Sunday, April 07, 2013

Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains


Pernahkah anda mengamati logo atau lambang seperti dibawah? Sebenarnya, ini adalah lambang untuk menyatakan jenis kelamin lelaki dan wanita. Mengapa simbolnya seperti itu? Apa erti yang terkandung pada simbol itu? Tahukah anda sejarahnya?


Amat menakjubkan bahawa keberadaan simbol itu sudah cukup lama wujud! Di dalam dunia ilmu pengetahuan sahaja, lambang ini untuk pertama kalinya dipakai pada tahun 1753 oleh pengarang buku Species Plantarum.

Sebelumnya, simbol-simbol yang menyatakan lelaki dan wanita ini ditemui pada peninggalan-peninggalan kuno pada zaman prasejarah.

Sebelum ada tulisan, bangsa-bangsa prasejarah menggunakan gambar dan simbol untuk 'berkomunikasi'. Para ahli mencuba untuk mencari hubungan mengapa simbol tersebut yang digunakan untuk menunjukkan lelaki dan wanita.

Ada yang berpendapat tanda lingkaran dan panah menunjukkan bahawa lelaki ketika itu memang dikenali sebagai pemburu yang bersenjatakan tombak, sementara simbol lingkaran dengan tanda silang dibawahnya sebagai gambaran wanita menunjukkan bahawa wanita memiliki kecenderungan bercermin (lambang itu dianalogikan sebagai cermin).

Namun, ada juga yang menyebutkan bahawa simbol-simbol itu telah mengalami perubahan sejak lama yang diturunkan dari bentuk fizikal manusia lelaki dan wanita.

Simbol ini juga digunakan sebagai simbol planet di tata-suria kita, iaitu Mars dan Venus (yang selanjutnya juga dikenali, Mars sebagai gambaran lelaki dan Venus untuk wanita).

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Bahayanya Menahan Bersin!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon