Sunday, October 14, 2012

Hacker Yang Tersenarai 10 Penjenayah Paling Dicari FBI


Dialah satu-satunya hackers yang pernah tersenarai dalam 10 penjenayah yang paling dikehendaki FBI. Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hackers.


Dia pernah menggodam password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian. Menggodam laman web Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems dan banyak lagi kes-kes penggodamannya yang luar biasa.


Malah, sistem komputer seorang white hat hacker yang bernama Tsutomu Shimomura juga pernah digodam oleh Kevin. Dan dari situlah bermulanya perang hacker ini sehinggalah Kevin berjaya ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Kevin ketika itu.

Kisah kehebatan Kevin juga pernah difilemkan dengan tajuk filem 'Takedown' pada tahun 2000 yang lalu.


Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security dan pemudahcara.


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon