Home » Unik » Tanaman Yang Patut Ditanam Untuk Menghalau Nyamuk

Tanaman Yang Patut Ditanam Untuk Menghalau Nyamuk

Masalah nyamuk? Sudah tentu ramai yang akan mencari ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk. Namun tahukah anda, ada jenis-jenis tanaman semula jadi yang boleh ditanam sebagai tanaman yang boleh dijadikan sebagai anti nyamuk atau penghalau? Berikut ini adalah senarai 10 tanaman yang mampu mengusir nyamuk:

Bunga Geranium/Tapak Dara


Jenis tanaman ini mengandung zat yang mudah terbang memenuhi udara sekitarnya. Geranium sangat mudah ditanam didalam pasu atau ditanah. Kalau di pasu, ianya boleh pindahkan ke pelbagai tempat dengan mudah.

Bunga Lavender


Tanaman ini berasal dari Pergunungan Alpen di Negara Swiss. Berwarna ungu dan bergerombol dihujung tangkai. Tanaman ini biasanya menghiasi padang rumput di kaki pegunungan Alpen. Tapi nyamuk sangat tidak menyukainya disebabkan aroma bunga ini membuatkan nyamuk pening. Kenapa? Kerana bunga lavender mengandung zat linalool dan lynalyl acetate. Kedua-dua zat ini boleh diperolehi dari proses penyulingan sehingga boleh diproses menjadi bahan anti nyamuk. Adakah kita perlu menyuling bunga lavender? Tidak, kita cuma perlu menanamnya di pasu atau tanah berhampiran tingkap bilik tidur kita.

Bunga Rosemary


Selasih (Ocimum) adalah tumbuhan yang boleh dimanfaatkan daun, bunga dan bijinya sebagai rempah serta penyegar (tonikum). Pelbagai bahagian tumbuhan ini berbau dan berasa khas, kadang-kadang langu, harum, atau manis, bergantung kepada jenisnya. Ada di antaranya yang boleh menyebabkan anda mabuk. Tumbuhan ini sangat berguna untuk mengusir nyamuk. Beberapa jenis selasih, misalnya kemangi, berasal dari Asia Tenggara, namun sebahagian besar dianggap berasal dari benua India.

Citrosa Mosquito


Tumbuhan ini adalah musuh nyamuk dan sangat menyukai sinar matahari. Menjaganyanya cukup mudah dan tidak memerlukan perhatian khusus. Hanya dengan air dan pupuk. Ketika disentuh, tumbuhan ini mengeluarkan bau limau yang sangat kuat yang akan mengusir serangga. Tumbuhan ini berasal dari Belanda.

Mintrosa of Lady Diana


Hampir sama dengan tumbuhan cintrosa, tumbuhan ini juga sangat dibenci nyamuk. Penjagaannya juga sangat mudah dan biasanya dijadikan tanaman hiasan. Tumbuhan ini juga mengeluarkan aroma atau bau yang sangat kuat dan tidak disukai oleh nyamuk. Tumbuhan ini berasal dari Belanda. Seperti Citrosa Mosquito, adalah sangat sukar untuk menemui bunga ini di negara kita.

Marigold


Marigold berasal dari Mexico dan Guatemala. Terdapat dua jenis marigold iaitu Tagetes erecta (African Marigold ) dan Tagetes patula (Dwarf French Marigold). Biasanya bunga ini digunakan untuk ditanam di taman-taman . Kedua-duanya kadang-kala dikenali dengan nama Bunga Tahi Ayam.

Bunga Kantan


Bunga Kantan adalah sejenis tumbuhan rempah dan merupakan tumbuhan berbentuk tema yang bunga, buah, serta bijinya dimanfaatkan sebagai rempah. Bunga ini juga mampu mengusir nyamuk. Nama lainnya adalah sianta.

Zodia


Orang Papua biasanya akan menggosok kulit mereka dengan dedaunan tertentu sebelum masuk ke hutan. Maksudnya, supaya dilindungi daripada serangan serangga, khususnya nyamuk. Daun-daun tersebut berasal dari tanaman yang disebut zodia (Evodia suaveolens). Tanaman ini berasal dari Indonesia khususnya di Papua.

Serai wangi


Serai telah dikenal sebagai salah satu bahan yang sering digunakan sebagai bahan memasak, tetapi ada manfaat lain yang tidak kurang pentingnya iaitu sebagai tanaman pengusir nyamuk. Tanaman yang termasuk dalam kategori rumput ini tidak disukai nyamuk kerana adanya zat geraniol dan sitronelal. Ekstrak serai juga telah dimanfaatkan dalam pembuatan losyen pengusir nyamuk dengan aromanya yang khas.

Akar Wangi


Tumbuhan akar wangi mampu mengawal populasi nyamuk aedes. Nyamuk aedes kononnya sangat takut menghadapi tumbuhan akar wangi. Bau menyengat yang keluar dari tumbuhan ini cukup menakutkan bagi nyamuk jenis itu. Kita boleh menggunakan tumbuhan ini sebagai senjata ampuh untuk mengusir nyamuk Selain baik untuk kesihatan, juga baik untuk persekitaran dan indah untuk menjadi penghias kawasan lapang.

[Sumber]

0 comments :

Terima kasih kerana sudi memberikan komen..:

JUMLAH ARTIKEL: