Saturday, November 26, 2016

Kisah Luarbiasa Satu Kampung Jadi Jutawan Di Mexico


Antonino Fernandez merupakan anak ke-11 daripada 13 adik beradik dan berhijrah ke Mexico pada 1949 ketika berusia 32 tahun.

Antonino Fernandez
Dalam kenangan, Fernandez bertemu dengan penduduk di kampung kelahirannya.

Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grupp Modelo, syarikat kilang bir yang menghasilkan bir Corona.

Fernandez yang bergelar jutawan meninggal dunia pada Ogos lalu pada usia 99 tahun.

Dalam wasiatnya, beliau mengamanahkan supaya 169 juta pound diagihkan kepada penduduk di Cerezales, sebuah perkampungan dalam wilayah Leon, lokasi di mana beliau dilahirkan.

Setiap penduduk di kampung itu menerima kira-kira dua juta pound.

Jutawan Sekelip Mata

Semua 80 penduduk di sebuah perkampungan terpencil di Cerezales del Condado menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Namun nasib mereka berubah 360 darjah bukan disebabkan kemenangan dalam loteri yang popular di negara itu, El Gordo.

Cerezales village

Ia hanya kerana perkampungan itu merupakan tempat lahir Antonino Fernandez.

Antonino Fernandez dilahirkan pada 13 Disember 1917 dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin.

Beliau terpaksa berhenti sekolah pada usia 14 tahun kerana ibu bapanya tidak mampu membayar yuran sekolah.

Selepas Perang Saudara Sepanyol, beliau berpindah ke bandar Leon di Utara Sepanyol dan berkahwin dengan Cinia Gonzales Diez.

Pada 1949, bapa saudara isterinya, yang memiliki syarikat Grupo Modelo mengajak mereka untuk berhijrah ke Mexico.

Di sana Fernandez memulakan kerja sebagai pekerja gudang di syarikat tersebut.

Pada 1971 beliau dilantik sebagai CEO dan menghasilkan bir Corona, minuman keras popular di Mexico dan mendapat permintaan tinggi dari Sepanyol.

Antonino
Antoninobersama isteri.

Beliau memegang jawatan CEO sehingga 1997 dan Pengerusi Lembaga Pengarah sehingga 2005 dengan kedua-dua peranan itu kemudiannya diambil alih oleh anak saudaranya, Carlos Fernandez Gonzalez.

Fernandez kekal sebagai Pengerusi Kehormat Grupo Modelo sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Corona Extra merupakan bir kedua mendapat permintaan tertinggi di Amerika Syarikat dengan jualan tahunan sebanyak AS$693 juta (556 juta pound).

BACA INI JUGA: 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon