Sunday, May 06, 2018

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia


Pakar entomologi dari China menemui nyamuk gergasi dengan sayap yang ukurannya mencecah 11.15 sentimeter (sm) di wilayah Sichuan, China.

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

Zhao Li, kurator Muzium Serangga di barat negara itu berkata, nyamuk itu adalah daripada spesis Holorusia mikado iaitu yang terbesar di dunia.

Ia ditemui Ogos 2017 lalu ketika melakukan lawatan ke Gunung Qingcheng di Chengdu, demikian lapor agensi berita Xinhua.

Serangga ini pertama kali ditemui di Jepun dan dinamakan oleh entomologis Britain, John Obadiah Westwood pada 1876 sebagai spesis Holorusia mikado.

Bagaimanapun, ketika itu sayap serangga itu hanya berukuran lapan sm.

"Nyamuk ini kelihatan begitu dahsyat, tetapi ia tidak menghisap darah tetapi madu bunga.

"Manakala usia spesis dewasa hanya mencapai beberapa hari sahaja," kata Zhao Li.

Menurutnya, terdapat ratusan ribu jenis nyamuk di seluruh dunia dan hanya 100 spesis yang menghisap darah dan menimbulkan masalah kepada manusia.

Holorusia mikado juga dikenali sebagai lalat panjang di barat Sichuan yang kebanyakannya ditemui di Chengdu di kawasan pergunungan pada ketinggian 2,200 meter.

"Saiz badan yang besar menyebabkan ia sukar terbang," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon