Monday, May 07, 2018

100 Sebatan Untuk Kebijaksanaan Tun

100 Sebatan Untuk Kebijaksanaan Tun

Lawak Politik. Pak L, N dan Tun M telah ditangkap kerana beberapa kesalahan berat di negara mereka, jadi untuk jenayah berat mereka semuanya dijatuhkan hukuman 20 sebatan setiap seorang.

100 Sebatan Untuk Kebijaksanaan Tun

Ketika mereka sedang menunggu sebatan, Hakim mengumumkan, “Hari ini adalah hari jadi Isteri saya dan dia minta saya untuk membenarkan satu permintaan sebelum kamu disebat..”

Pak L yang pertama dan selepas berfikir seketika, dia pun berkata, “Tolong ikatkan bantal dibelakang saya..”

Bantal pun diikat tapi bantal itu hanya bertahan 10 sebatan dan Pak L terpaksa diangkat, berdarah dan menangis-nangis kesakitan.

Kemudian tiba giliran N. Apabila melihat Pak L dalam keadaan menderita, N pun tersenyum dan berkata, “Ikatkan dua bantal di belakang saya..”

Tetapi, dua lapisan bantal itu cuma bertahan sehingga 15 sebatan dan N juga diangkat berdarah dan berteriak-teriak menangis.

Tun M yang terakhir tetapi sebelum dia berkata apa-apa, Hakim itu telah bercakap dahulu, “Awak adalah yang paling pintar dan licik orangnya. Untuk ini, awak boleh minta dua permintaan!”

“Terima kasih Tuan Hakim,” jawab Tun M.

"Untuk menghargai kebaikan tuan Hakim yang mulia, permintaan pertama saya ialah tuan berikan saya bukan 20 sebatan, tapi 100 sebatan!”

Tuan Hakim menjawab, “Bukan saja awak seorang yang terhormat dan pernah jadi orang paling berkuasa suatu masa dulu, tapi awak juga seorang yang sangat berani,” kata Hakim itu dengan rasa kagum kepada Tun M.

“Jika permintaan awak 100 sebatan, maka permintaan itu dikabulkan.”

“Dan apa permintaan awak yang kedua?” tanya hakim itu.

Tun M tersenyum lalu berkata, “Ikatkan N di belakang saya!!"

Jangan ketawa sorang ye..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM


Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Sewaktu pilihan raya, pengundian pos masih dibenarkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang memenuhi syarat dan jari mereka tidak perlu ditanda dengan dakwat kekal, manakala warna dakwat bagi pengundi awal dan pengundi biasa adalah berbeza.

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal

Berikut adalah maksud undi pos dan undi awal pilihan raya di Malaysia.

UNDI POS

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Hanya untuk petugas media, polis, dan warganegara Malaysia yang berada di Luar Negara.

Undi pos akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.

UNDI AWAL

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa.

Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan hanya akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: melvister


Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Uqasha ditahan bersama 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan jenama Chanel milik pelakon wanita itu.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika Uqasha memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

Selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.

“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5.

Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

Katanya, kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Uqasha ketika dihubungi tidak memberi sebarang maklum balas berhubung laporan polis yang mendakwa dirinya memandu dalam keadaan khayal dan berjanji untuk menghubungi semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo


Sunday, May 06, 2018

Telinga Berdesing Dan Sakit Kepala Simptom Darah Tinggi

Telinga Berdesing Dan Sakit Kepala Simptom Darah Tinggi

Semakin kita berusia, semakin tinggi peluang untuk menerima penyakit ini, tetapi apa sebenarnya penyebab tekanan darah tinggi dan apa yang boleh kita lakukan untuk menghindarinya?

Telinga Berdesing Dan Sakit Kepala Simptom Darah Tinggi

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1.13 bilion orang di dunia mengalami tekanan darah tinggi.

Apa itu darah tinggi?

Sebelum kita pergi lebih dalam mengenai penyakit ini, anda perlu tahu apa yang di maksudkan tekanan darah tinggi.

Ia merupakan peredaran darah yang bergerak di dalam alteri anda, darah yang dipaksa untuk melalui dinding alteri anda akibat beberapa faktor menyebabkan darah tinggi berlaku.

Bagaimana untuk membaca darah tinggi?

Terdapat pelbagai alat untuk membaca tekanan darah. Anda boleh dapat alat-alat ini di farmasi atau pusat rawatan kerajaan atau swasta.

Terdapat juga peranti yang boleh dibeli untuk rumah anda.

Bacaan tekanan darah sentiasa diambil dari lengan anda, di peringkat jantung anda.

Jika anda memakai lengan panjang, penting untuk menggulungnya untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat.

Apakah tekanan darah tinggi?

Dalam bidang perubatan, dua bacaan diperlukan untuk mengira tekanan darah.

Yang pertama adalah tekanan sistolik.

Inilah bacaan yang lebih tinggi dari kedua-dua, kerana ia diambil pada saat tindak balas hati anda.

Yang kedua adalah tekanan diastolik.

Ini diambil apabila jantung dalam keadaan tenang dan bacaan yang lebih kecil.

Anda mempunyai tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, jika anda mempunyai bacaan 140/90 mmHg (milimeter merkuri) atau lebih.

Faktor Darah tinggi

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, yang sering dikaitkan dengan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, tidak aktif, mengalami obesiti, makan makanan cepat saji dan minum terlalu banyak alkohol.

Terdapat juga faktor lain seperti umur meningkat, kencing manis, kolesterol atau keadaan buah pinggang.

Bagaimana penyakit ini dapat dicegah?

Tidak ada rawatan yang boleh menghilangkan penyakit ini sekali gus.

Sudah tentu, ubat-ubatan memang ada untuk mengurangkan tekanan darah, tetapi jika anda tidak membuat sebarang perubahan pada gaya hidup anda, mereka mungkin tidak mempunyai kesan.

Berikan diri anda kemungkinan terbaik untuk berjaya dengan bergerak lebih banyak dan makan dengan lebih baik.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menjadi sangat berbahaya, meningkatkan risiko anda mengalami strok, serangan jantung atau kegagalan jantung berfungsi.

Tekanan tinggi adalah masalah kesihatan yang tidak boleh diabaikan. Namun mencegahkan lebih baik dari merawat.

SIMPTOM DARAH TINGGI

Sakit kepala

Mengalami sakit kepala sekali-sekala tidak bermakna anda mempunyai tekanan darah tinggi.

Secara amnya, mereka yang mengidap keadaan ini mengadu sakit kepala pada waktu pagi apabila mereka bangun.

Kesakitan cenderung terletak di bahagian atas kepala dan di lehernya.

Mudah letih

Adakah anda menghadapi masalah bangun dari katil pada waktu pagi? Adakah anda berasa letih sepanjang hari?

Anda mungkin kurang tidur atau vitamin.

Tetapi anda mungkin juga mengalami tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengalami sakit kepala sebelum tengah hari.

Telinga anda berdesing

Berdesing di telinga kadang kala disebabkan tahi telinga berlebihan atau sebagai kesan sampingan antibiotik.

Ia juga memberi kesan kepada pesakit tertentu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Walau bagaimanapun, gejala ini hanya akan menjadi jelas apabila tekanan darah tinggi adalah teruk.

Bermakna, anda sudah wajib mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maskulin

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

Pakar entomologi dari China menemui nyamuk gergasi dengan sayap yang ukurannya mencecah 11.15 sentimeter (sm) di wilayah Sichuan, China.

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

Zhao Li, kurator Muzium Serangga di barat negara itu berkata, nyamuk itu adalah daripada spesis Holorusia mikado iaitu yang terbesar di dunia.

Ia ditemui Ogos 2017 lalu ketika melakukan lawatan ke Gunung Qingcheng di Chengdu, demikian lapor agensi berita Xinhua.

Serangga ini pertama kali ditemui di Jepun dan dinamakan oleh entomologis Britain, John Obadiah Westwood pada 1876 sebagai spesis Holorusia mikado.

Bagaimanapun, ketika itu sayap serangga itu hanya berukuran lapan sm.

"Nyamuk ini kelihatan begitu dahsyat, tetapi ia tidak menghisap darah tetapi madu bunga.

"Manakala usia spesis dewasa hanya mencapai beberapa hari sahaja," kata Zhao Li.

Menurutnya, terdapat ratusan ribu jenis nyamuk di seluruh dunia dan hanya 100 spesis yang menghisap darah dan menimbulkan masalah kepada manusia.

Holorusia mikado juga dikenali sebagai lalat panjang di barat Sichuan yang kebanyakannya ditemui di Chengdu di kawasan pergunungan pada ketinggian 2,200 meter.

"Saiz badan yang besar menyebabkan ia sukar terbang," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar


10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

Flaxseed merupakan sejenis makanan sihat yang berupa biji-bijian yang mirip dengan biji bunga matahari dengan warna merah kecokelatan namun ukurannya lebih kecil dan banyak ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada.

10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

Jika anda adalah seorang pesakit yang mengalami gastrik yang teruk atau masalah ulser, pengambilan Flaxseed adalah sangat digalakkan.

Fakta nutrisi Flaxseed:
  • Omega-3 (ALA) 6,338mg
  • Fiber 8g
  • Protein 6g
  • Vitamin B1 31% RDA
  • Manganese 35% RDA
  • Magnesium 30% RDA
  • Phosphorus 19% RDA
  • Selenium 10% RDA
  • Flaxseed juga mengandungi vitamin B6, Iron, potassium, copper and zinc.

Berikut adalah kebaikan flaxseed terhadap sistem tubuh manusia:

1. Tinggi Kandungan Fiber tetapi Rendah Karbohidrat

Antara kebaikan luar biasa Flax Seed adalah, ia mengandungi Getah Mucilage yang tinggi.

Mucilage ialah fiber dalam bentuk gel yang larut air dan kesan yang sangat baik untuk sistem organ gastrointestinal tract.

Mucilage ini dapat mengekalkan makanan dalam perut daripada cepat larut ke usus, lalu meningkatkan penyerapan nutrisi.

Flax juga sangat tinggi kandungan fiber larut dan tak larut yang turut membantu menyahtoksinkan kolon, mengurangkan berat dan mengurangkan ketagihan gula.

2. Kulit dan Rambut yang sihat

Lemak ALA (Alpha-linolenic acid) yang terkandung dalam Flax Seeds bermanfaat kepada kulit dan rambut dengan membekalkan lemak dan vitamin-b yang bantu mengurangkan kekeringan dan lapisan.

Ia juga memperbaiki simptom jerawat dan eczema.

Minyak Flax Seed adalah pilihan yang baik untuk di amalkan dalam diet harian keran kandungan lemak sihat yang tinggi.

3. Kurangkan Berat Badan

Kajian yang dikeluarkan dalam Journal of Nutrition mendapati flaxseeds dan walnut membantu obesiti dan membantu mengurangkan berat badan.

Flaxseed kaya dengan serat dan lemak yang baik uuntuk kesihatan badan kita.

Ia mampu membuatkan kita berasa kenyang lebih lama, mendorong kita untuk mengambil makanan kurang kalori, seterusnya menyumbang kepada pengurangan berat badan.

Lemak ALA yang terkandung dalam flaxseed turut membantu mengurangkan keradangan.

Ini penting untuk proses pengurangan berat badan, kerana tubuh yang mengalami keradangan cenderung untuk menampung lebihan berat badan.

Tambahkan dua sudu teh flaxseed ke dalam makanan seperti sup, salad, atau smoothies sebagai tambahan kepada diet harian anda.

4. Mengurangkan Kadar Kolestrol

Menurut jurnal Nutrition and Metabolism, dengan menambah flaxseed ke dalam makanan, ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

Serat yang terkandung dalam flaxseed memerangkap lemak dan kolestrol dalam sistem pencernaan kita.

Oleh kerana itu, komponen-komponen ini tidak sempat diserap ke dalam badan kita.

Serat di dalam flaxseed juga turut menyerap cecair hempedu yang dihasilkan oleh kolestrol yang terdapat pada hempedu.

Cecair hempedu ini kemudiannya dibuang melalui sistem penghadaman dengan memaksa tubuh kita menggunakan lebihan kolestrol dalam darah dan seterusnya mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

5. Flaxseed bebas Gluten

Flax adalah makanan terbaik untuk menggantikan bijirin yang mengandungi gluten, yang mana boleh menyebabkan keradangan.

Hal ini disebabkan oleh flax bersifat anti-radang.

Flaxseed amat disyorkan kepada pesakit Celiac (Celiac disease, satu keadaaan di mana seseorang mengalami kerosakan pada usus kecil yang mengakibatkan ketidakmampuan untuk mencerna nutrisi) atau yang sensitif terhadap gluten.

Gluten ialah sejenis protein yang selalu dijumpai dalam barli, gandum dan tepung dan berfungsi untuk mengekalkan rupa bentuk bijirin yang dikandunginya.

Flaxseed juga kaya dengan lemak omega-3, bagus untuk menggantikan ikan bagi yang alah terhadap makanan laut.

6. Flaxseed tinggi anti-oksida (lignans)

Flaxseed sangat kaya dengan anti-oksida.

Lignan adalah serat polifenol yang membekalkan anti-oksida yang sangat diperlukan dalam proses anti-penuaan, menyeimbangkan hormon dan pertumbuhan sel-sel hidup.

Polifenol membantu perkembangan prebiotik dalam usus dan menyingkirkan yis dan fungus keluar dari badan.

Lignan kaya dengan komponen anti-virus dan anti-bakteria.

Oleh sebab itu, menambah flax seed ke dalam diet seharian mampu membantu mengurangkan demam dan selsema.

7. Kesihatan sistem pencernaan

Flaxseed terkenal dengan keupayaannya membantu sistem pencernaan.

Lemak ALA yang terkandung dalam flax melindungi saluran usus dan seterusnya membantu memperbaiki kesihatan GI.

Ini terbukti apabila orang yang mengalami penyakit Crohn (Crohn’s disease, suatu keadaan di mana usus kecil mengalami keradangan) atau usus pencernaan yang lain, oleh kerana ia boleh mengurangkan radang pada usus.

Anda juga disarankan mengambil 3 sudu teh minyak flaxseed yang dibancuh bersama 8oz jus lobak untuk melancarkan pembuangan.

Flax juga tinggi keterlarutannya dan tidak larut dalam air.

Ia membantu memperbaiki sistem pencernaan dan salah satu daripada makanan tinggi magnesium.

Dua sudu teh flaxseed mengandungi 5 gram serat atau suku daripada diet yang disarankan (RDA) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Serat yang terkandung dalam flaxseed mampu menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang membantu sistem perkumuhan dalam badan.

8. Flaxseed baik untuk kanser

Kebaikan flaxseed terbukti berkesan selama berabad lamanya untuk mengurangkan kanser payudara, prostat, ovari dan juga kanser kolon.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Cancer Research membuktikan bahawa tabiat mengamalkan flaxseed mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Terdapat tiga lignan yang terkandung dalam flaxseed mampu ditukarkan oleh bakteria dalam susu menjadi enterolactone dan enterediol yang membantu menstabilkan hormon, yang mana menjadi sebab utama kurangnya risiko terkena penyakit kanser payudara.

Terdapat juga kajian lain yang diterbitkan oleh Journal of Nutrition menjumpai bukti bahaya lignan yang terkandung dalam flaxseed mengurangkan risiko terkena penyakit kanser ovari dan endrometriosis.

9. Tinggi Asid Lemak Omega-3

Sering kali kita dengar tentang kebaikan minyak ikan atau lemak omega-3.

Minyak ikan mengandungi EPA (Eicosapentanoic acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid), antara komponen dalam lemak omega 3 yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh kita.

Walaupun flaxseed tidak mengandungi DHA dan EPA (biasanya dijumpai dalam ikan dan makanan laut), flaxseed mengandungi komponen lemak omega 3 lain yang kritikal untuk tubuh badan, iaitu ALA.

Kajian yang diterbitkan oleh Nutrition Reviews menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 20% ALA boleh ditukarkan kepada EPA, dan 0.5% ALA boleh ditukarkan kepada DHA.

Juga, terdapat kajian menunjukkan bahawa jantina memainkan peranan penting dalam proses ini, di mana tubuh seseorang wanita mampu melakukan proses penukaran ini 2.5 kali anda lebih banyak berbanding lelaki.

ALA ditakrifkan sebagai lemak yang baik dan sangat diperlukan dalam diet seharian.

10. Simptom menstrual

Lignan yang terkandung dalam flaxseed mampu membantu wanita berasa tenang setiap kali datang bulan, bertindak sebagai terapi hormon kerana lignan bersifat estrogenik.

Komponen ini mampu mengurangkan risiko esteoporosis, juga bagus untuk menstabilkan hormon dan menyeimbangkan kitaran haid.

Apabila hampir datang bulan, cuba campurkan 1 atau 2 sudu teh flax ke dalam sarapan atau minuman.

Wanita akan rasa lebih tenang dan kurang rasa sakit senggugut (menstrual pain).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fngcurve

Saturday, May 05, 2018

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Tidak ramai mengenali Shahmeer Amir, namun remaja Pakistan berusia 22 tahun ini telah memperolehi keuntungan lumayan sekurang-kurangnya $USD150,000.

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Apa yang dilakukan olah Shahmeer adalah dengan menggodam lebih daripada 400 laman sesawang syarikat-syarikat besar seperti Facebook, Twitter, Microsoft, Google, Yahoo, LinkedIn, Dropbox dan banyak lagi.

Beliau kemudiannya melaporkan pepijat yang berjaya dikesan (Bugs track). "Bugs track" adalah proses mengesan kelemahan atau masalah perisian komputer mahupun aplikasi telefon pintar. Bugs pula adalah penyebab kelemahan tersebut.

Seorang Yang Genius, Mempelajari Bahasa Komputer Dalam Masa Singkat

Bagi penulis, bahasa komputer merupakan antara bahasa yang paling susah untuk difahami, dan memerlukan masa yang lama untuk dikuasai. Antara contoh bahasa komputer termasuklah C, C++, Java, Fortran, Visual Basic, XBase, Powerbuilder, JavaScript, Word Basic dan banyak lagi.

Shahmeer boleh dikatakan sebagai seorang genius, kerana mampu mempelajari skill godam luar biasa dalam tempoh yang singkat. Pengalaman selama 10 hingga 15 tahun adalah tempoh masa yang diperlukan bagi seseorang untuk mencapai kebolehan seperti beliau.

Ketika berusia 20 tahun pada 2015, beliau telah dinobatkan sebagai penggodam No.1 dunia oleh

Hackerone . Tahun berikutnya, kedudukan beliau jatuh sebanyak 10 anak tangga ke kedudukan ke-11. Namun, dengan usianya yang masih muda, beliau mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang ini.

Gagal di Usia Muda, Beliau Tidak Pernah Berputus Asa

Shahmeer Amir bersama keluarga berpindah dari Multan ke Karachi ketika beliau berusia 13 tahun. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah dari Rangers Public School, sebelum menyambung ke peringkat menengah di

Government Degree College dalam bidang kejuruteraan.

Walaupun permohonan beliau untuk meyambung pengajian ke universiti telah ditolak sebanyak 17 kali, beliau akhirnya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di Usman Institute of Technology dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

Shahmeer amat meminati penggunaan komputer sejak kecil. Semasa awal penglibatan dalam dunia pengkomputeran, beliau selalu menemui bugs dalam komputer Pentium 3. Hanya dengan menggunakan Google, beliau mampu untuk mencari penyelesaian untuk masalah bugs.

Mempunyai Prinsip Yang Tinggi, Beretika Ketika Hacking

Sejak dari itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang dalam bidang menggodam, dan terus berusaha menjadi seorang yang professional dalam bidang tersebut.

Baginya, seseorang perlulah beretika ketika menggodam.

Seorang Yang Pemurah, Rezeki Tidak Pernah Putus

Selain menjadi seorang penggodam yang beretika, beliau merupakan seorang yang sangat dermawan, menderma hampir setengah dari hasil insentifnya kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini, Shahmeer berada di Lahore menguruskan syarikat cyber security miliknya iaitu Veiliux, dengan 6 orang ahli di bawah pengawasan Punjab IT Board (PITB). Beliau merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh, selalu berbincang idea-idea baru bagi menguatkan pertahanan ruangan siber di Pakistan dan syarikat-syarikat IT.

Menuntut Ilmu Dengan Ikhlas, Kesenangan Akan Hadir

Antara nasihat Shahmeer untuk mereka di luar sana yang ingin menceburi bidang aplikasi sesawang, perlulah belajar asas-asas bidang tersebut dahulu, daripada hanya ingin sekadar mengejar komisyen wang semata-mata. Jangan buat kesilapan itu kata beliau.

Nasihatnya lagi, untuk berjaya dan dihormati, perlulah bekerja keras dan belajar dengan ikhlas, duit akan datang kemudian, dan jangan lupa untuk menderma dengan murah hati kerana Insyallah akan mendapat keberkatan hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kisah Bagaimana FIFA Akhirnya Membenarkan Pemain Bola Sepak Wanita Berhijab

Kisah Bagaimana FIFA Akhirnya Membenarkan Pemain Bola Sepak Wanita Berhijab

Sebenarnya, banyak kisah sejarah melibatkan bola sepak yang tidak diketahui ramai khasnya berkenaan bola sepak wanita dan usaha yang kuat dalam mendidik masyarakat berkenaan bola sepak wanita dan salah satu kisah berkenaan bola sepak wanita yang penting untuk diperkatakan, adalah berkenaan kisah Asmahan Mansour.

Kisah Bagaimana FIFA Akhirnya Membenarkan Pemain Bola Sepak Wanita Berhijab

Anda berkemungkinan besar tidak pernah mendengar tentang beliau, tetapi Asmahan menjadi watak yang memulakan perubahan besar pada dunia bola sepak wanita.

Asmahan adalah seorang pemain bola sepak di Kanada yang menjadi punca FIFA membenarkan pemakaian hijab atau tudung dalam perlawanan bola sepak rasmi melibatkan wanita.

Pada tahun 2007, Asmahan menyertai sebuah kejohanan di Ontario dengan memakai tudung namun dihalang oleh pengadil.

Dia diarahkan untuk membukanya sebelum dibenarkan bermain.

Atas larangan itu, seluruh pasukannnya menarik dari daripada kejohanan itu.

Permulaan penentangan terhadap FIFA

Kes yang berlaku kepada Asmahan dilaporkan kepada Canadian Soccer Association, yang kemudiannya merujuk kes tersebut kepada FIFA.

FIFA memutuskan untuk meneruskan larangan itu namun mengubah undang-undang membenarkan pemakaian pelindung kepala yang mendedahkan leher.

Semua ini dilakukan tanpa wujudnya sebarang kajian menyeluruh yang dapat membuktikan pemakaian hijab memberi risiko kecederaan pada pemain.

Alasan risiko kecederaan inilah yang digunakan untuk menghalang Asmahan bermain dalam kejohanan tersebut.

Atas larangan ini, Asmahan tidak lagi bermain dalam kejohanan rasmi.

Bukan dia seorang, beribu lagi wanita disekat daripada menyertai sebarang bentuk kejohanan.

Apa yang menyedihkan, FIFA pada mulanya memperkenalkan larangan ini dengan alasan 'hijab adalah satu simbol agama' namun mengubah larangan ini, menggunakan hujah keselamatan selepas FIFA dipersoal mengapa pemain yang mempunyai tatu atau meraikan gol dengan menggayakan simbol keagamaan dibenarkan.

Larangan untuk pasukan Iran mencetuskan perubahan besar

Kisah Bagaimana FIFA Akhirnya Membenarkan Pemain Bola Sepak Wanita Berhijab

Pada satu perlawanan kelayakan Olimpik melibatkan pasukan Jordan dan Iran dalam tahun 2011, pasukan bola sepak wanita Iran dilarang untuk bermain kerana memakai hijab yang mematuhi garis panduan FIFA.

Laporan media yang memaparkan reaksi sedih pasukan Iran gagal dalam misi layak ke sukan Olimpik tersebar luas, lalu mendapat reaksi orang ramai.

Perbincangan pada peringkat awam mula berlaku dengan dakwaan FIFA sebenarnya masih lagi mengamalkan undang-undang lapuk, yang didorong oleh ketakutan terhadap Islam dan Muslim serta rasa kurang peduli berpunca daripada budaya kawalan kaum lelaki, yang diamalkan sekian lama oleh FIFA.

Pada ketika inilah muncul individu-individu penting seperti Moya Dodd dari Persatuan Bola sepak Asia, Assmaah Helal seorang pemain dan aktivis serta Putera Ali bin al-Hussein dari Jordan, ketika itu naib presiden FIFA serta pengerusi Persatuan Bola Sepak Jordan.

Mereka adalah individu yang memberi tekanan serta menjalankan kempen dengan gerakan Right2Wear, PBB dan Fifpro dalam mendesak FIFA mengkaji semula larangan hijab.

Kaum wanita mula mengeluarkan rekaan hijab sendiri yang praktikal untuk pemain bola sepak wanita.

Syarikat seperti Capsters dan ResportOn mula mengeluarkan produk hijab khas untuk sukan yang menepati piawaian antarabangsa.

Walaupun gerakan mendesak pembatalan larangan hijab semakin hebat berlaku, pemain bola sepak wanita Muslim tetap terpinggir kerana tidak wujud kebenaran untuk mereka bermain dalam tempoh tersebut.

Sukar untuk seorang wanita Muslim memilih di antara kepercayaan agama dan sukan yang diminati, dengan agama selalunya menjadi pilihan memaksa pemain-pemain wanita berhijab menyisihkan diri.

Larangan hijab dimansuhkan

Kisah Bagaimana FIFA Akhirnya Membenarkan Pemain Bola Sepak Wanita Berhijab

Hanya pada 1 Mac 2014, Setiausaha Agung FIFA (ketika itu) Jerome Valcke mengumumkan semua jenis penutup kepala yang dipakai kerana permintaan agama, dibenarkan untuk dipakai di atas padang.

Ini termasuklah turban untuk lelaki Sikh, kippah untuk lelaki Jewish dan yang lebih penting bagi Asmahan, hijab untuk wanita Muslim.

Pada Oktober 2016, kurang dua tahun selepas larangan kepada hijab dimansuhkan, kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun wanita diadakan di Amman, Jordan.

Itu adalah kejohanan pertama secara rasmi oleh FIFA yang membenarkan pemakaian hijab oleh pemain-pemain wanita.

Kejohanan itu juga adalah kejohanan pertama di Timur Tengah yang dianjurkan oleh FIFA.

Tidak ramai menyedari sejarah bagaimana perubahan ini berlaku kerana bola sepak wanita masih belum mendapat tempat yang setara pada mata dunia.

Kisah Asmahan Mansour yang menjadi titik tolak membolehkan pemain-pemain bola sepak wanita bertanding dalam sukan yang mereka cintai, adalah sebuah kisah sejarah yang perlu diceritakan pada semua generasi baru peminat bola sepak seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, May 04, 2018

Apa Sebenarnya Istilah Batu Nautika Untuk Mengukur Jarak Dan Lokasi Di Lautan

Apa Sebenarnya Istilah Batu Nautika Untuk Mengukur Jarak Dan Lokasi Di Lautan

Bagi anda yang belum tahu apa itu Batu nautika yang digunakan untuk mengukur jarak dan kedudukan sesuatu lokasi di laut, ia sebenarnya adalah susunan kiraan antarabangsa untuk menentukan ukur lilit bumi yang berkait dengan darjah putaran sfera.

Apa Sebenarnya Istilah Batu Nautika Untuk Mengukur Jarak Dan Lokasi Di Lautan
Gambar hiasan.

Batu nautika antarabangsa berasal daripada batu geografi (satu dan satu perlapan mengikut takrif asal).

Takrif untuk satu batu nautika atau Knot adalah bersamaan dengan 1,852 meter atau satu batu bersamaan dengan 0.86897682704858 batu nautika.

Biasanya, kiraan metrik Batu Nautika ini digunakan untuk menganggarkan kiraan pengemudian jarak kapal laut di kawasan perairan, mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.

Tujuan lainnya adalah untuk membantu ketepatan operasi penerbangan, ketenteraan dan sebagainya.

1 batu =

Unit Antarabangsa
  • 1,609.344 m
  • 160,934.4 sm
  • 1.609344 km
  • 1,609,344 mm
  • 16,093,440,000,000 Å
  • 1.075780018e-8 AU
  • 5.215528674e-14 pc
  • 1.702243072e-13 LY

Unit Inggeris
  • 63,360 inci
  • 5,280 kaki
  • 1,760 ela
  • 1 batu
  • 0.868976242 NM
  • 0.868976242 mi
  • 880 fatom
  • 8 fur

Pengiraan dalam unit nautika ini mempunyai kelebihan dari segi bilangan angka dan persamaan yang lebih mudah.

Di samping itu, ia turut boleh menentukan kawasan yang selamat untuk dilalui oleh kapal tanpa sebarang halangan.

Selain dari batu nautika, ada nama batu ukuran yang lain, antaranya adalah:

Batu data: Data Mile digunakan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan radar dan kiraannya bersamaan dengan 6,000 kaki (1.8288 kilometer).

Batu Belanda: Holland Mile (batu “Holland”) adalah hampir sama dengan satu persembilan belas (1/19) bahagian darjah (kira-kira 5.8 kilometer).

Batu Belanda: Netherland Mile (batu “Netherland”) adalah 1 kilometer tepat dalam Sistem Metrik Belanda, 1820-1870.

Batu Jerman: German Mile adalah satu perlima belas bahagian darjah, iaitu lebih kurang empat batu nautika atau 6.4 kilometer.

Batu Ireland: Ireland Mile bersamaan dengan 2,240 ela (2,048.256 meter).

Batu Itali: Italy Mile (kira-kira 1.5 kilometer) adalah seribu langkah, dengan setiap langkah merupakan 5 kaki Rom (kaki Rom adalah satu perlima inci lebih pendek berbanding kaki Inggeris).

Batu panjang: Long Mile yang digunakan secara tradisi oleh Norway, Sweden dan Hungary adalah hampir sama dengan satu setengah batu Jerman atau kira-kira 11 kilometer.

Kini di Norway dan Sweden, jarak sepanjang 10 kilometer biasanya dirujuk sebagai satu batu atau batu metrik .

Istilah batu metrik digunakan dalam sukan olahraga dan peluncur untuk merujuk kepada jarak 1.5 kilometer.

Batu Poland: Poland Mile hampir sama dengan batu Belanda.

Batu Scotland: Scotland Mile bersamaan dengan 1,976.5 ela (1,807.3116 meter).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hairilhazlan


10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Serangga merupakan 60% daripada populasi fauna yang direkodkan dan kehadiran mereka di bumi sangat unik, kerana mampu berada di mana-mana sahaja.

Serangga juga bukan sekadar penyeri kepada bumi, sebaliknya kehadiran mereka menyumbang kepada perjalanan sistem alam yang lebih baik dengan sifat serta ciri-ciri unik.

Namun, entri kali ini memfokuskan kepada serangga yang dianggap paling berbahaya kepada manusia yang membunuh berjuta-juta manusia di seluruh dunia.

1. Nyamuk

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Nyamuk Anopheles menyebabkan deman Malaria yang sangat berbahaya dan nyamuk Aedes penyebab demam Denggi yang berbahaya.

Serangga kecil ini merupakan serangga paling berbahaya di dunia.

Dengan bentuk fizikal yang kecil ia mampu mencetus wabak yang membunuh jutaan umat manusia saban tahun di seluruh dunia.

Anda mungkin kenal dengan penyakit demam denggi, cikungunya dan Malaria.

Nyamuk Anopheles antara paling berbahaya di dunia yang menjadi agen kepada penyakit demam Malaria dan sejak dikenal pasti, ia sudah membunuh 30 juta manusia.

2. Lalat Tsetse

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Hanya didapati dibenua Afrika, lalat ini merupakan serangga penghisap darah.

Namun, masalah yang paling besar adalah, lalat rumah ini merupakan vektor atau pembawa penyakit tidur atau pun trypanosomiasis Afrika.

Penyakit ini sebenarnya adalah penyakit berkaitan dengan saraf.

Pada awalnya, penyakit ini berpunca dengan penyebaran protozoa trypanosoma (sejenis parasit ) yang akan menyerang sistem saraf, limpa dan otak manusia.

Dianggarkan kematian setiap tahun di benua Afrika sekitar 250- 300 ribu orang!

Walaupun hanya terdapat 3 spesis yang utama, lalat ini sangat berbahaya kepada manusia.

Namun, dengan sistem kitaran hidup hanya di benua Afrika menyebabkan ia kurang dikenali di benua lain.

Walaupun pelbagai kempen dan usaha dilakukan, gigitan lalat ini masih banyak berlaku di benua itu.

3. Kumbang Kissing (Kissing Bug)

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Salah satu spesis yang menjadi vektor penyakit Chagas di benua Amerika Latin, merupakan serangga penghisap darah.

Di kenali dengan pelbagai nama, antaranya, assasin bug kissing bug, pepijat conenose dan triatomines.

Dilengkapi dengan tiub penghisap darah, kissing bug menghisap darah tanpa sebarang rasa sakit.

Paling banyak ditemui di Amerika Selatan terutamanya di Brazil serta terdapat juga di Amerika Utara dan sedikit di Arfika, Australia dan Asia.

Mempunyai 300 spesis di seluruh dunia.

Kissing bug biasanya menghisap darah dan dikenal pasti mampu menyebarkan penyakit Chagas.

Simpton awal adalah bengkak biasa di muka, diikuti dengan deman, namun jika dibiarkan tanpa rawatan penyakit ini akan merebak dan memusnahkan organ dalam badan manusia seperti jantung.

Sukar untuk mendiagnosis penyakit ini pada peringkat awal dan ramai pesakit menderita puluhan tahun jika tidak dirawat dengan segera.

4. Labah-labah

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Labah-labah Tree Dwelling Funnel Web dari Australia mampu membunuh manusia jika tidak diberikan anti venom di peringkat awal.

Labah-labah terkenal kerana gigitannya mampu memberikan kesan kesakitan yang amat kuat kepada manusia.

Antara Black Widow, Redback, Brazilian Wandering dan sebagainya.

Gigitan mereka jika tidak di rawat mampu membunuh manusia.

5. Tebuan Gergasi Jepun

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Tebuan yang berasal dari Jepun ini merupakan spesis terbesar, mampu mencapai saiz sehingga melebihi 4 cm dan panjang sayap sehingga 6 cm!

Sengatannya mampu membawa venom atau bisa yang sangat menyakitkan bagi keluarga tebuan atau penyengat lain.

Mampu menyengat berulang kali, jumlah kematian di Jepun direkodkan purata 40 orang setiap tahun.

Venom dari tebuan gergasi ini terlalu menyakitkan dan memerlukan rawatan hospital dengan segera.

Kematian boleh berlaku kerana bisanya boleh mencetuskan anaphylactic shock atau reaksi alahan dan merosakkan tisu badan serta menyerang sistem saraf.

30 ekor tebuan ini mampu memusnahkan satu koloni lebah yang mengandungi 30-40 ribu lebah.

Serangan tebuan ini merupakan antara masalah utama penternak lebah madu di Jepun.

6. Lebah Pembunuh Afrika

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Kesilapan membebaskan permaisuri Lebah Afrika dari Tanzania, telah mencetuskan fenomena ketakutan terhadap lebah ini di USA.

Lebah Afrika tidak banyak beza dengan spesis lebah yang lain, namun mereka sangat agresif dan menyerang secara berkumpulan.

Jika anda lalu di hadapan atau dibawah sarang lebah ini, bukan seekor tetapi ribuan lebah akan mengejar anda dan mampu menyengat berulang kali.

Inilah yang menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk Amerika Syarikat, kerana sifat agresif lebah ini.

Walaupun kematian akibat serangan lebah ini kurang 10 orang setahun di USA dan Mexico, ia mash tersenarai sebagai serangga yang berbahaya.

7. Tebuan

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Terdapat lebih 100 ribu spesis, turut mempunyai sengatan yang menyakitkan.

Di Malaysia, Tebuan tanah merupakan antara spesis yang berbahaya, sengatannya amat menyakitkan dan perlu di bawa ke hospital untuk rawatan segera, terutama bagi kanak-kanak.

Walaupun kecil, sebagaimana tebuan Gergasi Jepun, tebuan ini sengatannya boleh menimbulkan reaksi alahan yang serius.

Serangan di dalam jumlah besar mampu menyebab kematain walaupun hanya dengan satu sengatan bagi setiap ekor.

8. Semut Afrika

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Mempunyai rahang yang kuat dan bergerak di dalam koloni, sangat ganas dan mampu menghancurkan musuh atau haiwan lain dengan cepat.

Gigitan mereka sangat menyakitkan dengan 2 bekas tusukan rahang yang kuat, sukar untuk menanggalkan rahang tersebut walaupun semut ini sudah mati.

Berbahaya kerana semut ini bergerak di dalam kumpulan besar, sekurang-kurangnya 20 ribu ekor dan memusnahkan apa sahaja serangga atau haiwan yang berada dilaluan mereka.

Walaupun diet utama semut ini ialah cacing tanah, serangga yang besar juga tidak terkecuali.

9. Semut Api

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia, semut api adalah salah satu spesis dari 286 spesis semut yang mampu menyengat.

Juga dikenali dengan pelbagai gelaran seperti semut Halia, semut api tropika dan semut merah.

Mempunyai sengatan yang agak menyakitkan rasa seperti kulit terbakar.

Sengatan semut api memang boleh dirawat di rumah, namun masalah timbul jika berbelas-belas ekor semut api menyengat anda.

Sengatan semut api akan berlaku berulang-ulang kali terhadap mangsanya.

Sengatan semut api mengandungi alkoloid yang mempunyai kekuatan seperti asid.

Rawatan segera perlu bagi mangsa yang mengalami alergi kepada sengatan, terutama jika mangsanya adalah kanak-kanak yang masih kecil.

10. Kutu

10 Serangga Paling Berbahaya Di Dunia

Serangga ini merupakan parasit yang menjadikan manusia dan haiwan sebagai perumah dan darah mangsa sebagai makanannya.

Sangat mudah untuk membiak dan berpindah kepada pemangsa yang lain, kutu jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah kulit yang ketara.

Masalah timbul jika mangsa mengalami reaksi alahan atau alergi pada kulit yang boleh menyebabkan kematian.

Kutu boleh menjadi vektor atau pembawa parsit lain, seperti protozoa, virus dan bakteria.

Namun, sekarang dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan, masalah akibat kutu sudah dapat di kawal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maribelajar