangkaian restoran makanan segera sangat popular dan kebanyakannya mudah ditemui berdekatan dengan pusat membeli-belah, kawasan pelancongan dan kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuhraya.

Berikut adalah senarai 10 rangkaian makanan segera terbesar dan paling popular di dunia.

1. Subway

Subway shop

Subway adalah rangkaian francais restoran makanan segera terbesar di dunia yang kebanyakannya menjual roti sandwich jenis sandwich kapal selam atau lebih dikenali sebagai sub.

Sandwich ini merupakan menu yang sihat terdiri daripada pelbagai jenis roti, inti dan juga salad. Syarikat Subway ini dimiliki dan dikendalikan oleh Doctors Associates Inc.

Subway adalah rangkaian restoran terbesar dan paling cepat berkembang di dunia dengan mempunyai 44,882 restoran di 112 negara.

Restoran makanan segera Subway yang terletak di seluruh Amerika Syarikat sahaja mempunyai kira-kira 26,646 cawangan.

Subway juga merupakan pengendali terbesar di dunia yang ibu pejabatnya terletak di Milford, Connecticut.

2. McDonald's

McDonald's ialah sebuah restoran yang diasaskan pada tahun 1940 oleh Richard dan Maurice McDonald sebagai sebuah restoran barbeku.

Pada tahun 1948, McDonald's menyusun semula perniagaan tersebut sebagai restoran makanan segera yang menjadikan hamburger sebagai menu utama.

Pada tahun 1953, Mcdonald's telah membuka francais pertama di Phoenix, Arizona.

Pada masa ini McDonald's merupakan rangkaian restoran kedua terbesar di dunia yang terdapat di 119 buah negara dan mempunyai sebanyak 36,615 buah cawangan.

McDonald's menjual pelbagai produk yang terdiri dari burger, ayam, kentang, bubur, pencuci mulut, ais krim dan minuman ringan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BBC pada tahun 2012, McDonald's merupakan majikan swasta kedua terbesar di belakang Walmart dengan jumlah pekerja sebanya 1.5 juta orang.

3. Starbucks

Starbucks adalah sebuah rangkaian kedai kopi berasal dari Amerika dan ditubuhkan pada tahun 1971 di Seattle, Washington.

Starbucks menghidangkan menu utamanya iaitu espresso, kopi, jus, pelbagai jenis latte, pencuci mulut dan teh.

Starbucks mula menjana keuntungan dan berkembang pada awal 1980-an, mempunyai 23,769 buah cawangan di seluruh dunia.

4. KFC

Kentucky Fried Chicken yang lebih dikenali sebagai KFC adalah sebuah rangkaian restoran makanan segera berasal dari Amerika. KFC mempunyai menu utama mereka iaitu ayam goreng yang sedap dan ranggup.

KFC adalah rangkaian restoran segera terbesar yang ibu pejabatnya terletak di Louisville, Kentucky.

Sehingga Disember 2015, KFC telah beroperasi di 123 negara dengan mempunyai lebih kurang 20,000 cawangan.

KFC merupakan satu jenama yang sangat besar dan merupakan syarikat restoran yang memiliki rantaian restoran segera yang lain seperti Taco Bell dan Pizza Hut.

KFC diasaskan oleh Colonel Harland Sanders iaitu seorang usahawan yang mengharungi pelbagai liku-liku hidup yang bermula dengan hanya menjual ayam goreng di pinggir jalan Corbin, Kentucky.

KFC pada mulanya hanya menjual produk berasaskan ayam sebelum menambah menu mereka pada tahun 1990-an seperti salad, kentang goreng, minuman ringan, burger ayam, coleslaw dan pencuci mulut.

5. Burger King

Burger King adalah restoran makanan segera yang menyajikan hamburger, mempunyai ibu pejabat yang terletak di Miami Dade County, Florida.

Burger King ditubuhkan pada tahun 1953 dan dikenali sebagai Insta-Burger King di Jacksonville, Florida.

Menu Burger King telah bertambah dari masa ke semasa dengan menawarkan pelbagai jenis burger, produk tenusu, soda, kentang goreng dan pelbagai jenis produk.

Pada 30 September 2016 Burger King dianggarkan mempunyai 15,243 cawangan di 100 buah negara.

Hampir separuh cawangan itu terdapat di Amerika Syarikat dan 99.5% bukan sahaja dikendalikan secara persendirian tetapi juga dimiliki secara persendirian.

Di bawah ini merupakan kedudukan seterusnya dari tempat ke 6 hingga 10 rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia.

6. Pizza Hut mempunyai 13,728 lokasi.

7. Dunkin' Donuts mempunyai 11,300 lokasi.

8. Domino's Pizza mempunyai 10,988 lokasi.

9. Baskin-Robbin s mempunyai 7,300 lokasi.

10. Hunt Brothers Pizza mempunyai 7,300 lokasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Khasiat Gula Kabung Selain Rasanya Yang Enak

Khasiat Gula Kabung Selain Rasanya Yang Enak

Manisan Gula Kabung dibuat dari nira atau tuak pokok kabung dan seakan-akan sama dengan gula melaka, gula pokok nipah dan gula pokok tar, semuanya dalam kategori pokok palma kerana boleh menghasilkan tuak atau nira mengikut proses tertentu.

Khasiat Gula Kabung

Pokok kabung juga dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor). Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan dan kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung, hampir sama cara mendapatkan nira nipah.

Air nira yang ingin dibuat gula kabung biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau.

Mengacau semasa memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol, cuma bezanya adalah masa untuk mengacau gula kabung lebih singkat.

Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah.

Keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu.

Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman.

Khasiat Gula Kabung

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa atau gula tebu kerana mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir.

Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein.

Memandangkan kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak-kanak.

POKOK KABUNG

Pokok kabung, sejenis pokok palma juga dikenali sebagai pokok Enau atau nama saintifiknya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding pokok daripada spesies palma yang lain.

Mengikut kata orang tua, pokok kabung yang tumbuh di tepi paya atau di tepi sungai, mempunyai kualiti air nira yang sederhana berbanding yang tumbuh di kawasan caruk, lembah mahu pun di kaki bukit yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah dibahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula kabung dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

Pastikan air nira kabung tersebut bewarna jernih, jika warna agak kemerahan, air nira tersebut tidak berkualiti.

BUNGA JANTAN

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.

Ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

CARA MENGHASILKAN GULA KABUNG

Sigai yag diperbuat dari buluh, pengikat mayang kabung dari akar rotan seni, tabung buluh serta parang yang tajam akan digunakan untuk mengambil nira kabung.

Parang yang tumpul akan menyebabkan mayang yang dipotong bergerigi dan kualiti air nira akan terjejas.

Setelah itu, mayang kabung dilenturkan sedikit demi sedikit. Ianya akan diikat dengan rotan sebelum proses memotong mayang. Seterusnya, air nira ditakung ke dalam tabung buluh yang sepanjang 3 kaki.

Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit daun manggis/kulit manggis untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Ada juga yang menggunakan akar laru untuk mencegah air nira menjadi masam.

DUA KALI SEHARI

Air nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 5 liter sehari.

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

GULA KABUNG

Proses memasak memakan masa yang agak lama. Dapur kayu digunakan bagi menjaga kualiti, mengekalkan ketradisionalan dan membangkitkan aroma bau gula kabung tersebut.

Gula kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.

Antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, kuih keria, dodol, pulut kacau@wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol, perapan daging atau ikan, juga enak apabila dicampurkan bersama kopi O.

Gula kabung yang siap dimasak, dibiarkan keras dan kemudian akan dibungkus dengan pucuk daun kabung yang dikeringkan.

Rasanya mungkin agak sama seperti gula melaka, cuma gula kabung terhasil dari air nira pokok kabung, manakala gula melaka dari air nira pohon kelapa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM