Selasa, September 04, 2018

Ducati Panigale V4 Superbike Paling Berkuasa 2018


Ducati telah melancarkan Ducati Panigale V4 pada bulan September 2017 lepas dan dibekalkan dengan enjin Stradale V4 1,103cc dengan nisbah mampatan 14:1 dan offset 90 darjah antara selinder sama seperti digunakan pada Desmosedici GP Big-Bang.

Ducati Panigale V4

Ducati mendakwa ia mampu menghasilkan 214 hp pada 13,000 rpm dengan tork maksima 120 Nm @10,000 rpm. Agak-agak berapa angka kuasanya bila diukur pada tayar belakang?

Ini kerana ujian-ujian sebelum ini membuktikan penurunan kuasa 10 peratus pada tayar belakang berbanding dakwaan pengeluar.

Moto Rapido Ducati, sebuah syarikat pengedar Ducati UK telah menguji Ducati Panigale V4S menggunakan alat Dynojet 250i. Kesemua tiga varian Ducati Panigale V4, V4S dan V4 Speciale telah melalui ujian ini.

Hasil ujian yang dijalankan telah membuktikan yang Panigale V4S ini mampu menghasilkan 202 hp kuasa maksima pada 13,000 rpm dan 119 Nm tork pada 11,000 rpm.

Angka yang dicapai ini cukup penting bagi memastikan kelancaran antara kuasa dan tork malah, tidak ada sebarang kegagalan dilaporkan terhadap sistem enjin sewaktu ujian dijalankan.

Motosikal yang diuji pula adalah dalam keadaan standard menggunakan petrol Shell dan tayar-tayar Supercorsa Diablo SP.

Kalau sudah diubahsuai tidak mustahil ia akan mencatakan kuasa yang lebih tinggi.

Kehebatan Panigale V4S menembusi angka kuasa maksima 200 hp merupakan satu kejayaan besar kerana semua superbike lain yang diuji pada 2017 gagal menembusinya.

Untuk rujukan, Aprilia RSV4 RR berjaya menghasilkan 180.4 hp @13,200 rpm, Honda CBR1100RR (153.2 hp @ 10,600 rpm), Kawasaki ZX-10R (167.5 hp @ 11,800 rpm, Yamaha YZF-R1 (162.8 hp @ 12,300 rpm), BMW S1000RR (177.1 hp @ 13,300 rpm) dan Suzuki GSX-R1100 (161.0 hp @ 11,000 rpm).

Ujian tersebut telah dilakukan oleh Motorcycle.com.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

3 comments

Admin lupa, satu lagi motor Kawasaki hr2 yang berjaya melepasi 200hp

Kawasaki hr2 310hp, saya pemilik Kawasaki, rasa tercabar Ducati cakap macam ni.

Ujian tidak rasmi pada tahun 2015 mencatatkan kelajuan H2R adalah 206 mph (332 km/h) :-d

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon