Wednesday, September 05, 2018

Misteri 'Chupacabra' Makhluk Aneh Di Sibu

Misteri 'Chupacabra' Makhluk Aneh Di Sibu

Kemunculan makhluk aneh seakan-akan watak fiksyen Gollum dalam filem 'The Lord of the Rings' di Sibu, Sarawak, Januari 2015 yang lalu telah mencetuskan kegemparan dalam kalangan penduduk negara ini yang bingung memikirkan asal kejadian makhluk itu.

Chupacabra Sibu
Gambar hiasan.

Tatkala melihat rakaman makhluk menerusi media sosial, ramai penduduk diasak kebingungan, lantaran tidak pernah melihat hidupan aneh seakan-akan raksasa mistik itu di mana-mana tempat sebelum ini.

Mengikut laporan akhbar, makhluk aneh berkuku panjang dan tajam serta badan tidak berbulu itu ditemui sekumpulan pekerja ketika membersihkan ladang sawit di Jalan Bintangor-Sibu, kira-kira jam 10 pagi.

Seorang pekerja dilaporkan berkata, dia dan rakan terdengar bunyi pelik sebelum ternampak seekor makhluk aneh kira-kira 10 meter di hadapan mereka.

Haiwan yang gagal dikenal pasti spesiesnya itu kemudian meluru ke arah mereka seakan-akan mahu menerkam.

Pukul hingga pengsan

"Terkejut melihat binatang itu bertindak agresif, rakan saya terus mencapai sebatang kayu dan memukulnya hingga pengsan. Sebaik haiwan tersebut sedar semula, kami menghalaunya masuk ke dalam hutan," katanya.

Sebenarnya, tanpa diketahui ramai pihak di Malaysia, 'spesies' makhluk aneh hampir menyerupai haiwan misteri di Sibu itu pernah dijumpai di beberapa negara lain terutama sekitar Amerika Syarikat sebelum ini.

Antaranya mengikut laman informasi Wikipedia, pada Ogos 2007, Phylis Canion bersama jirannya menjumpai tiga bangkai makhluk aneh di tanah miliknya di Cuero, Texas.

Wanita itu merakam gambar makhluk itu dan menyimpan kepala seekor daripadanya dalam peti sejuk.

Canion berkata, sebelum itu, hampir 30 ayam ternakannya mati dipercayai akibat dihisap darah oleh makhluk tertentu.

Pada September 2009 pula, agensi penyiaran CNN menyiarkan rakaman penemuan bangkai makhluk misteri di Blanco, Texas.

Makhluk itu ditemui mati dalam bangsal selepas dipercayai terkena racun tikus. Jasad makhluk itu kemudian diawet dan ditempatkan di Lost World Museum.

Asal makhluk berkenaan gagal dikenal pasti daripada mana-mana spesies haiwan yang terdapat dalam katalog fauna dunia menyebabkan penemuan bangkai misteri itu dengan pantas mencetuskan kegemparan di kalangan penduduk tempatan.

Ketika itulah segelintir penduduk meyakini bangkai itu sebenarnya milik makhluk legenda mistik digelar 'chupacabra' yang sudah lama dimomokkan dalam masyarakat tetapi bukti kewujudannya masih gagal diabsahkan sehingga kini.

Cerita mengenai chupacabra bermula sekitar Mac 1995 di Puerto Rico apabila lapan biri-biri ditemui mati dengan setiap satunya memiliki tiga lubang tusukan pada dada dipercayai akibat gigitan taring. Darah semua biri-biri didapati kering kononnya dihisap makhluk tertentu.

Sejak itu, semakin banyak kes kematian haiwan ternakan dengan kesan sama dilaporkan sehingga di negara lain seperti Republik Dominika, Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Brazil, Mexico termasuklah di benua lain seperti Russia dan Filipina.

Beberapa saksi mendakwa pernah melihat makhluk menyerang ternakan itu dan ia bukanlah haiwan biasa sebaliknya spesies hidupan yang tidak pernah dikenal pasti dunia sains sebelum ini.

Makhluk misteri berkaki empat dengan jasad kurus tanpa bulu itu kemudian dikenali sebagai chupacabra dan dimomokkan memiliki kejahatan seperti pontianak iaitu akan menyerang serta menggigit mangsa terutamanya haiwan ternakan untuk menghisap darah.

Bijak sembunyi diri

Chupacabra juga kononnya amat bijak menyembunyikan diri bagi mengelak terserempak orang ramai menyebabkan kewujudannya tidak pernah diketahui manusia.

Sejak kewujudannya diketahui umum pada tahun 1995, laporan mengenai chupacabra dan kematian banyak haiwan peliharaan akibat diserang dengan dihisap darah semakin menjadi-jadi.

Malah, lebih mendebarkan apabila terdapat laporan penemuan bangkai chupacabra!

Adakah benar chupacabra ialah spesies makhluk mistik yang sudah lama wujud di dunia tetapi tidak diketahui manusia selama ini?

Adakah benar makhluk berkenaan persis pontianak dengan menyerang dan menghisap darah mangsanya?

Adakah benar makhluk misteri ditemui di Sibu itu ialah chupacabra?

Bagi merungkai semua misteri membingungkan minda ramai pihak itu, saintis dan penyelidik menjalankan kajian menyeluruh bagi mencari jawapan kepada teka-teki kewujudan chupacabra.

Pada Julai 2004, seorang peladang berhampiran San Antonio, Texas berjaya membunuh chupacabra yang menyerang haiwan ternakannya.

Makhluk berkaki empat dengan jasad tanpa bulu digelar 'Raksasa Elmendorf' itu kemudian dihantar ke Universiti California untuk dikaji.

Berdasarkan ujian DNA yang dijalankan, misteri kewujudan makhluk chupacabra itu akhirnya terjawab.

Makhluk berkenaan sebenarnya bukanlah spesies haiwan aneh yang tidak pernah wujud sebelum ini sebaliknya adalah serigala koyote yang memiliki penyakit kurap sehingga menyebabkan fizikal tubuh haiwan itu turut berubah dan tidak memiliki bulu.

Pada Oktober 2010, Pakar Biologi dari Universiti Michigan, Barry O'Connor, menyimpulkan semua laporan kewujudan chupacabra di Amerika Syarikat sebenarnya berupa haiwan terutamanya serigala koyote yang dijangkiti parasit Sarcoptes scabiei.

Jangkitan itu menyebabkan haiwan terbabit memiliki fizikal berbeza dan menakutkan iaitu tidak memiliki bulu, kurus kering dan berbau busuk.

O'Connor juga mengemukakan teori haiwan berkurap itu menyerang ternakan kerana tidak lagi berupaya bergerak cergas untuk memburu haiwan liar sebagai makanan.

Justeru, tidak mustahil jika makhluk aneh di Sibu itu juga sebenarnya hanyalah haiwan hutan biasa seperti beruang yang sebenarnya berpenyakit atau dijangkiti penyakit kurap sehingga menyebabkan bentuk fizikalnya sudah lagi tidak dapat dikenali manusia.

Bagaimanapun, berikutan makhluk aneh itu sudah kembali ke hutan, maka tiada kajian lanjut dapat dilakukan dan segala persoalan membabitkan asal-usul makhluk itu kini kekal sebagai misteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, September 04, 2018

Sambutan Pesta Harapan Malaysia Baharu

Sambutan Pesta Harapan Malaysia Baharu

Sepanjang September 2018 ini, akan berlangsungnya Pesta Harapan Malaysia 2018, dengan tujuan utama penganjuran ialah bagi meraikan keberanian serta penglibatan belia dalam usaha membina Malaysia baharu.

Sambutan Pesta Harapan Malaysia Baharu

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang penganjuran Pesta Harapan Malaysia, antaranya Larian Harapan, Konsert Unity, permainan atas talian eSport, seminar eCommerce dan macam-macam lagi.

Dijangkakan lebih 50,000 orang akan menyertai Pesta Harapan Malaysia yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Event@Kini.

Korang mesti dah tak sabar nak join kan?

Berikut kami kongsikan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh sertai bersama rakan-rakan dan keluarga.

Larian Harapan

Berbeza dengan acara larian yang sering dianjurkan sebelum ini, Larian Harapan sudah pasti bakal menyajikan satu pengalaman baru kepada peserta larian kerana ianya bertemakan LED Mid-Nite Run.

Peserta yang telah mendaftar akan diberikan Race Kits yang mengandungi t-shirt dengan 3 pilihan rekabentuk, pingat, dan beberapa barangan aksesori LED yang menarik seperti cermin mata LED, gelang LED yang akan untuk digunakan pada semasa larian itu nanti.

Larian sejauh 5km ini akan dilepaskan pada 12 tengah malam, 16 September 2018 dan jangan lupa gunakan kod promo istimewa ‘lastcall‘ untuk mendapatkan 10% diskaun sekarang!

Malangnya, promo kod ini terhad kepada 500 pendaftaran yang pertama sahaja! Daftar sekarang!

Unity Countdown Concert

Sambutan Pesta Harapan Malaysia Baharu

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai pada Pesta Harapan 2018 kali ini ialah Konsert Unity yang bakal membariskan lebih 20 artis terkenal tanah air.

Bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan artis kegemaran, seawal pukul 4 petang pengunjung yang hadir dapat beriadah dan singgah di lebih 30 gerai yang disediakan.

Ada gerai jualan makanan, gerai jualan car boot dan macam-macam lagi! Pelbagai hadiah menarik juga menanti korang semua.

Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Bunkface, Sufian Suhaimi, Estranged, Rynn Lim dan ramai lagi artis terkenal tanah air akan membuat persembahan pada Konsert Unity yang akan bermula pada pukul 7 malam sehingga detik 12 tengah malam bagi meraikan Hari Malaysia pada 16 September 2018.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dijangka akan mengetui acara countdown pada acara tersebut.

Electronic Sport Game

Pada 21-23 September nanti akan berlangsungnya peringkat kelayakan World Electronic Sport Game (WESG) di Quill City Mall.

Pertandingan anjuran Ali Baba Group ini menawarkan hadiah lumayan bernilai 5.5 juta USD untuk dimenangi oleh 180 peserta yang bertanding.

Berminat untuk ‘berperang’ sekali? Korang boleh klik SINI.

ALIBABA Entrepreneurship Summit

ALIBABA Entrepreneurship Summit

mengumpulkan pemilik bisnes dan usahawan berjaya di dalam pelbagai jenis bidang terutamanya perniagaan atas talian.

Orang ramai boleh menyertai Alibaba – MalaysiaKini Entrepreneurship Summit yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 September di Palace Of The Garden Horses.

Beberapa topik hangat berkenaan e-commerce akan dibincangkan sepanjang dua hari program ini berlangsung dan peserta yang berdaftar berpeluang mendapatkan informasi terperinci berkenaan e-commerce.

Yuran pendaftaran serendah RM39 sahaja bagi kategori silver.

Voice For Nation Building

Voice For Nation Building

Peranan belia di dalam pembentukan sesebuah negara maju seperti Malaysia sangat diharapkan.

Selain terlibat secara langsung di dalam sesebuah organisasi, pendapat mereka perlu didengar dan diperhalusi kerajaan.

Justeru, satu acara istimewa Voice For Nation Building, khas untuk generasi belia akan diadakan pada 27 September, bertempat di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.

Pendaftaran adalah percuma. Daftar sekarang di SINI dan pastikan suara anda didengari!

Lagu Tema Pesta Harapan Malaysia



Jom sama-sama meriahkan lagi Pesta Harapan Malaysia kali ini!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Pesta Harapan Malaysia 2018 dan Facebook Pesta Harapan Malaysia.

Jumpa di sana!

BACA INI JUGA:

sumber: ohbulan

7 Punca Sakit Mata Disertai Pening Kepala!

7 Punca Sakit Mata Disertai Pening Kepala!

Sakit kepala dan mata menjadi kabur sering terjadi serentak yang dikatakan ada kaitan antara visual mata dengan sistem organ badan yang lain.

7 Punca Sakit Mata Disertai Pening Kepala!

Selain berpunca daripada penyakit mata, keadaan ini juga disebabkan oleh berbagai-bagai keadaan kesihatan. Cara rawatannya juga berbeza-beza bergantung kepada punca.

Jika anda pernah mengalami sakit kepala disertai dengan pandangan kabur, semak 7 punca di bawah. Mungkin anda mengalami salah satu daripadanya.

1. TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah dikatakan rendah jika angkanya menurun di bawah 90/60 mmHg.

Punca tekanan darah rendah atau hipotensi antaranya dehidrasi (terutamanya ketika cuaca panas), masalah kesihatan jantung, kekurangan vitamin B12, serta pendarahan.

Tekanan darah rendah mengakibatkan berbagai-bagai gejala bermula dengan sakit kepala, pandangan kabur, mual, konsentrasi menurun dan pengsan.

2. HIPOGLIKEMIA (KURANG GULA DALAM BADAN)

Hipoglikemia adalah suatu keadaan ketika jumlah gula darah rendah dalam badan yang biasanya terjadi kepada orang yang mengalami penyakit diabetes atau pesakit yang menggunakan rawatan dengan menggunakan insulin.

Melambat-lambatkan makan, makan sedikit dari biasa atau olahraga berlebihan juga boleh menjadi pemicu hipoglikemia.

Salah satu gejala yang timbul jika seseorang mengalami hipoglikemia antara lainnya ialah pandangan kabur, sakit kepala, keringat berlebihan, susah memberikan tumpuan, gementar serta kepenatan.

3. MIGRAIN

Migrain terjadi di salah satu sisi kepala yang mempunyai gejala berbeza bergantung kepada tahapnya.

Ketika serangan sakit kepala memuncak, pandangan boleh menjadi kabur.

Gejala lain ialah kurang nafsu makan dan meningkatnya sensitiviti terhadap cahaya, suara atau bau.

Migrain dipengaruhi oleh makanan tinggi kandungan garam termasuk MSG, minuman beralkohol dan berkafein, stres, kesan perubatan serta perubahan pola tidur.

Bukan saja migrain, apa juga keadaan yang mengurangkan aliran darah ke otak contohnya kecederaan boleh menyebabkan terjadinya sakit kepala dan pandangan kabur.

4. GLAUKOMA

Penyakit mata yang berpunca daripada kerosakan saraf optik. Dua jenis glaukoma paling umum iaitu sudut terbuka primer dan sudut tertutup akut.

Glaukoma sudut terbuka primer jarang menunjukkan gejala namun pandangan mata tiba-tiba menjadi sempit.

Glaukoma sudut tertutup akut pula boleh menjadi penyebab pandangan kabur, pening, sakit kepala, mual dan muntah.

5. GANGGUAN MATA LAIN

Individu yang rabun jauh atau dekat juga boleh mengalaminya, lebih-lebih lagi jika ukuran kaca mata yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan matanya.

Katarak juga boleh menjadi penyebab malah perubahan mata berkaitan dengan kehamilan boleh mengganggu penglihatan dan sakit kepala.

Pun begitu, tidak semua keadaan ini menandakan masalah yang terlalu serius.

Bertemulah dengan doktor jika ia terjadi secara tiba-tiba.

6. WHIPLASH

Whisplash adalah keadaan terjadinya kecederaan pada leher yang biasanya terjadi ketika posisi leher tersentak kuat ke arah belakang.

Whisplash biasanya boleh terjadi ketika kemalangan kereta, olahraga yang melibatkan sentuhan fizikal antara pemain (contoh bola sepak, karate, tinju dan lain-lain), jatuh dari basikal atau ditimpa benda yang membuatkan kepala tersentak ke belakang.

Akibat daripada Whiplash akan menyebabkan kesakitan ke atas tulang di bahagian tengkuk hingga membawa ke keseluruhan bahagian tulang belakang.

Ia boleh mengakibatkan mereka yang mengalaminya sakit kepala.

7. KEADAAN SARAF DAN PEMBULUH DARAH

Pelbagai keadaan saraf dan pembuluh darah boleh mengakibatkan pandangan kabur dan sakit kepala.

Kecederaan kepala, strok atau pecahnya pembuluh darah di otak, jangkitan pada otak dan saraf sekitar otak serta tumor juga boleh menjadi penyebab.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: msn

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Mula diperkenalkan pada awal tahun 2018 ini, Nokia nampaknya tidak lagi mahu berada dibawah bayang-bayang telefon yang pernah menjadi legenda keluarannya dan menerusi pengeluaran era terbaru ini, Nokia turut menawarkan telefon pintar kelas pertengahan melalui model Nokia 6.1.

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Mula ditawarkan pada harga RM1,099, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan telefon pintar tanpa mahu berbelanja besar mendapatkan telefon pintar flagship.

Rekaan

Dari segi rekaan, seperti semua sedia maklum Nokia sememangnya mementingkan rekaan yang kukuh dan berkualiti tinggi.

Menerusi model ini, Nokia masih lagi mengekalkan identiti yang sama dengan penggunaan material berkualiti tinggi.

Hadir dengan warna biru pada bahagian belakang, Nokia telah menggunakan material aluminium yang membuatkan anda berasa seperti memegang sebuah telefon pintar flagship yang premium.

Kemasan yang ditawarkan Nokia juga boleh dikatakan amat baik dengan gabungan warna emas pada bahagian tepi.

Dalam pada itu, Nokia juga turut berjaya menawarkan model ini dengan saiz yang nipis dan masih lagi sedap digunakan.

Skrin

Nokia 6.1 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Kualiti paparan yang ditawarkan pada pendapat kami boleh dikatakan agak baik bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Walau bagaimanapun, ianya masih belum dapat menandingi beberapa jenama telefon pintar lain yang turut menawarkan tanda harga yang hampir sama.

Spesifikasi

Apa yang menarik mengenai model Nokia 6.1 ini adalah ianya dikuasakan oleh Android One.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang mendapatkan pengalaman seolah menggunakan telefon pintar keluaran Google.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan processor Snapdragon 630, RAM 4 GB dan ruang storan 64 GB.

Kapasiti bateri yang disertakan bersaiz 3000 mAh.

Meskipun model ini hadir dengan processor yang boleh dikatakan cukup baik dan RAM bersaiz 4 GB, masih lagi merasakan sedikit lagging pada beberapa ketika waktu.

Walau bagaimanapun, ianya tidaklah terlalu kerap.

Sekiranya anda hanya menggunakan telefon pintar sekadar untuk melayari media sosial dan bukan untuk bermain game secara serius, model ini sudah cukup baik untuk menawarkan apa yang diperlukan dengan baik.

Kamera

Apabila membincangkan tentang Nokia, pasti ramai yang teringatkan kamera bersama lensa ikoniknya iaitu Carl Zeiss.

Untuk pengetahuan anda, Nokia 6.1 hadir dengan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang.

Nokia 6.1-inci berjaya menghasilkan gambar yang jelas beserta warna yang terang.

Walau bagamanapun, ada sedikit masalah dengan auto-focus model ini yang agak perlahan berbanding beberapa model lain.

Dalam erti kata lain, anda mungkin akan mendapat imej yang kabur sekiranya mengambil gambar dalam keadaan yang pantas.

Harga

Harga yang ditawarkan buat Nokia 6.1 adalah RM1,099, harga yang boleh dikatakan agak berpatutan bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Ditambah pula dengan kekuatan jenamanya, pastinya harga yang ditawarkan tampak berbaloi.

Sekiranya anda merupakan peminat Nokia atau mahu ‘sekali lagi’ menggunakan telefon pintar keluaran Nokia, mendapatkan model ini mungkin pilihan yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Ducati Panigale V4 Superbike Paling Berkuasa 2018

Ducati Panigale V4 Superbike Paling Berkuasa 2018

Ducati telah melancarkan Ducati Panigale V4 pada bulan September 2017 lepas dan dibekalkan dengan enjin Stradale V4 1,103cc dengan nisbah mampatan 14:1 dan offset 90 darjah antara selinder sama seperti digunakan pada Desmosedici GP Big-Bang.

Ducati Panigale V4

Ducati mendakwa ia mampu menghasilkan 214 hp pada 13,000 rpm dengan tork maksima 120 Nm @10,000 rpm. Agak-agak berapa angka kuasanya bila diukur pada tayar belakang?

Ini kerana ujian-ujian sebelum ini membuktikan penurunan kuasa 10 peratus pada tayar belakang berbanding dakwaan pengeluar.

Moto Rapido Ducati, sebuah syarikat pengedar Ducati UK telah menguji Ducati Panigale V4S menggunakan alat Dynojet 250i. Kesemua tiga varian Ducati Panigale V4, V4S dan V4 Speciale telah melalui ujian ini.

Hasil ujian yang dijalankan telah membuktikan yang Panigale V4S ini mampu menghasilkan 202 hp kuasa maksima pada 13,000 rpm dan 119 Nm tork pada 11,000 rpm.

Angka yang dicapai ini cukup penting bagi memastikan kelancaran antara kuasa dan tork malah, tidak ada sebarang kegagalan dilaporkan terhadap sistem enjin sewaktu ujian dijalankan.

Motosikal yang diuji pula adalah dalam keadaan standard menggunakan petrol Shell dan tayar-tayar Supercorsa Diablo SP.

Kalau sudah diubahsuai tidak mustahil ia akan mencatakan kuasa yang lebih tinggi.

Kehebatan Panigale V4S menembusi angka kuasa maksima 200 hp merupakan satu kejayaan besar kerana semua superbike lain yang diuji pada 2017 gagal menembusinya.

Untuk rujukan, Aprilia RSV4 RR berjaya menghasilkan 180.4 hp @13,200 rpm, Honda CBR1100RR (153.2 hp @ 10,600 rpm), Kawasaki ZX-10R (167.5 hp @ 11,800 rpm, Yamaha YZF-R1 (162.8 hp @ 12,300 rpm), BMW S1000RR (177.1 hp @ 13,300 rpm) dan Suzuki GSX-R1100 (161.0 hp @ 11,000 rpm).

Ujian tersebut telah dilakukan oleh Motorcycle.com.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Monday, September 03, 2018

10 Tips Cara Melepasi Imigresen Apabila Melancong Di Luar Negara

10 Tips Cara Melepasi Imigresen Apabila Melancong Di Luar Negara

Jika berada di luar negara, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dititikberatkan, ini bagi memastikan tidak mempunyai masalah jika berada di tempat orang, jika tidak ianya akan melambatkan proses, atau mungkin menyebabkan diri ditahan pihak berkuasa.

10 Tips Cara Melepasi Imigresen Apabila Melancong Di Luar Negara

Begitu juga jika berada di lapangan terbang, sama ada untuk berlepas, mahu pun ketika transit.

Ini adalah saat di mana rasa berdebar, gemuruh kian tinggi, walaupun tahu tidak mempunyai barang yang salah atau membawa barang yang terlarang, tetapi apabila sudah tiba di imigresen, hati mula berdebar.

Untuk memastikan kelancaran sewaktu proses di bahagian imigresen, saudara

Mazlan Zonan kongsikan tip yang boleh dilakukan, agar melepasi imigresen dengan mudah.

Mungkin ia dapat memberi sedikit pencerahan buat anda selepas ini. Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.

Ade yang mintak tips camne nak lepas immigration dengan bergaya,hhahahaha. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, sebab aku pun main redah aje.

Tapi based on pengalaman and pembacaan aku, belum confirm lepas, tapi apa-apa hal pun buat dulu kemudian tawakkal, sebab kesian orang-orang yang betul-betul nak travel tapi tak dapat nak lepas border.

Ini boleh dijadikan tip:

1. Kena ada ticket return balik Malaysia

Tak kisah la betul ke palsu, pastikan sampai KL, setakat onward tiket belum tentu boleh lepas.

And kadang ko tak boleh checkin langsung untuk fly, aku pernah terkena dekat Sri Lanka.

Flight pergi Istanbul tak bagi checkin sebab tak ada tiket return walaupun aku ada onward tiket ke negara sebelah, end up aku tersadai 4 hari kat Colombo Airport sebelum fly balik KL.

2. Arrival card

Pastikan isi borang dengan betul terutama alamat hotel and phone number, aku selalu letak nombor hotel, selalu yang buat sangkut benda ini la.

Jangan sampai timbulkan persoalan, sebab akan menyebabkan dia banyak tanya nanti.

3. Booking hotel

Kadang dia nak tengok kita punya booking hotel sepanjang perjalanan kita, so buat benda ini siap-siap.

4. Pastikan passport valid lebih 6 bulan

Kalau cross banyak country, pastikan border terakhir kita nak cross tu, passport kita masih lebih 6 bulan.

Aku pernah terkena dekat Singapore, nasib baik masuk opis boleh talk lagi.

Kalau kena dekat Japan, nak cakap pun payah, kena tendang gitu aje.

5. Barang sensitif

Jangan bawa barang-barang terlarang, jangan bawak barang-barang yang kena declare dekat kastam, itu semua punca carita jadi panjang, huhuhu.

Sebab satu soalan dia akan berjangkit sampai ke content dalam phone, semua dia siasat.

6. Handphone 'bersih'

Pastikan phone bebas dari content-content berbahaya, seperti lucah, terrorist, or planning nak kerja sana.

Incase kena tahan, benda-benda ini punca kita ke dalam dulu, sebelum dihantar pulang.

7. Ada Perancangan

Pastikan korang ada itinerary yang legit, tahu mana nak pergi, macam mana, apa saja detail pasal tourist spot.

Supaya kita confident nak jawab kalau dia tanya kita nak pergi mana, nak buat apa, sebab itu jangan copy itinerary orang tanpa buat research.

8. Pastikan bawa cash yang cukup

Takkan pergi London bawa RM300, memang tak lepas la, kecuali credit card berderet. And semua card atas nama ko, tak apa.

9. Dokumen Lengkap

Print semua document-document yang diperlukan, semua booking, semua benda la.

Pastikan ada hardcopy, tak tahu kalau system down ke, and ada negara yang memang tak ada computer, semua masih guna manual, so benda ini perlu, tapi ini negara-negara terpencil la.

10. Rupa, kena buat muka traveller

Jangan buat muka belacan or muka pemetik apple, hahaha. Ini aku tak tahu nak cakap, kena pergi grooming class, hahaha.

Apa-apa hal pun korang buat la yang terbaik. Kaji, belajar English. Cakap proper English. Senang nak travel.

Apa-apa hal, happy travelling.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

Hipoglisemia Adalah Kurang Gula Dalam Darah, Punca, Simptom Dan Cara Merawatnya

Hipoglisemia Adalah Kurang Gula Dalam Darah, Punca, Simptom Dan Cara Merawatnya

Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia Adalah Kurang Gula Dalam Darah

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).

Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea.

Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.

Hipoglisemia sebenarnya lebih berbahaya dari hiperglisemia kerana jika lambat ditangani, ia mampu menyerang jantung dan menyebabkan kematian!

Apakah tanda-tanda Hipoglisemia?
  • Jantung rasa berdebar-debar.
  • Kepenatan.
  • Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat.
  • Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan.
  • Berpeluh.
  • Rasa menggigil.
  • Sakit kepala.
  • Kulit menjadi pucat dan sejuk.
  • Pertuturan menjadi tidak jelas.
  • Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan.

Jika anda menunjukkan mana-mana tanda yang disebut di atas, sila periksa aras gula dalam darah anda menggunakan mesin glukometer.

Jika anda sering mengalami kejadian hipoglisemia, anda perlu merujuk kepada doktor anda untuk mengubah dos ubatan anda

Mengapa hipoglisemia terjadi?

Ada banyak sebab hipoglisemia boleh terjadi dan untuk memahami bagaimana hipoglisemia berlaku, kita perlu memahami bagaimana badan kita mengawal kadar gula dalam badan.

Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga untuk berfungsi dengan baik.

Dalam badan individu yang normal, badan kita menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula ini akan diserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan.

Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi.

Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen.

Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.

Apabila kita berpuasa atau tidak makan dalam jangka masa yang lama, aras gula dalam darah menurun.

Apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot.

PESAKIT KENCING MANIS

Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum.

Dalam individu menghidap kencing manis, ini tidak berlaku. Kelenjar pakreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal.

Akibat kencing manis juga, sel badan mereka menjadi kebal terhadap hormon insulin menyebabkan sel badan tidak dapat menggunakan gula dalam darah apabila ia memerlukannya.

Atas sebab ini, pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah.

Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia.

Bagi individu yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, mengalami kegagalan buah pinggang, apabila menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin secara tidak sengaja, tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa dan sebagainya.

HIPERGLISEMIA

Hiperglisemia adalah suatu keadaan bagi penghidap diabetes, dimana paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi kerana tidak dikawal dengan baik.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin dalam badan tidak mencukupi apabila anda:
  • Lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
  • Tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  • Tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
  • Tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
  • Memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.

Tanda-tanda Hiperglisemia:
  • Dahaga.
  • Penglihatan kabur.
  • Lemah dan letih lesu.
  • Pening.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Mulut dan kulit kering.

Jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda-tanda penyakit anda semakin teruk.

Bagaimana mengelakkan Hipoglisemia dari terjadi?

Kita boleh mengelakkan hipoglisemia dari terjadi dengan memantau dan mencatat aras gula harian kita dengan mesin glukometer. Rekod ini dipanggil sebagai SMBG (Self Monitoring Blood Glucose).

Catatan aras gula ini perlu disimpan dan di tunjukkan kepada pihak dotor apabila pesakit mendapatkan rawatan susulan.

Dengan rekod aras gula dalam darah harian, doktor mampu menetapkan dos ubat kencing manis yang betul untuk mereka.

Dos ubatan kencing manis tidak sama untuk semua individu malah, dos ubatan kencing manis untuk seorang pesakit berubah mengikut masa, keadaan buah pinggang dan tahap umur pesakit itu.

Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan yang kerap secara tetap supaya dos ubatan dapat disesuaikan dengan aras gula dalam badan.

Seorang pesakit kencing manis dengan nasihat dan bimbingan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet mampu untuk mengawal aras gula mereka sendiri.

Perkara yang perlu dilakukan jika hipoglisemia terjadi

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Gula glukos yang boleh digunakan antaranya:
  • Tablet glukos.
  • Pil atau gel gula.
  • 2 sudu kismis/ sebiji kurma.
  • 1/2 cawan jus.
  • 1 sudu gula atau madu.
  • Gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat.

15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.

Apabila aras gula menjadi normal, sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal.

Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Jika anda atau ahli keluarga anda sering mengalami kejadian hipoglisemia yang serius hingga tidak sedarkan diri, anda juga boleh berbincang dengan doktor anda jika anda perlu menyimpan ubatan glukagon di rumah untuk digunakan semasa kejadian hipoglisemia yang serius.

Ini kerana jika tidak dirawat dengan pantas, keadaan hipoglisemia ini boleh memberi kesan buruk terhadap otak hingga boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak atau jarang sekali, kematian.

Suntikan glukagon boleh digunakan oleh ahli keluarga atau individu terdekat dengan pesakit apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar diri akibat aras gula yang rendah.

Ini kerana apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar, mereka tidak boleh menelan air gula atau menghisap gula-gula kerana risiko tercekik.

Dalam keadaan ini, ahli keluarga atau individu terdekat boleh memberi suntikan glukagon pada punggung, peha atau lengan pesakit (seperti yang tertera dalam panduan ubatan oleh pengeluar).

Apabila sedar, mereka mungkin akan merasa loya. Sila bawa pesakit ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya.

Ingat, terlebih gula dalam darah adalah merbahaya, terlalu kurang gula juga tidak meletakkan kita dalam zon selamat!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mmgazette

4 Khasiat Lobster (Udang Kara) Air Tawar Untuk Kesihatan

4 Khasiat Lobster (Udang Kara) Air Tawar Untuk Kesihatan

Lobster adalah sumber protein yang sangat baik, sangat penting bagi tubuh kita untuk tenaga dan pemantapan penghasilan gula di dalam darah, juga membantu menurunkan berat badan.

Khasiat Lobster

Lobster adalah makanan pilihan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengubah gaya hidup dan membuatnya menjadi lebih sihat dan lebih baik.

Ketahui apa khasiat Lobster kepada kesihatan.

1. Protein dan Kalori

Kandungan protein lobster adalah lebih tinggi manakala kalorinya lebih rendah berbanding daging ayam dan lembu.

2. Mengandungi Omega-3

Lobster mengandung zat Omega-3 dalam jumlah tinggi yang sangat penting untuk menjaga kesihatan jantung.

Telah terbukti bahawa individu yang berisiko tinggi terhadap gangguan jantung, mendapat manfaat dari lobster kerana kandungan Omega-3 di dalamnya.

3. Membantu menurunkan berat badan

Lobster sangat rendah lemak, rendah kalori dan rendah kolesterol, tetapi masih memberikan nutrisi yang diperlukan.

4. Vitamin

Lobster mengandungi kalium, vitamin B12 dan selenium yang semuanya sangat penting bagi kesihatan.

Kandungan zat Besi di dalam lobster dapat meningkatkan kesihatan, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina kerana makan lobster sama juga dengan memakan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan.

Jadi, apakah lobster baik untuk kesihatan? Jawabnya YA. Asal ingat satu perkara, dalam pengambilan makanan apa pun, semuanya jangan berlebihan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cheraxlobster

Sunday, September 02, 2018

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Kita sebenarnya sudah menghabiskan banyak masa untuk membincangkan tentang konsep cool - apakah definisi sebenar cool? Adakah kita mampu jadi cool? Dan bagaimanakah ia jadi satu keperluan sejagat yang tidak boleh dibuat-buat.

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Dan antara topik hangat yang kerap dikaitkan dengan cool ialah pemakaian jaket kulit.

Segalanya bermula sejak Perang Dunia Pertama (WWI) apabila jaket kulit diperkenalkan kepada juruterbang pesawat perang sebelum memasuki era 1920-an ketika Irving Schott menghasilkan jaket kulit motosikal pertama yang dijual pada harga AS$5.50 (RM21.72) di Harley Davidson.

Leather-jackets-fighter-pilots

Trend itu kemudian melintas masuk ke dekad 1930-an dan 40-an, yakni sepanjang era Perang Dunia Kedua (WWII), menjangkiti kegemilangan Hollywood 1950-an, letusan muzik 1960-an, kebangkitan feminisme pada 1970-an dan 1980-an dan perkembangan fesyen 1990-an.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa menyaksikan pertembungan budaya dalam fesyen, tetapi sangat sedikit trend pakaian yang mampu kekal relevan dan berkuasa seperti jaket kulit. Mengapa boleh jadi begini?

DARI KOKPIT PESAWAT KE PENTAS HOLLYWOOD
Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Pertama, kita perlu mengenal pasti permulaan trend jaket kulit terlebih dahulu, iaitu siapakah individu yang berjaya mencetuskan idea cool menerusi pakaian tersebut.

Penampilan terbaik jaket penerbangan WW1 dan WWII pernah digayakan Amelia Earhart yang menjadi simbolik perjuangan hak sama rata antara lelaki dan wanita, dan aksi Tom Cruise dalam filem Top Gun.

Ketika Marlon Brando memainkan watak Johnny Strabler dalam filem The Wild One (1953), aktor itu memakai jaket pertama Irving Schott yang jelas menyerlahkan gaya vintaj yang sangat cool.

Kemudian, sepanjang tempoh 40 tahun berikutnya, trend jaket kulit meninggalkan pengaruh 'budak nakal' dan menjadi gaya utama aktor Steve McQueen yang digelar 'The King of Cool' serta pemuzik hebat seperti kugiran The Ramones, The Beatles dan legenda rock and roll dari Amerika Syarikat (AS), Elvis Presley.

TREND MERENTASI ZAMAN, JADI FESYEN SELEBRITI

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Susulan pengenalan ringkas dalam fesyen wanita sekitar era 1960-an, yang cenderung kepada imej wanita lasak, jaket kulit didefinisikan semula pada era 1970-an hingga 1980-an.

Kali ini tampil selebriti ikonik seperti Joan Jett, Debbie Harry dan Madonna yang tidak lagi dikaitkan dengan simbol pemberontakan.

Sekitar era 1990-an, muncul pula kumpulan supermodel yang mencetuskan ikon gaya baharu seperti Cindy Crawford dan Kate Moss yang kerap tampil menggayakan jeans biru, kemeja-t putih dan jaket kulit.

Model-model itu berjaya mempengaruhi budaya cool sekitar era 2000 dengan pembabitan fotografi paparazzi dan juga gaya jaket motosikal mewah hasil buatan tangan pereka fesyen Perancis, Nicolas Ghesquière yang juga pereka kreatif di Louis Vuitton dengan memperkenalkan siri jaket eksklusif untuk rumah fesyen mewah di Sepanyol, Balenciaga.

Tidak lama kemudian, muncullah pereka baru seperti Alexander Wang yang menghasilkan jaket kulit dengan harga konservatif berbanding Nicolas Ghesquière.

Apa yang dilihat masih kekal dan konsisten mengenai jaket kulit ialah kemampuan memberikan perlindungan kepada pemakai.

Walaupun di awal kemunculan digunakan sebagai pakaian pelindung kepada mereka yang berperang, tetapi kini jaket kulit sudah menjadi ikon budaya fesyen popular.

JAKET DAN MOTOSIKAL

Sejarah Trend Jaket Kulit Yang Menjadi Fesyen Penunggang Motosikal

Tidak syak lagi pengaruh selebriti Hollywood boleh dikaitkan dengan trend memakai jaket kulit di kalangan penunggang motosikal, siapa lagi kalau bukan aktor Hollywood, Marlon Brando yang kali pertama menggayakan jaket Schott 'Perfecto' di layar perak sebagai ketua geng motosikal. Ini termasuklah James Dean

Di Malaysia, semestinya jaket cokelat kulit Faizal Hussein (gambar warna) dalam filem Gila-Gila Remaja (1985) kekal sebagai fesyen yang cool di kalangan biker tempatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju

3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam

3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam

Membahas kehidupan sebelum Nabi Adam memang sesuatu yang amat misteri tetapi tidak ada salahnya kalau kehidupan itu di telusuri dari pelbagai keterangan sebagai sebuah kesimpulan untuk menunjukkan sesuatu kehidupan yang pernah ada sebelumnya.

Kehidupan Sebelum Nabi Adam
Gambar hiasan.

Kehidupan di mulakan dengan adanya penciptaan Alam yang jelas terakam dalam Al Qur'an Surah Arrum ayat 37 yang maksudnya, "Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nya-lah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Senada dengan ayat ini iaitu QS Yunus:34, QS Al Anbiya:30&104, QS Al Buruuj:13.

Banyak teori Tentang Penciptaan Asal usul Alam diantaranya : Teori "BIG BANG, TEORI BIG CRUNCH, TEORI OSCILLATING INIVERSE.

Ternyata teori ini banyak kemiripan dengan ayat-ayat diatas.

Permulaan Kehidupan

Dari sinilah bermula Kehidupan Alam yang selanjutnya terjadi Proses Penciptaan Makhluk Hidup yang mendiaminya.

Ini boleh di lihat dalam QS Al Baqarah:30 yang maksudnya, "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

LALU PERTANYAANNYA, SIAPA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT YANG PERNAH BERADA DI BUMI SEBELUM NABI ADAM a.s.?

Ada beberpa pendapat sahabat dan Ulama Tafsir dalam menfsirkan ayat di atas.

Dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-Adzim jilid I hal 91-93 Ibnu Katsir mengemukakan beberapa pendapat dari Sahabat, Tabiin an para ulama.

Ibnu Abbas berkata, “Yang pertama menempati bumi adalah bangsa jin, lalu mereka berbuat kerosakan dan saling membunuh, lalu Allah mengutus Iblis membunuh mereka dan bangsanya hingga mereka terperosok ke daerah-daerah pegunungan dan laut. Kemudian Allah menciptakan Adam untuk ditempatkan di muka bumi."

Abu Ja’far al-Rozi meriwayatkan dari al-Rabi’ bin Anas dari Abu al-Aliyah saat menafsirkan ayat di atas berkata, “Allah menciptakan malaikat di hari Rabu, meciptakan jin di hari Khamis dan menciptakan manusia di hari Jum’at. Lalu bangsa jin melakukan kerosakan, maka para malaikat turun memerangi mereka. Oleh kerana itu, malaikat mengetahui sifat mereka yang melakukan kerosakan, sehingga ketika Allah akan menciptakan manusia, Malaikat bertanya: “Apakau Engkau akan menciptakan orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi?”

Mujahid dan Abdullah bin Amr berkata, “Jin dan keturunannya tinggal di bumi 2000 tahun sebelum diciptakannya Adam. Mereka melakukan kerosakan di bumi dan saling membunuh, lalu Allah mengutus tentera dari bangsa Malaikat dan memerangi mereka hingga mereka tercampak ke lautan, oleh karena itu malaikat bertanya hal itu saat Allah akan memberitahu akan menciptakan manusia.

Mubarok bin Fadholah dari al-Hasan berkata, “Allah berkata kepada malaikat bahawa Dia akan menciptakan khalifah di atas bumi, lalu Allah memberitahu bahawa sifat manusia yang akan diciptakannya begini dan begini, kemudian Malaikat bertanya, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" (Pendapat ini juga disokong oleh Qotadah dan Abdurrozak bin Ma’mar).

Ibnu Jarir berkata, “Timbulnya pertanyaan malaikat tersebut setelah Allah memberitahu malaikat tentang sifat manusia dan Allah mengizinkan malaikat untuk bertanya. Lalu Allah menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Bagi umat Islam, kita harus berkeyakinan ini hanyalah pendapat yang diambil dari ahli tafsir, bahawa bangsa Atlantis atau pun Dinasti Rama bukanlah dari ras manusia keturunan Adam.

Dialah yang dinamakan 3 umat terdahulu sebelum Nabi Adam iaitu:
  1. Banul Jan
  2. Banul Ban
  3. Dan Izajil

Perlu dicatat bahwa Makhluk pra-sejarah atau yang sering di sebut manusia purba bukanlah nenek moyang zaman sekarang! Nenek moyang kita adalah Nabi Adam.

Manusia purba adalah makhluk sebelum Nabi Adam namun bukan manusia seperti kita, lebih dekat kita sebut sebagai Primat, mereka mempunyai otak tapi tidak berfikir, melainkan berfungsi seperti haiwan.

Apa itu Banul Jan, Banul Ban dan Azajil?

Sebelum nabi Adam turun ke bumi, diceritakan bahawa yang mendiami bumi ini adalah bangsa jin yang dikelompokkan menjadi Abal Jan dan Banul Jan.

Abu Jaan atau bapa seluruh jin, adalah awal mula dari Banul Jan atau anak jin baik yang sampai ke akhir zaman.

Banul Jan adalah penghuni kedua sebelum bangsa manusia lahir ke bumi. Iblis ketika itu belum lahir ke bumi dan kelahiran Iblis generasi ke empat kenabian dari bangsa jin.

Jin diciptakan dari sejenis api, tubuhnya tidak mampu dilihat oleh seluruh makhluk, kecuali yang di kehendaki oleh Allah SWT.

Jin terbang sesuka hati dan awal kehidupannya di syurga dan sehingga akhirnya hidup dan mati di bumi.

Izajil adalah bangsa Iblis dan dari Jin inilah keturunan Iblis lahir dengan di beri kelebihan serta kepandaian oleh Allah SWT.

2 Kelompok Jin yang berseteru 

2 kelompok Jin terus berperang dan tidak pernah bersahabat, lalu akhirnya Allah memerintahkan malaikat yang bernama Azajil memimpin para malaikat Jibril, Mikail, Izroil dan malaikat yang lain, untuk menakluk Abal Jan dan Banul Jan dibumi.

Kemudian, setelah ditakluki akhirnya Allah menciptakan nabi Adam.

Diantara Azajil, Malaikat dan manusia, Adam diberikan ilmu oleh Allah kerana tujuannya untuk dijadikan khalifah dibumi.

Setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah nabi Adam lalu semuanya diperintahkan Allah untuk sujud sebagai memberi tanda penghormatan kepada Adam, namun akhirnya semua sujud kecuali Azajil (bangsa Iblis) kerana mereka sombong dan membangkang perintah Allah SWT.

Manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah di bumi, sebagai pengganti tentunya ada yang di ganti.

Adam bukan makhluk pertama dibumi dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk di bumi, iaitu Abal Jan dan Banul Jan.

Mereka itu adalah penghuni bumi sebelum manusia. Bentuk tak jauh berbeza dengan manusia, maka anda boleh buktikan bahawa makhluk selain manusia, mempunyai badan yang sama seperti manusia, iaitu Banul Jan, keturunan Jin.

Juga Banul Ban anak turun Dedemit, maka ketika bumi rosak oleh mereka, diusir bahkan dibasmi oleh malaikat, hingga mereka berlari mencari tempat yang jauh dari anak Adam.

Ditinjau dari segi Arkeologi

Fosil-dinosaur

Jika pembaca antara yang percaya kewujudan Dinosaur, anda juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam a.s. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar hakikat ini bukan?

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC.

Jika sekarang kita berada di tahun 2018, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia; 4000BC+2018AD=6018 tahun

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau.

Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.

Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu.

Namun, apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu, berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dengan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur? Bagaimana pula dengan usia Bumi?

Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam a.s. ke bumi.

HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD

3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam

Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam.

Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang).

Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam, cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.

Namun, mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.

3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam

Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat.

Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.

Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat.

Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam dan kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil.

Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam.

Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka.

Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID.

Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh:

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin.

"Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

"Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia.

"Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN


3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam
Rangka berusia 10,000 tahun, Young Hol Chan.

Pada tahun 2006, dua orang penyelam Jerman secara tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak.

Dua penyelam ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico, iaitu lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.

Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico, digelar Young Hol Chan, telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.

3 Zaman Kehidupan Sebelum Nabi Adam
Rangka berusia 26,000 tahun, Red Lady.

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 tahun di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan terkini dan apa yang mengejutkan adalah usia sebenarnya adalah 4,000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!

Gambar 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi, namun makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri.

Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.

Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus.

Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?

Bagaimana dengan Dinosaur? Dinosour adalah haiwan yang berkemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut.

Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini.

Namun sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah SWT dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah SWT di muka bumi sebelum Allah ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua.

Sesungguhnya, Adam a.s. bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: serbaadanews | aku-macjay