Saturday, May 05, 2018

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft


Tidak ramai mengenali Shahmeer Amir, namun remaja Pakistan berusia 22 tahun ini telah memperolehi keuntungan lumayan sekurang-kurangnya $USD150,000.

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Apa yang dilakukan olah Shahmeer adalah dengan menggodam lebih daripada 400 laman sesawang syarikat-syarikat besar seperti Facebook, Twitter, Microsoft, Google, Yahoo, LinkedIn, Dropbox dan banyak lagi.

Beliau kemudiannya melaporkan pepijat yang berjaya dikesan (Bugs track). "Bugs track" adalah proses mengesan kelemahan atau masalah perisian komputer mahupun aplikasi telefon pintar. Bugs pula adalah penyebab kelemahan tersebut.

Seorang Yang Genius, Mempelajari Bahasa Komputer Dalam Masa Singkat

Bagi penulis, bahasa komputer merupakan antara bahasa yang paling susah untuk difahami, dan memerlukan masa yang lama untuk dikuasai. Antara contoh bahasa komputer termasuklah C, C++, Java, Fortran, Visual Basic, XBase, Powerbuilder, JavaScript, Word Basic dan banyak lagi.

Shahmeer boleh dikatakan sebagai seorang genius, kerana mampu mempelajari skill godam luar biasa dalam tempoh yang singkat. Pengalaman selama 10 hingga 15 tahun adalah tempoh masa yang diperlukan bagi seseorang untuk mencapai kebolehan seperti beliau.

Ketika berusia 20 tahun pada 2015, beliau telah dinobatkan sebagai penggodam No.1 dunia oleh

Hackerone . Tahun berikutnya, kedudukan beliau jatuh sebanyak 10 anak tangga ke kedudukan ke-11. Namun, dengan usianya yang masih muda, beliau mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang ini.

Gagal di Usia Muda, Beliau Tidak Pernah Berputus Asa

Shahmeer Amir bersama keluarga berpindah dari Multan ke Karachi ketika beliau berusia 13 tahun. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah dari Rangers Public School, sebelum menyambung ke peringkat menengah di

Government Degree College dalam bidang kejuruteraan.

Walaupun permohonan beliau untuk meyambung pengajian ke universiti telah ditolak sebanyak 17 kali, beliau akhirnya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di Usman Institute of Technology dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

Shahmeer amat meminati penggunaan komputer sejak kecil. Semasa awal penglibatan dalam dunia pengkomputeran, beliau selalu menemui bugs dalam komputer Pentium 3. Hanya dengan menggunakan Google, beliau mampu untuk mencari penyelesaian untuk masalah bugs.

Mempunyai Prinsip Yang Tinggi, Beretika Ketika Hacking

Sejak dari itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang dalam bidang menggodam, dan terus berusaha menjadi seorang yang professional dalam bidang tersebut.

Baginya, seseorang perlulah beretika ketika menggodam.

Seorang Yang Pemurah, Rezeki Tidak Pernah Putus

Selain menjadi seorang penggodam yang beretika, beliau merupakan seorang yang sangat dermawan, menderma hampir setengah dari hasil insentifnya kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini, Shahmeer berada di Lahore menguruskan syarikat cyber security miliknya iaitu Veiliux, dengan 6 orang ahli di bawah pengawasan Punjab IT Board (PITB). Beliau merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh, selalu berbincang idea-idea baru bagi menguatkan pertahanan ruangan siber di Pakistan dan syarikat-syarikat IT.

Menuntut Ilmu Dengan Ikhlas, Kesenangan Akan Hadir

Antara nasihat Shahmeer untuk mereka di luar sana yang ingin menceburi bidang aplikasi sesawang, perlulah belajar asas-asas bidang tersebut dahulu, daripada hanya ingin sekadar mengejar komisyen wang semata-mata. Jangan buat kesilapan itu kata beliau.

Nasihatnya lagi, untuk berjaya dan dihormati, perlulah bekerja keras dan belajar dengan ikhlas, duit akan datang kemudian, dan jangan lupa untuk menderma dengan murah hati kerana Insyallah akan mendapat keberkatan hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon